UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 34
12023
final_year_project
Pembangunan dan kebolehgunaan Modul Pembelajaran Berintegrasikan Permainan Bagi Subtopik Keseimbangan Terma dalam kalangan pelajar fizik tingkatan empat
Fatin Yusrina Karmila Mohd Safian Sauri
Pembangunan modul pembelajaran berintegrasikan permainan ini dilihat sebagai langkah yang tepat dalam usaha menarik minat pelajar dalam menggalakkan penglibatan mereka di dalam proses pembelajaran. Kajian ini dijalankan untuk membangunkan dan menentukan kebolehgunaan Modul Pembelajaran Berintegrasikan Permainan Bagi Subtopik Keseimbangan Terma Dalam Kalangan Pelajar Fizik Tingkatan Empat. Responden yang dipilih adalah terdiri daripada 39 orang pelajar Fizik tingkatan 4 di Sekolah Menengah Kebangsaan Toh Indera Wangsa Ahmad yang dijadikan sebagai sampel kajian dengan menggunakan teknik persampelan rawak mudah.Reka bentuk yang digunakan di dalam kajian ini adalah kajian pembangunan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif yang berbentuk tinjauan. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah borang kesahan pakar yang terdiri daripada kesahan muka dan kesahan kandungan bagi modul pembelajaran berintegrasikan permainan dan soal selidik kebolehgunaan pelajar terhadap modul pembelajaran .....

1032 hits

22023
final_year_project
Pembangunan dan kebolehgunaan modul pembelajaran bagi subtopik hukum kepler dari perspektif pelajar Fizik tingkatan empat
Yumarry Shile Yapit
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan modul pembelajaran hukum Kepler dan mengenal pasti kebolehgunaannya dari perspektif pelajar Fizik tingkatan empat. Kajian ini menggunakan reka bentuk pembangunan yang menggunakan pendekatan model ADDIE dan reka bentuk tinjauan kuantitatif. Sampel kajian ini terdiri daripada 30 orang pelajar Fizik yang dipilih menggunakan teknik persampelan rawak kelompok. Kajian ini menggunakan tiga jenis instrumen iaitu modul pembelajaran hukum Kepler, borang penilaian kesahan dan soal selidik kebolehgunaan yang menggunakan skala Likert empat mata. Kesahan diperoleh daripada dua orang pakar dan dianalisis menggunakan peratus CVI. Analisis data kesahan menunjukkan kesahan yang baik dengan peratus persetujuan 98.13%. Soal selidik kebolehpercayaan modul dijalankan ke atas 15 orang pelajar Fizik mendapat nilai 0.928 menunjukkan kebolehpercayaan yang baik berdasarkan skor Cronbach Alpha. Soal selidik kebolehgunaan mengandungi empat aspek iaitu reka bentuk, kebergunaa.....

764 hits

32023
final_year_project
Pembangunan dan kebolehgunaan modul video amali bagi pembelajaran interferens gelombang Fizik tingkatan 4
Melvis Gina Wan
Kajian ini adalah untuk membangunkan modul video amali pengajaran interferens gelombang dan menentukan kebolehgunaan modul dari perspektif pelajar tingkatan 4. Reka bentuk kajian adalah kajian pembangunan dan tinjauan. Pendekatan kajian yang digunakan adalah kajian kuantitatif. Instrumen kajian yang digunakan adalah modul amali, borang kesahan dan borang soal selidik. 32 orang sampel telah dipilih melalui persampelan bertujuan. Skala Likert empat mata telah digunakan sebagai skala pengukuran. Analisis data bagi kesahan adalah melalui pengukuran nilai Content Validity Index (CVI). Instrumen yang dibangunkan mendapat kesahan yang baik daripada dua orang pakar dengan jumlah nilai CVI yang diperolehi adalah 0.89. Kebolehpercayaan dan kebolehgunaan modul dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS). Kebolehpercayaan modul telah diperolehi melalui kajian rintis dengan nilai Cronbach's Alpha yang tinggi iaitu 0.907. Dapatan kajian menunjukkan bahawa modul vide.....

