|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Latest addition to the database : |
| 9231 | 2017 Thesis | The effect of collaborative mobile augmented reality application on students learning performance Hafizul Fahri Hanafi The objective of this study is to develop and test the effect of a mobile learning application, called Collaborative Mobile Augmented Reality Learning Application (CoMARLA), on student learning achievement and motivation in learning the Information Technology course. The development of CoMARLA is based on a framework guided by Moshman’s constructivist learning principles and Keller’s motivation principles. This study was based on a quantitative approach using a quasiexperimental method that employed a 2 by 2 factorial research design. The independent variable was the learning method and the dependant variables were students’ learning achievement and motivation, with gender as the moderator variable. The sample of the study consisted of 120 social science undergraduates, with a mean age of 19.5 years, who were divided into an experimental and a control group. The experimental group received treatment with the use of CoMARLA on the mobile platform, while the control group received ..... 1749 hits |
| 9232 | 2018 Thesis | Keberkesanan modul pendidikan akhlak berdasarkan Surah Luqman terhadap pembentukan tingkah laku positif kanak-kanak: satu kajian kes di Kedah Nor Fauziah Kassim Kajian ini bertujuan membina Modul Pendidikan Akhlak berdasarkan Surah Luqman (MPAL) berpandukan model reka bentuk pengajaran Dick, Carey dan Carey serta model pembinaan modul Sidek dan Jamaludin. Dalam konteks pembinaan akhlak, teori moral Kohlberg dan Piaget serta perspektif Al-Ghazali telah dijadikan asas teorikal kajian. Pada peringkat pembinaan modul, MPAL telah melalui proses kesahan kandungan oleh panel pakar bidang. Kajian ini juga untuk menentukan keberkesanan MPAL terhadap pembentukan tingkah laku positif kanak-kanak. Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes telah dipilih. Pemilihan peserta kajian dijalankan secara pensampelan bertujuan melibatkan enam orang kanak-kanak yang berusia tiga hingga empat tahun. Peserta kajian dipilih daripada sebuah Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) di negeri Kedah. Tiga jenis instrumen telah digunakan dalam kajian ini iaitu soal selidik, senarai semak pemerhatian, dan protokol temu bual separa struktur. Data dianalisis menggunakan peri..... 1643 hits |
| 9233 | 2017 Thesis | Nilai-nilai intelektual dalam drama Ismail Kassan Faizah Jalal Kajian ini membincangkan Nilai-nilai Intelektual dalam Drama Ismail Kassan. Pengkaji telah menggunakan sepuluh drama Ismail Kassan sebagai teks kajian iaitu “Pelayaran Inderaputera II”, “Sabda Sang Pendeta”, “Syajar”, “Menanti Puteri Hijau”, “Istiqamah”, “Gelanggang Tuk Wali”, “Dejavu Seorang Perempuan”, “Kilung Musung”, “Kembang Cempaka Sari” dan “Bukan Dejavu”. Objektif kajian ialah mengenalpasti nilai-nilai murni berasaskan ciri-ciri watak baik dan intelektual dalam drama Ismail Kassan. Selain itu, menganalisis nilai-nilai intelektual berasaskan nilai-nilai murni dan ciri-ciri Aspirasi Murid dalam drama Ismail Kassan. Kaedah yang digunakan ialah kaedah kualitatif dan analisis teks dengan menggunakan teori Gagasan Persuratan Baru oleh Mohd Affandi Hassan yang menekankan prinsip watak-watak baik, yang mendokong ilmu dan kebijaksanaan. Nilai-nilai intelektual adalah berasaskan 17 nilai murni dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Aspirasi Murid..... 1763 hits |
