|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Latest addition to the database : |
| 9291 | 2018 Article | Percanggahan pendapat aspek tatabahasa: perbandingan antara bahan rujukan bahasa Melayu Wong, Shia Ho Kertas kajian ini memperlihatkan percanggahan pendapat yang berlaku dalam bahan rujukan Bahasa Melayu. Percanggahan pendapat tentang sesuatu aspek tatabahasa ditonjolkan melalui perbandingan maklumat dalam bahan rujukan itu sendiri atau dengan bahan rujukan lain. Kajian ini menggunakan persampelan bertujuan bagi mendedahkan fenomena yang diterokai. Analisis kandungan dilakukan terhadap bahan rujukan yang dipilih berdasarkan kedekatan dan kredibilitinya sebagai bahan rujukan kepada pengguna bahasa. Hasil kajian mendapati bahawa percanggahan pendapat tentang tatabahasa bukan sahaja berlaku antara bahan rujukan yang berlainan malah percanggahan juga berlaku dalam bahan rujukan itu sendiri. Selain itu, kertas ini juga memperlihatkan kesan percanggahan tersebut kepada pengguna bahasa melalui kaedah tinjauan terhadap 23 orang guru di sekolah tentang penggunaan kata bantu dalam ayat. Bagi menghadapi percanggahan pendapat ini, pelbagai pandangan dikemukakan agar keseragaman dan ketepatan maklu..... 1141 hits |
| 9292 | 2018 Article | Pengukuhan kuasa pemerintahan kesultanan Melayu Kedah dalam undang-undang Kedah Nor Afiza Mohd Nasir Pada zaman pemerintahan kesultanan Melayu, Undang-Undang Kedah merupakan salah satu naskhah utama dalam sejarah penulisan undang-undang adat dan terpenting dalam menonjolkan kekuasaan golongan raja dalam mentadbir sesebuah negara selain membicarakan pelbagai aspek kehidupan masyarakat Melayu Kedah. Oleh itu, objektif kajian ini ialah mengenal pasti kaedah pengukuhan kuasa yang diwujudkan oleh raja di samping menghuraikan implikasi yang wujud hasil pengukuhan kuasa tersebut terhadap pemerintahan kesultanan Melayu Kedah. Hasil kajian menunjukkan pengukuhan kuasa pemerintahan kesultanan Kedah wujud melalui pelbagai kaedah iaitu pembatasan hubungan raja dengan rakyat, kawalan sosial dan pembentukan sifat kepatuhan rakyat kepada golongan raja. Sehubungan itu, perbincangan ini berlandaskan Teori Kuasa yang diperkenalkan oleh John R.P. French dan Bertram Raven (1959) di samping menggunakaan kaedah kepustakaan dan analisis kandungan... 707 hits |
| 9293 | 2018 Article | Pembangunan kit video pembelajaran bahasa Melayu penutur asing berteraskan budaya Junaini Kasdan Kebanjiran tenaga kerja asing, seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia dan penetapan sasaran Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menjadikan Malaysia sebagai hub pendidikan menjelang tahun 2020, merupakan peluang untuk mengembangkan bahasa Melayu kepada penutur asing. Namun, dalam keghairahan menyambut warga asing ini, perancangan dan tindakan yang tepat perlu diberikan perhatian. Mereka bukan sahaja perlu mempelajari bahasa Melayu, tetapi juga budaya Melayu yang pastinya berbeza dengan budaya kaum-kaum lain di Malaysia. Melalui kajian keperluan pelanggan yang dilakukan secara dalam talian, kajian ini mendapati bahawa lebih daripada 75.0% responden dari 17 buah negara memberikan maklum balas bahawa mereka tidak berminat untuk mempelajari bahasa Melayu, namun semua responden menyatakan ingin mempelajari budaya Melayu. Sejumlah 85.% responden pula memberikan maklum balas bahawa mereka sukar untuk mendapatkan bahan pembelajaran dalam talian, khususnya dalam bentuk video y..... 748 hits |
