UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
54812021
Article
Pembangunan Modul Pembelajaran Kendiri Pengamiran (InSeL) bagi pelajar Matrikulasi
Khairulazuad Husain
Kajian ini bertujuan membangunkan Modul Pembelajaran Kendiri Pengamiran (Integration Self Learning-InSeL) bagi pelajar matrikulasi. Pembangunan modul ini berdasarkan Teori Pembelajaran Kognitif, pembinaan konsep Pengamiran, kemahiran berfikir dan pembelajaran kendiri. Modul dibangunkan menggunakan Model Sidek yang melibatkan dua peringkat iaitu membina draf modul dan pengujian modul. Kajian kuantitatif ini menggunakan tiga set soal selidik untuk menilai kesahan, kebolehpercayaan dan kesesuaian modul. Kesahan kandungan terhadap Modul InSeL dibuat oleh tujuh orang pakar dan nilai kesahan ditentukan melalui indeks kesahan kandungan (CVI). Nilai keseluruhan indeks kesahan kandungan Modul InSeL adalah tinggi dengan nilai 0.99 atau 99 peratus bagi kedua-dua nilai CVI bagi item (I-CVI) dan CVI bagi skala (S-CVI). Seramai 73 orang pelajar matrikulasi terlibat dalam kajian ini bagi menguji kebolehpercayaan dan kesesuaian modul yang dibangunkan. Dapatan kajian menunjukkan nilai pekali Alpha Cron.....

737 hits

54822021
Article
Extrapolation of general linear methods with inherent Runge-Kutta stability
Ali J. Kadhim
General linear methods have been proven to be very efficient in solving stiff and non-stiff differential equations. Extrapolation is proven to increase the accuracy of any methods. This paper investigates the accuracy and efficiencies of explicit general linear methods with inherent Runge-Kutta stability (IRKs) with and without extrapolation. The numerical results on the Van der Pol (VDP) and Brusselator (Bruss) non-stiff test equations showed that IRKs with extrapolation are more efficient and accurate than itself without extrapolation.  ..

652 hits

54832020
Thesis
Pendekatan \"Theatre Games\" dalam pengajaran dan pembelajaran bersepadu Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah
Mohamad Sayuti Seman
Kajian pengajaran dan pembelajaran bersepadu PSV bertujuan untuk mengenal pasti kesesuaian pendekatan integrasi, menjalankan kaedah pembelajaran bersepadu dan menghasilkan sebuah model pembelajaran bersepadu yang bersesuaian dalam Pendidikan Seni Visual Kurikulum Standard Sekolah Menengah berasaskan Theatre Games. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan reka bentuk kajian kes sebagai metodologi kajian yang dilaksanakan iaitu pemerhatian, temu bual dan kajian perpustakaan serta bengkel PdP bersepadu PSV. Seramai 5 orang ahli akademik dipilih menjadi informan dan 3 buah sekolah dipilih sebagai sampel kajian. Hasil dapatan kajian yang diperoleh mendapati model pembelajaran yang digunakan dapat meningkatkan kreativiti dan penerimaan murid dalam PdPc bersesuaian dengan Pembelajaran Abad ke-21(PAK21). Model pembelajaran dan pemudahcaraan berfokus pada Bidang Bahasa Seni Visual yang menumpukan tajuk unsur seni dalam DSKP KSSM Tingkatan 1 Pendidikan seni Visual. Theatre Gam.....

1978 hits

54842021
Article
Error estimation by using symmetrization and efficient implementation scheme for 3-stage Gauss method
Sara Syahrunnisaa Mustapha
This research focuses on the implementation strategies by the implicit Runge-Kutta Gauss methods in solving Robertson problem using variable stepsize setting. This research considers ideas of implementation strategies by Hairer and Wanner (HW) and Gonzalez-Pinto, Montijano and Randez (GMR) schemes that uses a certain transformation matrix T to improve the efficiency of the numerical methods. Both implementations use simplified Newton iterations to solve the nonlinear algebraic equations for the implicit methods. These implementation strategies are compared with the modified Hairer and Wanner (MHW) scheme without using any transformation matrix T. The numerical methods considered are the implicit 3-stage Gauss (G3) method of order-6. The numerical results are given for Robertson problem which is a chemical reaction stiff problem. The variable stepsize setting is adapted in Matlab code that estimates the error using symmetrization technique. Based on the numerical experiments, it is obse.....

