UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
4712024
Final Year Project
Pembangunan dan kebolehgunaan permainan 'Nuclei Opponent' bagi topik Fizik Nuklear dalam kalangan guru pelatih Fizik di UPSI
Nurul Sazlinda Ibrahim
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan sebuah permainan yang dinamakan Nuclei Opponent sebagai satu bahan bantu mengajar berkonsepkan pembelajaran berasaskan permainan kepada guru pelatih bagi topik Fizik Nuklear. Kajian ini merupakan kajian pembangunan yang menggunakan pendekatan kuantitatif berlandaskan Model ADDIE yang merangkumi 5 fasa berturutan iaitu Analyze (Analisis), Design (Reka Bentuk), Development (Pembangunan), Implementation (Pelaksanaan), dan Evaluation (Penilaian). Seramai 54 orang guru pelatih fizik di UPSI telah dipilih sebagai responden untuk menilai tahap kebolehgunaan yang melibatkan 3 konstruk utama iaitu kebolehgunaan, kemudahgunaan dan kepuasan. Instrumen yang digunakan ialah soal selidik kebolehgunaan permainan Nuclei Opponent. Dapatan kajian menunjukkan nilai purata persetujuan pakar yang tinggi iaitu 99.58% dalam aspek kesahan muka dan kesahan kandungan. Nilai pekali Cronbach_s Alpha bagi tahap kebolehpercayaan permainan Nuclei Opponent adalah 0.832 dan dapa.....

99 hits

4722024
Article
Pembangunan model Kepimpinan silang budaya (m2cL) untuk pemimpin sekolah di Malaysia
Zatun Najahah Saari
Di Malaysia, bidang pendidikan merupakan nadi dalam masyarakat dan negara bagi mencapai matlamat pembangunan pendidikan yang terbaik. Oleh itu, sebagai satu usahaa untuk mencapai persaingan global dalam dunia pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengorak langkah melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) pada Gelombang ke lima (2015 - 2025) iaitu setiap sekolah perlu menempatkan pemimpin yang berprestasi tinggi (PPPM 2015-2025). Kajian ini adalah bertujuan mereka bentuk serta pembangunan model kepimpinan silang budaya berasaskan konteks tempatan bersesuaian dengan keperluan pemimpin sekolah di Malaysia. Selain itu, model ini dicadangkan kepada para pemimpin sekolah untuk dijadikan sebagai garis panduan dalam pentadbiran yang meliputi pelbagai bangsa dan budaya khususnya dalam organisasi di sekolah. Justeru itu, model ini harus menggambarkan komponen serta elemen yang bersesuaian dengan keperluan pemimpin sekolah. Keterbatasan komponen kepimpinan silang budaya yan.....

89 hits

4732021
Thesis
Keberkesanan modul pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial menerusi Drama Kreatif (PEERS-DK) terhadap pengetahuan dan kemahiran preventif pencabulan seksual dalam kalangan kanak-kanak prasekolah
Haneem Said
Pencabulan seksual terhadap kanak-kanak merupakan jenayah berat yang kian berleluasa di Malaysia. Isu yang semakin tular di media sosial dan mencetuskan kegusaran banyak pihak ini mampu ditangani sekiranya kanak-kanak diperkasa dengan pengetahuan dan kemahiran preventif pencabulan seksual. Justeru, menerusi kajian ini, sebuah modul keselamatan seksualiti berasaskan Drama Kreatif yang dinamakan sebagai Modul PEERS-DK telah dibina khusus untuk kanak-kanak prasekolah berusia lima dan enam tahun. Pengumpulan data dilaksanakan menerusi beberapa kaedah mengikut tiga fasa kajian yang berbeza. 72 kanak-kanak prasekolah yang dilibatkan dalam kajian ini dibahagikan kepada kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan di mana kumpulan eksperimen telah menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan Reprodukif dan Sosial (PEERS) menerusi Modul PEERS-DK manakala kumpulan kawalan tidak menerima rawatan terbabit. Ujian pra, ujian pasca dan ujian pasca lanjutan ditadbir untuk ke dua-dua kum.....

