UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
45212021
Article
Cabaran yang dihadapi Pendidikan Seni Visual dengan Pentaksiran Bilik Darjah di sekolah rendah daerah Hilir Perak (FKIK)
Lee, Hoi Yeh
  Pentaksiran Berasaskan Bilik Darjah (PBD) merupakan satu bentuk pentaksiran yang berkesan memberi maklum balas kepada guru tentang kekuatan dan kelemahan murid. PBD mula diadaptasikan dalam pentaksiran Pendidikan Seni Visual (PSV) untuk mengesan pencapaian dan prestasi murid dalam aspek menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari sama ada dari segi kognitif, afektif dan psikomotor seiring dengan objektif mata pelajaran PSV secara menyeluruh dan berkesan. Namun, sejak budaya peperiksaan tradisional telah berakar umbi dalam sistem pendidikan Malaysia, perubahan kurikulum dalam aspek pentaksiran yang menenkankan aspek profil, pencapaian, perkembangan dan penglibatan murid-murid dalam proses pembelajaran telah mencabar kepercayaan para guru khususnya mata pelajaran PSV dikategorikan sebagai mata pelajaran elektif dan tidak mempunyai satu sistem rubrik dan pentaksiran sempurna untuk menilai perkembangan serta prestasi murid-murid. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk .....

2918 hits

45222021
Article
Penerokaan rekaan hasil kreatif tari Seri Inai berdasarkan Tari Inai dari Panggak Laut, Daik Lingga sebagai sumber penciptaan tari
Denny Eko Wibowo
Artikel ini bertujuan untuk membincangkan penerokaan terhadap proses penyusunan tari ciptaan baharu Seri Inai sebagai kewujudan hasil kreatif dalam pelestarian Tari Inai di Panggak Laut, Daik, Lingga. Hasil kreatif ini merupakan hasil dari prinsip rekaan seni yang melibatkan irama dan pergerakan, kepelbagaian dan kesatuan. Prinsip tersebut diaplikasikan sebagai sumber unsur seni yang diolah untuk mendapatkan gambaran penyusunan tari yang kreatif. Aspek Koreografi digunakan untuk melihat hubung kait antara tari Inai di Panggak Laut, Daik Lingga dengan tari Seri Inai sebagai sumber penciptaan tarinya secara visual. Data dikumpulkan melalui teknik temubual, pemerhatian dan kajian pustaka. Proses penyusunan tari adalah melalui tahap penggalian, penerokaandan komposisi. Namun, perbincangan mengenai komposisi dibahagikan kepada beberapa aspek seperti: 1) Hasil rekaan penyusunan tari Seri Inai yang memberi fokus kepada perspektif analisis Koreografi; 2) Dialektik dalam hasil rekaan penyusunan.....

548 hits

45232022
Final Year Project
Exploring free-riding in group project during online learning: a perspective from students in higher education
Siti Aishah Sulaiman
This study explored free riding in a group project during online learning: a perspective from students in higher education. This study was conducted on students from the Sultan Idris University of Education, UPSI. This is quantitative research. The data were analyzed through descriptive statistics and correlation with a sample of 313 respondents of Information Technology in Education, semester 1 to 7 students. collect data or information, researchers have used questionnaires as a research instrument. Google Form was used to collect the information. The data has been analyzed through a quantitative method involving the descriptive analysis and correlation analysis using SPSS software...

2049 hits

45242023
Final Year Project
Perbandingan pencapian murid dalam gamifikasi Darab-Silang dan Jubin topik kembangan dua ungkapan algebra tingkatan dua
Tay, Ying Qi
Bahan bantu mengajar banyak memberi manfaat kepada guru bagi membantu dan merangsang tumpuan murid untuk belajar. Kajian ini menfokuskan teknik pengajaran berdasarkan penggunaan gamifikasi Darab-Silang dan Jubin dalam topik kembangan dua ungkapan algebra. Objektif kajian ini adalah untuk membandingkan pencapaian murid tingkatan dua termasuk kajian perbandingan jantina dan bangsa dalam pengajaran dan pemudahcara yang melibatkan penggunaan gamifikasi Darab-Silang dan Jubin dalam topik kembangan dua ungkapan algebra. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah pendekatan kuantitatif. Pra-eksperimen digunakan untuk membuat perbandingan antara kedua-dua gamifikasi berdasarkan pencapaian murid. Sampel bagi kajian ini ialah 70 orang murid tingkatan dua, terdiri daripada 35 orang murid lelaki dan 35 orang murid perempuan di Sekolah Menengah Kebangsaan Katholik di Daerah Tanjong Malim, Perak, Malaysia. Di samping itu, mereka juga terdiri daripada 35 orang murid Cina dan 35 orang murid I.....