| 9294 | 2018 Article | Aplikasi kemahiran kognisi dalam pengajaran dan pembelajaran karangan bahasa Melayu di SJK (Cina) daerah Sabak Bernam Suppiah Nachiappan Kajian ini bertujuan untuk menganalisis cara guru mengaplikasikan kemahiran kognisi dalam pengajaran karangan Bahasa Melayu di SJK (Cina) di daerah Sabak Bernam serta cara murid mempelajarinya. Sampel kajian melibatkan 20 orang murid Tahun 6. Sebanyak 20 teks karangan asal murid telah dikaji dan dianalisis untuk mendapatkan data serta ditranskripsikan menjadi teks kajian. Teks kajian ini dianalisis dengan menggunakan kaedah Hermeneutik untuk menginterpretasi dapatan kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru dapat mengaplikasikan kemahiran kognisi dalam proses pengajaran karangan Bahasa Melayu manakala murid juga telah dapat menguasai kemahiran kognisi dalam penulisan karangan Bahasa Melayu. Implikasi kajian kepada guru ialah guru dapat menggunakan pelbagai kaedah untuk mengaplikasikan kemahiran kognisi dalam proses pengajaran karangan... 1003 hits |
| 9295 | 2018 Article | Tingkah laku integriti dalam pemantapan pengurusan sektor perkhidmatan awam Kamarudin Musa Tujuan kajian ini dalah untuk memperjelaskan kedudukan tahap amalan tingkah laku integriti dalam kalangan anggota-anggota perkhidmatan awam di Malaysia. Di samping menentukan kedudukan nilai, etika serta moral dalam konteks pelaksanaan proses penyampaian perkhidmatan organisasi awam. Kajian ini melibatkan seramai 645 orang responden, terdiri daripada anggota-anggota perkhidmatan awam yang berkhidmat di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, melibatkan empat zon utama, iaitu tengah, selatan, utara dan timur. Reka bentuk kajian diasaskan kepada kerangka pemikiran kepimpinan berpusatkan prinsip (Principle Centred Leadership). Analisis kajian dilakukan berasaskan statistik deskriptif skor min dan sisihan piawai. Dapatan kajian secara keseluruhannya amalan tingkah laku integriti merekodkan skor min yang tinggi, iaitu dalam lingkungan 4.20. ini menunjukkan bahawa sektor awam merupakan sektor yang mempunyai kesedaran amalan tingkah laku integriti yang tinggi. Anggota-anggota perkhidmatan awam me..... 1336 hits |
| 9296 | 2018 Article | The factors influencing the level of well-being among elderly in Selangor Umi Abidah Noor Osman The increasing in ageing population has drawn on the attention to the level of well-being among elderly. This study measured the level of well-being among elderly in Selangor. It was study conducted to determine how far factors such as personal factor, social participation, financial factor, neighborhood and the level of income influencing the well-being. A survey method was conducted to collect data using a total sample of 466 respondents living in rural and urban areas. In order to access the statistical significant differences between these two living areas on the well-being among elderly in Selangor, t-test analysis was used. In addition, multiple regression analysis was performed to measure the influence of the relevant factors to the elders’ level of well-being. The findings showed that all the factors had influenced the level of prosperity among elderly. However, income factor was not an essential factor in the welfare of old people. Therefore, the implication of this study su..... 815 hits |
| 9297 | 2018 Article | Sikap guru terhadap perubahan dalam sekolah di Malaysia Mohd Aizat Abu Hassan Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengenal pasti tahap sikap guru terhadap perubahan berdasarkan dimensi kognitif, afektif dan tingkahlaku dalam sekolah di Malaysia. Responden kajian terdiri daripada 865 orang guru sekolah yang telah dipilih secara rawak. Bagi menjalankan kajian, borang soal selidik dihasilkan hasil adaptasi kajian terdahulu iaitu kajian Tai dan Omar (2014).Dapatan kajian secara keseluruhannya mendapati sikap guru terhadap perubahan pada tahan sederhana. Dapatan ini dapat membantu pihak-pihak yang berkaitan untuk mencari penyelesaian bagi memabantu meningkatkan sikap guru terhadap perubahan dapat dipertingkatkan ke tahap yang tinggi... 696 hits |
