AbstractKajian ini bertujuan mengupas perkembangan persempadanan Perak sejak diasaskan oleh Sultan Mudzaffar Shah pada 1528, ekoran pengkaji terdahulu kurang memberi perhatian terhadap aspek ini dari abad ke-16 hingga abad ke-20. Objektif kajian ialah menilai perkembangan persempadanan Perak dalam tiga era utama: kesultanan sebelum penjajahan (1528-1874), penjajahan (1874-1957) dan pascamerdeka (1957-kini, 2024). Metodologi kajian digunakan ialah Reka Bentuk Penyelidikan Bawang Saunders, menggabungkan kaedah kuantitatif dengan kualitatif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa persempadanan Perak melalui proses perkembangan dan pengecutan dipengaruhi oleh dinamik politik dalaman dan hubungan luar. Kehadiran British pada abad ke-20 memperkukuhkan persempadanan antara Perak dengan Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Pahang, Selangor dan Reman. Persempadanan ini berterusan hingga kini dengan beberapa pindaan, bertujuan meningkatkan kecekapan pentadbiran, pembangunan ekonomi dan sosioekonomi, dan kesejahter.....