UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
44112021
Article
Leading teachers towards the needs of Pedagogical and Technological skills acquisition in the Next Generation Learning Spaces (NGLS)
Sanura Jaya
This study was conducted to develop Next Generation Learning Spaces (NGLS) in teachers’ pedagogical and technological tools. This is to explore new perspective in teachers’ pedagogical and technological leadership in secondary schools in Malaysia. Design and development research (DDR) approach as a research design in this study was conducted in three phases; need analysis phase, design and development phase and evaluation phase. The first phase is to identify the needs of having the NGLS pedagogical framework and managing teachers’ leadership in teachers’ pedagogical and technological tools in secondary school in Malaysia. A quantitative approach research design was conducted and the purposive sampling technique was applied to collect data from 260 samples. The overall findings of the first phase showed that the mean score for the learning spaces is the highest (mean = 4.023) followed with the teachers’ pedagogical strategies (mean =3.007). Technological tools are the lowest .....

411 hits

44122007
Thesis
Prestasi kecergasan fizikal murid SMK Libaran dan SMK Muhibbah, Sandakan
Bodin Gitui
Tujuan kajian ini ialah untuk  mengenalpasti adakah terdapat perbezaan yang signifikan terhadap  komponen ujian kecergasan fizikal meliputi ujian bleep, push-up, trunk-Zif, curl-up dan BM!  berdasarkan tingkatan, jantina dan sekolah. Seramai 80 orang subjek yang dipilih secara rawak untuk  menjalani ujian kecergasan daripada 2 buah sekolah menengah di Sandakan iaitu SMK Libaran dan SMK  Muhibbah. Masing-masing seramai 20 orang yang terdiri daripada  murid lelaki dan murid perempuan  dari tingkatan l dan tingkatan 2, bagi setiap sekolah. Keseluruhan analisis statistik ujian  kecergasan fizikal dalam kajian ini dianalisis dengan menggunakan 't­ ies/'. Keputusan kajian  menunjukkan bahawa : (1) Ujian kecergasan  berdasarkan tingkatan mendapati ujian bleep tidak  terdapat perbezaan yang signifikan diantara murid tingkatan l dan murid tingkatan 2. Nilai [ (78) =  -1.35, _g = .I 8. Ujian push-up tingkatan 1 dan tingkatan 2, didapati tidak terdapat perbezaan yang  sign.....

714 hits

44132021
Article
Kepimpinan guru di Sekolah Kebangsaan Asli, Negeri Sembilan
Saraswathy Kullan
Tujuan utama kajian ini adalah untuk meninjau tahap kepimpinan guru dalam kalangan guru SK Asli, Negeri Sembilan. Instrumen soal selidik Teacher Leadership Self-Assessment (TLSA) telah digunakan untuk mengukur tahap kepimpinan guru. Rekabentuk kajian kuantitatif ini melibatkan seramai 50 orang responden yang telah dipilih secara rawak mudah. Capaian analisis I-CVI (0.83 hingga 1.00), S-CVI (0.97 hingga 1.00) dan Pekali Kappa (0.81 hingga 1.00) membuktikan instrumen dalam kajian ini mempunyai kesahan kandungan yang tinggi. Seterusnya, nilai alfa Cronbach, Cronbach’s Alpha if Item Deleted, Inter-Item Correlation dan Corrected Item-Total Correlation menjelaskan bahawa instrumen TLSA dalam kajian ini mempunyai kebolehpercayaan yang baik. Data soal selidik dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif. Hasil menunjukkan kepimpinan guru di sekolah-sekolah kajian berada pada tahap yang tinggi (min= 4.46, SP=0.42). Implikasinya, kepimpinan dalam kalangan guru perlu diutamakan kerana gur.....

