UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
51212021
Article
Melanau aku tidak pernah menolak takdirnya: suatu analisis dari perspektif teori sosiologi
Sara Beden
Sesebuah karya sastera membolehkan masyarakat menjiwai unsur dan nilai dari segi kemanusiaan, kemasyarakatan, kebudayaan dan menanam perasaan bangga dan cinta kepada tanah air. Hal ini dikatakan demikian kerana sesebuah karya sastera memaparkan secara keseluruhan sosiobudaya dan sosioekonomi yang melatari sesebuah masyarakat. Walau bagaimanapun, kemelut dan pergolakan yang berlaku dalam masyarakat wajar dirungkai agar berupaya memperlihatkan perjuangan mereka khususnya dari sudut Sosiologi. Justeru, makalah ini bertujuan untuk menganalisis kandungan novel Melanau Aku Tidak Pernah Menolak Takdirnya karya Dahiri Saini (2020) dari segi penulis dan teks, isu-isu sosial dan kesannya kepada khalayak. Oleh sebab karya ini amat erat hubungannya dengan aspek sosial, maka kajian ini mengaplikasikan Teori Sosiologi dengan memberikan fokus kepada tiga daripada empat kaedah krtitikan dalam teori ini, iaitu penulis dan teks, isu-isu sosial dan kesan teks kepada khalayak. Kajian ini menggunakan kaeda.....

754 hits

51222021
Thesis
Development and validation of Writing Assessment Literacy Inventory (WALI) for English language primary school teachers using Rasch model
Nur Atiqah Shaharuddin
The purpose of this study is to develop and validate the Writing Assessment Literacy Inventory (WALI) for the English primary school teachers focusing on three constructs which are practices, belief, and knowledge. The items of the instrument were mainly adapted based on the original instrument by Crusan et al., (2016) and input from literature in order to best suit the Malaysian context. This study used quantitative research approach using Rasch model in the data analysis. The draft instrument containing 56 items of original WALI was administered to 40 primary schools teachers for pilot study in order to measure the validity and reliability of this instrument. Based on the results of the pilot study, five items were removed from the original instrument. The real study involved 214 primary school English teachers from 32 schools in the district of Kinta Utara selected through simple random sampling technique. Rasch Measurement analysis was used to obtain important informati.....

2073 hits

51232022
Thesis
Keberkesanan simulasi reka bentuk elektronik terhadap motivasi, pencapaian dan bebanan kognitif pelajar
Nurul Ihsaniah Omar
Kajian ini bertujuan menilai keberkesanan pembelajaran berasaskan Simulasi Reka Bentuk Elektronik dari segi motivasi, prestasi ujian pencapaian dan bebanan kognitif pelajar. Kajian ini dijalankan untuk melihat perbezaan tahap motivasi dalam kalangan pelajar yang berbeza tahap pengetahuan, mengenal pasti hubungan antara motivasi dan prestasi ujian pencapaian, dan memastikan sekiranya bebanan kognitif ialah mediator terhadap motivasi dan prestasi ujian pencapaian pelajar. Penilaian dilakukan melalui ujian pra dan pos menggunakan soal selidik Instructional Materials Motivational Scale (IMMS) dan ujian bebanan kognitif NASA Task Load Index (NASA-TLX). Reka bentuk kajian menggunakan kaedah kuasi-eksperimen dan data kajian dianalisis secara kuantitatif menggunakan ujian-t berpasangan dan PLS-SEM. Seramai 160 pelajar tingkatan dua yang mengambil subjek Reka Bentuk Dan Teknologi dari empat sekolah menengah di Zon Utara dipilih sebagai sampel kajian. Dapatan menunjukkan perbezaan si.....

