UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
23612024
Thesis
Model pengaruh faktor personal dalaman, persekitaran dan tingkah laku terhadap pencapaian Matematik dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah di Malaysia
Teo, Huey Shia
Kajian ini mengkaji model hubungan saling berkait antara faktor personal dalaman, persekitaran dan tingkah laku pelajar dalam mempengaruhi pencapaian matematik pelajar. Reka bentuk kajian kuantitatif ini merupakan kajian tinjauan secara keratan rentas menggunakan soal selidik MSLQ (Motivated Strategies for Learning Questionnaire), PSI (Problem-Solving Inventory) dan SCoF (Students_ Conceptions of Feedback) yang diadaptasi dan diubahsuai. Analisis indeks kesahan kandungan, faktor penerokaan, kebolehpercayaan Cronbach Alpha dan pengesahan faktor dijalankan untuk menilai kesahan serta kebolehpercayaan faktor soal selidik kajian. Kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik huraian kendiri yang menggunakan skala selang penilaian kendiri 10 mata berjaya diperolehi. Seramai 429 orang pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Harian di Malaysia dipilih sebagai sampel kajian dengan menggunakan pensampelan rawak pelbagai peringkat dan kelompok. Data kajian dianalisis menggunakan perisian.....

1285 hits

23622012
Thesis
Alergi: prevalens dan kejituan diagnostik kendiri dalam kalangan populasi Tanjong Malim
Rohaida Ismail
Penyelidikan status pengetahuan, diagnostik kendiri serta faktor penggalak alergi tidak banyak dijalankan di Malaysia. Justeru, satu kajian permulaan dijalankan bagi tujuan mengisi kelompangan ilmu tersebut. Seramai 200 sampel (73 pelajar, 39 guru, 49 ibu dan 39 bapa) telah menjawab semua soalan tentang pengetahuan alergi menggunakan instrumen soal selidik. Seramai 173 sampel pula telah membuat diagnostik kendiri tentang status alergi sebelum menjalani ujian cucuk kulit menggunakan 36 jenis alergen yang berbeza. Hasil kajian mendapati tahap pengetahuan alergi sampel adalah rendah (min 36.8, sisihan piawai 15.15). Tahap pengetahuan guru adalah sederhana (min 49.9, sisihan piawai 11.9); pelajar, ibu dan bapa pada tahap rendah masing-masing dengan min 33.3, 34.5 dan 33.2; sisihan piawai 12.2, 15.9 dan 15.3. Kajian ini juga mendapati 58 (33.5%) mengaku mempunyai alergi tetapi hanya 13.8% yang membuat diagnostik kendirinya dengan tepat. Sebaliknya 90.4% daripada 115 (66.5%) yang mengaku tia.....

613 hits

23632020
Thesis
Pembangunan dan pengesahan Modul BBM k-MAGIK terhadap kekemasan tulisan Bahasa Melayu dalam kalangan murid Attention Deficit Hyperactivity Disorder
Noor Azizah Ngah
Tujuan kajian ini adalah untuk membangun dan mengesahkan kesesuaian Modul BBM k-MAGIK terhadap kekemasan tulisan Bahasa Melayu murid Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) dalam Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Kajian ini menggunakan model ADDIE dengan kaedah reka bentuk pembangunan modul yang dilaksanakan dalam lima fasa iaitu (1) Analisis Keperluan, (2) Reka Bentuk PdP, (3) Pembangunan Modul, (4) Pelaksanaan Modul dan (5) Penilaian Kesesuaian Modul. Sampel kajian terdiri daripada 70 orang responden yang telah dipilih menggunakan teknik persampelan bertujuan, iaitu 35 orang guru PPKI, lima orang pakar kesahan modul dan 30 orang murid ADHD. Empat instrumen kajian telah dibina iaitu (1) soal selidik tinjauan keperluan modul, (2) soal selidik kesahan kandungan modul, (3) ujian kekemasan tulisan, dan (4) borang pemerhatian guru terhadap tulisan murid selepas penggunaan modul. Statistik deskriptif telah digunakan dalam  menganalisis data seperti peratusan, min dan sisiha.....