806 hits

44142007
Thesis
Status Pelaksanaan pendidikan jasmani dan kesihatan di sekolah sekolah menengah daerah Kota Kinabalu, Sabah
Mohmad Jeofrey Yussin
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sejauh manakah tahap keberkesanan pelaksanaan pengajaran  PJK di sekolah-sekolah menengah daerah Kota Kinabalu, Sabah. Dalam menentukan tahap keberkesanan  pelaksanaan ini, peranan dan penglibatan guru, kurikulum dan kandungan pelajaran PJK, falsafah dan  objektif pelajaran PJK serta penggunaan masa pengajaran PJK dijadikan asas kajian. Kajian ini  dijalankan dengan menggunakan soal selidik yang dibentuk oleh Piscopo di empat belas (14) buah  sekolah menengah di daerah Kota Kinabalu, Sabah. Responden dalam kajian ini terdiri 80 orang guru,  yang mengajar PJK. Soal selidik digunakan bagi tujuan mengumpul data. Data dianalisis menggunakan  statistik diskriptif. Bagi mendapat kekerapan dan peratusan data diproses menggunakan perisian  SPSS. Keputusan menunjukkan bahawa tahap pelaksanaan pengajaran PJK di sekolah-sekolah berkenaan  adalah pada tahap yang "sederhana". Secara keseluruhannya implikasi dari kajian ini menunjukkan  t.....

1640 hits

44152021
Article
Kepimpinan distributif dan efikasi kendiri guru-guru di sekolah kebangsaan, negeri Selangor
M Puspanathan Mayan
Bagi menjamin kualiti pendidikan negara, Pelan Pendidikan Pembangunan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah diperkenalkan oleh kerajaan untuk penambahbaikan sistem pendidikan termasuk pucuk kepimpinan dan kemenjadian guru di sekolah. Kajian kuantitatif ini bertujuan mengenal pasti hubungan antara kepimpinan distributif terhadap efikasi kendiri guru sekolah kebangsaan di Selangor. Seramai 500 guru mengambil bahagian dalam kajian ini. Instrumen kajian terdiri daripada latar belakang responden, instrumen kepimpinan distributif dan instrumen efikasi kendiri guru sekolah kebangsaan negeri Selangor. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap amalan kepimpinan distributif dan efikasi kendiri guru berada pada tahap tinggi. Melalui ujian korelasi Pearson, amalan kepimpinan distributif mempunyai hungan sederhana kuat dan signifikan terhadap efikasi kendiri guru di sekolah kebangsaan negeri Selangor. Oleh itu, amalan kepimpinan distributif memainkan peranan penting dalam meningkatkan efiaksi kendiri guru da.....

596 hits

44162007
Thesis
Orentasi matlamat dan tahap kebimbangan pelajar semasa aktiviti flying fox pendidikan luar
Shafri Khan@Roy Jabar Khan
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menentukan  perbezaan di antara tahap kebimbangan  seketika bagi somantik, kognitif dan keyakinan diri di kalangan pelajar­ pelajar semasa melakukan  aktviti 'flying fox' dan juga ingin melihat perkaitan yang terdapat di antara motif penglibatan  pelajar dalam aktiviti pendidikan luar dengan tahap keyakinan diri pelajar. Responden seramai 35 orang telah terpilih di kalangan pelajar-pelajar lelaki dan perempuan  yang mewakili  unit-unit  beruniform  masing-masing. Soal selidik yang mengandungi tiga  bahagian iaitu bahagian    B dan C, yang mana Bahagian A mengandungi 7 item mengenai butir diri  pelajar dan maklumat umum mengenai aktiviti pendidikan luar. Bahagian B pula adalah soal selidik  yang mengukur tahap kebimbangan pelajar yang melakukan aktiviti 'flying fox' dan Bahagian C terdiri  daripada 30 item soalan yang mengukur motif seseorang pelajar itu mengikuti aktiviti pendidikan  luar. Soal selidik  ini  diedar .....

1496 hits

44172021
Article
Impak Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL 2.0) terhadap pemimpin sekolah
Ahamad Hussin
Pembangunan profesionalisme pemimpin merupakan inisiatif utama bagi merealisasikan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melahirkan pemimpin sekolah yang berprestasi tinggi. Seramai 744 orang peserta telah mengikuti Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan bagi ambilan pertama tahun 2018. Sebahagian kecil graduan bagi ambilan tersebut telah dilantik sebagai pengetua atau guru besar. Kajian ini telah dijalankan untuk meneroka impak program latihan berkenaan ke atas pemimpin sekolah. Data telah dikumpul melalui soal selidik, temu bual dan semakan dokumen. Program latihan ini telah memberi impak positif kepada pemimpin sekolah dalam bidang kokurikulum, penyediaan kemudahan infrastruktur, serta jaringan dan jalinan. Dapatan kajian telah diguna pakai untuk semakan semula dan penambahbaikan program berkenaan...

