UPSI Digital Repository (UDRep)

Latest Additions

Recently added items to the database

1601
Abstract
Kajian ini menggunakan metodologi quasi-eksperimen siri masa dengan kaedah analisis visual dalam reka bentuk A-B kes tunggal bagi menilai hasil dapatan kajian. Bertujuan untuk menguji potensi Aplikasi Terapi Akuatik (ATA) dalam mengajar kemahiran berenang kepada kanak-kanak dengan Autism spectrum disorder (ASD) melalui 20 sesi intervensi dengan menggunakan Conatser Adapted Aquatics Swimming Screening Test (CAASST). Empat kanak-kanak berumur 4 hingga 8 tahun yang mengidap ASD telah dipilih sebagai peserta, dan sesi intervensi berlangsung selama satu jam dengan nisbah seorang pelajar dengan seorang guru. Hasil kajian menunjukkan peningkatan yang konsisten dalam semua kategori bagi semua peserta. Peningkatan akut dan kronik diperhatikan dalam Penyesuaian kemahiran psikomotor, Pergerakan dalam air, dan pencapaian Berenang, Pergerakan aktif dalam air. Hasil kajian menunjukkan skor peningkatan yang konsisten bagi semua peserta bagi Perubahan Cerun dan Trend. Dalam kategori Penyesuaian kemahi.....
Thesis Published 2024 443 hits Available
1602
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan Modul Aktiviti Imaginasi Lakonan sebagai pengukuhan kemahiran berfikir dalam kokurikulum teater sekolah menengah. Teknik Imaginasi dari Teori Lakonan Stella Adler, Teori Konstruktivisme dan Model DDR Richey dan Klein merupakan teras kepada pembangunan modul aktiviti ini. Kebolehgunaan modul ini dinilai melalui dua kitaran menggunakan Metode Delphi. Hasil dapatan dari analisis keperluan dan kajian literatur menunjukkan bahawa tiada modul khusus dan bahan rujukan yang menjadi rujukan dalam pengendalian kegiatan kokurikulum teater khususnya lakonan di sekolah menengah Malaysia. Selain itu, pembangunan kandungan modul aktiviti ini direka bentuk dan dibina untuk pengukuhan kemahiran berfikir murid yang mendukung kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Aspirasi Murid. Justeru, objektif kajian ini adalah mereka bentuk dan membangunkan Modul Aktiviti Imaginasi Lakonan yang menfokuskan teknik imaginasi bagi menjana kemahiran berfikir murid, serta menila.....
Thesis Published 2023 572 hits Available
1603
Abstract
Apresiasi seni dalam Pendidikan Seni Visual sekolah rendah tertumpu kepada penghasilan karya seni dalam bilik darjah. Pandemik yang melanda seluruh dunia telah memaksa pembelajaran dilaksanakan secara dalam talian. Pelaksanaan aktiviti apresiasi seni dalam talian telah membentuk jurang pembelajaran yang ketara terhadap murid dan sekolah luar bandar yang kurang kemudahan serta capaian internet. Penggunaan teknologi digital bagi menerapkan pemikiran reflektif dalam aktiviti apresiasi seni juga tertumpu kepada penggunaan teknologi dalam talian. Kajian ini adalah bertujuan untuk membangunkan muzium digital luar talian bagi membantu murid sekolah rendah melakukan apresiasi seni melalui kemahiran pemikiran reflektif. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk kajian kes. Pengumpulan data adalah menggunakan kaedah temu bual separa berstruktur, catatan harian dan juga analisis dokumen yang melibatkan sebuah sekolah rendah luar bandar di Saratok, Sarawak. Pengumpulan data bagi kajia.....
