UPSI Digital Repository (UDRep)
|
Today's popular searches: | ||||
PENDIDIKAN | pembangunan | Komunikasi | matematik | Kurikulum |
addie | Perpustakaan Tuanku Bainun | model | M K Ahmad | PENDIDIKAN ISLAM |
|
Latest addition to the database : |
1871 | 2022 thesis | Interaksi antara kecerdasan emosi, efikasi kendiri dan tahap kerisauan terhadap pencapaian akademik murid-murid tahun enam yang akan mengambil peperiksaan UPSR 2017 Mohd Kamal Tahir Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji dan melihat interaksi antara
kecerdasan emosi, efikasi kendiri dan tahap kerisauan terhadap pencapaian akademik
murid-murid tahun enam yang akan mengambil peperiksaan Ujian Pencapaian
Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun 2017. Instrumen pengukuran kecerdasan emosi
yang digunakan adalah kecerdasan emosi Goleman. Data yang diperolehi dalam
kajian ini telah dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 23. Seramai 700 orang
responden terlibat dalam kajian ini di mana melibatkan dua daerah dalam negeri Perak
iaitu daerah Batang Padang dan juga Daerah Muallim. Seramai 348 responden lelaki
dan 352 responden perempuan terlibat dalam kajian ini. Data kajian dianalisis secara
deskriptif dan inferensi. Selain itu, ujian hubungan pemboleh ubah bebas dengan
pemboleh ubah bersandar menggunakan korelasi Pearson dan analisis regresi pelbagai
digunakan dalam menentukan pengaruh pemboleh ubah bebas terhadap pemboleh
ubah bersandar. Ujian ANOVA jug..... 563 hits |
1872 | 2022 thesis | Essential oils, phytochemistry and antioxidant activity of Syzygium pyrifolium (Blume) DC. (MYRTACEAE) Nur Hazwanie Abdul Kadir This study aims to identify the essential oils composition, phytochemicals, and
antioxidant activity of Syzygium pyrifolium (Blume) DC. leaves and bark extracts. The
essential oils were obtained using hydrodistillation technique and their chemical
compositions were determined by gas chromatography and gas chromatography-mass
spectrometry. Phytochemicals were separated using various chromatography
techniques and their structures were elucidated using infrared, nuclear magnetic
resonance, ultraviolet, and mass spectrometry. Antioxidant activity of the essential
oils, extracts, and selected phytochemicals was determined using the total phenolic
content and free radical scavenging assay. Results showed that S. pyrifolium leaf oil
mainly consists of geraniol (73.8%), β-pinene (7.0%), α-pinene (5.7%), and (E)-β-
ocimene (4.5%). Geraniol was successfully separated from the leaf oil as a pure
compound. The bark oil contains cuparene (7.2%), β-elemene (6.8%), longifolene
(5.6%) ..... 363 hits |
1873 | 2022 thesis | Polisi, kefahaman, sokongan, kompetensi dan penguasaan mata pelajaran Pendidikan Muzik dalam pelaksanaan kokurikulum Ensembel Kombo Sekolah Menengah Sajastanah Imam Koning Objektif kajian ini adalah bagi mengenal pasti polisi kokurikulum Ensembel Kombo
Sekolah Menengah (EKSM) dan hubungan antara persepsi kefahaman polisi dalam
kalangan guru pembimbing, sokongan iklim sekolah, kompetensi dan penguasaan mata
pelajaran Pendidikan Muzik murid yang menyertai EKSM. Kaedah kualitatif dan
kuantitatif telah dirangka dalam kajian ini bagi menjawab lima soalan kajian dan lima
hipotesis. Teknik analisis dokumen diguna pakai bagi menginterpretasikan polisi
berpandukan model ADEPT (Analysis of Determinants of Policy Impact). Dokumen
yang dipilih ialah kertas konsep, minit mesyuarat, surat-menyurat dan buku panduan
kokurikulum. Data dianalisis secara deskriptif dan menggunakan model PLS-SEM.
