UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
7512024
Thesis
Penggunaan strategi pengajaran membaca kaedah latih tubi holistic bagi mengusai kemahiran membaca murid pemulihan khas tahun dua
Nor Afza Harun
Kajian ini bertujuan untuk melihat pelaksanaan strategi pengajaran bahasa (SPB) bagi menguasai kemahiran membaca dalam kalangan murid pemulihan khas Tahun 2. Objektif kajian adalah untuk meneroka pengetahuan guru pemulihan khas tentang SPB, menghuraikan pelaksanaan SPB dalam PdP Bahasa Melayu, menjelaskan proses SPB membaca untuk meningkatkan kemahiran membaca murid pemulihan dan melihat keberkesanan pelaksanaan PdP kemahiran membaca menggunakan SPB membaca Kaedah Latih Tubi Holistik. Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian kes. Peserta kajian terdiri daripada seorang guru pemulihan dan seramai 22 orang murid pemulihan yang dipilih secara bertujuan. Pengumpulan data dilakukan melalui teknik pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Data dianalisis secara deskriptif, berdasarkan tema-tema yang terhasil dan dipersembahkan dalam bentuk naratif. Dapatan kajian menunjukkan pengetahuan guru pemulihan terhadap SPB adalah baik. Pelaksanaan SPB di dalam PdP pula dapat dilihat pa.....

134 hits

7522024
Thesis
The development of a teacher training module for game based learning approach in teaching newtons law motion
Low, Jie Ying
This study aimed to develop a teacher training module for game-based learning (GBL) approach in teaching Newton's laws of motion and to determine its usability and effects on teachers' perceptions of their game literacy capabilities. This study employed the Design and Developmental (DDR) research design. The module was developed using the ADDIE model. A need analysis was conducted using questionnaires involving 338 Physics teachers selected through a stratified sampling method. Descriptive statistics were used in the first phase. The nominal group technique (NGT) and fuzzy Delphi method (FDM) were used in the second phase to identify the main components of the module, obtained through the consensus of nine experts in NGT, with a percentage of agreement of more than 70%. The data collected through FDM involved another 15 experts. The suitability of the items in the module was assessed based on the threshold d value _ 0.2 and percentage of agreement _ 75%. Furthermore, a group of seven e.....

156 hits

7532024
Thesis
Naskah drama Absurd Ismail Kassan berdasarkan konsep estetika bersepadu
Nasir Razali
Kajian ini bertujuan untuk merumuskan perutusan pengarang dalam naskhah drama absurd Ismail Kassan, iaitu _Syajar_, _Sabda Sang Pendeta_, dan _Istiqamah_. Kajian ini menggunakan kaedah analisis dan penghuraian teks yang dilakukan secara deskriptif. Objektif kajian ini adalah mengenal pasti ciri-ciri naskhah drama absurd Melayu, menyelidiki Konsep Estetika Bersepadu yang digagaskan Abdul Halim Ali (2010) dan merumuskan perutusan pengarang dalam trilogi naskhah drama absurd Ismail Kassan dengan mengaplikasikan Konsep Estetika Bersepadu. Hasil kajian mendapati, ciri-ciri naskhah drama absurd Melayu mengetengahkan nilai-nilai keislaman dan isu-isu masyarakat, selain latar pentas dan watak-watak tidak spesifik, dialog tegas dan menarik serta mempunyai elemen moden. Hasil kajian menunjukkan Konsep Estetika Bersepadu oleh Abdul Halim Ali menekankan Ciri-ciri Keadaman Teks Kesusasteraan perpegang kepada prinsip kesepaduan dan perkaitan yang ada pertalian tekstual dalam usaha pengarang menyampa.....

236 hits

7542009
Article
The effects of using graphing calculators in teaching and learning of mathematics on students’ performance
Nor'ain Mohd. Tajudin
Three phases of quasi-experimental study with non-equivalent control group posttest only design were conducted to investigate the effects of using graphing calculators in mathematics teaching and learning on Form Four Malaysian secondary school students_ performance. Experiment in Phase I was conducted for two weeks to provide an initial indicator of the effectiveness of graphing calculator strategy on students_ performance. Graphing calculator strategy refers to the use of TI-83 Plus graphing calculator in teaching and learning of Straight Lines topic. The first phase involved one experimental group (n=21) and one control group (n=19) from two Form Four classes in a randomly selected school in Selangor. The experimental group underwent learning using graphing calculator while the control group underwent learning using conventional instruction. Experiment for Phase II was further carried out for six weeks incorporating measures of mathematical performance, mental effort and instruction.....

87 hits

7552009
Article
Strategi mengaktifkan ikatan antara C_H pada ligan-ligan azin untuk pelaksanaan tindak balas pengsiklologaman dengan paladium
Mustaffa Ahmad
Ligan-ligan asetilpirol fencon azin (8), asetiltiofen fencon azin (11), asetilpirol kamfor azin (10), dan asetiltiofen kamfor azin (12) telah disediakan melalui tindak balas kondensasi bersama dengan fencon hidrazon (5) ataupun kamfor hidrazon (6). Data eksperimen menunjukkan bahawa ligan-ligan (8) dan (10) adalah ligan bersifat penderma bidentat N, N manakala, ligan-ligan (11) dan (12) adalah ligan bersifat penderma bidentat N, S. Semua kompleks yang didapati (13), (14), (15) dan (16) membentuk gelang bercincin enam bersama paladium(II). Kata kunci: Asetilpirol, asetiltiofen, azin, fencon, kamfor, kompleks paladium(II), pengsiklologaman..

