UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
88912006
Book Section
Hubungan personaliti warna dengan minat kerjaya dalam kalangan staf UPSI
Jusoh Ahmad Jazimin,
Dalam kajian ini penyelidik ingin mengkaji sejauh mana hubungan personaliti warna dan minat kerjaya Holland dalam kalangan staf UPSI. Hipotesis umum penyelidikan ini ialah terdapat hubungan antara personaliti warna dengan minat kerjaya di kalangan staf UPSI. Reka bentuk kajian adalah expost facto, jenis korelasi. Dalam kajian ini satu set soal selidik yang mengandungi tiga bahagian telah digunakan untuk mengumpul data. Bahagian A: Borang maklumat diri, Bahagian B: Soal Selidik Personaliti Warna (IPW) dan Bahagian C : Soal Selidik Minat Kerjaya (SDS). Populasi kajian adalah di kalangan staf UPSI yang dipilih seramai 186 orang berasaskan kepada enam tret personaliti oleh J.L. Holland. Kepentingan kajian ini adalah untuk perkembangan ilmu itu sendiri. Data yang didapati kemudiannya dianalisa menggunakan statistik deskriptif dan korelasi Pearson pada aras signifikan .05. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara minat kerjaya dalam bidang Realisitik dengan .....

1982 hits

88922002
Conference Item
Quality, standards and benchmarking in teacher education : Whither and Hitherto
Ahmad Hussein,
Generally speaking, quality, standards and benchmarking are three distinct concepts in the language of educational management and organization. However, in respect of teacher education, they are not only closely related but also highly critical in ensuring the manifestation of effective pedagogical programmes and activities in any education system. This paper, which is intended as a keynote address attempts to examine several major issues and dimensions of teacher quality, standards and benchmarking within the conceptual framework of teacher education system, continuous development of professional competence and tendencies of acceptable behavioural practice, both from a global and local perspective. The basic thrust of the presentation is an attempt to argue for the case of continuing process of examining the fundamental bases and rationalization of teacher reform strategies in the context of the changing character of learning in the globalization era...

697 hits

88932012
Article
Kata adverba atau kata sifat?
Jamaluddin Norliza,
Makalah ini bertujuan menjelaskan kata sifat (kata adjektif) bahasa Melayu yang berfungsi sebagai penerang kata kerja. Berdasarkan teori golongan kata, khususnya bahasa Inggeris, kata yang menerangkan kata kerja ialah kata adverba, iaitu adverba cara. Hal yang sama berlaku terhadap golongan kata bahasa Melayu, iaitu tanggapan bahawa kata sifat yang menjadi unsur pengisi bagi gatra selepas gatra kerja ialah kata adverba atau kata keterangan dan bukan kata sifat. Walau bagaimanapun, dalam kajian ini, golongan kata yang dimuatkan dalam gatra penerang kata kerja dianggap sebagai kata sifat dan bukan kata adverba. Terdapat empat sebab mengapa kata sifat ini tidak dianggap sebagai kata adverba, pertama, tiadanya perubahan dalam morfologi; kedua, kata sifat masih mengekalkan posisi yang sama, iaitu dalam posisi penerang; ketiga, wujudnya perbezaan antara gatra dan unsur pengisi, manakala yang terakhir golongan kata bagi sesuatu bahasa tidak boleh diterjemahkan, melainkan perkataan sahaja. Ber.....

1189 hits

88942006
Book Section
Motif purba dalam penghasilan produk batik
Hasan Achmad Sopandi,
Kertas kerja ini akan membentangkan hasil kajian yang dijalankan untuk meneliti secara khusus tentang sejauh mana sumbangan dan peranan motif purba dalam penghasilan produk batik kontemporari. Kajian ini dibuat untuk menyingkap sama ada motif lukisan gua yang dihasilkan oleh masyarakat silam di negeri Perak dapat dipindah alih dalam penghasilan produk batik masa kini. Khazanah budaya silam ini perlu dipelihara supaya tidak pupus ditelan zaman dan dapat ditelaah oleh segenap lapisan generasi. Sehubungan dengan itu, kertas kerja ini akan membincangkan penggunaan semula reka corak yang terdapat d dinding gua purba dapat di transformasi ke konteks masa kini .untuk membolehkan penghasilan produk batik. Motif purba yang pelbagai menyimpan seribu makna dan boleh dijadikan sumber ilham dan pembuka minda para karyawan seni masa kini. Kertas kerja ini juga turut membincangkan rahsia di sebalik motif purba dan kemahiran yang menjadi amalan masyarakat pada zaman dahulu. Warisan ini mampu berperana.....

