|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Latest addition to the database : |
| 8381 | 2018 Article | Kesediaan guru Sains sekolah rendah terhadap pelaksanaan Dual Languange Programme (DLP) Norhisham Shamsudin Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap kesediaan guru dalam melaksanakan DLP (Dual Languange Programme) dalam kalangan guru-guru Sains. Reka bentuk kajian menggunakan kaedah kuantitatif, menggunakan instrumen borang soal selidik bagi mendapatkan respon. Sampel seramai 103 guru Sains dipilih secara rawak dari sekolah-sekolah daerah Petaling Utama. Data yang dikumpulkan telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Social Sciences (SPSS). Secara deskriptif, data dianalisis menggunakan taburan kekerapan, peratus, min dan sisihan piawaian. Dapatan kajian menunjukkan tahap kesediaan guru dari segi kemahiran (penguasaan bahasa Inggeris dan istilah Sains) terhadap pelaksanaan DLP adalah sederhana, tahap kesediaan guru Sains dari segi pengetahuan terhadap pelaksanaan DLP adalah tinggi dan tahap kesediaan minat terhadap pelaksanaan DLP adalah sederhana. Analisis inferensi berdasarkan analisis kolerasi yang telah dijalankan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara..... 990 hits |
| 8382 | 2018 Article | Kesan interaksi pendekatan pembelajaran dan faktor jantina pelajar ke atas pencapaian subjek kimia melalui kaedah PBL via Facebook Mohd Shahir Mohamed Sunar Pengaruh media sosial seperti Facebook dalam pelbagai bidang termasuk bidang pendidikan tidak dapat dinafikan lagi. Objektif utama kajian adalah mengkaji kesan interaksi pendekatan pembelajaran dan faktor jantina pelajar ke atas pencapaian subjek kimia secara kaedah pembelajaran berasaskan masalah (problem based learning) melalui Facebook. Sampel kajian terdiri daripada 120 orang pelajar Kolej MARA yang telah dipilih secara rawak untuk menjalani rawatan PBL via Facebook selama sembilan minggu. Kajian kuantitatif ini menggunakan reka bentuk eksperimen secara faktorial 2x2. Kesan utama yang dikaji adalah pendekatan pembelajaran (permukaan dan mendalam) dan faktor jantina (lelaki dan perempuan) serta interaksi kedua-duanya ke atas pencapaian dalam peperiksaan akhir subjek kimia. Hasil analisis deskriptif menunjukkan berlakunya peralihan pendekatan pembelajaran pelajar daripada pendekatan permukaan kepada pendekatan mendalam selepas menjalani rawatan PBL via Facebook. Hasil ujian Anova Dua..... 963 hits |
| 8383 | 2018 Thesis | Kecenderungan tingkah laku seks berisiko remaja remaja dengan komunikasi seksualiti dalam keluarga, pengaruh rakan sebaya, efikasi dan estim kendiri Che Anuar Che Abdullah Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengkaji kecenderungan tingkah laku seks berisiko dalam kalangan remaja dan hubungannya dengan komunikasi seksualiti dalam keluarga, pengaruh rakan sebaya, efikasi dan estim kendiri. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti faktor peramal terbaik bagi kecenderungan tingkah laku tersebut. Kaedah tinjauan dipilih sebagai reka bentuk kajian dan seramai 350 remaja dari daerah Batang Padang, Perak telah dipilih sebagai responden kajian. Dapatan kajian menunjukkan tahap kecenderungan tingkah laku seks berisiko remaja berada di tahap sederhana. Walau bagaimanapun, perbandingan jantina remaja menunjukkan kecenderungan tingkah laku seks berisiko lelaki adalah tinggi berbanding dengan perempuan dan dapatan menunjukkan perbezaannya adalah signifikan. Dapatan kajian juga menunjukkan kecenderungan tingkah laku seks berisiko remaja Kristian lebih tinggi berbanding dengan remaja Islam, Buddha dan Hindu dan perbezaannya juga adalah signifikan. Namun begitu, d..... 974 hits |
