UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
98212017
Article
A cerebral palsy students university reading lived experience
Wee Philip Poh Heng,
1287 hits

98222016
Thesis
Tahap kefahaman pemakanan seimbang dalam kalangan murid tahap dua sekolah rendah zon selatan, Daerah Segamat, Johor
Nur Ithtizam Aris
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kefahaman pemakanan seimbang dalam kalangan murid tahap dua sekolah rendah di Zon Selatan, Daerah Segamat, Johor. Seramai 242 orang murid dengan lelaki (n=120) perempuan (n=122) orang murid tahap dua sekolah rendah iaitu murid tahun empat, lima dan enam terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan menggunakan soal selidik berbentuk deskriptif dan ujian-t tidak bersandar. Dapatan kajian menunjukkan skor min bagi kefahaman pemakanan seimbang dalam kalangan murid tahap dua sekolah rendah di Zon Selatan, Daerah Segamat, Johor bagi semua murid, mengikut jantina, mengikut bangsa, murid yang berisiko berat badan berlebihan dan murid yang obes adalah pada tahap tinggi. Perbezaan tahap kefahaman pemakanan seimbang menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan mengikut jantina. Kesimpulannya, murid-murid tahap dua sekolah rendah di Zon Selatan, Daerah segamat, Johor mempunyai tahap kefahaman pemakanan seimba.....

4084 hits

98232008
Thesis
Perspektif pelajar terhadap persekitaran kelas Information and Communication Technology (ICT) di tiga buah sekolah menengah di Daerah Kulai
Nurul Ain Hamim
Tujuan utama penyelidikan ini dijalankan adalah untuk mengkaji ciri-ciri persekitaran kelas Information and Communication Technology (ICT) yang cuba dilihat dari perspektif pelajar. Untuk tujuan itu, soal selidik yang diadaptasi dari Darkenwald’s Adult Classroom Environment Scale (ACES) telah diedarkan kepada 109 orang pelajar di tiga buah Sekolah Menengah di Daerah Kulai. Pandangan pelajar terhadap Persekitaran Kelas ICT Sebenar (S) dan Persekitaran Kelas Ideal (I) cuba difahami melalui ketujuh-tujuh dimensi yang ada dalam ACES. Data dianalisis dengan menggunakan analisis frekuensi, perbandingan min (paired sample t-test dan one-way ANOVA) dan analisis regression. Paired Sample t-test digunakan bagi mencari perbezaan persepsi pelajar terhadap Persekitaran Kelas yang Ideal (I) dan Persekitaran Kelas Sebenar (S). Melalui analisis ini, kepuasan pelajar terhadap Persekitaran Kelas ICT mereka diukur melalui gap di antara ranking bagi Persekitaran Kelas Sebenar (S) dan Ideal. (I). Gap yan.....

828 hits

98242009
Thesis
Pengaruh segmen persekitaran terhadap kecemerlangan akademik
Amir Kamarudin
Tujuan utama penyelidikan ini adalah untuk mengkaji kesan dan hubungan pengaruh segmen persekitaran yang berkaitan dengan ciri-ciri penglibatan ibubapa, pengaruh rakan sebaya, peranan guru, pengurusan sekolah, keberkesanan tuisyen, tahap sosio ekonomi, keputusan peperiksaan dan harga diri terhadap kecemerlangan pencapaian akademik. Bagi mencapai hasrat ini, set-set soalan soal selidik telah dibentuk dan diedarkan bertujuan untuk mengutip data. Item-item yang digunakan dalam instrumen adalah berasaskan kepada Skala Likert bermata Lima. Sampel bagi kajian ini terdiri daripada 120 orang murid-murid sekolah rendah Tahun Lima dan Tahun Enam sebagai responden di enam buah sekolah yang terletak di Daerah Hilir Perak. Keputusan analisis menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara kesemua segmen persekitaran terhadap kecemerlangan akademik. Ini dapat dilihat daripada hasil keputusan korelasi yang signifikan bagi setiap pembolehubah bebas dimana pengaruh rakan sebaya (r = 0.191), pen.....

