|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Latest addition to the database : |
| 10121 | 2014 Article | Reflections on practice-led research methods and their application in music performance research Penny Jean, The inspiration for this report comes from moves that are taking place in Malaysian research, in particular an expansion of official acceptance of practice-led and based research methods by the Ministry of Education, Malaysia. Consequently, academics across the country are beginning to embrace approaches that have, from my personal observations, been previously unexplored and, indeed, often discouraged. Changes are a foot, however, as music performance and research departments are recognising the values as well as the creative and professional potentials of this research. While practice-led research has been increasing exponentially worldwide for decades now, some still struggle to define and support it because of its open and flexible nature, and the implicit questioning of standard research conventions, including the incorporation of creative and descriptive materials. I suggest here that this flexibility is precisely why it is a method that has great benefits for artistic applicatio..... 440 hits |
| 10122 | 2014 Article | Reassessing the accuracy and use of readability formulae Janan Dahlia, Wray David, Purpose – The purpose of the study is to review readability formulae and offer a critique, based on a comparison of the grading of a variety of texts given by six well-known formulae. Methodology – A total of 64 texts in English were selected either by or for native English speaking children aged between six and 11 years. Each text was assessed using six commonly used readability formulae via the Words Count website (http://www.wordscount. info/) which provides automated readability indices using FOG, Spache, SMOG, Flesh-Kincaid and Dale-Chall. For the ATOS formula, the Renaissance Learning website was used (http://www.renlearn.com/ar/overview/atos/). Statistical tests were then carried out to check the consistency among the six formulae in terms of their predictions of levels of text difficulty. Findings – The analysis demonstrated significantly different readability indices for the same text using different formulae. It appeared that some of the formulae (but not all) were cons..... 1255 hits |
| 10123 | 2014 Article | Reaksi anggota Afro-Asian terhadap pembentukan Malaysia 1961-1965: isu dan penyelesaian dalam hubungan luar Malaysia Husin Ahmad Zainudin, Persidangan Afro-Asian dimulakan di Bandung (1955), diikuti Persidangan Kaherah (1957) dan Belgrade (1961), yang membawa kepada penubuhan pergerakan negaranegara berkecuali (NAM). Persidangan ini disertai negara-negara Komunis dan anti- Komunis yang bertujuan untuk mewujudkan sebuah kesatuan dalam kalangan negara-negara berkecuali dalam menentang usaha penjajahan Barat selepas Perang Dunia Kedua. Pengisytiharan Tunku Abdul Rahman berhubung cadangan pembentukan Malaysia pada tahun 1961 yang menggabungkan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak, telah menimbulkan berbagai reaksi anggota persidangan tersebut. Kepelbagaian reaksi ini berkait rapat dengan kepentingan dari aspek strategik, keanggotaan dalam pertubuhan pertubuhan tertentu, persempadanan, ideologi dan lain-lain. Reaksi sesetengah negara anggota ini kelihatan mengatasi "Semangat Bandung" yang menjadi pegangan mereka sejak tahun 1954. Artikel ini bertujuan untuk membincangkan reaksi anggota Persidangan Afro-Asian berhubung de..... 1198 hits |