1640 hits

51242021
Thesis
Investigation of essential oils, Phytochemistry and anatomical of Vitex negundo, Vitex trifolia, Plectranthus amboinicus and Plectranthus monostachyus (LAMIACEAE)
Fakhira Liyana Mohd Zaki
This study aimed to analyze the essential oils composition, phytochemistry, anatomical and antioxidant activity of the genus Vitex (V. negundo and V. trifolia) and Plectranthus (P. amboinicus and P. monostachyus) from Lamiaceae family. The essential oils were obtained via hydrodistillation technique and their chemical compositions were determined by gas chromatography (GC-FID) and gas chromatography-mass spectrometry (GC-MS). The phytochemicals were obtained using chromatography techniques and their structures were confirmed by spectroscopic data and comparison with literatures. The anatomical study have been investigated on the lamina, midrib and petiole of the leaves part. The antioxidant activity of the essential oils was investigated using DPPH free radical scavenging assay. The study showed a total of 14 and 18 components were identified from the leaf oils of V. negundo (92.8%) and V. trifolia (91.5%), respectively. The results revealed that the essential oils are made.....

1205 hits

51252021
Article
Leksikostatistik bahasa Che Wong dan bahasa Melayu melalui aspek perbandingan kosa kata
Norajihah Muda
Masyarakat Orang Asli merupakan masyarakat minoriti yang tinggal di Semenanjung Malaysia. Masyarakat ini terbahagi kepada tiga kelompok utama, iaitu Senoi, Negrito dan Melayu Proto. Setiap kelompok ini pula mempunyai enam suku yang berlainan. Suku Orang Asli Che Wong tergolong dalam kelompok Orang Asli Senoi. Orang Asli Che Wong secara umumnya tinggal di negeri Pahang terutamanya di Kampung Sungai Enggang Kuala Gandah Pahang. Secara keseluruhannya, masyarakat Orang Asli Che Wong menggunakan bahasa natif Che Wong ketika berkomunikasi. Informan dalam kajian ini melibatkan penutur Orang Asli Che Wong. Tujuan kajian ini adalah untuk menghuraikan hubungan kognat bahasa suku Che Wong dengan bahasa Melayu berdasarkan aspek perbandingan kosa kata dengan menggunakan kaedah leksikostatistik. Pengkaji menggunakan pendekatan kualitatif ketika proses pengumpulan data melalui teknik rakaman dan lafaz. Data dianalisis berdasarkan kategori senarai kata Swadesh. Berdasarkan kajian, didapati bahawa terd.....

619 hits

51262021
Article
Hubungan etnik di Sabah: satu kajian terhadap cerpen-cerpen terpilih penulis Sabah
Asmiaty Amat
Masyarakat peribumi di Sabah dikategorikan kepada Dusunkadazan, Bajau, Murut dan lain-lain serta ‘kelompok bumiputera lain’ seperti Jawa, Bugis dan Suluk, dan juga apa yang dinamakan ‘etnik-etnik lain’. Kepelbagaian etnik yang cukup rencam ini tidak sama dengan yang wujud di Semenanjung Malaysia yang hanya ditandai dengan tiga kaum yang besar, iaitu Melayu, Cina dan India. Oleh hal yang demikian, hubungan antara kaum atau etnik di Sabah bersifat mikro, iaitu antara etnik dan juga intra-etnik, iaitu hubungan antara etnik peribumi/bumiputera Sabah dengan orang Melayu di Sabah atau dari Semenanjung, Cina, atau orang Eropah. Hubungan antara etnik di Sabah dikatakan pelbagai pihak sebagai harmoni, namun persepsi dan sangsi sosial antara etnik-etnik tersebut tetap wujud walaupun dalam bentuk yang tidak serupa seperti di Semenanjung Malaysia. Kajian tekstual tematik menggunakan sosiologi sastera ini meneliti cerpen-cerpen yang terbit dalam majalah WADAH sejak tahun 1980-an hingga 2017.....

867 hits

51272021
Article
Bentuk puisi tradisional Iban timang jalung
Ngabong Katoi
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis bentuk puisi timang jalung yang dinyanyikan oleh sekumpulan lemambang dalam upacara gawai antu. Kajian ini memanfaatkan pendekatan kualitatif dengan menggunakan kerja lapangan dan kajian kepustakaan serta analisis kandungan. Sampel kajian ialah lemambang yang menyanyikan puisi timang jalung di daerah Betong dan Saratok. Teori strukturalisme digunakan untuk menganalisis bentuk puisi timang jalung. Dapatan kajian menunjukkan bahawa puisi timang jalung distrukturkan oleh baris dan rangkap. Kesimpulannya, bentuk puisi timang jalung diolah berdasarkan pengulangan suku kata pada akhir perkataan dalam baris dan di akhir baris dalam sesuatu rangkap. Implikasinya ialah kajian ini akan memberi pengetahuan tentang konvensi dan bentuk timang jalung. Pengetahuan tersebut dapat dijadikan sumberrujukan kepada para penulis untuk mencipta puisi moden yang berakar-umbikan tradisi.  ..