88 hits

4742024
Article
Nosacq-50 penilaian iklim keselamatan dalam kalangan pekerja pengurusan dan barisan hadapan di pejabat kesihatan di Negeri Terengganu, Malaysia
Mohd Azwan bin Ali
Pelbagai aspek perlu diambil kira bagi memastikan tempat kerja mempunyai budaya keselamatan yang positif. Oleh itu, kajian ini mengkaji perbezaan iklim keselamatan dalam kalangan pekerja pengurusan dan barisan hadapan yang bekerja di Pejabat Kesihatan daerah (PKD) di Terengganu, Malaysia. Persekitaran kerja yang selamat akan mengelakkan kemalangan di tempat kerja serta meningkatkan budaya keselamatan di tempat kerja. Di Malaysia, masih berlaku kemalangan di tempat kerja yang menyebabkan kehilangan nyawa pekerja. Oleh itu, kita perlu mengkaji iklim keselamatan dan meningkatkan budaya keselamatan di tempat kerja di Malaysia. Kajian ini melibatkan dua Pejabat Kesihatan Daerah iaitu Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Nerus dan Kuala Terengganu. Seramai 50 orang responden terdiri daripada kakitangan yang bertugas di Unit Vektor di setiap Pejabat Kesihatan Daerah terlibat. Setiap data responden diperoleh dengan menggunakan Borang Iklim Keselamatan NOSACQ-50 (Nordic Safety Climate Questionnaire) .....

118 hits

4752012
Thesis
Faktor keluasan tanaman, teknologi dan buruh yang mempengaruhi pengeluaran minyak kelapa sawit di Malaysia, 1975- 2007
Muruga Krishnan
Penulisan tesis ini bertujuan mengkaji faktor keluasan tanaman, teknologi dan buruh yang mempengaruhi minyak kelapa sawit di Malaysia. Kajian ini, menggunakan data sekunder iaitu selama 33 tahun dari 1975 hingga 2007. Di samping itu, kajian ini menggunakan ujian Vektor Auto Regrasi yang piawai terdiri daripada ujian diskritif, ujian punca unit, dan ujian kointegerasi. Hasil analisis menunujukkan keluasan tanaman kelapa sawit dan teknologi di kilang minyak kelapa sawit perhubungan signifikan dan hubungan positif manakala buruh di kilang minyak kelapa sawit perhubungan negatif tetapi mencapai signifikan. Ujian diskriptif nilai min penggunaan teknologi dalam industri minyak kelapa sawit lebih tinggi manakala buruh di kilang minyak kelapa sawit nilai min paling rendah. Sisihan piawai pula pemboleh ubah teknologi dalam minyak kelapa sawit paling tinggi tetapi buruh di kilang minyak kelapa sawit mencatatkan Nilai kepencongan semua pemboleh ubah negatif kecuali buruh di kilang minyak kelapa s.....

90 hits

4762024
Final Year Project
Pembangunan Realiti Terimbuh Pembentukan Imej (RETEPI) bagi topik Pembentukan Imej oleh Cermin Sfera dan kebolehgunaannya dalam kalangan pelajar Fizik Tingkatan 4
Nursyahindah Shahrul
Kajian ini memfokuskan untuk membangunkan Realiti Terimbuh Pembentukan Imej (RETEPI) dan mengkaji kebolehgunaan dalam kalangan pelajar Fizik tingkatan 4. Reka bentuk kajian ini adalah pembangunan dan tinjauan. Kajian ini menggunakan pendekatan model ADDIE sebagai keseluruhan proses kajian. Hasil kajian ini diperoleh secara kuantitatif. Populasi adalah seramai 108 orang pelajar tingkatan 4 dan sampel yang diambil ialah 30 orang pelajar. Kajian ini mendapati peratus kesahan pakar sebanyak 98% yang menunjukkan bahawa kajian ini mendapat maklum balas yang baik dan boleh diteruskan dengan kajian rintis. Kebolehpercayaan kajian ini mendapati nilai Alpha Cronbach sebanyak 0.905 yang diinterpretasikan sebagai nilai yang tinggi. Hal ini menunjukkan bahawa produk yang dihasilkan memuaskan pelajar semasa digunakan pada kajian rintis. Kebolehgunaan kajian ini pula telah mendapati purata min sebanyak 4.28 dan purata sisihan piawai sebanyak 0.709. Purata min dan sisihan piawai ini menunjukkan nilai .....

