UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

Today's popular searches:
PENDIDIKAN pembangunan matematik Komunikasi addie
ismail man Perpustakaan Tuanku Bainun PENDIDIKAN ISLAM Ahmad Hashim

Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
13812023
thesis
Komitmen kerja sebagai mediator antara pengaruh kompetensi dan prestasi kerja ketua panitia Sekolah Menengah Kebangsaan di Pahang
Nor Aini Mohd Noor
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap komitmen kerja, kompetensi dan prestasi kerja, mengenal pasti perbezaan komitmen kerja, kompetensi dan prestasi kerja berdasarkan jantina, umur, pendidikan dan pengalaman mengajar. Kajian ini turut mengenal pasti pengaruh yang signifikan antara kompetensi dan komitmen kerja terhadap prestasi kerja serta mengenal pasti komitmen kerja sebagai mediator antara kompetensi dan prestasi kerja. Kaedah tinjauan digunakan dalam kajian ini dengan mengedarkan soal selidik. Seramai 278 orang ketua panitia dari 39 buah sekolah menengah kebangsaan yang terdapat di negeri Pahang telah terlibat sebagai responden kajian. Pemilihan sampel adalah secara persampelan strata. Analisis data kajian adalah menggunakan perisian SPSS dan SmartPLS. Analisis deskriptif mendapati komitmen kerja (M=4.14, SD=0.416), kompetensi kerja (M=4.16, SD=0.216) dan prestasi kerja (M=4.11, SD=0.364) ketua panitia berada pada tahap tinggi. Hasil analisis inferens mendapa.....

287 hits

13822023
thesis
Hubungan amalan organisasi pembelajaran, amalan kepimpinan lestari guru besar dan kepimpinan guru di Sekolah Kebangsaan dalam komuniti Orang Asli
Saraswathy Kullan
Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan antara amalan organisasi pembelajaran, amalan kepimpinan lestari guru besar dan kepimpinan guru serta peranan amalan organisasi pembelajaran sebagai mediator dalam hubungan antara amalan kepimpinan lestari guru besar dan kepimpinan guru di sekolah kebangsaan dalam komuniti orang asli. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan berbentuk kuantitatif dengan kaedah tinjauan melibatkan seramai 518 orang guru yang berkhidmat di sekolah kebangsaan dalam komuniti orang asli seluruh Malaysia. Data yang dikutip telah dianalisis secara deskriptif dan inferensi berbantukan perisian SPSS 25.0 dan juga AMOS 24.0. Hasil kajian menunjukkan wujud korelasi antara amalan organisasi pembelajaran dengan amalan kepimpinan lestari guru besar (r = 0.815), amalan kepimpinan lestari guru besar dengan kepimpinan guru (r = 0.652) dan amalan organisasi pembelajaran dengan kepimpinan guru (r = 0.678). Data kajian yang dicerap sepadan (fit).....

273 hits

13832015
thesis
Kesan buli siber terhadap sikap dan tingkah laku pelajar sekolah rendah
Tan, Lih Shy
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesan buli siber terhadap sikap dan tingkah laku pelajar  sekolah rendah. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti kesedaran pelajar terhadap buli  siber, apa yang akan berlaku selepas di buli, menyaksikan dan melaporkan serta pandangan pelajar  terhadap buli siber. Dalam kajian ini terdapat 11 persoalan kajian. Seramai 152 orang pelajar tahun  enam sekolah rendah yang dipilih dari empat buah sekolah rendah di daerah Larut Matang dan Selama  secara pensampelan rawak kelompok. Di samping itu, seramai enam pelajar sekolah rendah dipilih  sebagai sampel dalam sesi temu bual. Statistik deskriptif dijalankan untuk mendapatkan  kekerapan,   peratusan,  min dan sisihan  piawai  digunakan  untuk menganalisis latar belakang responden,  kekerapan penggunaan internet dan tahap kesedaran pelajar terhadap buli siber. Regresi pelbagai  digunakan untuk menganalisis perhubungan antara kesan buli siber dengan sikap dan tingkah laku .....

