UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
90612018
Article
Tradisi “merantau” masyarakat Melayu berdasarkan puisi tradisional (pantun)
Faezah Kassim
Tradisi “merantau” dalam kalangan orang Melayu mempunyai ciri dan fungsinya yang tersendiri hingga menjadikannya satu tradisi yang istimewa dalam budaya mereka. Kajian ini menyentuh beberapa suku Melayu iaitu Minangkabau, Mandailing dan Bugis yang merupakan sebahagian daripada suku-suku Melayu yang ada di Malaysia. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti pemikiran dan konsep merantau dalam kalangan orang Melayu serta menganalisis kesan tradisi merantau terhadap mereka. Kajian ini menggunakan kaedah analisis teks iaitu analisis teks puisi tradisional Melayu khususnya pantun bagi memahami konsep merantau. Rujukan terhadap sumber primer dan sekunder juga dilakukan untuk menjelaskan kesan merantau kepada orang Melayu. Dapatan kajian menunjukkan bahawa walaupun terdapat perbezaan di dalam pemikiran dan konsep merantau tetapi ia tidak ketara kerana orang Melayu merantau dengan tujuan yang sama iaitu untuk mengubah taraf hidup sama ada untuk menuntut ilmu, mencari rezeki dan jika s.....

873 hits

90622018
Article
Pola pengundian pilihan raya umum parlimen 2013 di Sarawak1
Siti Noranizahhafizah Boyman
Kertas ini bertujuan membincangkan pola pengundian di Sarawak berkaitan pilihan raya umum parlimen ke-13 yang telah diadakan pada 5 Mei 2013. Sarawak sering diibaratkan sebagai simpanan tetap bagi Barisan Nasional (BN) pada setiap pilihan raya di Malaysia. Sehubungan itu, kertas ini akan meneliti pola pengundian mengikut kawasan pilihan raya di Sarawak bagi meninjau arah perubahan pengundian sekiranya ada dan ia akan cuba menerangkan kenapa ianya berlaku sedemikian atau sebaliknya. Perbandingan ringkas juga akan dilakukan untuk melihat pola pengundian pilihan raya parlimen pada 2008 dan 2013 bagi menentukan apakah ada perubahan dan arah perubahan itu. Akhir sekali, kertas ini membincangkan implikasi politik Sarawak ekoran pola pengundian pada pilihan raya 2013 kepada politik hubungan etnik di Sarawak dan juga di Malaysia umumnya...

1265 hits

90632018
Article
Pilihan Raya Negeri Sarawak 2016: kempen, isu dan prestasi parti politik oposisi yang bertanding
Akmal Hisham Abdul Rahim
Pilihan Raya Negeri Sarawak (PRN) ke-11 menjadi medan utama kepada parti politik oposisi yang bertanding khususnya kepada Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN). Peralihan kuasa kepada Adenan Satem telah menyakinkan pengundi Sarawak bahawa pembaharuan akan berlaku dalam pentadbiran beliau. Kempen politik yang dilakukan oleh parti oposisi lebih bersifat nasional dan kurang menyentuh isu tempatan. Malah pengundi Sarawak lebih cenderung kepada isu tempatan dan dekat dengan mereka seperti isu tanah adat, pembangunan infrastruktur dan kemudahan asas seharian. Kajian ini menggunakan kaedah temu bual berstruktur dan kajian lapangan di Sarawak selama seminggu. Parti oposisi juga kelihatan tidak bersepakat dalam beberapa isu dan berlaku pertembungan tiga penjuru. Parti KEADILAN berjaya memenangi hanya tiga kerusi DUN dan mengalami kemerosotan undi popular. Jelas sekali faktor pertembungan kerusi dan isu yang digunakan gagal mempengaruhi pengundi untuk mengundi oposisi...

1283 hits

90642018
Article
Persepsi mahasiswa pengajian Malaysia terhadap pilihan raya umum ke-14
Marshelayanti Mohamad Razali
Artikel ini bertujuan untuk meneroka persepsi mahasiswa Pengajian Malaysia di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terhadap Pilihan Raya Umum ke-14. Secara khususnya, artikel ini bertujuan untuk menjawab soalan-soalan berikut: Apakah sumber maklumat politik mahasiswa pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14? Bagaimanakah persepsi mahasiwa terhadap PRU ke-14? Bagi menjawab persolan ini, pendekatan kuantitatif dilakukan dengan menggunakan kaedah survei. Seramai112 mahasiswa yang mengikuti program Pengajian Malaysia di Fakulti Sains Kemanusiaan UPSI dipilih untuk menjawab borang soal selidik. Secara umumnya, kajian ini mendapati bahawa bagi sumber bercetak,akhbar harian perdana merupakan sumber utama manakala bagi sumber elektronik pula, laman sosial adalah sumber utama bagi pencarian maklumat politik. Secara keseluruhannya, mahasiswa UPSI menjangkakan Barisan Nasional (BN) akan menang pada PRU ke-14...

1428 hits

90652018
Article
Perkembangan protes politik di Malaysia: dari era pra-kemerdekaan hingga tsunami politik
Norhafiza Mohd Hed
Artikel ini mengkaji dinamika protes politik yang berlaku di Malaysia dengan memfokuskan analisisnya kepada perubahan pola protes politik sejak dari era pra-kemerdekaan hingga ke era tsunami politik. Perbincangan ini penting untuk melihat siapakah aktor dan pendokong utama yang menggerakkan gerakan protes di Malaysia. Dengan menggunakan kaedah menganalisis kandungan, hasil kajian ini mendapati bahawa pola protes politik di Malaysia berubah dari gerakan buruh, gerakan politik ke gerakan pelajar dan seterusnya ke gerakan sosial baru yang lebih longgar strukturnya. Perubahan dalam pola protes politik ini berkait rapat dengan perubahan isu yang dibawa dalam protes seperti isu ekonomi dan hak asasi manusia, kemunculan media baru dan pengaruh global. Antara aktor utama yang menggerakkan protes politik di Malaysia adalah parti politik, pemimpin de facto dan kumpulan masyarakat sivil...