1297 hits

98252008
Thesis
Pengaruh persekitaran terhadap penguasaan struktur ayat Bahasa Melayu kanak-kanak prasekolah
Nurfarah Lo Abdullah
Kajian ini meneliti pengaruh persekitaran terhadap penguasaan struktur ayat bahasa Melayu (SABM) dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Tujuan kajian ini secara umum untuk meninjau SABM dalam kalangan kanak-kanak prasekolah, manakala secara khusus, kajian ini menyelidiki pengaruh persekitaran terhadap penguasaan SABM dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Reka bentuk kajian berbentuk deskriptif dan melibatkan kajian kes serta tinjauan. Kajian kes tertumpu pada satu kes tetapi menggunakan pelbagai lokasi, manakala kaedah tinjauan pula untuk mendapatkan data kuantitatif bagi mengenal pasti hubungan antara tahap pelajaran ibu, faktor persekitaran fizikal dan faktor peluang berinteraksi dan berkomunikasi dengan SABM kanak-kanak. Tiga kaedah utama digunakan, iaitu kaedah pemerhatian, kaedah rakaman dan kaedah soal selidik. Kaedah pemerhatian dan kaedah rakaman dijalankan serentak dari awal hingga akhir proses pengumpulan data. Kaedah soal selidik pula digunakan pada awal kerja penyelidikan......

1235 hits

98262016
Thesis
Pembinaan model struktural pembelajaran Biologi berasaskan teori kepercayaan-kendiri
Siti Norafizan Jalaluddin
Kajian ini bertujuan membina model struktural pembelajaran biologi berasaskan teori kepercayaan-kendiri. Kajian ini turut mengenalpasti hubungan serta menguji kewujudan faktor perantara antara pemboleh ubah yang menjadi fokus kajian. Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah tinjauan yang melibatkan seramai 442 responden, dipilih secara rawak mudah dalam kalangan pelajar biologi tingkatan empat di negeri Selangor. Data dipungut menggunakan soal selidik pelaporan-kendiri bagi mengukur konsep-kendiri akademik, hubungan guru-pelajar, keterlibatan dan tanggapan prestasi. Manakala pencapaian pelajar diukur berdasarkan markah peperiksaan pertengahan tahun biologi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap konsep-kendiri akademik, hubungan guru-pelajar, keterlibatan dan pencapaian biologi pelajar berada pada aras sederhana. Semua konstruk yang terlibat, kecuali tanggapan prestasi, didapati mempunyai hubungan yang signifikan antara satu sama lain. Model yang dibina dapat disuaikan secara signifi.....

1493 hits

98272016
Thesis
Pembinaan dan penilaian instrumen kesedaran kimia hijau pelajar sekolah menengah
Badrulhisham Ahmat
Kajian ini bertujuan membangun dan mengesahkan Instrumen Kesedaran Kimia Hijau (IKKH) bagi mengumpul maklumat kesedaran kimia hijau dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Pendekatan kuantitatif digunakan dan melibatkan pelajar yang mengambil mata pelajaran kimia tingkatan empat. Seramai 700 responden terlibat dalam fasa I dan 500 responden dalam fasa II. Kajian juga menilai kesedaran kimia hijau pelajar menggunakan IKKH yang telah dibina. Data yang dikumpul telah dianalisis dengan menggunakan analisis faktor penerokaan (AFP) dan analisis faktor pengesahan (AFS). Dapatan kajian menunjukkan IKKH yang dibangunkan mempunyai nilai indeks kesahan kandungan (IKK) yang tinggi iaitu 0.92. Hasil daripada analisis AFP fasa I dan fasa II menunjukkan terdapat empat konstruk yang diekstrak iaitu pengetahuan, sikap, nilai dan kesedaran terhadap kimia hijau mempunyai kebolehpercayaan yang baik dengan nilai Cronbach alpha melebihi 0.7. Hasil analisis AFS fasa II pula menunjukkan kesepadanan yang baik.....

