|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Latest addition to the database : |
| 4561 | 2021 Article | Hubungan kreativiti saintifik dan penyelesaian masalah Fizik pelajar tingkatan empat Nur Erra Fadzira Rosli Kreativiti saintifik terlibat dalam proses penyelesaian masalah fizik dan menjadi elemen penting dalam menyelesaikan masalah. Kepentingan penguasaan kreativiti saintifik ini mampu meningkatkan daya berfikir secara kreatif terutama dalam peningkatan pemikiran aras tinggi yang juga merupakan elemen penting dalam menyelesaikan masalah. Namun, kajian mengenai kreativiti saintifik ini masih kurang diberi penekanan terutama penglibatan penyelesaian masalah fizik. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengkaji hubungan antara kreativiti saintifik dan penyelesaian masalah fizik. Kajian ini dilakukan dengan memberi soalan terbuka secara rawak kepada 30 orang pelajar tingkatan 4 di Bandar Tenggara, Johor. Instrumen yang digunakan untuk mengukur kreativiti saintifik ialah Scientific Structure Creativity Model (SSCM) manakala penyelesaian masalah fizik pula digunakan dengan menggunakan soalan fizik berpandukan Minnesota Assessment of Problem Solving (MAPS). Hasil analisis data mendapat..... 769 hits |
| 4562 | 2023 Final Year Project | Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) bagi subjek Hifz Al-Quran dalam Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) di Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan (SMTDR) Daerah Batang Padang, Perak Dayangku Nur Aqilah Awangku Drahman Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
(PBS) bagi subjek Hifz al-Quran dalam Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT), persepsi
pelajar terhadap penilaian yang dilaksanakan dan keberkesanan Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS) bagi subjek Hifz al-Quran dalam meningkatkan prestasi dan pencapaian
pelajar di Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan (SMTDR) Daerah Batang Padang,
Perak. Reka bentuk kajian ini menggunakan kaedah tinjauan. Sampel kajian terdiri
daripada 18 responden Tingkatan 4. Data dianalisis dengan menggunakan statistik
deskriptif iaitu kekerapan, peratusan, min, dan sisihan piawaian. Dapatan kajian
menunjukkan secara keseluruhannya pelajar dinilai melalui empat kaedah iaitu ujian
semasa tasmik (min=3.83, sp=0.5990), semakan pengekalan juzuk lama (min=3.50,
sp=0.666) ujian bagi hafazan lama (min=3.30, sp=0.347) dan peperiksaan rasmi
(min=3.60, sp=0.569) berada pada tahap sederhana tinggi. Persepsi pelajar terhadap
pentaksiran ..... 3026 hits |
| 4563 | 2021 Article | Fasa analisis pembangunan Instrumen Pengurusan Diri Murid Berkeperluan Khas Masalah Pembelajaran KSSR Semakan Tahun 1 Zul Izuddin Suhaimi Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk membina Instrumen Pengurusan Diri Murid Berkeperluan Khas Masalah Pembelajaran (MBKBP) Kurikulum Standatd Sekolah Rendah (KSSR) Semakan Tahun 1 sebagai alat pengujian tahap pencapaian kemahiran murid. Kajian ini juga menggunakan Model McIntire & Miller (2007) yang telah diubahsuai kepada tiga fasa. Kajian ini adalah kajian yang dijalankan pada fasa pertama (Analisis) dalam keseluruhan kajian besar. Kaedah tinjauan juga digunakan dalam kajian ini yang melibatkan seramai 300 orang guru pendidikan khas yang mengajar tahun 1 di 11 daerah seluruh negeri Johor. Kajian ini juga akan menyumbang secara tidak langsung kepada guru pendidikan khas tahun 1 dalam menyusun kurikulum semakan 2017 untuk menentukan tahap kandungan aktiviti yang lebih komprehensif dengan tahap keupayaan MBKBP dalam penguasaan Mata Pelajaran Pengurusan Diri... 593 hits |