1454 hits

45252023
Final Year Project
Kesan penggunaan simulasi PhET bagi topik Hukum Gas terhadap pencapaian pelajar Fizik tingkatan 4
Krisna Manray
Kajian ini bertujuan untuk menentukan kesan penggunaan simulasi PhET (Physics Education Technology) bagi topik Hukum Gas terhadap pencapaian pelajar fizik tingkatan empat. Reka bentuk kajian ini adalah kuasi eksperimen yang melibatkan sampel kajian iaitu seramai 30 orang sampel pelajar Fizik Tingkatan empat. Pemilihan sampel kajian adalah secara rawak mudah iaitu dua buah kelas daripada tiga buah kelas dipilih bagi kajian ini. Kemudian, sampel kajian dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Kumpulan rawatan menggunakan lembaran kerja dengan simulasi PhET manakala kumpulan kawalan hanya menggunakan lembaran kerja. Pencapaian kedua-dua kumpulan ini diperhatikan dengan menggunakan ujian pra dan ujian pasca. Data kajian dianalisis dengan menggunakan ujian-t sampel tidak bersandar dan ujian-t sampel berpasangan. Berdasarkan analisis data ujian-t tidak bersandar, terdapat perbezaan antara markah pencapaian bagi kumpulan kawalan (M = 2.47, SP = .....

1200 hits

45262023
Final Year Project
Pembangunan aktiviti pembelauan cahaya menggunakan rambut Fizik KSSM dan persepsi kebolehgunaannya dalam kalangan guru pelatih Fizik
Nurul Shamilah Norazman
Tujuan kajian ini adalah untuk membangunkan aktiviti pembelauan cahaya menggunakan rambut Fizik KSSM dan mendapatkan persepsi kebolehgunaannya dalam kalangan guru pelatih Fizik. Aktiviti pembelauan cahaya menggunakan rambut dibangunkan agar penggunaan rambut sebagai dwicelah dapat memperluaskan lagi dalam menitikberatkan kepentingan kesan pembelauan dalam teknologi pengukuran objek halus. Kajian ini berpandukan reka bentuk kajian pembangunan menggunakan model ADDIE. Proses kesahan aktiviti dan soal selidik melibatkan penilaian tiga orang pakar. Aktiviti ini memperoleh indeks CVI dan indeks persetujuan bersama pada kesahan muka aktiviti dan kesahan kandungan aktiviti adalah 1, manakala nilai pada soal selidik pula memperolehi kesahan muka dan kesahan kandungan juga adalah 1. Seterusnya, kebolehpercayaan aktiviti ditafsirkan sangat baik dengan nilai yang diperoleh α = 0.95. Melalui analisis kebolehgunaan aktiviti dalam kajian sebenar, min bagi setiap konstruk yang diperolehi .....

1240 hits

45272023
Final Year Project
Hubungan antara sikap terhadap pembelajaran Fizik dengan tahap penguasaan Graf Gerakan Linear dalam kalangan pelajar tingkatan 4 dalam daerah Kota Setar
Muhammad Syarifuddin Abd Razak
Kajian ini bertujuan melihat korelasi di antara sikap pelajar terhadap pembelajaran Fizik dan hubungannya dengan tahap penguasaan graf gerakan linear. Kajian ini mempunyai tiga objektif iaitu mengkaji sikap pelajar tingkatan 4 di daerah Kota Setar terhadap Fizik, mengkaji tahap penguasaan pelajar tingkatan 4 di daerah Kota Setar untuk Graf Gerakan Linear dan mengkaji hubungan antara sikap terhadap Fizik dengan tahap penguasaan Graf Gerakan Linear dalam kalangan pelajar tingkatan 4 di daerah Kota Setar. Reka bentuk kajian ini adalah yang Pemilihan sampel adalah secara rawak berkelompok di mana seramai 70 sampel daripada pelajar tingkatan 4 telah dipilih di sebuah sekolah daerah Kota Setar, Kedah. Kajian ini menggunakan satu soal selidik yang mengandungi tiga bahagian iaitu bahagian A matlumat pelajar, bahagian B pentaksiran Sikap Terhadap Pembelajaran Fizik (STPF) dan bahagian C Pentaksiran Graf Gerakan Linear (PGGL). Hasil analisis deskriptif menunjukkan bahawa sikap pelaja.....