| 10124 | 2014 Article | Rainwater as a potential alternative source of water in Tanjong Malim, Perak Che Ngah Mohamad Suhaily Yusri, Othman Zainudin, Hashim Mohmadisa, Nayan Nasir, Saleh Yazid, Clean water resources play an important role in meeting the daily needs of human life. Lack of water resources and supply is highly associated with natural factors as well as the increased water pollution due to rapid development. Dependence on the system of water supply from the river solely affects the increasingly diverse needs of the community in Malaysia. As Malaysia receives a high rainfall throughout the year, relying on rainwater harvesting as an alternative water source should be given due attention. Thus, a study regarding the potential of rainwater as an alternative source of water for domestic use has been conducted in Tanjong Malim, Perak. Assessment is made on the annual rainfall trend for the last 40 years to see the long-term resource capacity and water quality tests were conducted to identify the level of cleanliness of water for domestic use. Based on this study, Tanjong Malim generally receives a high annual rainfall of over 2400mm per year since 1960 and it is most ..... 1947 hits |
| 10125 | 2014 Article | Proses penjanaan visualisasi mental dalam kalangan pelajar Biologi bagi konsep abstrak osmosis Abd. Rahman Roszelina, Salih Maria, Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti teknik pemprosesan informasi dan menghurai proses penjanaan visualisasi mental dalam kalangan pelajar Biologi bagi konsep abstrak osmosis. Sepuluh orang pelajar telah dipilih sebagai responden dengan menggunakan persampelan stratifikasi bertujuan. Mereka dikategori kepada dua kumpulan iaitu, yang berpencapaian tinggi dan yang berpencapaian rendah berdasarkan kepada pencapaian Biologi dalam ujian prestasi yang lalu. Instrumen kajian yang diguna bagi mengumpul data ialah satu tugasan dan protokol temu bual semi berstruktur. Data yang diperoleh dianalisis secara kuantitatif menggunakan peratusan dan secara kualitatif dengan membentuk tema dan sub-tema menggunakan kaedah perbandingan konstan. Seratus peratus (100%) pelajar telah menggunakan elemen penapisan dan lebih selektif terhadap pemilihan kata kunci dalam memproses informasi bagi menterjemahkan teks definisi konsep osmosis yang diberi dalam tugasan. Dapatan kajian juga mendapati enam pul..... 1593 hits |
| 10126 | 2016 Article | British, dunia Muslim dan perkembangan Bolshevik di Mesir selepas perang dunia pertama Lee Nazirah, Kajian ini menonjolkan hubungan di antara pihak pentadbir kolonial British dengan masyarakat Muslim khususnya di Mesir. Maklumat diperolehi daripada dokumen-dokumen sejarah seperti fail-fail pentadbiran dan laporan yang dikeluarkan semasa dan selepas Perang Dunia Pertama. Analisis terhadap dokumen-dokumen berkenaan memperlihatkan bahawa pentadbiran British menjadikan kepentingan ekonomi dan ketenteraan sebagai asas penting yang mencorakkan hubungan mereka dengan dengan masyarakat Muslim. Sehubungan itu, kerajaan British mengimplimentasikan pendekatan dan kaedah yang dijangka akan menyekat pengaruh musuh mereka daripada mempengaruhi masyarakat Muslim yang tinggal di wilayah yang dikuasai British. Dalam kes Mesir, usaha menghidupkan semula semangat Pan-Islam dan penularan pengaruh Bolshevik dalam kalangan Muslim di Mesir dilihat sebagai ancaman besar kepada kuasa kolonial British di negara tersebut. Pentabiran Brtiish percaya bahawa Pan-Islam dan Bolshevik ada gerakan yang sama. Untuk it..... 901 hits |
| 10127 | 2016 Article | Analisis kes-kes khuluk di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Daud Mohd Noor, Ismail Abdul Munir, Abd Ghani Abdul Rahman, Kasim Ahmad Yunus, Khuluk merupakan salah satu bentuk perpisahan yang berlaku antara suami isteri. Namun, para ulama berbeza pendapat sama ada khuluk dalam kategori talak ataupun fasakh. Mereka juga berbeza pendapat dalam menentukan sebab keharusan yang membawa kepada khuluk. Artikel ini membentangkan hasil kajian kes-kes khuluk di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan dari tahun 2011-2013. Kaedah analisis data telah dipilih sebagai metode kajian. Di antara objektif kajian ialah menganalisis konsep khuluk berdasarkan pandangan fuqaha, menganalisis alasan-alasan khuluk yang boleh diterima pakai di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dan menganalisis faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya penceraian secara khuluk berdasarkan kes-kes pada tahun 2011-2013 di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan. Hasil kajian mendapati terdapat lima faktor berlaku khuluk di Mahkamah iaitu wujudnya shiqaq (pergaduhan), tidak dikurniakan anak, isteri ingkar perintah, suami tidak bertanggungjawab dan tidak mempunyai se..... 6141 hits |