| 9298 | 2018 Article | Persepsi pekerja terhadap strategi pembangunan kerjaya individu dan organisasi di Edaran Otomobil Nasional Berhad (Eon Berhad) Mahazir Ahamad Latihan pembangunan kerjaya ialah aktiviti organisasi yang penting kerana pengaruhnya terhadap produktiviti pekerja. Program pembangunan kerjaya memberi pekerja peluang untuk berkembang maju dalam kerjaya samada di dalam atau di luar organisasi. Bagi mencapai matlamat ini, pelbagai strategi dilakukan oleh individu dan organisasi dalam membantu perkembangan kerjaya . Matlamat kajian ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti strategi yang digunakan oleh individu dan organisasi di dalam pembangunan kerjaya di Otomobil Nasional Berhad ( Eon Berhad). Kajian ini menggunakan strategi individu dan organisasi dan analisis data dilakukan secara kuatitatif iaitu menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Terdapat 50 responden terlibat dalam kajian ini dan datang dari pelbagai jabatan, jawatan, peringkat umur dan bangsa. Hasil kajian menunjukkan bahawa, strategi individu dalam pembangunan kerjaya adalah lebih dominan dan menunjukkan skor yang tinggi berbanding dengan strategi yang dilakuka..... 1283 hits |
| 9299 | 2018 Article | Pengaruh pemboleh ubah makroekonomi terpilih terhadap turun naik harga emas di Malaysia Norimah Rambeli@Ramli Matlamat utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti pengaruh faktor-faktor makroekonomi terpilih dalam mempengaruhi harga emas di Malaysia. Bagi mencapai matlamat kajian ini, maka Kaedah Kuasa Dua Terkecil (KKDT) telah digunakan. Selain itu data berfrekuensi tahunan dari tahun 1989 hingga 2017 telah digunakan untuk semua peringkat pengujian model. Hasil dari dapatan kajian mencadangkan, kesemua pemboleh ubah bebas makroekonomi terpilih dalam kajian ini iaitu harga minyak mentah, kadar inflasi dan kadar pertukaran asing adalah penting dalam mempengaruhi turun dan naik tingkat harga emas dalam jangka masa panjang. Dapatan kajian seterusnya mencadangkan harga minyak dunia dan kadar inflasi mempengaruhi tingkat harga emas secara positif. Manakala, kadar pertukaran asing memberi impak yang negatif kepada tingkat harga emas di Malaysia. Hasil kajian ini adalah penting bagi pihak kerajaan, ahli akademik serta para pelabur emas dalam membuat keputusan pelaburan mereka berkesan dala..... 774 hits |
| 9300 | 2018 Article | Literasi dan tingkahlaku kewangan usahawan mikro di utara Semenanjung Malaysia Mohd Abdullah Jusoh Literasi kewangan sangat penting dalam menjamin kedudukan kewangan yang stabil. Justeru itu, tumpuan utama kajian ini adalah untuk menilai sejauh mana tahap literasi kewangan usahawan mikro dan pengaruhnya terhadap tingkahlaku kewangan yang diamalkan oleh mereka. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik dan responden adalah usahawan-usahawan mikro di utara semenanjung. Penemuan menunjukkan tahap literasi kewangan usahawan mikro adalah pada tahap yang sederhana. Ini telah mempengaruhi tingkahlaku kewangan mereka. Kesannya tingkahlaku kewangan menunjukkan tahap yang sederhana dalam aspek kemahiran pengurusan kewangan, perancangan, belanjawan dan kawalan dan juga simpanan. Justeru itu usaha perlu dilaksanakan untuk memperbaiki tahap literasi kewangan dan tingkahlaku kewangan khususnya dalam kalangan usahawan mikro. Penemuan ini adalah input yang penting kepada pihak yang berkaitan untuk mengambil inisiatif dalam meningkatkan tahap literasi kewangan serta mengekalkan pengurusan kewangan ..... 1022 hits |
| [ First ] [ Prev ] | Page 930 of 1186 | [ Next ] [ Last ] |