628 hits

44182022
Thesis
Pembangunan dan penilaian Model Kemahiran Kepimpinan Inovasi (LeaInn) Pemimpin Pertengahan Kolej Vokasional
Norlaila Wati Osman
Kajian ini bertujuan membangunkan Model Kemahiran Kepimpinan Inovasi (LeaInn) Pemimpin Pertengahan Kolej Vokasional. Pemimpin pertengahan dalam kajian terdiri daripada ketua jabatan dan ketua program bidang vokasional yang bertanggungjawab terhadap pengurusan, penyampaian kurikulum dan pedagogi. Teori kepimpinan berkesan oleh Hoy dan Miskel serta teori Katz’s Skills digunakan sebagai kerangka teori dalam kajian. Reka bentuk kajian menggunakan Pendekatan Penyelidikan Reka bentuk dan Pembangunan (DDR). Kajian analisis keperluan melibatkan pemimpin pertengahan di Kolej Vokasional Negeri Perak menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Tiga orang pakar juga terlibat dalam fasa analisis keperluan untuk menentukan keperluan model LeaInn. Seterusnya, kaedah Fuzzy Delphi (FDM) digunakan untuk mendapatkan kesepakatan persetujuan di mana seramai 17 orang pakar bersetuju bahawa sebanyak enam konstruk utama dan 20 elemen kemahiran kepimpinan inovasi diterima dalam membangunka.....

2871 hits

44192012
Thesis
Persepsi dan tahap pengetahuan guru di Perak mengenai pendidikan alam sekitar
Aniza Jamaluddin
Kajian tinjauan ini dijalankan di sekolah menengah di daerah Hilir Perak. Responden adalah guru  dari dua puluh buah sekolah menengah kebangsaan di daerah Hilir Perak bagi memudahkan pengumpulan  data. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen utama dalam kajian ini. Data dianalisis  menggunkan perisian SPSS 12.0. Objektif kajian yang pertama adalah mengenal pasti persepsi  guru  terhadap pendidikan alam sekitar. Hasil kajian menunjukkan guru mempunyai persepsi yang baik  terhadap pendidikan alam sekitar dengan min keseluruhan 3.3. Objektif kajian yang kedua  ialah  mengenal pasti tahap  pengetahuan  pendidikan  alam  sekitar  di  kalangan  guru.  Dapatan  kajian  menunjukkan 62% guru mempunyai tahap pengetahuan yang baik dalam pendidikan alam sekitar. Objektif  kajian yang ketiga ialah mengenal pasti kekangan-kekangan dalam melaksanakan pendidikan alam  sekitar. Hasil dapatan menunjukkan tiada kekangan yang dihadapi oleh guru dalam menjalankan  pen.....

1677 hits

44202022
Thesis
Perniagaan keluarga Koh di Pulau Pinang-Taiwan, 1786-1941
Tan, Soon Chin
Tesis ini adalah untuk menganalisis penglibatan dan perkembangan perniagaan keluarga Koh di Pulau Pinang dengan Taiwan dari tahun 1786 hingga 1941. Pada asalnya, perniagaan keluarga Koh adalah bermula di Pulau Pinang, tetapi sejajar dengan perkembangan semasa generasi berikutnya telah mengembangkan perniagaan mereka hingga ke Taiwan. Selain tidak banyak pengetahuan sejarah mengenai perniagaan keluarga Koh yang dirungkai, timbul tanda tanya bagaimana ia berjaya mengembangkan empayar perniagaannya dalam tempoh kajian tersebut. Penyelidikan ini menggunakan kaedah kualitatif dengan memberi penekanan kajian secara analisis dokumen. Sejumlah dokumen yang terdapat di India Office Records, The Archives of Institute of Taiwan History, Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur dan Arkib Negara Malaysia, Cawangan Pulau Pinang seperti Strait Settlement Record, dokumen perniagaan keluarga Koo di Taiwan, laporan kerajaan, minit mesyuarat dan akhbar adalah rujukan penting untuk kajian ini. Dapa.....

1754 hits

[ First ] [ Prev ] Page 442 of 1110 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.