105 hits

7562009
Article
Screening of plant species suitable for insect repellent and attractant
Saberi Othman
Five plants species; Cymbopogon nardus (serai wangi), Cymbopogon citratus (serai makan), Citrus hystrix (limau purut), Citrus limon (limau nipis) and Polygonum sp. (daun kesum) have been selected based on their aromatic properties. Air-dried samples were extracted using three different organic solvents; (hexane, chloroform, and ethanol). Extracts then were dried using the rotary evaporator. Aromatic samples were hydrodistilled for their essential oil and analyzed for the determination of chemical profile such as alkaloids, terpene and flavonoid using the gas chromatography (GC). The essential oil was tested on their repellent or attractant properties using guinea pigs and mosquitoes. Most extracts showed repellent properties. Keywords: Screening, insect repellent, insect attractant, alkaloid, flavonoid, terpene...

109 hits

7572009
Article
Penerapan nilai pendidikan matematik dalam pengajaran matematik di Sekolah Menengah
Mohd Uzi Dollah
Kajian ini bertujuan untuk meneroka penerapan nilai dalam pengajaran matematik dalam kalangan guru matematik sekolah menengah di Malaysia. Kajian ini melibatkan tiga orang guru matematik tingkatan empat dari dua buah sekolah menengah di negeri Selangor. Data kualitatif diperoleh melalui pemerhatian pengajaran bilik darjah, temu bual secara individu, catatan lapangan dan dokumen pengajaran. Kesemua sesi pengajaran dirakam menggunakan alat perakam video, manakala temu bual dirakam menggunakan alat perakam audio. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesemua guru tidak melaksanakan penerapan nilai pendidikan matematik secara eksplisit. Kesemua guru yang terlibat menjelaskan tentang penerapan nilai pendidikan matematik dalam pengajaran hanya setelah ditanya dalam temu bual pra dan pasca pengajaran. Nilai pendidikan matematik yang diterap secara implisit termasuklah nilai formalistik, instrumental, relevan, teoretikal, kebolehcapaian dan penilaian. Tambahan lagi, kesemua guru yang terlibat menu.....

175 hits

7582009
Article
Pembinaan modul multimedia untuk pembelajaran Simetri Molekul bagi kursus kimia tak organik
Noorshida Mohd Ali
Pembinaan modul multimedia bagi topik Simetri Molekul telah berjaya dihasilkan menggunakan beberapa perisian multimedia. Perisian Swift 3D Version 4.50 telah digunakan untuk membuat struktur molekul model _ball and stick_ tiga dimensi (3D) yang melibatkan kombinasi grafik animasi dan statik. Animasi dilakukan untuk setiap operasi putaran dan pantulan, masing-masing melalui paksi dan satah ke atas molekul. Lukisan molekul dua dimensi (2D) juga disertakan menggunakan perisian Chem Office 2005 agar para pengguna dapat membuat perbandingan antara kedua-dua jenis molekul tersebut sebelum dan selepas mengalami putaran atau pantulan. Perisian Macromedia Director MX 2004 pula digunakan sebagai tulang belakang perisian di mana segala elemen digabungkan untuk penghasilan bahan multimedia yang interaktif. Satu kajian tinjauan dilakukan untuk menilai modul menggunakan dua set soal selidik, diukur mengikut ukuran skala Likert 5 poin. Hasil kajian mendapati pelajar sangat berminat dan bermotivasi me.....

112 hits

7592009
Article
Miskonsepsi pelajar tingkatan empat mengenai elektrokimia
Lee, Tien Tien
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kefahaman pelajar tingkatan empat mengenai elektrokimia. Kajian ini menumpu kepada sel elektrolisis dan sel kimia dalam menguji kefahaman pelajar tentang konsep elektrokimia secara makroskopik, mikroskopik dan simbolik. Dua instrumen telah digunakan dalam kajian ini, iaitu ujian dan temu bual. Nilai Alpha Cronbach instrumen ujian adalah 0.78. Seramai 176 orang pelajar tingkatan empat dari empat buah sekolah menengah di Daerah Ledang, Johor telah mengambil bahagian sebagai responden dalam kajian ini. Seramai 16 orang responden yang menunjukkan miskonsepsi tertentu juga dipilih untuk menjalani sesi temu bual. Didapati bahawa responden kajian menunjukkan beberapa miskonsepsi dalam elektorkimia mengenai konsep pengaliran elektrik dalam konduktor logam dan dalam elektrolit, mengenal pasti anod dan katod, mengenal pasti tindak balas yang berlaku di anod dan katod, konsep pengoksidaan dan penurunan, serta konsep elektrolit. Kata kunci: Elektrokimia, .....

120 hits

7602009
Article
Keberkesanan modul kartun dalam pengajaran dan pembelajaran Biologi Tingkatan Empat
Ong, Eng Tek
Kertas ini melaporkan suatu kajian tentang keberkesanan penggunaan modul kartun dalam pengajaran dan pembelajaran biologi tingkatan 4. Suatu metodologi campuran (mixed methodology) digunakan: reka bentuk kajian kuasi eksperimental pra ujian dan pasca ujian melibatkan sejumlah 58 orang pelajar (29 orang pelajar dalam kumpulan eksperimental dan 29 orang pelajar dalam kumpulan kawalan) digunakan untuk menentukan sejauh mana penggunaan modul kartun memberi kesan terhadap pencapaian dalam biologi manakala kaedah temu bual kumpulan fokus (focus group interview) digunakan untuk mendapatkan pandangan pelajar terhadap penggunaan modul kartun dalam pengajaran dan pembelajaran biologi. Data kajian dianalisis dengan menggunakan kaedah ANCOVA (analysis of covariance) dan hasil dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan (F = 1.14, p = .29 > .05) di antara pencapaian biologi bagi kumpulan pelajar yang diajar menggunakan modul kartun berbanding dengan pencapaian biologi kumpul.....

122 hits

[ First ] [ Prev ] Page 76 of 1195 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.