UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
85012019
Thesis
Pembangunan modul pengajaran kreatif Asid Bes pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan dan Matematik
Norlida Mohd Yaacob
Kajian  ini  bertujuan  untuk  membangunkan  sebuah  modul  pengajaran  kreatif  mata pelajaran kimia bagi tajuk Asid dan Bes  yang dinamakan modul Pengajaran Kreatif Asid Bes  Pendidikan STEM (PKAB-STEM). Kajian ini adalah kajian reka bentuk dan pembangunan  modul.  Modul   PKAB-STEM  dibangunkan  berdasarkan  Model  Proses Kreatif  Terarah  yang  melibatkan  empat   strategi  pengajaran  dan  pembelajaran  iaitu konstruktivisme,    inkuiri    penemuan,     pembelajaran    berasaskan    masalah    dan pembelajaran  berasaskan  projek.  Modul  ini  boleh   digunakan  dalam  pengajaran  dan pembelajaran   kimia   di   sekolah   menengah.   Modul   ini    dibangunkan   dalam   tiga peringkat  berdasarkan  model  reka  bentuk  Hannafin  dan  Peck,  iaitu   Fasa  1:  analisis keperluan,  Fasa  2:  mereka  bentuk  dan  Fasa  3:  pembangunan  dan   pelaksanaan. Penilaian dan penambahbaikan m.....

3832 hits

85022019
Thesis
Penganggaran kos masa instruksional yang hilang akibat ketidakberadaan guru dalam bilik darjah di daerah Muallim Perak
Siti Anis Abdul Rahman
Tujuan  kajian  ini  adalah  untuk  menganggarkan  kos  masa  instruksional  yang  hilang akibat   daripada  ketidakberadaan  guru  dalam  bilik  darjah.  Kajian  ini  menggunakan pendekatan   kuantitatif  dengan  reka  bentuk  kajian  tinjauan.  Sampel  kajian  terdiri daripada   313 orang  guru   sekolah rendah dan menengah di daerah Muallim, Perak. Penganggaran  kos masa instruksional  yang hilang menggunakan Model Modal Insan. Dapatan  kajian  menunjukkan  bahawa  sebab  utama  guru   tiada  di  dalam  bilik  darjah kerana urusan rasmi dengan kekerapan ketiadaan  yang paling tinggi  ialah  pada hari Jumaat. Jumlah purata seorang guru tiada dalam bilik darjah ialah sebanyak 25 hari  setahun.  Manakala  purata  kadar  upah  mengajar  per  waktu  bagi  seorang  guru  ialah sebanyak   RM74.20.  Jumlah  kerugian  masa  instruksional  akibat  ketiadaan  seorang guru   dalam   bilik    darjah   bagiÂ.....

1207 hits

85032018
Thesis
Persepsi guru dalam penggunaan buku cerita terhadap pengajaran membaca bagi Bahasa Kadazandusun dan hubungannya dengan strategi guru
Jinuin Jainis
Kajian  ini  bertujuan  untuk  meninjau  persepsi  guru  dalam  penggunaan  buku  cerita terhadap pengajaran membaca bagi Bahasa Kadazandusun (BKD) dan  hubungannya dengan   strategi    pengajaran   guru   sekolah   di   Daerah   Keningau.   Menggunakan pendekatan   reka   bentuk    kuantitatif   dan   soal   selidik   sebagai   instrumen   kajian. Pemilihan  subjek  kajian   adalah  secara  rawak  iaitu  50  orang  dari  jumlah  populasi seramai  60  orang  guru  BKD.   Data  dianalisis  menggunakan  analisis  deskriptif  min, sisihan piawaian dan inferens yang  melibatkan ujian korelasi Pearson dan ujian Chi- Square  seterusnya  menerangkan  hubungan  antara   pembolehubah  kajian.  Kajian  ini mendapati bahawa guru masih menggunakan buku dalam Pengajaran  membaca BKD (M = 3.75, SD = 0.26). Manakala strategi yang digunakan oleh guru dalam pengajaran  membaca juga adalah positif dan memberi kesan .....

