UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
93112017
Thesis
Faktor demografi dan kekangan menggunakan bahan sumber kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan guru ekonomi
Nur Fitah Jaafar
Tujuan kajian dijalankan adalah untuk menentukan hubungan antara faktor demografi guru dengan kekangan menggunakan bahan sumber KBAT di sekolah. Reka bentuk kajian kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan melalui pengedaran borang soal selidik telah dipilih bagi menyempurnakan kajian ini. Teknik Total Population Sampling digunakan dalam proses pengumpulan data kajian. Seramai 31 orang guru yang mengajar mata pelajaran ekonomi daripada 16 buah sekolah menengah di seluruh Daerah Batang Padang, Perak telah terlibat secara langsung. Data yang diperoleh telah diproses dengan menggunakan Program SPSS Versi 23.0 yang melibatkan analisis deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan faktor jantina, pengkhususan dan tempoh perkhidmatan guru mempunyai perbezaan signifikan terhadap kekangan keupayaan guru. Berikutnya, hubungan positif yang signifikan pula ditunjukkan oleh faktor tempoh perkhidmatan dengan kekangan masa guru. Kesimpulannya, wujud hubungan antara faktor demografi dengan .....

720 hits

93122017
Thesis
Nilai murni dalam puisi tradisional karya Kanimozhi Kuppusamy
Jayanthimala Ramasamy
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti nilai murni serta unsur pengajaran yang terkandung dalam puisi-puisi tradisional karya Kanimozhi Kuppusamy dan mengaitkan puisi-puisi tersebut dengan pembentukkan sahsiah mulia dalam kalangan murid. Kumpulan puisi tradisional yang dikaji ialah Kaviy?r, I?iya v??kkai dan Kalvik ka?ika? yang berjumlah tujuh puluh enam buah puisi tradisional. Kaedah kualitatif iaitu kajian kepustakaan dan analisis teks serta berasaskan teori moral digunakan untuk mengkaji puisi tradisional karya Kanimozhi Kuppusamy. Dapatan kajian menunjukkan terdapat 17 nilai murni dan 12 unsur pengajaran dalam puisi tradisional tersebut. Selain itu, lapan sahsiah mulia dapat dibentuk dalam kalangan murid melalui puisi-puisi tradisional tersebut. Dapatan kajian menunjukan nilai murni yang diterapkan dalam puisi tradisional karya Kanimozhi Kuppusamy sangat penting dalam pembentukan sahsiah pelajar...

1695 hits

93132017
Thesis
Reka bentuk corak geometri Islam pada seni bina masjid negeri di Semenanjung Malaysia
Norlis Ismail
Pengaruh Islam telah memainkan peranan yang besar dalam pembentukan seni visual Islam di Malaysia. Beberapa elemen seni visual kini telah direka bentuk bagi menepati unsur-unsur kesenian Islam. Melalui seni bina masjid, terdapat tiga entiti utama kesenian Islam yang ditonjolkan iaitu seni khat, Arabesque dan Corak Geometri. Setiap entiti tersebut mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Kajian ini berkaitan dengan penggunaan corak geometri Islam yang terdapat pada masjid-masjid negeri di Semenanjung Malaysia. Masjid adalah lambang bagi agama Islam manakala mihrab, mimbar, menara dan kubah adalah antara empat ciri utama yang perlu ada pada setiap masjid. Tujuan laporan penyelidikan yang dilakukan ke atas sebelas buah masjid-masjid negeri, adalah untuk mengenal pasti, menganalisis dan mengkaji proses penghasilan reka bentuk corak geometri Islam berasaskan teori Gestalt, konsep Haqiqah dan Ihsan. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan data dikumpul melalui pendekatan p.....

