UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

Today's popular searches:
PENDIDIKAN pembangunan matematik Komunikasi
Perpustakaan Tuanku Bainun Kurikulum addie ismail man PENDIDIKAN ISLAM

Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
81412017
article
Language learning strategies customary: learners and teachers approach and notion
Omar Ainon, Kussin Haddi@Junaidi,
745 hits

81422017
article
Critical thinking module in promoting higher order thinking skills among secondary school students
Che Teh Norhezan, Isa Nor Hashimah, Omar Ainon,
783 hits

81432017
article
A morphological analysis of complex nouns in the Malaysian University English Test (MUET) reading comprehension texts
Leong Mi-Chelle,
891 hits

81442015
thesis
Penilaian pelaksanaan program hafazan dalam kalangan pelajar MRSM negeri Perak
Noor Fadilah Ambo
Kajian ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan Program Hafazan dalam kalangan pelajar Tingkatan 4 Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) berdasarkan model Konteks, Input, Proses dan Produk (KIPP). Kajian adalah berbentuk deskriptif yang melibatkan pelajar di tiga buah MRSM di Negeri Perak. Seramai 240 orang pelajar terlibat sebagai sampel kajian. Kebolehpercayaan instrumen kajian ini adalah tinggi iaitu di antara 0.815-0.833. Data yang diperoleh diproses secara statistik deskriptif, ujian -t dan ujian regresi berganda. Hasil analisis menunjukkan bahawa min objektif, perancangan, strategi dan kaedah serta tugasan dan aktiviti pengayaan adalah pada tahap sederhana. Sisihan piawai adalah tinggi dan menunjukkan perbezaan min yang besar antara kumpulan pelajar-pelajar dalam input dan proses. Manakala ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar MRSM Program Khas Pendidikan (PKP) dan bukan PKP dalam membuat perancangan sebelum dan selepas, tetapi perbezaan yang tidak signif.....

540 hits

81452016
thesis
Hubungan antara lokus kawalan dan kebimbangan seketika dalam kalangan atlet ragbi
Ezanee Mohamad
Penyelidikan ini bertujuan mengenal pasti tahap lokus kawalan, kebimbangan seketika dan keyakinan diri atlet ragbi di Kejohanan Ragbi MSSPk Negeri Perak. Kajian ini juga mengkaji hubungan antara lokus kawalan, kebimbangan seketika dan keyakinan diri dalam kalangan atlet yang berjaya dan tidak berjaya serta mengenal pasti apakah ciri demografi yang mempengaruhi pencapaian pasukan yang berjaya dan tidak berjaya. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan melalui soal selidik. Soal selidik yang digunakan untuk kajian ini ialah Internal-External Locus of Control Scale, dan Revised Competitive State Anxiety Inventory – 2R (CSAI-2R). Responden terdiri dari 150 orang atlet sukan ragbi yang telah layak memasuki peringkat pusingan kedua dalam kejohanan berkenaan. Analisis deskriptif min, ujian-t tidak bersandar, korelasi pearson dan regresi digunakan untuk mencapai objektif kajian. Hasil analisis menunjukkan bahawa pasukan yang berjaya dan tidak berjaya mempunyai kebimbangan kognitif dan somatik .....

526 hits

81462016
thesis
Pembinaan dan penilaian instrumen pentaksiran komprehensif dalam kursus kokurikulum permainan bola sepak kolej matrikulasi
Mohd Rosli Mat Yazid
Kajian ini bertujuan untuk membina dan menguji Instrumen Pentaksiran Komprehensif (IPK) dalam kursus kokurikulum permainan bola sepak bagi pelajar kolej matrikulasi. Reka bentuk kajian ini menggunakan kaedah pra eksperimen. Kajian dilaksanakan di sembilan buah kolej matrikulasi di seluruh Malaysia dengan sampel terdiri daripada 17 orang pensyarah dan 283 orang pelajar. Instrumen Pentaksiran Komprehansif (IPK) mengandungi borang penilaian berupa rubrik pemarkahan terdiri daripada domain kognitif, psikomotor, afektif dan borang soal selidik persetujuan pensyarah terhadap penggunaan IPK bagi kursus kokurikulum permainan bola sepak. Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif dan inferensi. Analisis deskriptif menjelaskan tahap dan aras pencapaian pembelajaran pelajar manakala analisis inferensi melibatkan ujian korelasi dan K-R20 yang menjelaskan hubungan antara pembolehubah. Hasil analisis menunjukkan nilai kesahan dan kebolehpercayaan IPK sangat tinggi dan boleh diterima pakai. Hasi.....

