UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
56912021
Article
Ciri kefahaman pelajar sekolah menengah atas negeri menggunakan teknik kartun konsep dalam topik haba
Sri Haryati Rohayu
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti ciri kefahaman pelajar dalam pembelajaran topik haba menggunakan teknik kartun konsep. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian penerokaan dengan kaedah temu bual. Seramai 5 orang pelajar Sekolah Menengah Atas Negeri (SMAN) 1 Kota Bima, Indonesia telah dipilih menerusi teknik pensampelan bertujuan. Instrumen kajian yang terlibat adalah senarai semak temu bual yang telah dibina sesuai dengan reka bentuk kartun konsep bagi pembelajaran topik haba. Data temu bual telah dianalisis menggunakan tiga fasa iaitu mengurangkan jumlah data, mempamerkan data dan menyimpul dan menentu sahkan. Dapatan kajian menunjukkan ciri kefahaman pelajar dalam topik haba dengan menggunakan teknik konsep kartun terdiri daripada tiga ciri iaitu dua orang pelajar dengan ciri kefahaman konsep yang baik, 2 orang pelajar dengan ciri salah faham terhadap konsep, dan seorang pelajar dengan ciri tidak faham konsep dengan baik. Kesimpulannya, teknik kartun konsep merupakan tekni.....

692 hits

56922021
Article
Analisis tahap minat terhadap matapelajaran Sains dan hubungannya dengan kemahiran abad Ke-21
Mastura Mustapha
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap minat terhadap matapelajaran sains dan hubungannya antara minat dengan kemahiran abad ke-21 bakal guru biologi. Kajian terhadap domain kemahiran abad ke-21 terdiri daripada tiga elemen iaitu kemahiran pemikiran inventif, kemahiran komunikasi berkesan dan kemahiran penghasilan produktiviti tinggi. Ketiga-tiga kemahiran ini sangat diperlukan dalam bidang sains dan perlu dikuasai oleh setiap bakal guru supaya dapat diterapkan kepada pelajar mereka nanti. Pendekatan kuantitatif dengan rekabentuk kajian tinjauan telah digunakan untuk memperoleh data yang menggunakan instrumen borang soal selidik. Responden terdiri daripada 111 pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Biologi. Analisis deskriptif dan inferensi telah digunakan bagi menganalisis data. Tahap minat dan kemahiran abad ke-21 bakal guru biologi dijelaskan melalui analisis deskriptif. Manakala penerangan hubungan dan pengaruh antara pemboleh ubah dilakukan melalui kajian statistik.....

1248 hits

56932021
Article
An exploratory study on green Chemistry practices and experiments in Malaysian secondary schools
Hafsah Taha
Although green chemistry had been promoted since 1980s, it is still quite unknown in Malaysia even among chemistry teachers and students. Hence, the success of environmental sustainability education would be hard to achieve if chemistry teachers did not have adequate competency and skills to cultivate students' green chemistry awareness and practices. This study investigated Malaysian chemistry teachers’ understanding, awareness and practices on green chemistry; and the impact of student-initiated green chemistry experiments on their practices of environmental sustainability; and on their achievement in the topic of electrochemistry. The survey involved 269 secondary school teachers, and the quasi-experimental study involved 77 secondary school chemistry students (n = 37 in control and n = 40 in treatment groups). A set of questionnaires for the teachers, and a set of tests for the students were employed in the study. Data was analysed using descriptive and inferential statistical te.....

2471 hits

56942022
Thesis
Sistem pengukuran prestasi kontemporari, komitmen terhadap organisasi, ciri-ciri pengurusan dan prestasi pengurusan koperasi di Malaysia
Mohd Shahron Anuar Said
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara sistem pengukuran prestasi kontemporari, komitmen terhadap organisasi, ciri-ciri pengurusan dan prestasi pengurusan koperasi di Malaysia. Dengan menggunakan reka bentuk penyelidikan kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan kaji selidik secara keratan rentas, seramai 395 orang pengurusan koperasi dalam kalangan 100 koperasi terbaik di seluruh Malaysia telah dipilih sebagai responden kajian dengan menggunakan teknik persampelan rawak. Set soal selidik yang digunakan dalam kajian ini telah mendapat kesahan pandangan pakar dan melalui fasa kajian rintis. Pra analisis data dilaksanakan untuk memastikan set data dimasukkan dengan betul, mengatasi masalah unsur luaran dan meminimumkan kesilapan. Statistik deskriptif seperti kekerapan, min dan sisihan piawai, serta statistik inferensi seperti Partial Least Squares Pemodelan Persamaan Berstruktur (PLS-SEM) digunakan untuk menganalisis data kuantitatif. Teknik PLS-SEM ini diguna.....