203 hits

13842023
thesis
Exploring Gen Z customer experience on the establishment of first-store design in Beijing China
Xi, Cuiyu
This study aimed to explore Gen Z customers’ experiences (CX) at first-store design concept through personas based on brand personality using Service Design (SD) approach in Beijing, China. By adapting an ethnographic research design, this study analyses the CX dimensions of first-store, and provides insight into the entire journey service of first-store. First-store's CX exploration is based on the following models: Aaker's brand personality theory (already verified for China), CX dimensions for traditional stores, Customer Journey Map (CJM) stage distribution (pre, during and post-visit), and the model of S-O-R (Stimulus, Organism, and Response). Using the brand personality test, the study identified five ideal personas (Sincerity, Ruggedness, Excitement, Sophistication, and Competence), and from 109 respondents, the top scorer was selected for each type of persona as the participant. The data from five personas were collected through three phases (pre, during, and post-.....

215 hits

13852007
thesis
Kepelbagaian gaya pembelajaran dan hubungannya dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran prinsip perakaunan
Azfariza Abdul Rahim
Kajian ini bertujuan untuk meninjau kepelbagaian dalam gaya pembelajaran. Fokus kajian ini ialah kepelbagaian gaya pembelajaran dan hubungannya dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan di daerah Kinta, Perak. Instrumen kajian yang digunakan ialah Inventori Gaya Pembelajaran Kolb (1984). Inventori Gaya Pembelajaran Kolb mengidentifikasikan empat jenis domain gaya pembelajaran iaitu diverger (CElRO), assimilator (ACIRO), konverger (AC/AE) dan akomodator (AE/CE). Sampel kajian ini terdiri daripada 277 pelajar daripada 7 buah sekolah di daerah Kinta, Perak. Data yang dipungut, diproses dan dianalisis menggunakan Pakej Statistik Untuk Sains Sosial Versi 11.0. Penganalisisan data menggunakan ujian-t, ANOVA sehala, ujian Post-Hoc LSD, frekuensi, min, sisihan piawai dan Korelasi Pearson. Dapatan kajian ini menunjukkan gaya pembelajaran diverger adalah dominan di kalangan pelajar-pelajar Prinsip Perakaunan (Min=2.7690, Sisihan Piawai=0.43190). Hasil kajian menunjukkan t.....

208 hits

13862006
thesis
Lokus kawalan dan hubungannya dengan pencapaian prinsip perakaunan di kalangan pelajar tingkatan empat
Salina Kassim
Kajian ini bertujuan melihat hubungan di antara lokus kawalan dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan. Kajian ini juga mengkaji perbezaan lokus kawalan mengikut jantina, aliran, etnik dan lokasi sekolah, termasuk perbezaan pencapaian antara pelajar lelaki dan perempuan. Ujian statistik juga dijalankan untuk menentukan sarna ada terdapat kebergantungan antara lokus kawalan dengan jantina dan pencapaian. Instrumen yang digunakan adalah soal selidik Skala DalamanLuaran Rotter yang telah diterjemah untuk mengukur lokus kawalan pelajar. Sam pel kajian ini terdiri daripada 225 orang pelajar Tingkatan 4 yang diambil secara persampelan rawak mudah daripada lima buah sekolah di daerah Perak Tengah dan tiga buah sekolah dari daerah Kinta, Perak. Data yang dikumpul dianalisis melalui perisian SPSS 11.5 menggunakan kiraan frekuensi, ujian-t, ANOVA sehala, korelasi Pearson dan ujian Khi Kuasa-Dua. Hasil kajian menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara l.....

170 hits

13872014
thesis
Penilaian produk pelancongan berasaskan cabaran (PBC) di Tanjung Malim Perak
Siti Zubaidah Nur Marthuan@Che Wan
Matlamat kajian ini adalah mengenal  pasti, menyenaraikan dan mempromosikan lokasi berpotensi untuk  dijadikan produk Pelancongan Berasaskan Cabaran (PBC) di Tanjung Malim. Bagi mencapai matlamat  kajian, pengkaji telah menggunakan kaedah analisis dokumen, temu bual dan kajian lapangan bagi  mengenal pasti kawasan PBC yang berpotensi di sekitar 20km radius dari Tanjung Malim. Seterusnya  prestasi setiap kawasan dianalisis menggunakan  kaedah Importance Performance Analysis (IPA) untuk  mengenal pasti kekuatan dan keperluan penambahbaikan setiap lokasi. Kaedah mapping digunakan bagi  membina sebuah pelan lokasi PBC yang terdapat di sekitar 20km radius dari pekan Tanjung Malim. Data  daripada analisis dokumen, temu bual dan kajian lapangan mendapati bahawa Tanjung Malim mempunyai  potensi yang besar untuk dibangunkan sebagai lokasi PBC. Kajian ini mendapati tujuh buah lokasi  yang berpotensi untuk dimajukan sebagai kawasan PBC iaitu I) Air Terjun Strata, 2) Sungai Dar.....