840 hits

54852020
Thesis
Kajian keberkesanan penggunaan buku bergambar dalam kemahiran menulis Bahasa Cina tahun dua
Chai, Chooi Wei
Tujuan kajian ini adalah untuk meneliti keberkesanan penggunaan buku bergambar dalam kemahiran  menulis Bahasa Cina tahun dua di dua buah Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) di negeri Perak. Dua buah  sekolah kajian ini dipilih secara rawak di kawasan bandar. Kajian kuasi-eksperimental dan kajian  tinjauan digunakan untuk menjawab dua persoalan kajian dan dua hipotesis. Ujian pra-pasca dan soal  selidik telah digunakan untuk mengukur skor pencapaian penulisan ayat dan tahap minat murid dalam  kajian ini. Seramai 44 orang murid tahun dua telah dipilih menjadi responden dengan menggunakan  teknik pensampelan rawak mudah. Analisis ujian-t menunjukkan  terdapat  perbezaan  yang  signifikan   di  antara  penggunaan  buku bergambar dan penggunaan kosa kata terhadap skor pencapaian penulisan  ayat (t = -4.066, p < .05) dan tahap minat murid (t = -19.018, p < 0.05) dalam kemahiran menulis  Bahasa Cina tahun dua. Dapatan ujian pra-pasca menyatakan bahawa skor pencapaian pe.....

2797 hits

54862021
Thesis
Kompetensi guru pelatih ISMP Pendidikan Islam dalam melaksanakan elemen kemahiran belajar dan inovasi pendidikan abad ke-21
Nur Fatin Nabihah Burhanuddin
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kompetensi pedagogi guru pelatih, tahap pengetahuan, dan pelaksanaan kemahiran belajar dan inovasi oleh guru pelatih serta hubungannya. Kajian ini menggunakan kerangka Partnership 21st Century Skills dan Kerangka Standard Asas Pendidikan Abad Ke-21 yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk melihat elemen kemahiran belajar dan inovasi yang terdiri daripada elemen komunikasi, kolaborasi, kreativiti, pemikiran kritikal dan nilai murni. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif menerusi pengedaran soal selidik kepada seramai 132 orang mahasiswa semester 8 daripada Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pendidikan Islam Bangi (IPGMKPI) yang dipilih secara rawak. Data kajian telah dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan peratus, min, sisihan piawai, dan korelasi Pearson. Secara keseluruhanny.....

4640 hits

54872020
Thesis
Unsur ketuhanan mengikut etnografi sejarah dalam epic Silapathikaram dengan masyarakat India di Malaysia
Gunasekaran Kuppusamy
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji unsur ketuhanan mengikut etnografi sejarah dalam epik Silapathikaram dengan masyarakat India di Malaysia. Etnografi sejarah merupakan satu cabang dalam bidang antropologi yang mengkaji asal-usul sesebuah suku kaum berdasarkan ciri-ciri khusus yang dikaji untuk dijadikan sebagai sebagai bahan sejarah untuk generasi akan datang. Oleh kerana, epik Silapathikaram merupakan dalam bentuk kesusasteraan penyelidik menggunakan kaedah kualitatif untuk menganalisis kandungan dalam epik tersebut untuk memungut data kajian. Pengkaji telah melakukan kajian lapangan dengan mengambil gambar dan artifak untuk mengumpul data mengenai cara hidup masyarakat India di Malaysia terhadap Tuhan. Epik Silapathikaram yang dikaryakan oleh Ilanggovadigal pada kurun 2 masihi iaitu pada Zaman Sangam. Epik ini mengambarkan gaya hidup masyarakat pada zaman purba. Walaupun terdapat banyak epik dalam kesusasteraan Tamil unsur ketuhanan yang terdapat dalam epik ini kurang dikaji oleh p.....

