AbstractKarya seni Catan Batik oleh Yusoff Abdullah menampilkan elemen sosial budaya yang mencerminkan kehidupan masyarakat. Dengan pelbagai corak, teknik, dan warna yang digunakan dalam lukisannya, pelukis berjaya menyentuh keragaman aktiviti budaya masyarakat, termasuklah tradisi hiburan dan seni yang diwarisi secara turun-temurun. Walaupun hasil lukisannya kelihatan sederhana, namun ia berhasil menonjolkan sifat-sifat unik usia dan personaliti setiap individu. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan pendekatan historikal dimana penyelidik menjalankan kerja lapangan dalam keadaan sebenar, mengumpul data melalui temubual, katalog pameran, karya seni batik yang dianalisis, nota lapangan, dan rekod rasmi lain. Proses penyelidikan diberi tumpuan melalui pengumpulan data yang berterusan. Analisis data dilakukan secara induktif, dengan matlamat mencari maklumat tanpa menguji hipotesis sebelum memulakan kajian. Keistimewaan karya ini terletak pada gabungan teknik batik menggunakan canting d.....