Thesis Published 2024 848 hits Available
1604
Abstract
This research was conducted to prepare, characterise and determine the effectiveness of nanoemulsion formulations consisting of biopolymers and plant essential oils. Anionic tragacanth gum and cationic guar gum act as nanocarriers for betel, clove and lemongrass essential oils, which are active ingredients in nanoemulsion systems. The characterisation studies were carried out using Fourier transform infrared (FTIR) spectrometer, thermogravimetric analyser (TGA), differential scanning calorimeter (DSC), high resolution transmission electron microscope (HR-TEM), field emission scanning electron microscope (FESEM), zeta potential and particle size analyser. The ability of nanoemulsion formulations to load and release essential oils in vitro in rainwater was determined using an ultraviolet-visible (UV-Vis) spectrophotometer. The Excito chamber study was performed to evaluate the effectiveness of the fabrics treated with nanoemulsion formulations to repel Aedes aegypti mosquitoes. Based on .....
Thesis Published 2024 592 hits Available
1605
Abstract
The objective of this study is to design and develop a piezoelectric micromachined ultrasonic transducer (pMUT). The developed pMUTs are then characterized and verified for underwater applications. PDMS and epoxy thick films are deposited using the spin-coating technique. The wafer bonding method is employed to adhere to the functional and structural layers. Bonding quality is analysed using FESEM images while material interaction is studied using EDS analysis. Electrical characterization is carried out on all developed pMUTs using impedance analysis. Finally, the receiving and transmitting responses are determined and verified using the pulse-echo technique in a freshwater tank. All pMUTs are successfully constructed, with overall thicknesses ranging from 880 to 980 _m. PDMS and Epoxy thick films are uniformly deposited at 1000 rpm. A strong bonding between the piezoelectric active layer and the silicon substrate is observed using PDMS as an adhesive, with a minimum thickness of 26.42.....
Thesis Published 2024 535 hits Available
1606
Abstract
Ketagihan terhadap pornografi di kalangan remaja kini berkait rapat dengan kemajuan serta perubahan dalam gaya hidup masyarakat. Fenomena ini disebabkan oleh kemajuan teknologi yang memudahkan akses kepada bahan pornografi, terutamanya dalam bentuk digital, dengan cara yang cepat dan tanpa halangan. Selain itu, peningkatan dalam pendidikan dan pendedahan terhadap teknologi telah menyebabkan remaja lebih bebas menggunakan Internet, sehingga ada yang secara sengaja mengakses kandungan pornografi tanpa rasa tanggungjawab. Oleh itu, kajian kuantitatif ini bertujuan untuk menilai tahap pengetahuan dan sikap pelajar tingkatan empat terhadap video pornografi di Internet, berdasarkan data yang dikumpulkan daripada 169 pelajar di sebuah sekolah menengah di daerah Nilai, Negeri Sembilan. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan sikap pelajar berada pada tahap yang tinggi, dengan purata skor masing-masing adalah 3.24 dan 3.45. Analisis ujian-t menunjukkan bahawa pelajar perempuan mem.....
Article Published 2024 755 hits Available
1607
Abstract
Keunggulan kepengarangan Muzaf Ahmad dilihat menerusi karyanya iaitu Kumpulan Puisi Sepasang Sayap di Bahu. Karya ini terhasil daripada pengalamannya ketika pengembaraan di Eropah dengan menunjukkan kepelbagaian kisah dan pemikiran yang berbeza dalam penulisan puisi. Kajian ini memilih kaedah penyelidikan kepustakaan dan kualitatif dengan melakukan analisis kandungan terhadap teks-teks puisi yang terpilih. Sehubungan itu, penyelidikan ini akan memperlihatkan pengenalpastian terhadap konsep kepengarangan Muzaf Ahmad disamping membincangkan perkembangan pemikiran dalam penulisan idea berdasarkan puisi-puisi yang terpilih. Dengan itu, kajian ini berlandaskan penggunaan teori Teksdealisme dengan memberi penekanan kepada prinsip kehadiran dan prinsip pengukuhan bagi membolehkan nilai keunggulan kepengarangan jelas dihayati menerusi karya yang terpilih. Oleh itu, jelaslah bahawa penelitian ini dapat menilai tahap keunggulan kepengarangan Muzaf Ahmad sebagai keutamaan bagi menghasilkan sebuah.....