| 8384 | 2018 Thesis | Potensi penggunaan tumbuhan hutan semula jadi tempatan untuk kawalan hakisan cerun Nik Mohd Farhan Nik Daud Kajian ini bertujuan menganalisis potensi penggunaan tumbuhan hutan semula jadi tempatan untuk kawalan hakisan cerun. Spesies tumbuhan hutan semula jadi tempatan dilihat mampu untuk mengawal hakisan tanah dan mengukuhkan cerun. Kajian ini menggunakan spesies Syzygium papilose (Kelat Paya), Ploiarium alternifolium melchior (Cicada) dan Cratoxylon arborescens (Geronggang) di plot hakisan bagi tujuan melihat kemampuan tumbuhan hutan semula jadi dalam mengawal hakisan dan mengukuhkan cerun. Tempoh pengujian dijalankan daripada Januari 2015 sehingga Mac 2016 dengan jumlah jatuhan hujan sebanyak sebanyak 2685mm. Analisis deskriptif dan regresi digunakan bagi melihat dan menilai potensi spesies. Dapatan kajian menunjukkan spesies Kelat Paya berjaya mengurangkan air larian permukaan (33.77%) dan sedimen (63.97%) tertinggi bagi plot pengujian yang mempunyai rawatan tanah. Tumbuhan Kelat Paya juga mencatatkan pengurangan tertinggi bagi air larian permukaan (31.49%) dan sedimen (62.3%) di plot pe..... 1083 hits |
| 8385 | 2017 Thesis | Analisis makna leksis bahasa sukuan dalam korpus bahasa Melayu menggunakan semantik ranah Effendy Yusuff Penyelidikan ini dilaksanakan untuk mengkaji pengekalan penggunaan leksis bahasa sukuan peribumi Sabah dalam korpus bahasa Melayu. Sumber data yang dimanfaatkan adalah daripada data korpus bahasa Melayu yang penyelidik bangunkan sendiri menggunakan Perisian Antconc 3.4.3w. Data korpus tersebut terdiri daripada enam buah novel yang berlatarkan masyarakat peribumi Sabah, iaitu novel Bagaton dan Mariga karya Amil Jaya, manakala novel Dukanya Abadi, Kukui, Dari Dalam Cermin, dan Debur Menerpa karya Azmah Nordin. Sebanyak 145 leksis bahasa sukuan telah dikenal pasti digunakan secara bersama-sama dengan bahasa Melayu dalam data korpus. Analisis dijalankan menggunakan teori semantik ranah (frame semantics) yang dipelopori oleh Charles Fillmore (1982). Dapatan kajian awal menunjukkan bahawa pendekatan berteori linguistik, khususnya semantik kognitif dapat memerihalkan gelagat semantik leksis bahasa sukuan dalam korpus bahasa Melayu. Seterusnya, menyelongkar makna yang cuba digambarkan untuk me..... 1187 hits |
| 8386 | 2018 Thesis | Prioritization methodology for a large scale of remote patients: a case study of chronic heart disease Abdulniser Khald Hamzah This research aims to present a methodology based on Multi-Criteria Decision Making (MCDM) to aid decision-makers in prioritizing a large scale of patients in a telemedicine environment. In this study, the data from 500 patients with chronic heart disease are examined and evaluated their emergency levels based on four main sources: electrocardiogram (ECG), oxygen saturation (SPO2), blood pressure (BP), and non- sensory measurement (text frame). The researcher of this study constructed a decision matrix based on a crossover of multiple sources and patients list according to the features of the sources. Subsequently, patients were prioritized using MCDM techniques, namely, integrated Multi-layer Analytic Hierarchy Process (MLAHP) and Technique for Order Performance by Similarity to Ideal Solution (TOPSIS). For validation, subjectively, cardiologists are consulted to confirm the ranking results; objectively, mean ± standard deviation and T-test are used to check the accuracy of the syste..... 1091 hits |
| 8387 | 2018 Thesis | Ulama dalam pentadbiran kerajaan negeri Kedah tahun 1909 hingga 1957 Bariyah Basiran Tesis ini memberi tumpuan kepada sumbangan institusi ulama yang terlibat dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam negeri Kedah sekitar tahun 1909 hingga 1957. Fokus utama kajian ialah meneliti kedudukan dan peranan institusi tersebut dalam urus tadbir berhubung hal ehwal agama Islam di era penjajahan British. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji latar belakang sejarah institusi ulama serta penglibatan British dan institusi ulama dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam; menganalisis perkembangan dan perubahan yang berlaku selepas campur tangan British, serta menganalisis kesan dan kepentingan institusi ulama dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam kepada masyarakat Islam di negeri Kedah. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif berdasarkan sumber primer dan sekunder. Antara sumber utama bagi kajian ini termasuk surat peribadi, surat tauliah, sijil pengiktirafan, foto, kitab lama, catatan peribadi, risalah, resit, surat tanah, laporan rasmi, fail, memorandum dan telegram..... 1067 hits |