92 hits

4772024
Final Year Project
Hubungan antara tahap pengetahuan dan tahap kesediaan bakal guru Fizik terhadap strategi Pembelajaran Berasaskan Otak dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran
Siti Nur Ain Najwa Mohd Rusli
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan bakal guru Fizik terhadap strategi pembelajaran berasaskan otak (PBO) dan tahap kesediaan bakal guru Fizik terhadap strategi PBO dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta hubungan antara tahap pengetahuan dan tahap kesediaan bakal guru Fizik terhadap strategi PBO dalam sesi PdP. Reka bentuk kajian adalah reka bentuk kajian korelasi melalui pendekatan kuantitatif. Seramai 54 orang bakal guru Fizik semester 7 dan semester 8 telah dipilih sebagai sampel kajian menggunakan teknik pensampelan rawak mudah. Instrumen yang digunakan ialah borang soal selidik yang diadaptasi daripada kajian Mohd Fadzil et al., (2022). Data kajian dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif dan statistik inferensi. Analisis statistik deskriptif menunjukkan bahawa tahap pengetahuan bakal guru Fizik terhadap strategi PBO adalah tinggi (min = 4.52, s.p = 0.328) dan tahap kesediaan bakal guru Fizik terhadap strategi PBO juga adalah tinggi (m.....

84 hits

4782024
Article
Memperkasakan pengurusan petugas ambulans di lembah klang pendekatan kepimpinan transformasional
Jamaludin Nasir Romli
Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap kepimpinan transformasional di kalangan petugas ambulans di Lembah Klang serta hubungannya dengan tingkah laku keselamatan dan iklim keselamatan di tempat kerja. Menggunakan pendekatan kuantitatif deskriptif dan inferens, data dikumpul melalui soal selidik yang melibatkan petugas ambulans dari pelbagai hospital di Lembah Klang. Kaedah pensampelan strata berlapis digunakan bagi memastikan representasi proporsional setiap hospital dalam sampel kajian. Instrumen utama yang digunakan ialah soal selidik MLQ6 yang menilai dimensi-dimensi kepimpinan transformasional seperti pengaruh ideal, motivasi inspirasi, rangsangan intelektual, dan pertimbangan individu. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap kepimpinan transformasional di kalangan petugas ambulans secara keseluruhan adalah tinggi, dengan dimensi "Rangsangan Intelektual" dan "Pertimbangan Individu" mencatatkan skor tertinggi. Analisis lanjut menunjukkan bahawa kepimpinan transformasional secara sig.....

93 hits

4792023
Final Year Project
Pembangunan lampu suluh 7-warna untuk topik Penambahan dan Penolakan Cahaya dan kebolehgunaannya dalam kalangan guru Sains di daerah Kampar
Nazrizal Fitri Mohd Zarriq
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan sebuah ABM bagi subtopik Penambahan dan Penolakan Cahaya Sains Tingkatan 1 dan menilai kebolehgunaannya dalam kalangan guru Sains. Sampel kajian ini terdiri daripada 5 orang guru Sains Tingkatan 1 yang dipilih menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Reka bentuk kajian ialah kajian pembangunan menggunakan model ADDIE dengan pendekatan kualitatif. Kit yang dibangunkan disahkan dari segi muka dan kandungan daripada tiga orang pakar dan menerima persetujuan penuh. Kebolehgunaan kit dinilai melalui temu bual dan pemerhatian. Kesimpulannya, Kit Lampu Suluh 7-Warna berjaya dibangunkan dan menerima kebolehgunaan yang memuaskan. Kajian ini memberi implikasi bahawa ABM yang dibangunkan dijangka dapat membantu guru dalam pengajaran topik penambahan dan penolakan cahaya Sains Tingkatan 1...

104 hits

4802024
Article
Malaysian islamic secondary school leaders’ leadership challenges
Zunaidi Haruna
This study aims to explore the Malaysian Islamic secondary school (SMA) leaders’ leadership challenges. To respond to the study's aim, a qualitative method using interviews was applied to seven leaders of Islamic Secondary Schools. The informers were selected based on some criteria such as the length of service as a leader and leadership knowledge. The data that were analyzed using thematic analysis reported seven challenges of Malaysian Islamic secondary school leaders’ leadership, namely: (i) lack of knowledge, in particular, the field of school management such as finance, IT, asset, data, and information, (ii) lack of management skill to figure out conflicts regarding incentive differences among senior and novice teachers, (iii) lack of collaboration among stakeholders, (iv) need to allocate more finance for the competency development program such as enhancing novice teachers’ pedagogical skills, (v) Inadequate planning of valuable program for students residing in hostel, (vi).....

114 hits

[ First ] [ Prev ] Page 48 of 1086 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.