175 hits

13882007
thesis
Kesan latihan pliometrik, latihan bebanan, latihan pliometrik - bebanan ke atas kuasa kaki atlet bawah 14 tahun Sekolah Sukan Tabuan Jaya
Rasia Lutang
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji perbandingan kesan latihan pliometrik, Iatihan bebanan dan  latihan pliometrik-bebanan ke atas tahap kuasa kaki atlet bawah empat belas tahun Sekolah Sukan  Tabuan Jaya. Seramai empat puluh  orang atlet telah dipilih dan dibahagikan kepada empat kumpulan  iaitu kumpulan latihan pliometrik, kumpulan latihan bebanan, kumpulan latihan pliometrik-bebanan   dan kumpulan kawalan yang mana  setiap kumpulan mempunyai  7 orang lelaki dan  3 orang perempuan.   Tiga kumpulan latihan itu telah menjalankan eksperimen tiga sesi seminggu selama enam minggu.  Manakala kumpulan kawalan tidak diberi sebarang latihan. Ujian pra dan ujian pos berkenaan tahap  kuasa kaki telah dijalankan sebelum dan selepas latihan.  Tahap kuasa kaki secara mendatar diuji  menggunakan kaedah Lompat Jauh Berdiri dan manakala tahap kuasa kaki secara menegak diuji  menggunakan kaedah Lompat Kuasa Menegak.  Skor  mentah ujian yang diperolehi dianalisis secara  st.....

177 hits

13892014
thesis
Integrasi etnik dalam kalangan pelajar Tingkatan 6 Rendah SMK Jalan Oya Sibu, Sarawak
Kana Gengging
Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji dan mengenalpasti bentuk integrasi, faktor penyumbang polarisasi hubungan etnik dan peranan guru tingkatan enam dalam usaha menggalakkan hubungan etnik dalam kalangan pelajar tingkatan enam rendah di SMK Jalan Oya Sibu, Sarawak semasa aktiviti kurikulum, kokurikulum serta kehidupan di asrama. Sampel kajian terdiri daripada 28 orang pelajar tingkatan enam rendah dan 5 orang guru tingkatan enam di sekolah tersebut. Kajian dilakukan secara gabungan kuantitatif dengan kualitatif untuk membuat anal isis deskriptif, Borang soal selidik dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu Bahagian 1 berkait dengan demografi pelajar, Bahagian 2 ialah mengenai bahasa dan identiti. Bahagian 3 tentang pendidikan di sekolah dan Bahagian 4 meliputi kehidupan pelajar dan faktor penyumbang polarisasi etnik. Pengukuran yang digunakan untuk ketiga-tiga pembolehubah adalah skala Likert dengan pembolehubah yang disediakan. Data yang diperolehi hasil dari borang soal selidik diana.....

178 hits

13902006
thesis
Kebolehpercayaan dan kesahan ujian lari/berjalan sebatu dan ujian pacer
Zolkifli Abd. Ghani
Kajian ini bertujuan untuk menentukan kebolehpercayaan dan kesahan Ujian Lari/berjalan Sebatu dan Ujian PACER di kalangan pelajar yang berumur 13 tahun di daerah Hulu Selangor. Seramai 90 orang subjek terlibat bagi ujian di padang, iaitu Ujian Lari/berjalan Sebatu dan Ujian PACER manakala 30 orang subjek dipilih secara rawak mudah daripada kumpulan 90 orang tersebut diuji di makmal menggunakan Protokol Ujian Treadmill-Bruce sebagai ujian rujukan kriteria. Kaedah Uji dan ulang uji digunakan bagi mendapatkan nilai kebolehpercayaan dan kesahan kedua-dua ujian. Kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara Ujian Lari/berjalan Sebatu pertama dan kedua (r = .98) manakala hubungan yang signifikan juga diperoleh antara Ujian PACER pertama dan kedua ( r = .99). Nilai kesahan yang diperoleh bagi Ujian Lari/berjalan Sebatu ialah 0.64 dan Ujian PACER pula ialah 0.69. Keputusan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan an tara nilai ramalan V02 max Ujian Lari/berjalan.....

177 hits

[ First ] [ Prev ] Page 139 of 957 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.