UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
1712024
Thesis
Piezoelectric micromachined ultrasonic transducer (pMUT) using adhesive wafer bonding for underwater applications
Jamilah Wardah Harun
The objective of this study is to design and develop a piezoelectric micromachined ultrasonic transducer (pMUT). The developed pMUTs are then characterized and verified for underwater applications. PDMS and epoxy thick films are deposited using the spin-coating technique. The wafer bonding method is employed to adhere to the functional and structural layers. Bonding quality is analysed using FESEM images while material interaction is studied using EDS analysis. Electrical characterization is carried out on all developed pMUTs using impedance analysis. Finally, the receiving and transmitting responses are determined and verified using the pulse-echo technique in a freshwater tank. All pMUTs are successfully constructed, with overall thicknesses ranging from 880 to 980 _m. PDMS and Epoxy thick films are uniformly deposited at 1000 rpm. A strong bonding between the piezoelectric active layer and the silicon substrate is observed using PDMS as an adhesive, with a minimum thickness of 26.42.....

54 hits

1722024
Article
Pengetahuan dan sikap pelajar tingkatan empat berkenaan video pornografi di internet
Syahirah Rosli
Ketagihan terhadap pornografi di kalangan remaja kini berkait rapat dengan kemajuan serta perubahan dalam gaya hidup masyarakat. Fenomena ini disebabkan oleh kemajuan teknologi yang memudahkan akses kepada bahan pornografi, terutamanya dalam bentuk digital, dengan cara yang cepat dan tanpa halangan. Selain itu, peningkatan dalam pendidikan dan pendedahan terhadap teknologi telah menyebabkan remaja lebih bebas menggunakan Internet, sehingga ada yang secara sengaja mengakses kandungan pornografi tanpa rasa tanggungjawab. Oleh itu, kajian kuantitatif ini bertujuan untuk menilai tahap pengetahuan dan sikap pelajar tingkatan empat terhadap video pornografi di Internet, berdasarkan data yang dikumpulkan daripada 169 pelajar di sebuah sekolah menengah di daerah Nilai, Negeri Sembilan. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan sikap pelajar berada pada tahap yang tinggi, dengan purata skor masing-masing adalah 3.24 dan 3.45. Analisis ujian-t menunjukkan bahawa pelajar perempuan mem.....

71 hits

1732024
Article
Kepengarangan Muzaf Ahmad dalam karya sastera menerusi kumpulan puisi sepasang sayap di bahu
Nurin Nadhirah Ahmad Zaki
Keunggulan kepengarangan Muzaf Ahmad dilihat menerusi karyanya iaitu Kumpulan Puisi Sepasang Sayap di Bahu. Karya ini terhasil daripada pengalamannya ketika pengembaraan di Eropah dengan menunjukkan kepelbagaian kisah dan pemikiran yang berbeza dalam penulisan puisi. Kajian ini memilih kaedah penyelidikan kepustakaan dan kualitatif dengan melakukan analisis kandungan terhadap teks-teks puisi yang terpilih. Sehubungan itu, penyelidikan ini akan memperlihatkan pengenalpastian terhadap konsep kepengarangan Muzaf Ahmad disamping membincangkan perkembangan pemikiran dalam penulisan idea berdasarkan puisi-puisi yang terpilih. Dengan itu, kajian ini berlandaskan penggunaan teori Teksdealisme dengan memberi penekanan kepada prinsip kehadiran dan prinsip pengukuhan bagi membolehkan nilai keunggulan kepengarangan jelas dihayati menerusi karya yang terpilih. Oleh itu, jelaslah bahawa penelitian ini dapat menilai tahap keunggulan kepengarangan Muzaf Ahmad sebagai keutamaan bagi menghasilkan sebuah.....