1933 hits

85042019
Thesis
Membangunkan perisian intervensi atrikulasi dan pertuturan (IAP) bagi murid pendidikan khas
Fariza Salwa Yaakub
Kajian  ini  dijalankan  untuk  membangunkan  perisian  pengajaran  dan  pembelajaran multimedia  Intervensi  Artikulasi  dan  Pertuturan  (IAP).  Kajian  ini  menggunakan metodologi   penyelidikan  dan  pengembangan  (Research  and  Development  [R&D]). Pembangunan  perisian  ini   dibangunkan  dengan  menggunakan  perisian  Adobe  Flash Professional  CS6  sebagai  platform   utama.  Pembangunan  perisian  multimedia  ini menggunakan  model  instruksi  pembangunan  perisian   Hannaffin  dan  Peck,  (1988) sebagai tunjang kepada keseluruhan kajian. Model pembangunan ini  merangkumi tiga fasa penting dan melalui penilaian dan pengulangan mengikut keperluan setiap fasa.  Model ini menggabungkan teori kognitivisme dan teori perkembangan sosial oleh Lev Vygotsky sebagai  teori sokongan. Antara fasa-fasa yang terlibat bagi model ini adalah fasa pertama Analisis  Keperluan, kedua Rekabentuk dan ketiga adalah Pembangunan dan Perl.....

1955 hits

85052019
Thesis
Hubungan media baharu dan tingkah laku devian dalam kalangan pelatih Institusi Pemulihan Akhlak di Perak
Nurhana Yahya
Tujuan  kajian  ini  adalah  untuk  mengenal  pasti  hubungan  antara  media  baharu  dan tingkah  laku devian dalam kalangan pelatih Institusi Pemulihan Akhlak (IPA) di Negeri Perak Darul Ridzuan.  Kajian ini menggunakan  reka bentuk kajian kes dan populasi kajian terdiri daripada 170 orang  pelatih daripada Sekolah Tunas Bakti, Taiping (STB) dan Taman Seri Puteri, Batu Gajah (TSP) di  Perak. Sampel kajian terdiri daripada 118 orang   pelatih   dipilih   menggunakan   teknik    persampelan   rawak.   Instrumen   yang digunakan  dalam  kajian  ini  adalah  temu  bual   berstruktur  dan  soal  selidik  yang diubahsuai daripada William dan Buss dan Perry. Darjah  kebolehpercayaan soal selidik diuji dengan menggunakan Cronbach Alpha di mana nilai keseluruhannya  ialah 0.918. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan Perisian Statistical Package for  Social  Science  (SPSS)  versi  20.  Statistik  deskriptif  dan  infe.....

2823 hits

85062019
Thesis
Ciri-ciri insan kamil dalam teks Sulalatus Salatin berdasarkan teori takmilah
Siti Faridah Leong Abdullah
Kajian  ini  bertujuan  untuk  membincangkan  ciri-ciri  insan  kamil  raja  dan  pembesar dalam   teks  Sulalatus  Salatin.  Kajian  ini  dijalankan  melalui  kaedah  kepustakaan  dan menganalisis    teks   sebagai   kaedah   utama.   Peristiwa-peristiwa   terpilih   dianalisis mengikut  landasan   Prinsip  Kedua  Teori  Takmilah,  iaitu  Prinsip  Kerasulan  sebagai Insan Kamil; dengan  berfokuskan kepada pemimpin dalam Sulalatus Salatin berjaya memikul  tanggungjawab    sebagaimana   yang  dikehendaki  Islam  menurut  nilai-nilai akhlak Islamiah. Nilai akhlak yang dikaji ialah  nilai-nilai yang wajib ada pada Rasul, iaitu sifat siddiq, amanah, fatanah dan tabligh. Dapatan  kajian menunjukkan bahawa majoriti pemerintah Melaka mampu menjalankan tanggungjawab dengan baik,  namun apabila  nafsu  menguasai  akal,  maka  ia  mengganggu  tindakan  pemerintah  dalam membuat   keputusan  yang  betul.  KesilapanÂ.....