852 hits

42023
final_year_project
Pembangunan dan kebolehgunaan modul pembelajaran interaktif bagi topik kegravitian semesta Newton dalam kalangan pelajar Fizik tingkatan empat
Nurul Nadiah
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan modul pembelajaran interaktif bagi topik kegravitian semesta Newton dan mengkaji kebolehgunaan modul pembelajaran interaktif bagi topik kegravitian semesta Newton dalam kalangan pelajar Fizik tingkatan empat. Reka bentuk kajian ini adalah pembangunan yang berdasarkan reka bentuk model instruksional ADDIE yang terdiri daripada lima fasa iaitu analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Kaedah persampelan rawak mudah digunakan untuk mendapatkan sampel seramai 52 orang pelajar Fizik tingkatan empat. Kajian ini menggunakan soal selidik kebolehgunaan yang mengandungi 21 item. Instrumen kajian yang digunakan adalah borang penilaian kesahan pakar dan soal selidik kebolehgunaan dengan menggunakan skala likert empat mata. Dapatan kesahan muka dan kandungan bagi modul ini adalah baik. Data dikumpulkan telah dianalisis melalui aplikasi SPSS dengan mengira nilai kekerapan, min (M) dan sisihan piawai (SP). Data yang dinilai oleh tiga orang .....

951 hits

52023
final_year_project
Pembangunan dan kebolehgunaan modul simulasi eksperimen subtopik Muatan Haba Tentu tingkatan Empat dalam kalangan guru pelatih Fizik UPSI
Fatin Shaheera Khairul Hamizal
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan modul simulasi eksperimen bagi subtopik Muatan Haba Tentu bagi mata pelajaran Fizik Tingkatan Empat dan menilai kebolehgunaannya dalam kalangan guru pelatih Fizik UPSI. Modul ini dibangunkan berlandaskan model ADDIE yang terdiri daripada lima fasa iaitu analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian.Kajian ini adalah kajian reka bentuk dan pembangunan yang melibatkan pendekatan kuantitatif. Kajian ini melibatkan penggunaan borang soal selidik dengan skala empat likert untuk menilai kesahan pakar bagi kesahan muka dan kandungan modul oleh golongan pakar, kebolehpercayaan modul dan kebolehgunaan modul daripada pandangan guru pelatih Fizik UPSI. Pemilihan pakar adalah berdasarkan pengalaman bekerja manakala pemilihan responden kajian adalah berdasarkan teknik persampelan mudah. Oleh itu, seramai tiga orang pakar yang terdiri daripada seorang pensyarah kanan UPSI dan dua orang guru mata pelajaran Fizik dengan pengalaman bekerja melebih.....

910 hits

62023
final_year_project
Pembangunan E-Modul Easy Learning Electric bagi topik Reka Bentuk Elektrik dalam subjek Reka Bentuk dan Teknologi tingkatan 2
Ahmad Nabil Mohd Saharum
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menambahbaik silibus pendidikan Kemahiran Hidup Bersepadu bersepadu (KHB) kepada subjek Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) di peringkat sekolah menengah pada tahun 2016. Salah satu topik yang dimasukkan adalah Reka Bentuk Elektrik untuk tingkatan dua. Topik ini merupakan salah satu topik yang agak susah untuk diajar oleh para guru di sekolah serta susah untuk murid fahami dengan pantas. Oleh hal yang demikian, pengkaji membangunkan sebuah modul iaitu E-Modul Easy Learning Electric bagi topik Reka Bentuk Elektrik dalam subjek Reka Bentuk dan Teknologi tingkatan 2. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti keperluan bahan bantu mengajar (BBM) bagi topik Reka Bentuk Elektrik dalam kalangan pelajar dan guru untuk mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi, membangunkan sebuah E-Modul Easy Learning Electric bagi topik Reka Bentuk Elektrik sebagai bahan rujukan bagi membantu pelajar Tingkatan 2 dalam menguasai topik elektrik dan menilai kesahan penggu.....