1082 hits

54882020
Thesis
Kesan pelbagai pemboleh ubah pengantara dan hubungan kepimpinan intruksional guru besar dengan amalan pengajaran guru prasekolah di Sarawak
Thian, Vui Shau
Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji tahap, hubungan, sumbangan, pemboleh ubah kepemimpinan instruksional guru besar (KI), penglibatan ibu bapa dalam pendidikan (PIB), penggunaan  teknologi maklumat dan komunikasi oleh guru prasekolah (TMK), perkembangan profesional guru (PPG),  pelan pembangunan prasekolah (PPP), dan amalan pengajaran (PB) untuk prasekolah di daerah Kuching,  Bau, Lundu, Padawan dan Simunjan. Data dari 267 guru prasekolah dianalisis menggunakan data  deskriptif dan inferensi. Hasil kajian menunjukkan bahawa KI mempunyai hubungan yang sangat lemah  dan signifikan dengan PB (r = .250, p = .001) dan TMK (r = .258, p = .001); sederhana rendah dan  signifikan dengan PIB (r = .347, p = .001) dan PPP (r = .331, p = .001); sederhana dan signifikan dengan PPG (r = .641, p = .001). Hasil kajian juga menunjukkan  bahawa PIB (.269, p = .001), TMK (.221, p = .001), PPG (r = .293, p = .001) dan PPP (r = .253, p =. 001) mempunyai hubungan yang sangat lemah dan si.....

2496 hits

54892019
Thesis
The determination of an effective radius of an optically trapped polystyrene microbead distribution near a water air interface
Muhammad Safuan Mat Yeng@Mat Zin
The research aimed to determine the effective radius (r*) of a trapped polystyrene microbead near a water-air interface and to develop a 3-dimensional piezostage control module  for   optical  trapping  within  micrometre  range.  This  study involved  the development of a control  program so called PZStage and the determination of r* near the water-air interface. PZStage was  developed on the LabVIEW platform to control laser focus location in the trapping medium. A 3 µm  bead was trapped in water at several heights towards the free space in a special design test cell.  The temporal displacement data of the trapped bead was recorded by a quadrant photodiode (QPD) and  analysed by a custom made program namely OSCal to determine r*. PZStage was well developed which  enabled precise laser focus control in 20 µm range in three mutually orthogonal directions. The  result showed that r* was constant at any focus height at fixed water thickness and laser power.  .....

1513 hits

54902020
Thesis
Citra,perjuangan dan status wanita dalam kumpulan cerpen Ko.Punniavan
Saravanan Perumal
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti citra wanita, menganalisis perjuangan wanita dan menghuraikan status wanita dalam kumpulan cerpen Ko.Punniavan. Oleh itu, pendekatan kualitatif yang merangkumi kaedah kepustakaan dan kaedah analisis teks di samping teori feminisme budaya yang dipelopori oleh Brooke Williams pada tahun 1975 digunakan untuk menjalankan kajian ini. Feminisme budaya ialah fahaman bahawa wanita akan mencapai emansipasi melalui budaya wanita alternatif. Dapatan kajian mendapati bahawa hanya sebanyak 17 buah cerpen daripada 48 cerpen yang telah diterbitkan dalam tiga buah kumpulan cerpen Ko.Punniavan berjudul Nijam, Cirai, Ethirvinaikal mencerminkan feminisme budaya. Cerpen-cerpen tersebut dipilih sebagai korpus kajian kerana penulisnya Ko. Punniavan merupakan seorang penulis feminis yang popular di Malaysia. Dalam 17 buah cerpen tersebut, aspek citra, perjuangan dan status kaum wanita dapat dikesan pada watak isteri dalam lima buah cerpen, ibu dalam empat buah cerpen.....

2293 hits

[ First ] [ Prev ] Page 549 of 1169 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.