|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Latest addition to the database : |
| 9591 | 2018 Thesis | Mereke bentuk strategi metakognitif berasaskan kemahiran berfikir aras tinggi untuk pengajaran dan pembelajaran bacaan Bahasa Melayu Maziyah Mohammad Kajian ini bertujuan untuk mereka bentuk pengajaran menggunakan strategi bacaan metakognitif berasaskan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) untuk pengajaran dan pembelajaran pemahaman bacaan Bahasa Melayu. Kajian juga bertujuan untuk meningkatkan penguasaan KBAT dalam pembelajaran pelajar dan pengaplikasian KBAT dalam pengajaran guru. Kajian melibatkan dua fasa iaitu membina reka bentuk pengajaran dan menilai kesesuaian reka bentuk pengajaran yang dibina. Pembinaan reka bentuk pengajaran dilaksanakan dengan berpandukan kepada langkah-langkah yang terkandung dalam Model Reka Bentuk Pengajaran Dick and Carey. Penilaian kesesuaian reka bentuk pengajaran melibatkan tiga kategori peserta kajian iaitu seorang pakar, tiga orang guru dan tiga puluh enam orang pelajar. Kajian yang dijalankan, bersifat reka bentuk dan pembangunan dengan menggunakan kaedah kualitatif. Sumber dokumen digunakan dalam membina reka bentuk pengajaran. Instrumen pemerhatian dan temu bual digunakan bagi menilai kesesu..... 988 hits |
| 9592 | 2017 Thesis | Model kompetensi guru pengaturcaraan berasaskan sistem pendidikan di Malaysia Nor Masharah Husain Kajian ini bertujuan untuk membangunkan model kompetensi guru pengaturcaraan bagi meneroka komponen dan elemen yang diperlukan dalam melahirkan guru pengaturcaraan yang kompeten. Kajian ini menggunakan kaedah Kajian Reka Bentuk dan Pembangunan (DDR) untuk membangunkan model yang terbahagi kepada tiga fasa. Fasa pertama melibatkan analisis keperluan menggunakan soal selidik berbentuk semi struktur yang diedarkan kepada 45 orang guru yang mengajar bidang pengaturcaraan bagi meninjau keperluan dalam membangunkan model kompetensi guru. Fasa kedua pula melibatkan proses reka bentuk dan pembangunan model kompetensi yang melibatkan 29 orang pakar secara keseluruhan bagi proses pembinaan dan pengesahan komponen dan elemen model. Fasa ini juga meliputi proses pembangunan model pula menggunakan kaedah Fuzzy Delphi (FDM) bagi mendapatkan kesepakatan terhadap komponen dan elemen kompetensi yang dipersetujui panel pakar. Fasa terakhir adalah penilaian model yang menggunakan kaedah kuantitatif melib..... 2487 hits |
| 9593 | 2017 Thesis | Kesan koswer realiti maya terhadap pencapaian pelajar yang berbeza tahap kemahiran memvisualisasi ruang dan tahap kreativiti Mohd Saidi Yusof Kajian ini bertujuan mereka bentuk, membangun dan mengkaji perbezaan kesan penggunaan koswer realiti maya dan multimedia interaktif terhadap pencapaian pelajar yang berbeza tahap kemahiran memvisualisasi ruang dan tahap kreativiti dalam pembelajaran Rumah Tradisional Melayu Terengganu. Pembinaan kedua-dua koswer ini dilakukan dengan menggunakan Model Alessi dan Trollip. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kuasi eksprimen digunakan bagi menilai kesan pembelajaran menggunakan kedua-dua koswer terhadap pencapaian pelajar. Pemilihan subjek kajian dilakukan secara pensampelan rawak mudah melibatkan 187 orang pelajar yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Seni Visual di dua buah sekolah, daerah Hulu Terengganu. Subjek kajian terdiri daripada 80 orang pelajar kumpulan koswer realiti maya dan 107 orang pelajar kumpulan koswer multimedia interaktif. Tiga jenis instrumen yang digunakan adalah ujian pencapaian bertajuk Rumah Tradisional Melayu Terengganu, Ujian Spatial Visualisation Abili..... 1438 hits |
| 9594 | 2017 Thesis | The development and evaluation of Mathematical models for the spread of political figure voters with application to presidential elections in Indonesia Benny Yong The aims of this study were to develop and evaluate the mathematical models for the spread of political figure fever in presidential elections in Indonesia. This thesis introduced several new models concerning the analysis of the spread of voters by showing modeling and simulation. The methodology is based on quantitative research using epidemiological approach. This study employed four different types of continuous time deterministic models; SIR, SIRS, SI1I2R, and SI1I2RS . These new models were applied to the presidential elections data in Indonesia to analyze the dynamical spread of voters of presidential candidates. The analysis of the result were displayed in the graph to show dynamical change on each individual. Simulations performed to obtain an overview of the dynamics of the spread of the influence of voters in the population. The results comparing the simulations for these models showed the best model for estimating the number of votes is SI1I2RS model. Furthermore, from simu..... 2418 hits |