1753 hits

93142017
Thesis
Kesan pembelajaran Google Apps secara atas talian dalam kalangan pelajar ekonomi asas tingkatan empat
Nor Fadhilah Zainudin
Kajian ini mengkaji kesan pembelajaran secara atas talian menggunakan Google Apps terhadap pencapaian, minat dan motivasi pelajar dalam mata pelajaran Ekonomi Asas Tingkatan Empat. Reka bentuk eksperimen kuasi dipilih berdasarkan teknik pra ujian dan pasca ujian. Seramai 103 responden telah dipilih dan dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan eksperimen (53 orang) dan kumpulan kawalan (50 orang). Pelajar dalam kumpulan eksperimen didedahkan dengan Kaedah Pembelajaran Google Apps (KPGA) manakala pelajar kumpulan kawalan didedahkan dengan Kaedah Pembelajaran Konvensional (KPK). Instrumen kajian ini terdiri daripada dua set soal selidik dan dua set soalan ujian iaitu pra ujian dan pasca ujian telah diedarkan kepada kedua-dua kumpulan. Kesan KPGA dan KPK ke atas pencapaian, minat dan motivasi pelajar dianalisis menggunakan ANCOVA dan korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah KPGA adalah berkesan dalam meningkatkan pencapaian, minat dan motivasi pelajar berbanding de.....

1053 hits

93152017
Thesis
Kualiti perkhidmatan pendidikan politeknik di Perak
Siti Aishah Ab Jalil
Kajian ini dijalankan bagi mengkaji perbezaan tahap kualiti perkhidmatan pendidikan tinggi (KPPT) dan dimensi-dimensinya mengikut jenis politeknik dan, menentukan hubungan di antara dimensi-dimensi KPPT dengan tahap KPPT secara keseluruhannya. Kajian dijalankan di dua buah Politeknik di Perak, menggunakan pendekatan kuantitatif dan melibatkan sampel yang terdiri daripada 320 orang pelajar. Data yang dikumpul menggunakan borang soal selidik telah dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi, iaitu ujian-t bebas dan korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang positif dan signifikan bagi tahap KPPT. Secara keseluruhannya di antara politeknik, tetapi tidak bagi dimensi-dimensi KPPT. Analisis korelasi pula menunjukkan bahawa tiga dimensi KPPT, iaitu pembelajaran dan pengajaran, perkhidmatan sokongan dan fasiliti dan perkhidmatan mempunyai hubungan yang signifikan dengan KPPT. Secara kesimpulannya, empat daripada tujuh hipotesis yang dibuat adalah.....

1356 hits

93162017
Thesis
Fostering reading comprehension through shared reading in the year four English classroom
Sheema Ahtmanathan
The objective of this study is to identify students‘ responses towards reading comprehension,the strategies used by the researcher to facilitate students‘ reading comprehension and students‘ experiences during shared reading sessions. A qualitative case study design was selected to answer three research questions. Ten year four students from a school in Cameron Highlands, Pahang participated in the study. The researcher facilitated the shared reading sessions while observed by another teacher. Six sessions of shared reading were conducted using two different big books which were recorded and transcribed. Six students were then selected for semi-structured interview sessions. The recording transcriptions, interview transcriptions and observation notes were analysed using the framework technique of thematic coding.The findings showed six categories of students‘ responses towards reading comprehension. Overall, the students enjoyed and preferred shared reading and it enhanced thei.....

663 hits

93172017
Thesis
Pembinaan modul pembelajaran teradun nutrisi di hujung jari dan kesannya terhadap pencapaian pelajar
Nurul Hafizah Masni
Kajian ini bertujuan membina dan mengkaji keberkesanan modul pembelajaran teradun Nutrisi Di Hujung Jari terhadap pencapaian pelajar biologi tingkatan empat. Modul ini dibina berdasarkan model Sidek & Jamaludin dan pembinaan blog pula berpandukan model ADDIE. Kaedah penyelidikan kuantitatif dengan reka bentuk kuasi eksperimen melibatkan ujian pra dan pasca telah digunakan dalam kajian ini. Sampel kajian telah dipilih dari dua buah sekolah di negeri Perak. Seramai 44 orang pelajar biologi telah dipilih dan dibahagikan kepada kumpulan kawalan dan rawatan secara sama rata. Instrumen kajian yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah modul pembelajaran teradun Nutrisi Di Hujung Jari dan ujian pencapaian. Modul ditentu sahkan melalui skala persetujuan Cohen Kappa. Data dianalisis menggunakan ujian-t bagi menunjukkan perbezaan antara pembolehubah kajian. Dapatan kajian menunjukan terdapat peningkatan dari segi pencapaian pelajar bagi kedua-dua kumpulan rawatan dan kawalan dengan peningkatan.....