| 9234 | 2017 Thesis | Situasi campur kod dalam komunikasi masyarakat Iban di Sarawak Corella Stephen Objektif kajian ini ialah untuk menyelidiki situasi campur kod masyarakat Iban di Sarawak, daripada aspek tahap kekerapannya, faktor dominan yang mendorong situasi campur kod dan fungsi campur kod, kesignifikanan tahap akademik dengan situasi campur kod dan perbezaan yang signifikan dalam tahap campur kod masyarakat Iban yang berbeza aliran pendidikannya. Kajian ini berlandaskan Teori Monitor yang diperkenalkan oleh Stephen Krashen sekitar tahun 1970-an. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif, dan data kajian diperoleh melalui teknik rakaman spontan dan soal selidik. Responden kajian seramai 1035 orang dan 14 kumpulan yang terdiri daripada individu dan kelompok masyarakat Iban yang berpendidikan Inggeris dan berpendidikan Melayu. Saiz sampel kajian ditentukan berdasarkan jadual Krejcie & Morgan dan juga menggunakan persampelan mudah. Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif serta melibatkan ujian-t dan ujian korelasi Pearson untuk mencapai ketepatan maklumat dan hasil jan..... 1554 hits |
| 9235 | 2017 Thesis | Kesan strategi persembahan multimedia dalam screencast terhadap kemahiran praktikal pelajar berbeza gaya pembelajaran dan gaya kognitif Muhammad Razuan Abdul Razak Kajian ini bertujuan membangun dan menilai kesan penggunaan pelbagai strategi persembahan multimedia dalam screencast terhadap kemahiran praktikal pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran dan gaya kognitif berbeza. Empat strategi screencast yang dibangunkan ialah screencast dengan narasi, screencast dengan teks, screencast dengan narasi serta teks dan screencast sahaja. Keempat-empat strategi screencast tersebut diuji secara eksperimen kuasi, iaitu melalui ujian praktikal yang melibatkan ujian pra dan ujian pos. Seramai 233 orang pelajar semester 1 kursus Sijil Modular Kebangsaan Seni Produksi Animasi 2D/3D dari empat Kolej Komuniti dipilih sebagai sampel kajian. Ujian statistik ANCOVA dan ujian Bonferroni digunakan untuk menjawab persoalan-persoalan kajian secara kuantitatif. Dapatan kajian secara keseluruhan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap skor min ujian praktikal pelajar dalam kumpulan strategi screencast yang berbeza. Namun berdasarkan ujian berpasangan Bonf..... 849 hits |
| 9236 | 2018 Thesis | Kesan amali kimia hijau ke atas pengetahuan dan sikap pelajar terhadap kelestarian alam Vignesvaran Suppiah Kajian ini bertujuan mengkaji kesan amali kimia hijau terhadap pengetahuan dan sikap pelajar tentang kelestarian alam. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen yang melibatkan 43 orang pelajar kimia tingkatan empat. 23 orang dipilih untuk kumpulan kawalan dan 20 orang dalam kumpulan rawatan. Di samping itu kajian ini juga membandingkan pencapaian kedua-dua kumpulan pelajar dalam topik kadar tindak balas. Instrumen yang digunakan adalah ujian kelestarian alam, ujian bagi tajuk kadar tindak balas dan soal selidik sikap terhadap kelestarian alam. Tiga eksperimen kimia hijau ditadbir kepada kumpulan rawatan sebagai intervensi dalam tempoh empat minggu. Dapatan menunjukkan terdapat perbezaan pengetahuan tentang kelestarian alam yang signifikan. Sikap terhadap kelestarian alam pula tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan. Pencapaian juga tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan antara kumpulan kawalan dan rawatan. Analisis seterusnya menunjukkan terdapat hubungan yang lemah..... 1051 hits |
| 9237 | 2018 Thesis | Determination of biology pre-service teachers readiness to implement ICT skills and collaboration activities in teaching and learning in Kaduna State Nigeria Francisca, Adeddeji Damilola This study investigated the readiness of Nigerian biology pre-service teachers to implement 21st century skills specifically ICT skill and collaboration activities in teaching and learning (TnL). The respondents comprised of 123 Biology pre-service teachers in two higher institutions in Kaduna state, Nigeria. Their readiness was assessed using questionnaire with four-point Likert scale and interview sessions. The validity of the questionnaire was approved and the Cronbach’s alpha reliability coefficient was 0.95. Descriptive statistics, ANOVA and correlation was used to analyze quantitative data while responses from the interview sessions were described by grouping and explaining the pre-determined themes. Findings showed that Nigerian biology pre-service teachers are ready to implement ICT skill in TnL in terms of confidence, awareness and motivation, perception, knowledge and training. However, they were not ready in terms of ICT equipment. Findings also showed that equipment were ..... 1191 hits |