38 hits

1742024
Article
Pemilihan bahasa siswa sekolah dasar pada masyarakat multibahasa dalam ranah keluarga
Mohamad Rizal Taryono
Penelitian ini bertujuan untuk mengidentifikasi pola pemilihan bahasa siswa SD dalam ranah keluarga di Kota Sorong, Papua Barat Daya. Metode yang digunakan adalah metode kualitatif dan kuantitatif yang didasarkan pada pertanyaan terstruktur dalam kuesioner. Data kualitatif dikumpulkan melalui wawancara selama pengisian kuesioner. Teknik pengumpulan data melalui kuesioner dan wawancara sebagai alat pengumpul data utama. Teknik Pengolahan data dan analisis data dilakukan berdasarkan kecenderungan data tentang pola pemilihan bahasa pada siswa SD dalam ranah keluarga. Berdasarkan hasil analisis data ditemukan 33 etnis yang merupakan daerah asal Ibu dan Bapak siswa SD. Sementara itu, vitalitas bahasa daerah berdasarkan pola pemilihan bahasa siswa SD dalam ranah keluarga melemah dan cenderung menurun karena bahasa Indonesia (BI) dan bahasa Campuran (BC) adalah bahasa yang sering digunakan siswa SD ketika berbicara dengan orang tua dan Paman/Bibi di rumah. Fenomena ini menunjukkan bahwa masih.....

35 hits

1752024
Article
Inisiatif untuk menangani masalah membaca dalam kalangan murid sekolah rendah pasca pandemik covid-19
Wan Alia Zukrina Wan Fauzi
Makalah ini bertujuan membincangkan inisiatif untuk menangani masalah membaca dalam kalangan murid sekolah rendah pasca Pandemik Covid-19. Kajian yang dilaksanakan ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan kaedah temu bual dan kaedah kepustakaan. Kaedah temu bual berstruktur dilakukan kepada tiga orang guru subjek Bahasa Melayu yang kesemuanya berpengalaman lebih 15 tahun. Kaedah kepustakaan pula dilakukan dengan merujuk pelbagai bahan bertulis yang berautoriti berkenaan kemahiran membaca. Data yang diperoleh akan dianalisis dengan mentranskripsikan semula semua maklumat yang diperolehi daripada informan melalui sesi temu bual. Hasil kajian menunjukkan antara inisiatif yang efektif untuk meningkat kemahiran membaca pada pandangan guru-guru ialah (i) teknik bacaan fonik, (ii) pemilihan bahan bantu mengajar yang bersesuaian, (iii) teknik pandang sebut, dan (iv) latih tubi. Dari segi implikasi, kajian ini berusaha membuka mata semua pihak untuk merangka pelbagai inisiatif bagi mena.....

43 hits

1762024
Article
Mahasiswa, slanga, pembentangan kumpulan berbahasa Melayu dan pragmatik (teori relevans)
Muhammad Zaid Daud
Umur mahasiswa universiti teknikal di Malaysia rata-ratanya bermula dari 19 sehingga 24 tahun. Mahasiswa ini terdiri daripada pelajar yang mendaftar di peringkat pengajian diploma dan ijazah sarjana muda. Maka, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti pandangan mahasiswa universiti teknikal mengenai penggunaan slanga dalam pembentangan kumpulan berbahasa Melayu, menganalisis impak penggunaan slanga dalam pembentangan tersebut serta merumuskan cadangan dan langkah bagi mahasiswa universiti teknikal dalam menggunakan slanga dalam pembentangan tugasan kumpulan berbahasa Melayu. Perbincangan kajian ini turut mengaplikasikan pendekatan pragmatik, iaitu Teori Relevans (Sperber & Wilson, 1986). Dari sudut metodologi, kajian ini berbentuk kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan silang dan borang soal selidik yang menggunakan skala Likert dari 1 hingga 5 dan pilihan jawapan “ya” atau “tidak”. Populasi dan sampel terdiri daripada mahasiswa Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM.....

57 hits

1772024
Article
Pendidikan Sekolah Inggeris anak-anak orang Melayu di Kelantan 1909 Hingga 1957
Azannudin Ashari
Sebelum kedatangan kolonial British di Tanah Melayu, masyarakat Melayu telah mempunyai corak pendidikan tersendiri iaitu pendidikan asas agama dan Al-Quran keutamaan kepada ilmu akhirat dan berpegang kepada tauhid serta mendahulukan keagamaan. Dipercayai pendidikan Islam di Kelantan telah bermula sejak 300-400 tahun yang lalu. Menjelang 1900 sehingga kini, pendidikan Islam di Kelantan dapat dilihat menerusi dua bentuk pengajian iaitu pendidikan pondok dan persekolahan. Kajian ini memfokuskan tentang sejarah Pendidikan Di Sekolah Inggeris anak-anak orang melayu di Kelantan 1909 hingga 1957. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji perkembangan pendidikan anak-anak orang melayu di sekolah inggeris daerah Kelantan. Selain itu, kajian ini menganalisis penglibatan anak-anak orang melayu di sekolah inggeris sehingga Merdeka pada tahun 1957. Seterusnya menganalisis isu dan masalah pendidikan inggeris ke atas anak orang Melayu. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan membuat rujukan d.....