Article Published 2024 265 hits Available
1608
Abstract
Penelitian ini bertujuan untuk mengidentifikasi pola pemilihan bahasa siswa SD dalam ranah keluarga di Kota Sorong, Papua Barat Daya. Metode yang digunakan adalah metode kualitatif dan kuantitatif yang didasarkan pada pertanyaan terstruktur dalam kuesioner. Data kualitatif dikumpulkan melalui wawancara selama pengisian kuesioner. Teknik pengumpulan data melalui kuesioner dan wawancara sebagai alat pengumpul data utama. Teknik Pengolahan data dan analisis data dilakukan berdasarkan kecenderungan data tentang pola pemilihan bahasa pada siswa SD dalam ranah keluarga. Berdasarkan hasil analisis data ditemukan 33 etnis yang merupakan daerah asal Ibu dan Bapak siswa SD. Sementara itu, vitalitas bahasa daerah berdasarkan pola pemilihan bahasa siswa SD dalam ranah keluarga melemah dan cenderung menurun karena bahasa Indonesia (BI) dan bahasa Campuran (BC) adalah bahasa yang sering digunakan siswa SD ketika berbicara dengan orang tua dan Paman/Bibi di rumah. Fenomena ini menunjukkan bahwa masih.....
Article Published 2024 221 hits Available
1609
Abstract
Makalah ini bertujuan membincangkan inisiatif untuk menangani masalah membaca dalam kalangan murid sekolah rendah pasca Pandemik Covid-19. Kajian yang dilaksanakan ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan kaedah temu bual dan kaedah kepustakaan. Kaedah temu bual berstruktur dilakukan kepada tiga orang guru subjek Bahasa Melayu yang kesemuanya berpengalaman lebih 15 tahun. Kaedah kepustakaan pula dilakukan dengan merujuk pelbagai bahan bertulis yang berautoriti berkenaan kemahiran membaca. Data yang diperoleh akan dianalisis dengan mentranskripsikan semula semua maklumat yang diperolehi daripada informan melalui sesi temu bual. Hasil kajian menunjukkan antara inisiatif yang efektif untuk meningkat kemahiran membaca pada pandangan guru-guru ialah (i) teknik bacaan fonik, (ii) pemilihan bahan bantu mengajar yang bersesuaian, (iii) teknik pandang sebut, dan (iv) latih tubi. Dari segi implikasi, kajian ini berusaha membuka mata semua pihak untuk merangka pelbagai inisiatif bagi mena.....
Article Published 2024 312 hits Available
1610
Abstract
Umur mahasiswa universiti teknikal di Malaysia rata-ratanya bermula dari 19 sehingga 24 tahun. Mahasiswa ini terdiri daripada pelajar yang mendaftar di peringkat pengajian diploma dan ijazah sarjana muda. Maka, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti pandangan mahasiswa universiti teknikal mengenai penggunaan slanga dalam pembentangan kumpulan berbahasa Melayu, menganalisis impak penggunaan slanga dalam pembentangan tersebut serta merumuskan cadangan dan langkah bagi mahasiswa universiti teknikal dalam menggunakan slanga dalam pembentangan tugasan kumpulan berbahasa Melayu. Perbincangan kajian ini turut mengaplikasikan pendekatan pragmatik, iaitu Teori Relevans (Sperber & Wilson, 1986). Dari sudut metodologi, kajian ini berbentuk kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan silang dan borang soal selidik yang menggunakan skala Likert dari 1 hingga 5 dan pilihan jawapan “ya” atau “tidak”. Populasi dan sampel terdiri daripada mahasiswa Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM.....
Article Published 2024 474 hits Available
Page 161 of 1221

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.