| 4564 | 2021 Article | Essentials of pre-braille skills in braille learning: a literature review Ng, Alya Qasdina Ai Lee Pupils with visual needs have a difficult time acquiring tactile reading. For tactile reading, the dexterity of the fingertips influenced the reading pace. The primary objective of this article is to discuss the essentials of pre-braille skills in the early stages of braille literacy and to gain insight into instructional practises in Malaysia's bilingual classrooms in comparison to other nations, including India, Spain, and the United States of America. This paper is intended to provide an enhanced view on pre-braille skills through literature review and revising the conventional instructional practice which emphasises more on rote learning. Henceforth, pre-braille skills are fundamental for consistent and systematic practices during the initial stage of braille literacy. The consequence of this paper will result in pre-braille skills will be prioritised before pupils with visual needs are exposed to more advanced braille literacy. Additionally, the gathered and arranged knowledge may..... 626 hits |
| 4565 | 2021 Article | Elemen-elemen watan dalam model kepimpinan instruksional sekolah di Malaysia: satu tinjauan literatur Aziah Samichan Kepimpinan instruksional merupakan gaya kepimpinan paling asas yang perlu dikuasai oleh pemimpin di sekolah. Hal ini kerana kepimpinan instruksional dikatakan mempunyai hubungan yang signifikan terhadap pembelajaran pelajar, kompetensi pengajaran guru dan seterusnya prestasi sekolah. Gaya kepimpinan instruksional dilihat masih relevan berdasarkan kemunculan pelbagai model kepimpinan instruksional sejak empat dekad. Sehingga kini, model kepimpinan instruksional yang dipelopori oleh sarjana barat telah merentas sempadan benua termasuklah di Malaysia. Namun, adakah model-model kepimpinan instruksional acuan barat yang menjadi rujukan kebanyakan pemimpin pendidikan di Malaysia benar-benar memenuhi konteks pendidikan negara kita? Umum mengetahui bahawa model-model kepimpinan instruksional barat dibina berorientasikan persekitaran dan budaya di Barat dan Eropah. Oleh yang demikian, tujuan artikel berformatkan kertas konsep ini akan menyelusuri keperluan membangunkan satu model watan kepimpin..... 677 hits |
| 4566 | 2022 Thesis | Kurikulum pendidikan sekolah Melayu era kolonial British, 1900-1957 Siti Fatimah Nur Ali Kurikulum pendidikan sekolah-sekolah Melayu telah diperkembangkan menurut
acuan dan pelaksanaan dasar oleh kolonial British. Sehingga Perang Dunia Kedua,
kurikulum pendidikan sekolah Melayu hanya menekankan 3M iaitu membaca,
menulis dan mengira serta menghapuskan masalah buta huruf dalam kalangan
masyarakat Melayu. Oleh itu, kajian ini menganalisis kurikulum pendidikan sekolah
Melayu pada era kolonial British bermula pada tahun 1900 hingga 1957. Kajian ini
menggunakan kaedah kualitatif menerusi instrumen analisis dokumen dan manuskrip
yang diperolehi dari Arkib Negara Malaysia seperti Colonial Office Record, Education
Annual Report, Federated Malay State File, State Secretary File dan dokumen sukatan
pelajaran kolonial British. Sumber-sumber sekunder yang diperolehi dari universiti
awam seperti Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Malaya dan Universiti
Kebangsaan Malaysia juga turut digunakan sebagai sumber sokongan. Dapatan kajian
menunjukkan kurikulum pendidikan..... 5356 hits |
| 4567 | 2022 Thesis | Kesan pentadbiran British terhadap pembangunan bandar di negeri Perak Tuan Waheda Tuan Chik Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji kesan pentadbiran kolonial British
terhadap pembangunan bandar di Perak pada tahun 1900 sehingga 1957. Campur
tangan British bukan sahaja memberi keuntungan terhadap pihak kolonial malah telah
memberi kesan terhadap proses pembangunan setempat terutamanya aspek
perbandaran di beberapa daerah di Perak. Pembangunan perbandaran disifatkan
semakin pesat semasa pentadbiran British kerana kegiatan ekonomi dan politik. Oleh
itu, kajian mengenalpasti kemunculan bandar-bandar utama di negeri Perak.