| 9238 | 2017 Thesis | Faktor penglibatan dan penolakan rokok, dadah, alkohol dan tingkah laku seksual dalam kalangan pelajar tingkatan empat Siththira Thevi Iyavoo Kajian ini bertujuan mengkaji faktor penglibatan dan penolakan penggunaan rokok, dadah dan alkohol serta tingkah laku seksual dalam kalangan pelajar. Populasi kajian merupakan pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah menengah harian di Negeri Sembilan. Kajian tinjauan ini menggunakan kaedah soal selidik dan temubual semi-struktur dalam mendapatkan data daripada sampel kajian. Sejumlah 260 orang pelajar telah terlibat dalam kajian ini dan dipilih menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa 68.5% responden terlibat dengan sekurang-kurangnya salah satu kes yang dikaji. Penglibatan dengan tingkah laku seksual mencatat peratusan yang tertinggi terutamanya dalam kalangan responden perempuan. Tiada responden yang mengaku terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Punca yang paling kerap dinyatakan bagi tingkah laku merokok dan tingkah laku seksual ialah perasaan ingin tahu. Bagi pengambilan alkohol pula disebabkan ritual dan tradisi. Responden yang menolak pengliba..... 1356 hits |
| 9239 | 2018 Thesis | Formulation of the nonabelian tensor squares of some bieberbach groups with point group C2XC2: Abelian and nonabelian cases Nor Fadzilah Abdul Ladi The main objective of this research is to compute the nonabelian tensor squares of some Bieberbach groups with elementary abelian 2-groups point groups, C2×C2 for both abelian and nonabelian cases. This is qualitative research where the computational method for polycyclic groups is used to determine the nonabelian tensor squares of four Bieberbach groups with point group C2 × C2. The findings show that the structures of the nonabelian tensor squares of some of these groups for both abelian and nonabelian cases are found split while some are found non-split. The formulas of the abelian cases of the nonabelian tensor squares of the groups lead to the construction of the formulations of the nonabelian tensor squares of arbitrary dimension. Furthermore, for the nonabelian cases, the presentations of the nonabelian tensor squares of the other two groups are given and it was shown that the nonabelian tensor squares can be written as a direct product with the nonabelian exterior square as o..... 744 hits |
| 9240 | 2017 Thesis | Minat pelajar sekolah menengah teknik terhadap bidang kerjaya teknikal/ vokasional di negeri Perak Fajar Drian Sindu Bawono Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi minat pelajar Sekolah Menengah Teknik (SMT) di negeri Perak terhadap pemilihan bidang kerjaya mereka di masa hadapan. Penyelidik juga ingin mengkaji hubungan antara faktor-faktor minat terhadap bidang dengan minat terhadap kerjaya teknikal/vokasional dalam kalangan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Teknik. Berdasarkan teori kerjaya Holland dan juga beberapa teori penyokong, lima domain yang mempengaruhi minat bidang iaitu faktor luaran, faktor dalaman, emosi, motif sosial dan psikomotor telah dikenalpasti. Dua domain minat kerjaya iaitu keputusan memilih kerjaya dan kepuasan memilih kerjaya juga dikenal pasti. Seramai 374 orang pelajar telah dipilih secara rawak daripada empat buah Sekolah Teknik di negeri Perak sebagai responden penyelidikan ini. Reka bentuk kajian adalah kajian kes. Kajian ini menggunakan satu set soal selidik yang mengandungi empat bahagian untuk mengumpul data kuantitatif. Protokol temu bu..... 1054 hits |
| [ First ] [ Prev ] | Page 924 of 1116 | [ Next ] [ Last ] |