4841 hits

85072016
Thesis
Stakeholders understanding and attitude on play-based approach in Nigeria preschools
Akorede, Quadri Mojeed
  This research presents the stakeholders’ understanding and attitude towards play-based approach in Nigeria preschools. The study dwelt on the different understanding and attitude of stakeholders on the relevance of play-based approach, the relationship between educational qualifications and its relevance to the implementation of play-based approach in preschools. Other issues investigated were the suitability and possibility of play-based approach in developing the cognitive, affective and psychomotor skills and the language needs of children attending the preschools system in Nigeria. The research used the qualitative approach, whereby data collection were made through written text, interview and observation. Thus, collected data were analysed through hermeneutics procedure. The participants of this study included twenty classroom teachers and twenty parents from ten different schools, five preschools’ owners and also two officials from the Ministry of Education. Th.....

1221 hits

85082019
Thesis
Factors related to the level of readiness in accrual-based accounting implementation among Malaysian public health care in Northern Region
Nur Shawalliza Yusof
The aim of this study was to identify the level of readiness in the implementation of accrual- based accounting among Malaysian public healthcare in the Northern region. It also examined the   relationship  between  human  resources  competency,  software  and  technology  capability,  accounting policies and standards suitability and the level of readiness in the implementation of  accrual-based accounting. Quantitative approaches were used in this study with questionnaire as the  research instrument. Data were collected from a sample of 200 administrative officers in the  Finance  Department  at  20  public  hospitals  and  state  health  departments.  Descriptive  and  inferential analysis techniques were used to analyse the data. The finding showed that the level of   readiness  to  implement  accrual-based  accounting  in  Malaysian  public  healthcare  was  moderately high (M = 3.97, SD = 0.719). The results also revealed that there .....

1334 hits

85092019
Thesis
Analisis teori Takmilah Faraid Al-FawaId Al-Fikr Al-Imam Al-Mahdi karangan Sheikh Daud Al-Fatani
Syarifah Salha Syed Ahmad
Fara’id  al-Fawa’id  al-Fikr  fi  al-Imam  al-Mahdi  (MSS  2939)  adalah  karya  tulisan Sheikh  Daud al-Fatani r.h.m yang diterjemah daripada guru beliau iaitu Sheikh Mar’i bin Yusuf r.h.m.  Kajian ini bertujuan mengenalpasti dan menganalisis secara terperinci tentang  aspek-aspek   ketauhidan,  kerasulan  dan  kesempurnaan  Islam  berpandukan prinsip-prinsip teori Takmilah.  Kajian dibuat menggunakan kaedah kepustakaan dan analisis   teks   secara   deskriptif.   Teori    Takmilah   digunakan   dalam   menganalisis kandungan teks kerana sejajar dengan konteks  kandungannya yang meletakkan tauhid sebagai tunjang utama karya bercirikan Islam. Dapatan kajian  menunjukkan bahawa naskhah  manuskrip  MSS  2939  memperlihatkan  unsur-unsur  tauhid  sejajar   dengan prinsip ketuhanan  yang bersifat Kamal. Ciri-ciri kepimpinan Islam dapat ditemukan dalam  manuskrip ini dan bertepatan dengan prinsip kerasulan yang bersifat Kamil......

5428 hits

85102019
Thesis
Kesan modul latihan ubahsuaian berasas teaching games for understanding (TGFU) dalam permainan bola sepak
Mohamad Harkimi Md Isa
Kajian ini adalah untuk menilai keberkesanan Modul Latihan Ubahsuaian berasaskan Teaching Games for Understanding (TGfU) dalam permainan bola sepak. Modul tersebut bertujuan menilai tahap pemain semasa latihan dan pertandingan. Reka bentuk kajian ini adalah kuasi-eksperimen pra dan pasca ujian bagi kumpulan seimbang. Persampelan rawak berstrata digunakan untuk memilih seramai 30 orang pemain bola sepak bawah 15 tahun dan dua orang jurulatih dari dua buah sekolah menengah daerah Kinta Utara. Kajian ini menggunakan instrumen senarai semak pemerhatian, modul latihan ubahsuaian berasaskan TGfU, soal selidik penilaian kendiri pemain dan soal selidik maklum balas modul. Hasil kajian mendapati tahap pencapaian pemain dalam strategi menyerang dan strategi bertahan serta rumusan keseluruhan permainan menunjukkan tahap yang sangat baik (M=209.33, SD=4.28). Hasil analisis Ujian-t tidak bersandar menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan iaitu [t (25.31) = 28; P ..

1686 hits

[ First ] [ Prev ] Page 851 of 1165 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.