1246 hits

88952012
Article
Kemahiran Penaakulan Saintifik (KPS) dalam kalangan pelajar tingkatan empat dan hubungannya dengan stail pengajaran guru Matematik di bilik darjah
Abu Hassan Mohd Eizuan, Saad Noor Shah, Dollah Mohd Uzi,
Kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap korelasi antara tahap kemahiran penaakulan saintifik (KPS) dengan persepsi pelajar terhadap stail pengajaran guru Matematik di sekolah. Para pelajar yang terlibat dalam kajian ini adalah terdiri daripada 226 orang pelajar tingkatan empat aliran sains tulen dan sastera di empat buah sekolah terpilih di dalam daerah Batang Padang, Perak. Dua instrumen kajian yang digunakan iaitu Ujian Kemahiran Penaakulan Saintifik (UKPS) yang merupakan versi ubahsuai berdasarkan Ujian Penaakulan Formal Bilik Darjah Lawson dan Soal Selidik Stail Pengajaran Guru (SSPG) adalah berdasarkan instrumen daripada Grasha Riechmann. Pengumpulan data secara kuantitatif dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social Science). Penganalisisan data telah dijalankan secara deskriptif dan inferensi menggunakan peratus, ujian t, ANOVA dan Korelasi Pearson ‘r’ pada aras signifikan 0.05. Berdasarkan analisis yang telah dibuat, tahap KPS para pelajar adalah rend.....

2750 hits

88962012
Article
Kepelbagaian kaedah pungutan zakat : analisis di pusat pungutan zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dari tahun 2003-2009
Muhammad Fidlizan, Mohd Hussin Mohd Yahya, Awang Salwa Amirah, Tahir Mohamed Abdul Majid,
This article aims to analyse the zakat payment method implemented by the Pusat Pungutan Zakat – Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP). Based on data from 2003 to 2009, PPZ-MAIWP has recorded a positive trend of total annual zakat collection. This increasing trend was driven by the PPZ-MAIWP initiative to implement a variety of payment mechanisms in line with the needs and technological change. Thus, their initiatives can become a model to other charity institutions. Furthermore, it will also provide opportunities and facilitate Muslims in Malaysia fulfilling the Islamic pillars...

4201 hits

88972006
Book Section
Hubungan antara kemahiran berfikir kritis dan pencapaian akademik pelajar-pelajar UPSI
Jantan Ramlah,
Rang Undang-Undang Pendidikan 1995 yang menekankan Sistem Pendidikan Kebangsaan bertaraf dunia telah menegaskan pentingnya ‘mengembangkan dan meningkatkan lagi daya intelek serta pemikiran yang rasional, kreatif dan kritis’ di kalangan pelajar-pelajar (Kementerian Pendidikan 1995). Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan kepada dasar pendidikan kebangsaan. Perkembangan daya intelek individu diberikan penekanan utama dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN) bersama-sama dengan perkembangan rohani, jasmani dan emosi. Selaras dengan Saranan ini, maka kemahiran berfikir telah dijadikan satu daripada elemen utama dalam sistem pendidikan kita sebagai usaha untuk meningkatkan perkembangan intelek pelajar. Kemahiran berfikir dijadikan agenda pendidikan utama dalam Wawasan 2020 sebab dalam menghadapi cabaran era globalisasi hanya pelajar yang mempunyai kemahiran berfikir kritis dan kreatif sahaja yang boleh mengharunginya dengan jaya. Oleh itu, pelajar-pelajar dari sekolah rendah hingga.....