3159 hits

56952022
Thesis
Pembinaan dan validasi instrumen pengukuran proses Matematik murid menggunakan model Rasch pelbagai faset
Normarina Abd Rahman
Kajian ini bertujuan membina dan menentusahkan instrumen proses matematik murid (ProM3). Kajian menggunakan model ADDIE melibatkan fasa analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan serta penilaian. Reka bentuk kajian adalah pembinaan dan validasi instrumen melibatkan kaedah tinjauan pada fasa penilaian. Dua instrumen dibangunkan iaitu sampel tugasan berbentuk penyelesaian masalah berkaitan topiktopik Matematik tingkatan 1 beserta rubrik. Sejumlah 407 murid tingkatan satu daripada tiga kategori sekolah berasrama penuh terlibat sebagai sampel kajian. Respon murid bagi tugasan diskor oleh tujuh orang pemeriksa berpandukan rubrik untuk lima dimensi proses matematik iaitu penyelesaian masalah, penaakulan, komunikasi, perwakilan dan perkaitan. Hasil analisis penilaian oleh sembilan orang pakar menunjukkan tugasan dan rubrik mempunyai kesahan kandungan yang tinggi, dengan nilai CVR dalam julat 0.80 hingga 1.00. Model Rasch pelbagai faset (MFRM) digunakan bagi menentukan kesahan.....

1695 hits

56962021
Thesis
Kajian dalam puisi Haiku karya Na.Patchaibalan dari perspektif teori Strukturalisme
Demaisuria Kaniasan
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji puisi-puisi Haiku karya Na.Patchaibalan berdasarkan teori Strukturalisme. Objektif-objektif kajian ini ialah mengenal pasti tema yang terdapat dalam puisi-puisi Haiku Na.Patchaibalan berdasarkan teori strukturalisme. Selain itu, menganalisis struktur puisi-puisi Haiku Na.Patchaibalan berdasarkan tema yang dianalisis dan menghuraikan fungsi simbol alam dalam puisi yang dianalisis berdasarkan tema. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif secara deskriptif berdasarkan analisis dokumen iaitu, terhadap puisi haiku karyaan Na.Patchaibalan daripada buku travelog Ilakkiya Payanathil Haiku Paadagan. Pemilihan puisi haiku berdasarkan kepada tema dan memberi fokus kepada struktur luaran, struktur dalaman dan fungsi simbol alam. Data diperoleh dianalisis secara analisis tematik melalui pembacaan dan penelitian bahan kajian, pemilihan data kesemua haiku yang ditulis oleh penyair. Kesemua 93 puisi haiku mempunyai tema, struktur luaran puisi dan fun.....

1861 hits

56972022
Thesis
Kemuluranisme sebagai konsep nasionalisme dalam pengkaryaan muzik Orkestra Tradisional Malaysia
Bahizal Abu Bakar
Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) ialah sebuah orkestra yang menggabungkan alat muzik Melayu, Cina, India, Orang Asli dan kaum pribumi Sabah dan Sarawak. OTM mempersembahkan gubahan muzik baharu yang diilhamkandaripada muzik kumpulan etnik ini. Dalam pembinaan satu bangsa, Malaysia menubuhkan OTM untuk mewakili negara baharu dengan identiti nasional yang bersatu. Persembahan muzikal OTM bertujuan untuk membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat berbilang budaya di Malaysia. Tradisi muzik Malaysia yang pelbagai telah mencabar komposer, pemuzik dan konduktor OTM dalam penghasilan gubahan muzik untuk persembahannya. Objektif penyelidikan ini adalah untuk: (a) menganalisis bagaimana kepelbagaian muzik tempatan Malaysia diintegrasikan ke dalam gubahan muzik OTM (b) mengkaji pemilihan lagu, alat muzik, dan program persembahan yang bertujuan untuk membangkitkan nasionalisme (c) mengenal pasti penyelesaian OTM terhadap isu mengadaptasi kepelbagaian talaan, gaya muzik.....