1891 hits

45282022
Final Year Project
Pembangunan Modul Simulasi Pengaturcaraan Blok Arduino menggunakan Tinkercad dan kebolehgunaannya dalam kalangan guru pelatih Fizik di UPSI
Aida Suraya Zainudin
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan Modul Simulasi Pengaturcaraan Blok Arduino menggunakan Tinkercad serta mengkaji tahap kebolehgunaannya dalam kalangan guru pelatih Fizik Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Reka bentuk pembangunan bagi kajian ini adalah berasaskan Teori Konstruktivisme dan Model ADDIE. Seramai 52 responden dalam kalangan guru pelatih Fizik di UPSI telah diambil sebagai responden melalui kaedah pensampelan bertujuan untuk mengkaji tahap kebolehgunaan modul. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah borang penilaian kesahan pakar dan borang soal selidik kebolehgunaan dengan menggunakan skala Likert Empat mata. Kaedah yang telah digunakan untuk menganalisis kesahan pakar adalah melalui kaedah peratus persetujuan pakar. Pengkaji juga turut menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) bagi memperolehi nilai pekali kebolehpercayaan Cronbach Alpha manakala data bagi soal selidik kebolehgunaan dianalisis mengguna.....

1793 hits

45292023
Final Year Project
Meningkatkan pemahaman tatabahasa Irupeyarottup Panputtokai dalam kalangan pelajar tingkatan 4 dengan menggunakan kaedah permainan Grammar Poker
Logarraj Morgan
Matlamat kajian ini adalah untuk mengenal pasti masalah tatabahasa ‘Irupeyaroṭṭup paṇputtokai’ dalam kalangan pelajar Tingkatan 4 dan meningkatkan pemahaman tatabahasa mereka melalui kaedah permainan 'Grammar Poker'. Kajian ini mempunyai dua objektif. Ia termasuklah mengetahui tahap pencapaian pelajar Tingkatan 4 dalam tatabahasa ‘Irupeyaroṭṭu Paṇputtokai’ dan meningkatkan pemahaman tentang tatabahasa ‘Irupeyaroṭṭu Paṇputtokai’ dalam kalangan pelajar Tingkatan 4 melalui kaedah permainan 'Grammar Poker'. Pendekatan kuantitatif dan kualitatif telah digunakan dalam kajian ini. Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah menengah di Sungai Petani, Negeri Kedah. Seorang guru bahasa Tamil dan lima belas pelajar tingkatan empat telah dipilih oleh pengkaji untuk kajian ini. Kaedah temu bual, pra saringan, pemerhatian dan pasca saringan telah digunakan untuk mengumpul data dalam kajian ini. Temu bual dan kertas ujian penilaian digunakan sebagai instrumen kaj.....

961 hits

45302023
Final Year Project
Meningkatkan kemahiran penguasaan Uruvaga Ani (Metafora) dan Pinvarunilai Ani (Repitasi) dalam puisi kesusasteraan Bahasa Tamil tingkatan lima melalui lagu filem Bahasa Tamil
Perema Soundaraj
Kajian ini dijalankan untuk mengetahui masalah dan penyelesaian dalam meningkatkan penguasaan retorik, Uruvaga Ani (Metafora) dan Pinvarunilai Ani (Repitasi) dalam puisi kesusasteraan Bahasa Tamil, Tingkatan 5. Pada era moden ini, para pelajar menghadapi banyak masalah dalam penguasaan retorik. Disebabkan ini, kebanyakkan pelajar tidak meminati untuk mengambil subjek kesusasteraan Bahasa Tamil. Kajian ini dijalankan dengan dua objektif iaitu mengenalpasti faktor pelajar tingkatan lima kurang minat dalam penguasaan retorik dan meningkatkan penguasaan Uruvaga Ani (Metafora) dan Pinvarunilai Ani (Repitasi) melalui lagu filem Bahasa Tamil dalam kalangan pelajar tingkatan lima. Pengkaji telah menggunakan teori ‘Thandiyalangaram’ dalam kajian ini. Pengkaji telah menggunakan ujian Pra, borang Soal Selidik, Temu Bual, borang Penilaian, borang Pemerhatian, ujian Pasca untuk mengumpul data bagi kajian ini. Selain itu, kajian ini telah dijalankan di Kawasan Bukit Bintang, Brickfie.....

1210 hits

[ First ] [ Prev ] Page 453 of 1139 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.