547 hits

51282021
Article
Two early 19th-century Malay documents from Cabau
Gallop, Annabel Teh
This article presents and discusses the texts of two early 19th-century Malay documents from Cabau, on the Kesang river, now in the state of Melaka, which were seen and copied by C.O. Blagden in about 1894 in the house of the Penghulu of Cabau. The sealed commissions were presented to the Penghulu of Cabau by the Temenggung Paduka Tuan of Muar, charging the Penghulu to ensure the holding of communal prayers (sembahyang berjemaah) in the region of Cabau. As rare surviving examples of texts on the internal governance of a Malay territory, these documents are valuable for the study of Malay diplomatics and chancery practice. As historical sources, they also cast light on the regulation of Islamic life on the west coast of the Malay peninsula, and on the lineage of the Temenggungs of Muar.  ..

538 hits

51292021
Article
Tahap penguasaan penggunaan kata kerja dalam kalangan pelajar di tingkatan empat sekolah berasrama penuh
Annuar Khisham Isa
Satu cabang daripada linguistik umum yang menerangkan peraturan-peraturan atau hukum sesuatu bahasa ialah tatabahasa. Penggabungan kata-kata untuk menghasilkan bunyi dan frasa adalah dua bentuk, iaitu morfologi dan sintaksis. Penguasaan tatabahasa memainkan peranan penting dalam PdP guru dan pelajar berupaya menguasainya dalam ilmu linguistik bidang huraian hingga ke peringkat ayat. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap penguasaan penggunaan kata kerja dan menganalisis penguasaan penggunaan kata kerja dalam kalangan pelajar. Responden yang terlibat adalah seramai 100 orang pelajar tingkatan empat sekolah menengah berasrama penuh.Kaedah kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kuantitatif dengan menganalisis dapatan ujian tatabahasa yang telah diedarkan kepada pelajar. Dapatan kajian dianalisis menggunakan bantuan perisian SPSS versi 26.0 dan dianalisis menggunakan penentuan ujian skor min bagi mengetahui tahap tinggi, sederhana dan rendah pengukuran markah pelajar. Pengkaji mengum.....

579 hits

51302021
Article
Tahap penguasaan kemahiran membaca dan menulis murid-murid B40 dalam pembelajaran Bahasa Melayu
Zamri Mahamod
Kajian kualitatif ini bertujuan untuk meneroka tahap penguasaan kemahiran membaca dan menulis dalam kalangan murid daripada keluarga B40. Kajian kes ini djalankan di dua buah sekolah menengah kebangsaan yang dikenal pasti ramai murid B40 yang tidak tahu dan kurang lancar membaca dan menulis di daerah Hulu Langat, Selangor. Seramai 16 murid B40 tingkatan 1, iaitu 7 orang murid B40 kaum Cina, 4 orang murid B40 kaum India dan 5 orang murid B40 kaum Melayu dipilih sebagai peserta kajian. Seramai 8 orang murid B40 belajar di SMKA dan 8 orang murid B40 lagi belajar di SMKB. Temu bual berstruktur digunakan sebagai instrumen kajian. Data temu bual dianalisis secara naratif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesemua murid B40 kaum Cina, India dan Melayu ini mempunyai tahap penguasaan kemahiran membaca dan menulis yang sangat terhad dan terhad. Murid B40 Cina paling lemah kemahiran membaca dan menulis. Jika tahu menulis, mereka tidak tahu perkara yang ditulis. Murid B40 India pula, kemahiran mem.....

1274 hits

[ First ] [ Prev ] Page 513 of 1143 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.