|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Latest addition to the database : |
| 2351 | 2024 Thesis | Pembangunan dan keberkesanan kit MyScPTE terhadap pencapaian, minat dan motivasi pelajar bagi standard kandungan jadual berkala unsur Salina Mahmod Kajian ini bertujuan untuk membangunkan dan menentukan keberkesanan kit
MyScPTE terhadap pencapaian serta menilai persepsi pelajar terhadap minat dan
motivasi dalam standard kandungan Jadual Berkala Unsur di dua buah sekolah
menengah di daerah Larut, Matang dan Selama. Kajian ini adalah kajian kuantitatif
yang melibatkan reka bentuk kajian pembangunan dan kajian kuasi-eksperimental.
Responden kajian terdiri daripada dua buah kelas pelajar tingkatan empat (n = 60) yang
dipilih secara pensampelan rawak berkelompok. Dua buah kelas tersebut dijadikan
sebagai kumpulan rawatan (n = 30) dan kumpulan kawalan (n = 30). Dapatan soal
selidik minat dan motivasi dianalisis menggunakan statistik deskriptif sementara pra
dan pasca ujian dianalisis menggunakan statistik inferensi. Kit MyScPTE memperoleh
indeks kesahan yang baik iaitu 1.00. Hasil dapatan menunjukkan peningkatan
pencapaian pelajar lebih tinggi bagi kumpulan rawatan (95%) berbanding kumpulan
kawalan (30%). Minat (M = 4.63, SP..... 577 hits |
| 2352 | 2024 Thesis | Definisi, ancaman dan mekanisme kawalan politik Cybertroopers di Malaysia Nurul Iwan Di Malaysia, kemunculan gerakan cybertroopers dilihat signifikan pada Pilihan Raya
Umum ke-12 dan berkembang pada Pilihan Raya ke-14. Sejajar dengan
perkembangan ini, isu cybertroopers mula mendapat perhatian ramai sarjana yang
mengkaji tentang kewujudan dan peranannya dalam konteks politik di Malaysia.
Namun, kajian berkaitan pendefinisian istilah politik cybertroopers masih lagi terhad
sehingga istilah ini turut disamakan dengan konsep netizen, keyboard warriors, dan
askar siber. Malah, kajian tentang ancaman kumpulan cybertroopers ke atas
keselamatan negara juga kurang dibincangkan di Malaysia. Oleh itu, kajian ini
menyelidiki konsep dan tipologi yang sesuai bagi menggambarkan cybertroopers
dalam konteks Malaysia, ancaman yang dibawa oleh cybertroopers kepada
keselamatan nasional serta mekanisme terbaik bagi mengawai gerakan ini. Kajian ini
menggunakan kaedah campuran iaitu gabungan pendekatan kualitatif dan kuantitatif.
Bagi kaedah kuantitatif, kajian tinjauan menerusi ..... 928 hits |
| 2353 | 2024 Thesis | Pembangunan bahan bantu mengajar ChemReKene bagi topik Alkena dan persepsi pelajar matrikulasi terhadap kemahiran komunikasi dan kolaboratif Noor Fazila Abdul Manah Kajian ini membangunkan bahan bantu mengajar ChemReKene bagi topik tindak balas
penambahan alkena dan mengkaji persepsi pelajar matrikulasi terhadap kemahiran
komunikasi dan kolaboratif. Kajian ini merupakan penyelidikan reka bentuk dan
pembangunan (PRP) ubah suai tiga fasa. Seramai 107 pelajar sistem empat semester
dari sebuah kolej matrikulasi dipilih secara rawak sebagai responden. Kandungan
ChemReKene dan soal selidik kemahiran komunikasi dan kolaboratif disahkan oleh
lima pakar. Kandungan ChemReKene dianalisis menggunakan indeks kesahan
kandungan item dan data kajian daripada soal selidik dianalisis secara deskriptif. Indeks
kesahan kandungan ChemReKene adalah sangat baik. Kajian menunjukkan responden
bersetuju bahawa kemahiran komunikasi dan kolaboratif mereka tinggi selepas
menggunakan ChemReKene. Kesimpulannya, ChemReKene berjaya dibangunkan
dengan indeks kesahan kandungan yang sangat baik. Persepsi responden adalah positif
terhadap kemahiran komunikasi dan kolabora..... 1310 hits |