1657 hits

90662018
Article
Penglibatan wanita Melayu sebagai wakil rakyat dewan undangan negeri, 1999-2008
Hanafi Fatimi, Abdul Rahman Zulkanain, Mohd Noor Arba'iyah,
990 hits

90672018
Article
Kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Tenaganita dalam membanteras jenayah pemerdagangan manusia untuk eksploitasi seksual di Malaysia
Nafisah Ilham Hussin
Kajian ini membincangkan kerjasama PDRM dan Tenaganita dalam membanteras jenayah pemerdagangan manusia untuk eksploitasi seksual di Malaysia. Terdapat dua objektif dalam kajian ini. Pertama, meneliti usaha- usaha yang telah dilakukan oleh PDRM dan Tenaganita dalam membanteras jenayah pemerdagangan manusia untuk eksploitasi seksual. Kedua, menilai kerjasama PDRM dan Tenaganita dalam membanteras jenayah pemerdagangan manusia untuk eksploitasi seksual. Metodologi kajian ini berbentuk kualitatif melalui temu bual secara mendalam semi struktur ke atas tujuh orang informan. Hasil kajian menunjukkan kedua-dua agensi ini iaitu PDRM dan Tenaganita telah memainkan peranan penting dalam membanteras jenayah pemerdagangan manusia untuk eksploitasi seksual melalui pelbagai usaha yang telah dilakukan. Di sisi PDRM lebih kepada aspek penguatkuasaan, penyelamatan dan kesedaran yang bertujuan menjamin hak asasi mangsa dan juga keselamatan insan dan negara. Manakala Tenaganita pula dari aspek advokasi, p.....

1455 hits

90682018
Article
Intelektual awam di Malaysia: pemikiran dan sumbangan Rustam A. Sani (1944-2008)
Norazlan Hadi Yaacob
Intelektual memainkan peranan yang penting dalam pembinaan persekitaran politik yang sihat. Salah seorang intelektual awam yang berpengaruh di Malaysia ialah Rustam A. Sani (1944-2008).Beliau merupakan seorang penulis yang aktif membincangkan perihal permasalahan dan cabaran sosio-politik serta situasi pendidikan tempatan. Karya-karyanya telah diterbitkan melalui media cetak dan elektronik. Rustam A Sani pernah bertugas di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Malaya (UM) sebagai pensyarah dan pernah menjadi zamil kanan di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia. Selain daripada itu beliau juga terlibat dalam Parti Rakyat Malaysia dan Parti Keadilan Nasional. Hasil karya beliau yang telah diterbitkan di buku-buku, majalah, dokumen, keratan akhbar dan jurnal telah dikumpulkan dan dikaji untuk memahami pemikiran beliau yang lebih terarah kepada pembentukan bangsa Malaysia yang merupakan konsep yang tercetus daripada idea Wawasan 2020. Penulisan beliau jug.....

2393 hits

90692018
Article
Hak penentuan kendiri orang asal: tinjauan mekanisme terpilih di bawah undang-undang antarabangsa
Muhamad Sayuti Hassan@Yahya
Perkara 3 Deklarasi mengenai Hak Orang Asal (DHOA) mengiktiraf hak penentuan kendiri Orang Asal. Sungguhpun begitu, pengiktirafan dari aspek amalan di peringkat domestik masih perlu diberi perhatian. Mekanisme di bawah sistem Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu adalah antara platform yang dapat memperkasakan hak penentuan kendiri Orang Asal. Penulisan ini menetapkan tiga objektif utama. Pertama, artikel ini menjelaskan takrifan dan status hak penentuan kendiri Orang Asal di bawah undang-undang antarabangsa. Pada bahagian kedua, artikel ini meninjau peranan tiga mekanisme utama iaitu Forum Kekal mengenai Isu Orang Asal (FKIOA), Mekanisme Pakar mengenai Hak Orang Asal (MPHOA) dan Pelapor Khas mengenai Hak Orang Asal (PKHOA) untuk memperkasakan pengoperasian hak penentuan kendiri Orang Asal di bawah undang-undang antarabangsa. Di samping itu, artikel ini menganalisis peranan mekanisme-mekanisme berkenaan dalam melindungi hak penentuan kendiri Orang Asal. Bagi mencapai kesemua objektif di ata.....

1099 hits

90702018
Article
Belia generasi kedua Felda (G2F): kedudukan dan isu sosioekonomi
Samsudin Suhaili
Kajian ini dijalankan bagi menganalisis perkembangan sosioekonomi belia Generasi Kedua FELDA (G2F) di FELDA Raja Alias (FRA). Kajian ini meneliti kedudukan dan isu yang berkisarkan sosioekonomi belia G2F di FRA dan faktor penentu kepada status ekonomi G2F. Kaedah utama yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kualitatif dan disokong oleh data kuantitatif dengan melibatkan sampel seramai 100 orang. Hasil dapatan menunjukkan sosioekonomi G2F berada pada status sederhana dan bentuk ekonomi yang dijalankan lebih cenderung ke arah pendapatan berasaskan makan gaji. Isu yang sering ditekankan dalam kalangan belia G2F ialah pendidikan, harta, pendapatan, simpanan dan pembangunan infrastruktur...

1509 hits

[ First ] [ Prev ] Page 907 of 1166 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.