1047 hits

98282016
Thesis
Pembinaan dan penentusahan instrumen ujian kemahiran proses sains bersepadu sekolah rendah
Salasiah Zainuddin
Kajian ini bertujuan untuk membina dan menentusahkan Ujian Kemahiran Proses Sains Bersepadu Sekolah Rendah. Instrumen ini sesuai untuk menilai tahap penguasaan murid-murid tahap dua sekolah rendah, iaitu murid tahun 4 hingga 6 berumur 10 hingga 12 tahun di Malaysia dalam kemahiran proses sains bersepadu. Pelaksanaan kajian meliputi dua fasa, iaitu fasa pembinaan alat pengukuran yang dinamakan Ujian Kemahiran Proses Sains Bersepadu Sekolah Rendah dan fasa analisis psikometrik. Fasa pembinaan instrumen melibatkan lima langkah, iaitu mengenal pasti objektif instrumen, menentukan spesifikasi ujian, membina jadual spesifikasi instrumen, menulis item, dan menyemak item bersama pakar. Fasa analisis psikometrik melibatkan analisis dapatan ujian. Seramai 1097 murid daripada 8 buah sekolah kategori sekolah bandar dan luar bandar yang berbeza pencapaian akademik telah mengambil bahagian dalam ujian ini. Ujian pertama melibatkan 581 orang murid. Jumlah skor ujian yang diperolehi ialah di antara 7 .....

1683 hits

98292016
Thesis
Microrheological measurement of cellulose solutions using a single particle tracking
Riyanto,Sugeng
The aim of the research was to develop microrheological measurement system to determine the alpha apparent (aapp ) and the complex shear modulus (G*(@) of microcrystalline cellulose (MCC) solutions based on a single particle tracking technique using video microscopy (VM). A micron sized particle acting as a probe in cellulose solution was tracked by a freeware called Tracker. The temporal displacement of the particle was recorded and analyzed in spectrum domain using custom-made program using MATLAB. Videos were recorded at about 30 fps depending on the recording setting resulted in output of radial frequency range from 0.4 rad/s to 10 rad/s. The results from the local measurement in cellulose solutions were compared with the bulk measurement using rheometer. Since the solution is a kind of nonhomogeneous complex material, which contained long chain fiber, the measurements were dependent on the local position of the probe in the solution. To conclude, the microrheological measurement s.....

826 hits

98302016
Thesis
Konstruk instrumen penilaian efikasi kendiri guru Pendidikan Jasmani
Abdul Rahim Dumpok
Kajian ini bertujuan menghasilkan instrumen dan menilai tahap efikasi kendiri guru Pendidikan Jasmani (PJ) sekolah menengah dan mengetahui faktor-faktor persekitaran yang mempunyai perkaitan dengan tahap efikasi kendiri mereka. Kajian adalah berbentuk tinjauan. Tiga lokasi dipilih secara rawak iaitu daerah Petaling Utama bagi kategori bandar manakala daerah Hulu Selangor dan Sabak Bernam bagi kategori luar bandar. Sampel kajian ialah 307 orang guru PJ. Data dipungut menggunakan instrumen soal selidik Teachers Sense of Efficacy Scale (TSES) yang diubahsuai. Kesahan bahasa instrumen soal selidik diperoleh dengan merujuk kepada pakar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris manakala pakar bidang dirujuk untuk mendapatkan kesahan kandungan item soal selidik. Kajian rintis dijalankan terhadap 108 orang guru PJ di daerah Kinta Utara, Perak sebelum kajian sebenar bagi mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen soal selidik. Analisis Cronbach Alpha digunakan untuk mendapatkan kebolehpercayaan.....

2281 hits

[ First ] [ Prev ] Page 983 of 1128 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.