908 hits

88982006
Book Section
Hubungan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik kursus tamadun Islam di Universiti Pendidikan Sultan Idris
Jemali Misnan, Hashim Ibrahim, Kasim Ahmad Yunus, Bistamam Mohamad Nasir,
Gaya pembelajaran merupakan antara faktor penting yang menentukan pencapaian akademik pelajar dalam peperiksaan. Tujuan kajian ini ialah untuk menentukan gaya pembelajaran di kalangan pelajar kursus Tamadun Islam TITAS 1, perbezaan gaya dan strategi pembelajaran mengikut pencapaian akademik. Tiga gaya pembelajaran yang dikaji ialah motivasi, mendalam dan mendatar. Kajian menggunakan kaedah tinjauan semasa dan sampelnya terdiri daripada 400 pelajar semester dua di Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim. Data dianalisis dengan menggunakan pakej SPSS untuk menentukan korelasi intra dan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik serta ujian-t untuk melihat perbezaan gaya pembelajaran dan strategi pembelajaran mengikut pencapaian akademik. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa walaupun wujud hubungan positif antara ketiga-tiga gaya pembelajaran, hubungan antara gaya motivasi dan mendalam adalah lebih kuat dengan pencapaian TITAS 1. Aras motivasi mempunyai pengaruh ke atas p.....

3081 hits

88992012
Article
Kurikulum pelajaran vernakular Melayu di Tanah Melayu pada zaman kolonial British sehingga perang dunia kedua
Ariffin Khairi, Saadon Ramli, Ali Ismail,
Pelajaran vernakular diperkenalkan oleh kolonial British untuk memberi pengetahuan kepada anak-anak orang Melayu supaya mereka boleh membaca dan memahami arahan. Sekolah-sekolah vernakular yang diperkenalkan hanya bertujuan menyedarkan orang Melayu tentang kebolehan membaca, menulis dan mengira. Tahap pelajarannya hanya di peringkat rendah sahaja. Kemudahan yang ada di sekolah-sekolah yang dibina di kampung-kampung amat kurang dan hanya sebagai memenuhi tanggungjawab sosial kolonial British. Kurikulum yang dilaksanakan juga amat rendah tahap akademiknya. Mata pelajaran yang diajar di sekolah rendah berkenaan tidak mempunyai hala tuju untuk meningkatkan taraf akademik anak-anak Melayu ke peringkat sekolah menengah kerana pelajaran vernakular berkenaan terhenti di peringkat rendah. Kebanyakan mereka yang tamat belajar hanya layak memegang jawatan paling rendah dalam pentadbiran kerajaan kolonial. Akhirnya, lepasan pendidikan Melayu berkenaan kembali semula kepada pekerjaan asal keluarga .....

1530 hits

89002006
Book Section
Perlakuan metakognitif pelajar tingkatan empat dalam penyelesaian masalah Matematik Tambahan
Saad Noor Shah, Mohd. Tajudin Nor ’ain, Rahma Fainida, Musa Muzirah, Mat Norazian Aini, Zamzamir Zamzana,
Kajian kes ini terbahagi kepada dua fasa. Fasa I bertujuan untuk meninjau persepsi pelajar tingkatan 4 terhadap cara perlakuan metakognitif dengan menggunakan soal selidik berdasarkan “Reliability and Validity of State Metacognitive Inventory: Potential for alternative assessment” yang diperkenalkan oleh O’Neil dan Abedi. Fasa 2 dilaksanakan secara temu bual beipasangan dengan menggunakan instrumen soalan penyelesaian aljabar dan protokol temu bual. Sampel kajian terdiri daripada 238 orang pelajar tingkatan empat di sepuluh buah sekolah menengah harian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa persepsi pelajar-pelajar tingkatan empat tentang perlakuan metakognitif semasa menyelesaikan masalah bagi matematik tambahan adalah memuaskan dengan minnya adalah 2.77. Pelajar-pelajar yang berpencapaian cemerlang mempunyai persepsi yang lebih positif semasa menyelesaikan masalah berbanding dengan pelajar berpencapaian sederhana dan lemah. Didapati korelasi di antara persepsi pelajar terhadap aspe.....

4010 hits

[ First ] [ Prev ] Page 890 of 985 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.