| 9595 | 2017 Article | Impact of work environment on learning transfer of skills Faizal A. N. Y., Saiful H. M., Bekri R., Jamil A. B., Amiruddin M. H., Kamis Arasinah, 1926 hits |
| 9596 | 2018 Thesis | Pengaruh sokongan ibu bapa, personaliti dan motivasi ke atas efikasi kendiri membuat keputusan kerjaya Siti Aisyah Mat Yusoff Kajian ini bertujuan untuk mengukur pengaruh sokongan ibu bapa, personaliti dan motivasi ke atas efikasi kendiri membuat keputusan kerjaya dalam kalangan pelajar tingkatan empat di daerah Asajaya, Sarawak. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan. Pemilihan subjek kajian dijalankan secara persampelan rawak mudah yang melibatkan 442 orang pelajar tingkatan empat dari lima buah sekolah di daerah Asajaya, Sarawak. Responden kajian menjawab empat jenis soal selidik iaitu Career Related Parent Support Scale (CRPSS), Big Five Inventory (BFI), Participation Motivation Inventory (PMI) dan Career Decision- Making Self-Efficacy Scale- Short Form (CDMSE-SF). Data dianalisis menggunakan Ujian-t, Korelasi Pearson dan Regrasi Pelbagai. Analisis ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan subskala sokongan ibu bapa iaitu galakan lisan dan sokongan emosi berdasarkan jantina. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan motivasi intrinsik dan eks..... 2424 hits |
| 9597 | 2018 Thesis | Sejarah pembangunan pertanian negeri Melaka di bawah agensi pertanian persekutuan, 1970-1990 Nurdiyawati Abidin Objektif kajian ini bertujuan untuk mengalurkan perkembangan ekonomi pertanian masyarakat Melayu di Melaka selepas pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) sehingga ia ditamatkan pada tahun 1990. Kajian ini juga bertujuan untuk membincangkan peranan agensi pertanian persekutuan FELDA, RISDA dan FELCRA dalam melaksanakan matlamat DEB iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat serta kesannya terhadap perkembangan pertanian yang merubah sosioekonomi masyarakat di Melaka. Kajian ini juga bertujuan untuk menganalisis perubahan perkembangan sosioekonomi kesan daripada pembangunan pertanian melalui peranan agensi pertanian di Melaka. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menganalisis dokumen dan temu bual. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pertumbuhan ekonomi luar bandar, khususnya dari aspek pembangunan kesejahteraan masyarakat pada keseluruhannya adalah sangat positif. Dapatan kajian juga mendapati taraf kehidupan masyarakat Melayu luar bandar di Melaka meningkat dimanif..... 1279 hits |
| 9598 | 2017 Article | Financial growth and economic development: evidence from Malaysia Mohd Noor Syamsul Ikram, Rambeli@Ramli Norimah, 1083 hits |
| 9599 | 2017 Article | Empirical analysis on exchange rate fluctuation and sectoral stock returns in Malaysia Rambeli @ Ramli Norimah, Hashim Emilda, Hashim Asmawi, Awang Marikan Dayang Affizzah, Podivinsky Jan M., 3560 hits |
| 9600 | 2017 Thesis | Perbandingan pencapaian komponen kecergasan dengan kemahiran spesifik bola sepak di antara pemain bola sepak bawah 12 tahun daerah Gombak dan daerah Petaling Perdana Asrezamane Zakaria Kajian ini bertujuan untuk melihat kesan program latihan sedia ada terhadap pencapaian komponen kecergasan dan kemahiran spesifik bola sepak di antara pemain bola sepak daerah Gombak dan pemain bola sepak daerah Petaling Perdana. Sampel kajian terdiri daripada 16 orang pemain bola sepak daerah Gombak dan 16 orang pemain bola sepak daerah Petaling Perdana berumur 12 tahun yang mengikuti program latihan daerah masing-masing. Instrumen kajian yang digunakan ialah empat jenis ujian kecergasan iaitu ujian Lari Pecut 20 meter, ujian Lompat Jauh Berdiri, ujian Pacer (Multistage Fitness Test) dan ujian Lari Ulang Alik 10 meter. Manakala tiga jenis ujian yang digunakan untuk menguji kemahiran spesifik bola sepak adalah ujian kepantasan menggelecek bola, ujian ketepatan menjaring bola dan ujian ketepatan hantaran bola. Hasil analisis ujian-t sampel tidak bersandar menunjukkan tidak terdapat perbezaan dari segi skor ujian kecergasan dan kemahiran spesifik bola sepak di antara pemain bola sepak da..... 2574 hits |
| [ First ] [ Prev ] | Page 960 of 1165 | [ Next ] [ Last ] |