| 2354 | 2024 Thesis | Relationships between knowledge and attitude on sports injury prevention and management with kinesiophobia among sports school athletes Muhammad Khafizy Khalid The objectives of this study are: (i) to evaluate the sport injury prevention and
management (SIPM) knowledge and attitude among sports school athletes, (ii) to
evaluate the SIPM knowledge, SIPM attitude, and kinesiophobia among sports school
athletes with sport injury, (iii) to evaluate the relationships between SIPM knowledge
and SIPM attitude among sports school athletes, and (iv) to evaluate the relationships
between SIPM knowledge, SIPM attitude, and kinesiophobia among sports school
athletes with sport injury. A survey with cross sectional study using the demographic
information, SIPM knowledge questionnaire, SIPM attitude scale, and the 11-items
Tampa Scale for Kinesiophobia (TSK-11) were employed to collect the data among
secondary school athletes in Malaysia Sports Schools. Among 306 respondents, 170
respondents (55.6%) were reported to have sport injury for the past one year. Male
athletes were reported to have higher injury rate (63%) as well as upper secondary
s..... 493 hits |
| 2355 | 2024 Thesis | Pembangunan dan keberkesanan Kit Transiso bagi topik Transformasi Isometri terhadap pencapaian dan minat murid Tingkatan Dua Fatin Nur Dania Shaimi Kajian ini bertujuan untuk membangunkan sebuah Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang
dikenali sebagai Kit Transiso untuk topik Transformasi Isometri bagi murid Tingkatan
Dua dengan menggunakan model ADDIE. Kajian ini juga bertujuan untuk mengukur
keberkesanan Kit Transiso terhadap pencapaian dan minat murid Tingkatan Dua dalam
topik tersebut. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kuasi-eksperimen telah
digunakan dalam kajian ini. Pemilihan sampel kajian terdiri daripada 60 orang murid
yang terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu 30 orang murid bagi kumpulan kawalan dan
30 orang murid bagi kumpulan rawatan. Empat jenis instrumen telah digunakan, iaitu
(a) Soal Selidik Analisis Keperluan, (b) Soal Selidik Kesahan, (c) Soalan Ujian Pra dan
Pasca, dan (d) Soal Selidik Minat. Data kajian ini telah dianalisis menggunakan analisis
deskriptif dan inferensi. Analisis deskriptif menjelaskan keperluan pembinaan Kit
Transiso manakala statistik inferensi pula melibatkan ujian-t. Dapatan kajia..... 500 hits |
| 2356 | 2006 Thesis | Pengurusan keselamatan dan risiko dalam aktiviti rekreasi di sekolah menengah terpilih dalam zon utara Semenanjung Malaysia Abdul Shukor Zainal Abidin Penyelidikan ini telah dijalankan di sekolah menengah terpilih dalam zon utara Semenanjung
Malaysia. Seramai 140 orang responden telah terlibat dalam penyelidikan diskriptif ini. Soal
selidik telah dibina berasaskan 6 elemen pengurusan keselamatan dan sebelas elemen dalam pengurusan
risiko. Tujuan penyelidikan ini ialah untuk mengenal pasti sama ada elemen-elemen pengurusan
keselamatan dan pengurusan risiko diberi perhatian oleh guru dan pengurus sekolah apabila
merancang dan melaksana aktiviti yang melibatkan murid keluar dari sekolah, dan adakah terdapat
perkaitan antara tempoh perkhidmatan guru; kekerapan bertugas menjadi pengiring kepada murid untuk
aktiviti di luar sekolah; dan kekerapan guru mengikuti kursus-kursus profesional dengan elemen
elemen pengurusan keselamatan dan pengurusan risiko. Sebanyak 19 item soal selidik telah dibina
dalam aspek pengurusan keselamatan dan 21 item soal selidik dalam aspek pengurusan risiko.