575 hits

23642024
Thesis
Developing an ELT textbook evaluation checklist for senior high school EFL teachers in South Kalimantan, Indonesia
Lailatul Kodriyah
The present study aims to develop an ELT textbook evaluation checklist for EFL senior high school teachers in Indonesia as a guideline to ensure the use of commercially-produced ELT textbooks in Indonesia serves its purpose. This study employed Design and Development Research (DDR) method and used mixed-method research design for the data analysis. The research was conducted in three phases namely: 1) Phase 1: Design and development, 2) Phase 2: Validation, and 3) Phase 3: Implementation. Document analysis, semi-structured interview and questionnaires were used to gather the data. Interview with EFL teachers and document analysis were conducted to develop the proposed checklist. Two main constructs namely general criteria and teaching language content criteria were focused on. There were 74 criteria under the main constructs. The checklist was then validated by experts. The results of the validation phase showed the agreement among ten experts toward the usefulness and effectiveness of.....

421 hits

23652024
Thesis
Pembangunan Model Kompetensi Guru Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Rendah di Malaysia
Norliza Samad
Kajian ini bertujuan mereka bentuk dan menilai Model Kompetensi Guru Penolong Kanan Pentadbiran (PKP) Sekolah Rendah di Malaysia. Kajian ini merupakan gabungan pelbagai kaedah penyelidikan dengan menggunakan pendekatan Penyelidikan Reka Bentuk dan Pembangunan (DDR). DDR dilaksanakan dalam tiga fasa. Fasa Analisis Keperluan menggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah temu bual separa berstruktur yang melibatkan seramai lapan orang PKP baharu. Analisis tematik digunakan dalam menganalisis data. Dapatan kajian mengesahkan keperluan kepada pembangunan model dalam empat bidang utama; iaitu Kepimpinan, Instruksional, Tadbir Urus dan Emosi Diri. Fasa Reka Bentuk dan Pembangunan menggunakan pendekatan kuantitatif dengan kaedah Fuzzy Delphi (FDM) yang melibatkan seramai 26 orang pakar bidang. Analisis FDM digunakan dalam menganalisis data. Dapatan kajian menunjukkan sebanyak 57 elemen kompetensi telah memenuhi syarat FDM dengan nilai d_0.2, kesepakatan_ 75% dan _-cut> 0.5. Elemen disusun ol.....

7479 hits

23662024
Thesis
Kesan Modul Integrasi Terapi Kognitif Tingkah laku- Psikospiritual Al-Ghazali terhadap penghargaan kendiri, efikisi kendiri dan daya tindak mangsa buli siber
Mapatan Sudin
Tujuan kajian ialah untuk membina Modul Integrasi Terapi Kognitif Tingkah laku- Psikospiritual al-Ghazali dan menguji kesan Modul Integrasi Terapi Kognitif Tingkah laku-Psikospiritual al-Ghazali terhadap penghargaan kendiri, efikasi kendiri dan daya tindak remaja mangsa buli siber antara kelompok rawatan dengan kelompok kawalan. Kajian kuasi eksperimen pra ujian dan pos ujian dijalankan ke atas 80 sampel yang terdiri daripada 40 sampel kelompok rawatan dan 40 sampel kelompok kawalan dalam kalangan remaja tingkatan dua beragama Islam sederhana mangsa buli siber. Sampel kelompok rawatan didedahkan dengan intervensi Modul Integrasi Terapi Kognitif Tingkah laku-Psikospiritual al-Ghazali sebanyak 10 sesi yang mengambil masa lima minggu. Instrumen Rosenberg Self Esteem Scale (RSES), General Self Efficacy Scale (GSES) dan Adolescent Coping Scale (ACS) digunakan untuk mengukur penghargaan kendiri, efikasi kendiri dan daya tindak dalam ukuran pra ujian dan pos ujian. Data dianalisis secara desk.....

1020 hits

23672023
Article
English language learners’ readiness towards mobile assisted language learning
Muhammad Hilmi Che Ahamad
Learning a second language (i.e. English) with the use of mobile technology has been widely accepted around the world. While there are numbers of research focusing on its effectiveness, students’ readiness in accepting the learning approach is yet to be studied. This research aims to investigate the level of readiness among students towards learning the English language via mobile. An adapted version of Parasuraman’s Technology Readiness Index (TRI) questionnaires was employed as the research instrument. A total of 180 respondents from a public university in Malaysia was involved in the study. The research found that the students projected a moderate level of readiness. This is as they are highly optimistic and innovative towards mobile learning but also have a high level of discomfort and insecurities towards it. It is suggested for further research to be carried out to identify the factors influencing students’ readiness and widen the sample by including other tertiary institut.....