Dapatan kajian ini menunjukkan persepsi kefahaman polisi dalam kalangan guru
pembimbing (M = 4.33, SD = 0.39), sokongan iklim sekolah (M = 4.11, SD = 0.466),
kompetensi (M = 4.02, SD = 0.517) dan penguasaan mata pelajaran Pendidikan Muzik
murid yang menyertai EKSM (M = ..... 352 hits |
1874 | 2022 thesis | Politik dan kuasa Nahdlatul Wathan dalam Era Autonomi Daerah (1997-2010) Hasbi Ardhani Kajian ini bertujuan untuk menganalisis wadah politik dan kuasa yang diperjuangkan
oleh Nahdlatul Wathan. Fokus kajian ini ialah untuk menganalisis konstruksi politik
Nahdlatul Wathan pada Era Autonomi Daerah dan dampak politiknya terhadap
keberadaannya sebagai pertubuhan Islam. Kajian ini menggunakan metodologi sejarah
yang meliputi heuristik, kritikan sumber, interpretasi dan historiografi. Sumber primer
diperoleh daripada Arsip Daerah dan Perpustakaan Nusa Tenggara Barat. Selain
daripada itu, data juga diperoleh melalui temu bual. Sumber sekunder terdiri daripada
makalah, jurnal dan karya ilmiah lainnya yang dapat diperoleh di kantor Pengurus Besar
Nahdlatul Wathan. Sumber tersebut dinilai melalui kritikan sejarah untuk menguji
keabsahan sumber. Selanjutnya ditafsir dan ditulis dalam bentuk rekonstruksi sejarah.
Hasil kajian menunjukkan kerjasama NW dengan parti politik sentiasa mengalami
perubahan selari dengan keadaan semasa. Namun, kejatuhan regim Soeharto
menyebabkan..... 321 hits |
1875 | 2022 thesis | Analisis item aneka pilihan soalan peperiksaan mata pelajaran pengajian am menggunakan Model Pengukuran Rasch Amir Abdul Jaya Kajian ini bertujuan menganalisis kualiti item aneka pilihan soalan peperiksaan
Pengajian Am Semester 3 STPM 2017. Kajian juga meneliti sumbangan item terhadapujian, kebolehpercayaan anggaran skor kebolehan calon, skor kebolehan calon
berbanding kesukaran item, perbezaan pencapaian calon mengikut aliran, dan item
berat sebelah. Kajian menggunakan pendekatan kuantitatif berbentuk ex-post facto.
Seramai 1415 calon peperiksaan Pengajian Am Semester 3 STPM 2017 telah dipilih
secara pensampelan rawak berstrata sebagai subjek kajian. Instrumen kajian ialah item
aneka pilihan soalan peperiksaan Pengajian Am Semester 3 STPM 2017. Dapatan
kajian mendapati kualiti semua item tinggi kerana mempunyai kesahan konstruk
dengan fit statistics (0.5 < MNSQ < 1.5). Kebolehpercayaan ujian tinggi, iaitu 1.00
(>0.94). Analisis Parameter kesukaran item mendapati 2 item sukar (1.00 ≥ b ≤ 3.00),
2 item mudah (-3.00 ≥ b ≤ -1.00), dan 11 item sederhana (-1.00 ≥ b ≤ 1.00). Analisis
kesepada..... 268 hits |
1876 | 2022 thesis | Perbandingan rantau konsepsi nilai moral antara peribahasa Melayu dengan peribahasa Tamil berdasarkan Teori Hibrid Parameswary Shanmugam Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tiga ciri utama dalam konteks komunikasi
bagi data peribahasa Melayu dan Tamil serta menganalisis operasi metafora peribahasa
berdasarkan fitur elemen dalam Teori Hibrid. Teori ini digunakan untuk meneliti
perbandingan rantau konsepsi nilai moral antara peribahasa Melayu dengan peribahasa
Tamil. Kajian ini berbentuk kajian kualitatif yang menggunakan kaedah analisis
kandungan. Sebanyak 12 data peribahasa Melayu dan Tamil pada aras sekolah rendah
daripada tiga kategori nilai moral telah dipilih untuk dianalisis dalam kajian ini. Nilai
moral tersebut terdiri daripada nilai kerajinan, kerjasama dan kesederhanaan. Teori
Hibrid diyakini dapat memberi perspektif baharu kepada kajian berasaskan peribahasa
dengan mengkaji aspek linguistik kognitif dan pragmatik. Tiga pencirian utama dalam
konteks komunikasi iaitu perwatakan, kebijaksanaan dan ketuhanan memiliki ciri
komunikasi yang hampir sama bagi data peribahasa Melayu dengan peribahasa Ta..... 404 hits |
1877 | 2022 thesis | Impak metodologi TRIZ terhadap penyelesaian masalah dalam kalangan pelajar komputeran Nurkhuzaimah Fazreen Mohd Jalaluddin Tujuan kajian ini ialah untuk mengkaji hubungan antara kemahiran pemikiran
komputasional dengan kemahiran penyelesaian masalah, dan kesan penggunaan teknik
penyelesaian masalah TRIZ terhadap kemahiran penyelesaian masalah dalam kalangan
pelajar bidang teknologi maklumat yang berbeza tahap inovatif. Kajian ini berbentuk
kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan dan eksperimen kuasi. Sampel kajian terdiri
daripada 239 orang pelajar bidang teknologi maklumat yang dipilih secara rawak
berkelompok daripada kumpulan sedia ada. Pengumpulan data kajian dilaksanakan
dengan menggunakan instrumen Problem Solving Inventory, Computational Thinking
Scale, Personal Innovativeness in the Domain of Information Technology dan borang
tinjauan persepsi terhadap metodologi penyelesaian masalah TRIZ. Data kajian
dianalisis menggunakan statistik deskriptif, statistik inferensi dan analisis teks. Analisis
deskriptif digunakan bagi menjelaskan tahap kemahiran pemikiran komputasional dan
kemahiran pen..... 268 hits |
1878 | 2022 thesis | Penerokaan Kemahiran Proses Sains Asas dan elemen STEM dalam kalangan kanak-kanak Prasekolah menerusi Pendekatan Projek Khusnidar Muhammad Daud Kajian ini dijalankan adalah untuk meneroka Kemahiran Proses Sains Asas (KPSA)
dan elemen STEM dalam kalangan kanak-kanak Prasekolah menerusi Pendekatan
Projek. Kajian ini dijalankan di Tadika di negeri Perak secara kualitatif menggunakan
reka bentuk kajian pelbagai kes. Sampel kajian melibatkan 15 orang kanak-kanak, dua
orang pendidik serta lima orang ibu bapa. Data kajian diperolehi daripada hasil
triangulasi pelbagai sumber data iaitu pemerhatian, temubual separa berstruktur dan
analisis dokumen yang dianalisis dengan kaedah analisis naratif dan kandungan
berdasarkan kepada tema. Hasil kajian mendapati bahawa kanak-kanak telah
menguasai keseluruhan KPSA dan dua Kemahiran Proses Sains Bersepadu (KPSB).
Aspek elemen STEM yang dikuasai pula adalah pelbagai pengetahuan sains, kemahiran
saintifik dan spatial serta nilai. Semasa pelaksanaan, pendidik menghadapi beberapa
cabaran di antaranya kekurangan dari segi alat untuk menjalankan sesuatu aktiviti,
pengetahuan pedagogi pend..... 365 hits |
1879 | 2021 thesis | Analisis ciri-ciri klasikisme dalam Purananuru dengan menggunakan teori Sevviyal Vanitha Paranjotii This study examines the features of classicism in the work of Purananuru. The
objective of this study is to identify the characteristics of classicism, analyze the
characteristics of classicism and explain the uniqueness of the characteristics of
classicism in the work of Purananuru. This study is based on eight features of
classicism. This study uses source data taken from 400 poems found in the work of
Purananuru. The analysis and discussion are made based on the Sevviyal Theory
pioneered by Manavai Mustafa. This study uses a qualitative method that includes
textual and descriptive analysis studies. The results show that Purananuru has eight
sevviyal aspects namely thonmai, thanithanmai, pothupanpu, nadunilamai,
panpaaddu kalai paddarivu velipadu, ilakkiya valam, uyarsinthanai and kalai ilakkiya
thanithanmai velippadu pangkalippu. The findings of the study show that, the
elements of classicism found in Purananuru can be divided into eight sevviyal
features and the sevviya..... 342 hits |
1880 | 2022 thesis | Penghijrahan dan petempatan masyarakat Banjar di Kerian, Perak 1905-1947 Farinah Ismail Penulisan ini adalah sebuah kajian tentang penghijrahan dan petempatan masyarakat
Banjar di Kerian, Perak dari tahun 1905 sehingga 1947. Masyarakat Banjar adalah
salah satu etnik dari Indonesia yang telah berhijrah ke Tanah Melayu sewaktu
pemerintahan British. Masyarakat Banjar memilih kawasan pantai barat untuk
dijadikan petempatan Tanah Melayu khususnya di Kerian, Perak. Antara kawasan
petempatan mereka ialah di Parit Buntar, Tanjung Piandang, Kuala Kurau, Bagan
Serai, Semanggol dan Changkat Jering. Objektif kajian ini dijalankan bertujuan untuk
membincangkan isu penghijrahan masyarakat Banjar ke Tanah Melayu dan Perak
menjadi kawasan penempatan majoriti etnik ini. Faktor yang mendorong penghijrahan
yang berlaku turut dibincangkan untuk kefahaman bersama. Kajian ini bakal
mendedahkan cabaran yang dilalui masyarakat Banjar untuk hidup dengan
masyarakat tempatan dan cabaran mereka dalam mengekalkan adat dan budaya
mereka. Kajian ini juga akan turut mendedahkan peranan yang ..... 1906 hits |
[ First ] [ Prev ] | Page 188 of 943 | [ Next ] [ Last ] |