Kajian ini mendapati..... 370 hits |
| 2357 | 2024 Thesis | Kajian terhadap tarian Kolattam di Malaysia melalui kumpulan kesenian Sri Mudraksha Natyalaya dan Shinning Starz di Ipoh Yashini Manogaran Tari Kolattam merupakan sebuah tarian rakyat yang popular oleh masyarakat India di
Malaysia. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti koreologi dan sosiologi antara
tarian Kolattam di India dan Malaysia. Kajian ini menumpukan tiga objektif kajian iaitu
(i) mengenal pasti proses kedatangan masyarakat India di Malaysia. (ii) menganalisis
koreologi dan sosiologi tari Kolattam asli dari India. (iii) menganalisis koreologi dan
sosiologi tari Kolattam masyarakat India pada kumpulan kesenian Sri Mudraksha
Natyalaya dan Shinning Starz di Ipoh, Malaysia. Teori yang digunakan dalam kajian ini
adalah koreologi dan sosiologi. Teori ini dapat mengenali proses kedatangan masyarakat
India dan kedatangan Kolattam serta tari Kolattam dari India dengan kumpulan kesenian
Sri Mudraksha Natyalaya dan Shinning Starz di Ipoh, Malaysia. Data kajian ini diperoleh
dengan menggunakan kaedah kualitatif melalui proses temu bual, pemerhatian dan
dokumentasi. Dapatan kajian membincangkan proses kedat..... 539 hits |
| 2358 | 2006 Thesis | Faktor-faktor yang mempengaruhi sikap pelajar Tingkatan 1 terhadap pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dengan berbantukan komputer Ruzaiha Abd Aziz Kajian kualitatif ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang
mempengaruhi sikap pelajar Tingkatan I Sains I terhadap pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran
Pendidikan Seni Visual dengan berbantukan komputer di Sekolah Menengah Kebangsaan Nenasi, Pekan,
Pahang tahun 2006.
Sikap tidak minat pelajaran dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual ini dilihat melalui hasil
kerja pelajar dan menjejaskan keputusan SPM. Fokus kajian ini adalah untuk menarik minat
pelajar terhadap mata pelajaran seni visual dengan menjalankan pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran Pendidikan Seni Visual dengan berbantukan komputer.
Beberapa aspek yang dijangka memberi pengaruh terhadap sikap pelajar akan dikaji iaitu latar
belakang sosioekonomi pelajar, kesediaan pelajar, fasiliti sekolah, kaedah pengajaran dan
pembelajaran guru dan sikap pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sendiri.
Kajian ini bermanfaat untuk menambah pengetahuan sert..... 454 hits |
| 2359 | 2024 Thesis | Nilai murni dalam adat tujuh burung omen yang membentuk karakter murid-murid Iban di sekolah Tony Mulok Kajian ini bertujuan untuk menganalisis nilai-nilai murni dalam adat dan kepercayaan
tujuh burung omen yang menjadi wadah pembentuk karakter murid-murid Iban di
sekolah. Penyelidikan ini mengandungi tiga objektif iaitu menyenaraikan bahasa kiasan
dalam petanda baik dan petanda buruk tujuh burung omen, kedua menganalisis fungsi
adat dan kepercayaan tujuh burung omen melalui pendidikan formal dan pendidikan
informal, manakala ketiga ialah menganalisis nilai murni dalam adat tujuh burung omen
yang membentuk karakter murid di sekolah. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif
dan pengumpulan data dalam kajian ini ialah berdasarkan kepada dua sumber utama
iaitu temu bual dan pemerhatian. Kaedah pensampelan turut digunakan dalam kajian
ini untuk melihat kesesuaian responden yang dipilih bagi menjawab objektif kajian.
Hasil daripada tinjauan akhir seramai 10 orang responden dipilih daripada sumber
pendidikan informal seperti manang dan lemambang yang menjadi kunci dalam
mendidik da..... 400 hits |
| 2360 | 2024 Thesis | The influence of board characteristics in integrated reporting disclosure among Public Listed Companies in Malaysia Wong, Kee Hook This study aims to measure the extent of integrated reporting among the top 100 Public
Listed Companies (PLCs) by market capitalization in Malaysia. It also seeks to
examine the influence of the board characteristics (board size, board independence,
board gender diversity, the average age of board members, and board activity level)
on the extent of integrated reporting of the PLCs with the control for the effect of
corporate characteristics (corporate size, financial performance, and leverage). The
sample of this study consists of 99 corporate-year observations from 33 companies of
the top 100 PLCs. Data was collected from integrated reports of the sample companies,
which adopted integrated reporting from 2019 to 2021. The findings reveal that the
average disclosure rate of integrated reports was 71%, with governance having the
highest average disclosure rate of 97%, and risks and opportunities having the lowest
average disclosure rate of 43%. Although board size (_ = 0.645,..... 365 hits |
| [ First ] [ Prev ] | Page 236 of 1189 | [ Next ] [ Last ] |