468 hits

23682023
Article
A comparative study between Harriet Beecher Stowe’s Uncle Tom’s Cabin and Zhang Ailing’s love in a fallen city
Shi, Shaohua
Harriet Beecher Stowe and Zhang Ailing are two renowned female writers who enjoy highly comments in the history of female feminism literature. They are writing from their own experiences and female perspectives to awaken the females and common people to pursue personal happiness and freedom. Besides, they advocated to transfer feminist ideas into daily behaviors. Harriet Beecher Stowe’s advocation of abolishing slavery promoted the large-scale social thinking, echoing the abolition movements in Britain and France. Her feminist ideas not only broke the shackles from being male’s attachments of females, but also changing the weak and fragile images of females. What’s more important, she led the American society to rethink about slavery and female position. However, the Chinese female writer, Zhang Ailing, as one of the “Four Female Talents “her feminist ideas are still restricted to be a fancier attachment to males. The ultimate goal of females’ fighting and calculating lays .....

525 hits

23692012
Thesis
Kefahaman dan kesilapan pelajar tingkatan lima dalam menentukan pembezaan peringkat pertama Fungsi Polinomial
Noor Adillah Osman
Kajian kualitatif ini dijalankan dengan tujuan menghurai kefahaman dan mengkaji jenis-jenis kesilapan pelajar-pelajar tingkatan lima dalam menentukan pembezaan peringkat pertama Fungsi Polinomial. Satu ujian Pembezaan Fungsi Polinomial ditadbirkan ke atas enam puluh empat orang pelajar yang mengambil mata pelajaran Matematik Tambahan. Berdasarkan jawapan yang telah disemak, enam orang dipilih secara bertujuan (purposive sampling) untuk ditemu bual bagi meneroka kefahaman mereka dalam menentukan pembezaan peringkat pertama. Temu bual yang telah dirakam secara audio dipindahkan ke dalam bentuk transkrip sebelum dikategorikan mengikut tema sebagai sebahagian dari proses analisis data. Tema-tema dibentuk berdasarkan subtopik dalam Fungsi Polinomial iaitu fungsi y . axn , hasil tambah dan hasil beza fungsi polinomial, hasil darab fungsi polinomial, hasil bahagi fungsi polinomial dan fungsi gubahan. Hasil analisis temu bual dan jawapan pelajar dalam ujian pembezaan fungsi polinomial menunju.....

251 hits

23702013
Thesis
Status pemakanan dalam kalangan atlet Sekolah Sukan Negeri Selangor
Haizul Rasdy Saidin
Kajian ini menyelidik status pemakanan dalam kalangan atlet Sekolah Sukan Negeri Selangor. Seramai n=60 orang pelajar yang tinggal di asrama yang berusia 14 tahun (n=18 lelaki, n=13 perempuan) dan 16 tahun (n=16 lelaki, n=13 perempun) terlibat sebagai subjek kajian. Kajian ini menggunakan reka bentuk ‘one short study’ melibatkan lima komponen kajian iaitu pemeriksaan prevalan malnutrisi, lipatan kulit, indeks jisim badan, nisbah ukur lilit pinggang-pinggul dan tekanan darah. Data-data yang dikutip diproses secara statistik deskriptif menggunakan Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 16. Berdasarkan lima komponen yang dikaji menunjukkan semua atlet Sekolah Sukan Negeri Selangor berada dalam keadaan normal kecuali pemeriksaan prevalan malnutrisi memperlihatkan tiga orang atlet lelaki didiagnosis sebagai kes brittle dan dua orang atlet lelaki lagi sebagai kes bone deformities. Disarankan pemakanan atlet Sekolah Sukan Negeri Selangor hendaklah mengikut Recommended Nut.....

503 hits

[ First ] [ Prev ] Page 237 of 1206 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.