1718 hits

56982021
Thesis
Keberkesanan pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar dalam pengajaran Bahasa Arab untuk Kewangan Islam di Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia
Nor Zahidah Ahmad
Kajian ini mengkaji keberkesanan pelaksanaan pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar dalam sesi PdPc terhadap minat dan tahap penguasaan akademik pelajar yang mengikuti kursus Bahasa Arab untuk Kewangan Islam di empat buah Institut Pengajian Tinggi di Malaysia. Penyelidikan dalam bidang BAUKI dilihat masih baru di Malaysia khususnya melibatkan skop pendidikan. Oleh yang demikian, kajian keberkesanan dalam PdPc ini dilihat sebagai satu keperluan selain dapat memanfaatkan sistem pendidikan negara. Gabungan reka bentuk deskriptif dan eksperimen kuasi dipilih berdasarkan teknik praujian dan pascaujian dengan menggunakan gabungan kaedah kuantitatif dan kualitatif dalam pengumpulan data. Seramai 57 responden telah dipilih melalui kaedah persampelan bertujuan dan dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan eksperimen (30 orang) dan kumpulan kawalan (27 orang). Borang soal selidik digunakan bagi mengumpul data kuantitatif. Manakala pengumpulan data kualitatif dijalankan men.....

4230 hits

56992021
Thesis
Kesan penggunaan kaedah bulat dan potong terhadap pemahaman, minat dan pencapaian numerasi murid tahun 1
Rohani Saimi
Kajian ini bertujuan untuk melihat kesan penggunaan kaedah bulat dan potong terhadap pemahaman, minat dan pencapaian numerasi murid Tahun 1 bagi fakta asas operasi tolak. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kuasi eksperimen telah digunakan dalam kajian ini. Sampel kajian ini melibatkan 62 orang murid Tahun 1 dari sebuah sekolah di daerah Klang, Selangor. Sampel dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan (n = 31) dan kumpulan kawalan (n = 31). Dua instrumen telah digunakan dalam kajian ini iaitu borang soal selidik dan soalan ujian pencapaian. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Dapatan analisis soal selidik menunjukkan nilai min pemahaman (M = 3.63; SP = 0.42) dan minat (M = 3.25; SP = 0.43) adalah tinggi. Ini menunjukkan pemahaman dan minat murid terhadap numerasi berada pada tahap yang baik. Dapatan ujian pra untuk kedua-dua kumpulan menunjukkan skor min hampir sama untuk kumpulan rawatan (M = 6.03; SP = 2.19) dan kumpulan kawalan (M = 5.08;.....

886 hits

57002021
Thesis
Green oil filter cartridge developed from kenaf for automotive application: a proof of concept
Gayatthiri Thruselvan
This study aimed to develop a proof of concept of green oil filter cartridge from kenaf for automotive application. The methodology involved paper making process which include soda pulping, fibre beating and pulp pressing. The physical, mechanical, chemical and thermal properties of the paper sheets produced at various beating degrees were tested according to standard guidelines. The results highlight that the kenaf paper sheet prepared at 4000 beating revolution exhibits the best tensile and burst indices comparable to selected commercial filter media. Thermal analysis showed that the paper sheet prepared at this parameter decomposed at a lower temperature (535°C) compared to the selected commercial filter media (700°C). The kenaf paper prepared at 4000 beating revolution was selected to form proof of concept (POC) of oil filter cartridge. Certain technical aspects of the POC were validated by industrial experts. An international sustainable manufacturing guideline was ad.....

2022 hits

[ First ] [ Prev ] Page 570 of 1192 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.