5379 hits

93182017
Thesis
Pendekatan belajar melalui bermain untuk membantu kemahiran komunikasi kanak-kanak autistik di Pra Sekolah Pendidikan Khas
Hasmah Muhamed
Kajian ini bertujuan untuk menyelidiki kesan pendekatan belajar melalui bermain untuk kanak-kanak autistik yang bermasalah komunikasi di prasekolah pendidikan khas. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti masalah komunikasi, jenis aktiviti bermain dan impak aktiviti bermain terhadap komunikasi kanak-kanak autistik. Kajian kes kualitatif ini dijalankan di sebuah prasekolah pendidikan khas di daerah Kluang, Johor melibatkan tiga kanak-kanak autistik dan seorang guru prasekolah pendidikan khas sebagai responden kajian. Tempoh masa kutipan data adalah selama lapan minggu. Kaedah pengumpulan data yang digunakan ialah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Pemerhatian dijalankan sebanyak lima kali bagi setiap aktiviti bermain menggunakan borang senarai semak pengesanan masalah komunikasi dan senarai semak pengesanan kewujudan aspek komunikasi pada kanak-kanak autistik. Dua set soalan temu bual disediakan dan digunakan dalam empat sesi temu bual. Data pemerhatian, dokumen rasmi dan .....

1470 hits

93192017
Thesis
Keberkesanan penggunaan alat bantu mengajar interaktif bagi meningkatkan kefahaman konsep pengaturcaraan dalam kalangan pelajar
Siti Sakinah Mohd Yusof
Kajian ini bertujuan untuk menguji keberkesanan penggunaan alat bantu mengajar interaktif bagi meningkatkan kefahaman mengenai konsep pengaturcaraan dalam kalangan pelajar. Satu kajian berbentuk kuasi-eksperimen telah dijalankan di sebuah kolej di Perak. Sampel kajian terdiri daripada 91 orang pelajar telah dipilih berdasarkan markah ujian-pra mereka. Pelajar-pelajar telah dibahagikan kepada dua kumpulan dengan menggunakan persampelan bertujuan, 53 pelajar dalam kumpulan eksperimen dan 38 orang pelajar dalam kumpulan kawalan. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar dalam kumpulan eksperimen telah dirawat dengan menggunakan alat bantu mengajar interaktif kontemporari manakala pelajar dalam kumpulan kawalan telah dirawat menggunakan alat bantu mengajar interaktif konvensional. Data telah dikumpulkan melalui ujian-pra dan ujian-pasca, dan ia dianalisis menggunakan ujian-t berpasangan, analisis kovarians (ANCOVA) dan analisis tematik. Peningkatan yang signifikan dalam prestasi s.....

2808 hits

93202017
Thesis
Chemical constituents from Ficus deltoidea var. kunstleri corner and its antidiabetic property
Nor Afifah Md Jamal
The aims of this study are to determine the chemical structures of the isolated compounds from the leaves and stem bark of Ficus deltoidea var. kunstleri by using various type of spectroscopy and to evaluate their antidiabetic activities. The isolation process of isolated compounds involved extraction, separation and purification by using column chromatography and preparative thin layer chromatography techniques. These compounds were structurally identified by using various spectroscopic techniques such as 1D (1H,13C and DEPT) and 2D-NMR (HMBC,HMQC and COSY), UV, IR and mass spectrometry; and also by comparison with previous studies. Study on in-vitro antidiabetic activities were evaluated by using α-glucosidase inhibitory assay with 4- nitrophenyl-α-D-glucopyranoside (pNPG) as substrate. As findings, chromatographic purification of F. deltoidea var. kunstleri afforded eleven chemical compounds: α- tocopherol, β-amyrin cinnamate, triglycerides fatty acids, hexadecyl palmitate, berg.....

1520 hits

[ First ] [ Prev ] Page 932 of 1097 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.