| 8388 | 2018 Thesis | Kaum muda penggerak kesedaran kemerdekaan Tanah Melayu 1906-1957 Kamarul Afendey Hamimi Disertasi ini bertujuan mengkaji peranan Kaum Muda sebagai penggerak kesedaran kemerdekaan di Tanah Melayu sekitar 1906 hingga 1957. Kajian ini menilai faktor- faktor luaran dan dalaman yang mempengaruhi perkembangan perjuangan Kaum Muda di Tanah Melayu. Di samping itu mengetengahkan beberapa tokoh pejuang Kaum Muda daripada pelbagai latar belakang aliran pendidikan yang berjaya memberi kesedaran kepada masyarakat untuk memperjuangkan kemerdekaan. Sumber primer dan sekunder digunakan termasuklah kaedah temu bual untuk melengkapkan kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan Kaum Muda ini bukan sahaja menumpukan perhatian kepada soal-soal pembaikan dalam ibadat khusus tetapi turut mewarnai dunia politik, ekonomi dan sosial masyarakat Melayu. Dapatan kajian juga menunjukkan Kaum Muda merupakan penyuntik awal kesedaran kemerdekaan di Tanah Melayu. Walau bagaimanapun, kajian ini mendapati tidak semua tokoh Kaum Muda terlibat secara langsung dalam politik kepartian. Tokoh-tokoh Kaum Muda pada pe..... 1224 hits |
| 8389 | 2018 Thesis | Sumbangan lepasan Sultan Idris Training College (SITC) dalam membangkitkan semangat nasionalisme 1922-1957 Raja Ahmad Shalaby Raja Hassan Kajian ini bertujuan untuk menilai sumbangan yang diberikan oleh guru dan lepasan Sultan Idris Training College (SITC) dalam membangkitkan semangat nasionalisme dari tahun 1922 hingga 1957. Lepasan SITC memainkan peranan penting dalam membangkitkan semangat nasionalisme masyarakat Melayu sehingga negara mencapai kemerdekaan. Kaedah penyelidikan kajian ini adalah berbentuk kualitatif yang menggunakan rujukan daripada dokumen primer seperti laporan rasmi, surat- surat persendirian, memorandum dan rekod-rekod tinggalan kolonial yang diperoleh dari The National Archives London, Arkib Negara Malaysia dan Koleksi Arkib Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Dapatan kajian ini membuktikan sistem pembelajaran, latihan di luar bilik darjah dan mata pelajaran yang diperkenalkan di SITC terutamanya Bahasa Melayu dan Tawarikh membantu pertumbuhan kesedaran nasionalisme Melayu. Di samping itu, institusi yang membantu pengajaran dan pembelajaran seperti Pejabat Karang Mengar..... 2530 hits |
| 8390 | 2018 Thesis | Readability analysis of prose texts in the Malaysian lower secondary schools Revathi Gopal This research aims to analyze the readability of prose texts used for Malaysian lower secondary school students. The research involves both the quantitative and qualitative research methods in collecting data. The quantitative research methods are used to gauge readability level of the texts used and also students’ views on reading the literary texts prescribed focusing on text-reader factors which are i) cultural familiarity of the texts, ii) physical features of the texts, iii) students’ interest and motivation and iv) the preferred prose texts. The qualitative research method investigates the text-reader factors which affect students’ reading comprehension and students’ strengths and weaknesses in understanding the prose prescribed. Samples comprised randomly selected lower secondary school students from secondary schools in Perak. A total of 450 respondents and 18 participants were involved in the research. Data collection techniques include four readability formulas, a cro..... 1427 hits |
| [ First ] [ Prev ] | Page 839 of 1087 | [ Next ] [ Last ] |