1862 hits

81472016
thesis
Model nilai kepimpinan guru sekolah menengah di zon Sentul, Kuala Lumpur
Nor Hasimah Ramelan
Kajian ini bertujuan untuk membina Model Nilai Kepimpinan Guru. Kajian ini menggunakan soal selidik dan ditadbir kepada guru-guru di 19 buah sekolah menengah kebangsaan di zon Sentul, Kuala Lumpur. Seramai 320 responden telah dipilih dalam kajian ini dengan menggunakan persampelan rawak mudah. Data dalam kajian ini dianalisis menggunakan analisis statistik deskriptif, analisis faktor eksploratori (EFA) dan analisis faktor konfirmatori (CFA) bagi mengukur susun atur pertama (first order factor) dan juga susun atur kedua (second order factor) bagi Model Nilai Kepimpinan Guru. Kajian ini mendapati sebanyak tiga sub konstruk nilai kepimpinan guru telah terbentuk iaitu peneraju proses pengajaran dan pembelajaran, memupuk budaya kerjasama dan pakar rujuk. Implikasi kajian ini dilihat dapat memberi maklumat tambahan kepada teori kepimpinan guru, garis panduan terhadap latihan dan program peningkatan profesionalisme kepada guru, pihak sekolah dan Kementerian Pendidikan Malaysia...

494 hits

81482017
article
A cerebral palsy students university reading lived experience
Wee Philip Poh Heng,
782 hits

81492016
thesis
Tahap kefahaman pemakanan seimbang dalam kalangan murid tahap dua sekolah rendah zon selatan, Daerah Segamat, Johor
Nur Ithtizam Aris
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kefahaman pemakanan seimbang dalam kalangan murid tahap dua sekolah rendah di Zon Selatan, Daerah Segamat, Johor. Seramai 242 orang murid dengan lelaki (n=120) perempuan (n=122) orang murid tahap dua sekolah rendah iaitu murid tahun empat, lima dan enam terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan menggunakan soal selidik berbentuk deskriptif dan ujian-t tidak bersandar. Dapatan kajian menunjukkan skor min bagi kefahaman pemakanan seimbang dalam kalangan murid tahap dua sekolah rendah di Zon Selatan, Daerah Segamat, Johor bagi semua murid, mengikut jantina, mengikut bangsa, murid yang berisiko berat badan berlebihan dan murid yang obes adalah pada tahap tinggi. Perbezaan tahap kefahaman pemakanan seimbang menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan mengikut jantina. Kesimpulannya, murid-murid tahap dua sekolah rendah di Zon Selatan, Daerah segamat, Johor mempunyai tahap kefahaman pemakanan seimba.....

2503 hits

81502008
thesis
Perspektif pelajar terhadap persekitaran kelas Information and Communication Technology (ICT) di tiga buah sekolah menengah di Daerah Kulai
Nurul Ain Hamim
Tujuan utama penyelidikan ini dijalankan adalah untuk mengkaji ciri-ciri persekitaran kelas Information and Communication Technology (ICT) yang cuba dilihat dari perspektif pelajar. Untuk tujuan itu, soal selidik yang diadaptasi dari Darkenwald’s Adult Classroom Environment Scale (ACES) telah diedarkan kepada 109 orang pelajar di tiga buah Sekolah Menengah di Daerah Kulai. Pandangan pelajar terhadap Persekitaran Kelas ICT Sebenar (S) dan Persekitaran Kelas Ideal (I) cuba difahami melalui ketujuh-tujuh dimensi yang ada dalam ACES. Data dianalisis dengan menggunakan analisis frekuensi, perbandingan min (paired sample t-test dan one-way ANOVA) dan analisis regression. Paired Sample t-test digunakan bagi mencari perbezaan persepsi pelajar terhadap Persekitaran Kelas yang Ideal (I) dan Persekitaran Kelas Sebenar (S). Melalui analisis ini, kepuasan pelajar terhadap Persekitaran Kelas ICT mereka diukur melalui gap di antara ranking bagi Persekitaran Kelas Sebenar (S) dan Ideal. (I). Gap yan.....

572 hits

[ First ] [ Prev ] Page 815 of 977 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.