39 hits

1782024
Article
Pendidikan estetika dalam penciptaan karya berdasarkan Model Proses Kreatif teksnaluri dalam Antologi Kuingin Berterima Kasih
Nur Amira Mohd
Kajian ini dilaksanakan untuk menghuraikan fungsi pendidikan estetika dalam penciptaan karya berdasarkan buku Antologi Kuingin Berterima Kasih serta menganalisis aspek naluri yang terdapat dalam Antologi Kuingin Berterima Kasih berdasarkan Model Proses Kreatif Teksnaluri. Kajian secara kualitatif dengan menggunakan kaedah kepustakaan dan kaedah kajian teks ini menganalisis sebanyak 11 karya yang terkumpul dalam buku Antologi Kuingin Berterima Kasih dengan menggunakan Model Proses Kreatif Teksnaluri. Model ini dibangunkan sebagai sebuah kerangka konsep bagi memperjelaskan pengaruh elemen naluri dalam penciptaan sesebuah karya. Terdapat tujuh naluri yang menjadi teras untuk memahami peranan naluri iaitu Naluri Kerohanian, Naluri Kemanusiaan, Naluri Kemasyarakatan, Naluri Keindividualan, Naluri Keintelektualan, Naluri Kealaman dan Naluri Keindahan. Hasil kajian yang dijalankan terhadap fungsi Pendidikan Estetika dalam penciptaan karya berdasarkan buku Antologi Kuingin Berterima Kasih mend.....

30 hits

1792024
Article
Elemen sosial budaya menerusi karya lukisan batik oleh Yusoff Abdullah
Harozila Ramli
Karya seni Catan Batik oleh Yusoff Abdullah menampilkan elemen sosial budaya yang mencerminkan kehidupan masyarakat. Dengan pelbagai corak, teknik, dan warna yang digunakan dalam lukisannya, pelukis berjaya menyentuh keragaman aktiviti budaya masyarakat, termasuklah tradisi hiburan dan seni yang diwarisi secara turun-temurun. Walaupun hasil lukisannya kelihatan sederhana, namun ia berhasil menonjolkan sifat-sifat unik usia dan personaliti setiap individu. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan pendekatan historikal dimana penyelidik menjalankan kerja lapangan dalam keadaan sebenar, mengumpul data melalui temubual, katalog pameran, karya seni batik yang dianalisis, nota lapangan, dan rekod rasmi lain. Proses penyelidikan diberi tumpuan melalui pengumpulan data yang berterusan. Analisis data dilakukan secara induktif, dengan matlamat mencari maklumat tanpa menguji hipotesis sebelum memulakan kajian. Keistimewaan karya ini terletak pada gabungan teknik batik menggunakan canting d.....

130 hits

1802024
Article
Blok Batik identiti dan kreativiti Adiguru Ghani
Harozila Ramli
Blok Batik merupakan satu artifak seni yang digunakan untuk mengecop pada permukaan fabrik khususnya dalam dunia membatik. Keunikan seni blok batik dapat dilihat dari segi penggunaan material, iaitu bermula dari ubi kentang kepada kayu sehingga ditransformasikan kepada tembaga. Keunikan kesenian blok batik ini dapat dilihat menerusi satu kajian melalui blok batik Adiguru Ghani. Kepakaran Adiguru Ghani ini memberikan pendedahan kepada masyarakat untuk memperlihat kepakaran lokal dalam mempengaruhi kreativiti dan identiti masyarakat Melayu dalam seni blok batik di Malaysia. Melalui perkembangan transformasi blok batik, reka corak, reka bentuk, bahan, saiz dan fungsi yang berlaku dapat diterjemahkan melalui karya blok batik Adiguru Ghani. Penyelidikan secara kualitatif dengan pendekatan kajian kes telah digunakan dalam kajian ini. Pengkaji telah memilih daerah Pasir Mas, Kelantan sebagai pusat kajian. Tiga jenis instrumen yang digunakan dalam kajian ini iaitu pemerhatian artifak, temu bua.....

136 hits

[ First ] [ Prev ] Page 18 of 1078 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.