Penglibatan kolonial British dalam perbandaran di Perak turut dihuraikan di/samping
mengetengahkan isu dan permasalahan dalam perbandaran di Perak ketika era
pentadbiran kolonial British. Kajian dijalankan menggunakan sepenuhnya kaedah
kualitatif dengan penekanan terhadap analisis dokumen primier seperti fail Perak
Secretariat, High Commisioner Office dan juga Perak Gazette yang diperoleh dari
Arkib Negara Malaysia. Kajian serta penulisan ber..... 2559 hits |
| 4568 | 2022 Thesis | The relationship between teacher job satisfaction and organizational citizenship behaviours in junior high school of Shandong province, China Zhang, Wenya This study aims to discuss the relationship between teacher job satisfaction and
organizational citizenship behavior among public secondary school teachers,
addressing teacher absenteeism. The method chosen in this paper is a quantitative
research to answer three research questions and two hypotheses. Two sets of research
tools were selected to measure teacher job satisfaction and organizational citizenship
behavior. Using the method of snowball sampling, 447 teachers were selected as a
sample, and Pearson correlation analysis was used to reflect the relationship between
teachers’ job satisfaction and organizational citizenship behavior. The final results
show that teachers’ job satisfaction has a significant impact on organizational
citizenship behavior. It also shows that the higher the teacher’s job satisfaction, the
lower the teacher’s absenteeism rate, thus ensuring the teacher’s work and classroom
efficiency to a greater extent... 1953 hits |
| 4569 | 2022 Thesis | Pembinaan dan penilaian modul pembelajaran dan pemudahcaraan Thirukkural berdasarkan teknologi Augmented Reality di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Riinah Periasamy Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti masalah pembelajaran Thirukkural dan
menganalisis keperluan guru dan murid dalam penyediaan modul pembelajaran
Thirukkural, membentuk dan membangunkan modul pembelajaran Thirukkural
berdasarkan teknologi Augmented Reality serta menilai kebolehlaksanaan modul
tersebut dalam kalangan murid Tahun Lima di SJK(T). Kajian ini dilaksanakan dengan
menggunakan model ADDIE yang merangkumi tiga fasa, iaitu fasa analisis keperluan,
fasa reka bentuk modul dan fasa penilaian. Reka bentuk kajian ini ialah kaedah
campuran, iaitu kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif. Kajian ini dijalankan dalam
kalangan 10 orang guru bahasa Tamil dan 60 orang murid Tahun Lima di SJK(T). Data
temu bual dianalisis secara kualitatif, manakala data soal selidik serta ujian pra dan
pasca dianalisis secara kuantitatif dengan menggunakan IBM SPSS Statistics 26.
Dapatan analisis keperluan menunjukkan bahawa semua guru dan murid menegaskan
bahawa modul pembelajaran Thiru..... 2162 hits |
| 4570 | 2022 Thesis | Kesan laman sesawang multimedia interaktif terhadap pencapaian kata pemeri murid tahun lima Mohd Faris Che Mohamad Rahimi Kajian ini bertujuan mengkaji pencapaian kata pemeri murid dengan mengaplikasikan
laman sesawang multimedia interaktif. Kaedah kajian kuasi eksperimen digunakan
dalam penyelidikan ini. Sampel kajian pula ialah 30 orang murid sekolah rendah jenis
kebangsaan Cina di dalam daerah Kinta, Perak. Instrumen kajian bagi penyelidikan ini
ialah ujian pra dan ujian pasca. Murid menjalani ujian pra sebelum rawatan, manakala
ujian pasca dilaksanakan selepas murid didedahkan dengan aplikasi laman sesawang
multimedia interaktif. Bagi penyelidikan ini, data dianalisis secara deskriptif dan
inferens. Data deskriptif ialah min dan sisihan piawai. Data inferens dianalisis secara
statistik menerusi ANCOVA. Dapatan kajian menunjukkan F= 7.0 (df= 29), iaitu pada
paras signifikan < 0.05. Implikasi kajian ialah bahan laman sesawang multimedia
interaktif yang berasaskan teks dan grafik dapat melonjakkan pencapaian murid tahun
lima dalam kata pemeri. Oleh itu, dicadangkan bahan ini dapat dipergiat ap..... 1912 hits |
| [ First ] [ Prev ] | Page 457 of 1139 | [ Next ] [ Last ] |