| 10128 | 2016 Article | Analisis bentuk didikan ibu bapa bagi membentuk sahsiah cemerlang : kajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka Ismail Abdul Munir, Mohamad Salleh Saharizah, Jemali Misnan, Kajian ini mengkaji tentang metode didikan ibu bapa terhadap anak-anak bagi membentuk sahsiah cemerlang. Objektif kajian untuk mengetahui kaedah ibu bapa mendidik anak melalui metode autoritarian (terlalu tegas), metode permisif (memberi kebebasan) atau metode autoritatif (memberi kebebasan dan dipersetujui bersama). Lokasi kajian dilakukan di Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Sebang, Alor Gajah Melaka. Borang kaji selidik diedarkan kepada 150 responden dipilih secara rawak mewakili pelajar tingkatan satu hingga tingkatan lima sebagai sampel. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 2.1 bagi mendapatkan frekuensi dan peratus. Dapatan kajian menunjukkan majoriti pelajar menerima metode didikan autoritatif. Dengan mengamalkan gaya ini, ibubapa memberikan kebebasan kepada anak-anak dengan batasan tertentu bagi membentuk sahsiah pelajar yang cemerlang dalam aspek akhlak dan akademik... 2164 hits |
| 10129 | 2016 Article | Amalan tradisi masyarakat Bajau di Semporna Sabah : kajian menurut hukum Islam Marinsah Syamsul Azizul, Hamdan Mohammad Naqib, Md Ariffin Mohd Farhan, Ramli Mohd Anuar, Adat dan `urf merupakan salah satu elemen budaya universal yang dimiliki oleh semua masyarakat di dunia. Etnik Bajau merupakan kaum bumiputera kedua terbesar di Sabah. Majoritinya beragama Islam dan mengamalkan adat dan `urf yang tersendiri. Penerimaan orang Bajau terhadap ajaran Islam menyebabkan berlakunya percampuran antara adat tradisi Bajau dengan ajaran Islam yang menyebabkan berlakunya proses sinkretisme. Akibatnya, ada antara amalan yang diwarisi secara turun temurun itu dianggap sebagai ajaran Islam, sedangkan ia hanyalah amalan yang diwarisi dan tidak berkaitan dengan dalil yang jelas daripada al-Qur’an dan al-Sunnah. Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis sama ada adat dan `urf masyarakat Bajau selari dengan tuntutan Syariat Islam ataupun ia tersasar dari landasan Syarak. Kajian ini memfokuskan terhadap amalan tradisi yang berkait rapat dengan sistem kepercayaan masyarakat Bajau di Semporna. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan metode pengumpulan da..... 1854 hits |
| 10130 | 2016 Article | Zaman Pra-Islam di Kedah berdasarkan bukti arkeologi Jusoh Adnan, Makalah ini membincangkan tentang zaman pra-Islam di negeri Kedah berdasarkan tinggalan arkeologi. Ini kerana selain dari catatan asing dan tulisan dalam beberapa manuskrip Melayu atau kesusasteraan Melayu klasik, tinggalan arkeologi juga dapat membekalkan maklumat berkaitan dengan negeri Kedah. Memandangkan Kedah melalui sejarah yang panjang, maka persoalannya sejauhmana penemuan arkeologi dapat menyokong dan seterusnya membuktikan perkembangan sejarah khususnya berkaitan dengan zaman pra-Islam di negeri Kedah. Sejauhmana tinggalan budaya kebendaan itu dapat menggambarkan asimilasi dan transformasi kebudayaan manusia turut berlaku disebabkan oleh kemunculan pengaruh keagamaan di negeri Kedah. Justeru, objektif kajian ini akan meneliti secara komprehensif tinggalan arkeologi serta mengklasifikasikan maklumat yang diperolehi untuk memantapkan pensejarahan negeri Kedah. Penyelidikan ini menggunakan kaedah perpustakaan dengan membuat rujukan di arkib dan perpustakaan awam. Hasil kajian me..... 1428 hits |
| [ First ] [ Prev ] | Page 1013 of 1143 | [ Next ] [ Last ] |