1319 hits

72023
final_year_project
Pembangunan e-modul Eco V-Trip bagi subtopik Ekosistem Paya Bakau dan persepsi kebolehgunaan guru
Nursyazilawani Sabri
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan dan mendapatkan persepsi kebolehgunaan e-modul Eco V-Trip bagi subtopik Ekosistem Paya Bakau bagi kegunaan guru ketika sesi Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc). Objektif kajian ini adalah untuk; (i) membangunkan e-modul Eco V-Trip bagi pengajaran dan pemudahcaraan subtopik Ekosistem Paya Bakau, Biologi Tingkatan Lima yang mempunyai kesahan yang baik, (ii) mengenalpasti tahap kebolehgunaan e-modul Eco V-Trip bagi membantu pengajaran dan pemudahcaraan subtopik Ekosistem Paya Bakau, Biologi Tingkatan Lima, mengikut persepsi guru. Reka bentuk kajian ini adalah jenis pembangunan berpandukan model ADDIE serta menggunakan pendekatan kuantitatif. Populasi kajian adalah 60 orang guru Biologi, manakala sampel kajian dipilih menggunakan persampelan mudah yang melibatkan 38 orang guru Biologi di daerah Hilir Perak, Manjung, Bagan Datuk, Batang Padang, dan Kinta Selatan. Instrumen borang soal selidik kesahan pakar dan soal selidik kebolehgunaan dig.....

1124 hits

82023
final_year_project
Pembangunan modul latihan berasaskan aplikasi permainan digital flippity bagi subjek Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan 2
Muhammad Saiful Fitri Daud
Pembelajaran abad ke 21 merupakan suatu proses pembelajaran yang berpusatkan kepada pelajar. Dimana pembelajaran secara konvensional iaitu dengan menggunakan buku teks dan papan putih sudah lagi tidak relevan pada zaman sekarang. Murid menjadi cepat bosan disebabkan suasana pembelajaran yang membosankan. Penggunaan alat bantu mengajar amatlah diperlukan oleh seorang guru didalam kelas. Kajian ini bertujuan untuk membina modul latihan berasaskan aplikasi permainan digital flippity bagi subjek Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan 2. Modul ini dibangunkan dengan menerapkan penggunaan model ADDIE yang melibatkan lima fasa iaitu analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Reka bentuk kajian ini adalah melibatkan penyelidikan dan pembangunan yang berbentuk penyelidikan kualitatif secara temubual. Instrumen kajian terdiri daripada borang soalan temu bual separa berstruktur kesahan dan kebolehgunaan. Bagi memastikan modul ini sesuai digunakan, tiga orang pakar tel.....

501 hits

92022
final_year_project
Pembangunan Modul Simulasi Pengaturcaraan Blok Arduino menggunakan Tinkercad dan kebolehgunaannya dalam kalangan guru pelatih Fizik di UPSI
Aida Suraya Zainudin
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan Modul Simulasi Pengaturcaraan Blok Arduino menggunakan Tinkercad serta mengkaji tahap kebolehgunaannya dalam kalangan guru pelatih Fizik Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Reka bentuk pembangunan bagi kajian ini adalah berasaskan Teori Konstruktivisme dan Model ADDIE. Seramai 52 responden dalam kalangan guru pelatih Fizik di UPSI telah diambil sebagai responden melalui kaedah pensampelan bertujuan untuk mengkaji tahap kebolehgunaan modul. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah borang penilaian kesahan pakar dan borang soal selidik kebolehgunaan dengan menggunakan skala Likert Empat mata. Kaedah yang telah digunakan untuk menganalisis kesahan pakar adalah melalui kaedah peratus persetujuan pakar. Pengkaji juga turut menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) bagi memperolehi nilai pekali kebolehpercayaan Cronbach Alpha manakala data bagi soal selidik kebolehgunaan dianalisis mengguna.....

757 hits

102022
final_year_project
Pembangunan modul pembelajaran berasaskan projek Our Toys Kingdom: pengintegrasian asas inovasi dan kreativiti dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Nur Fatini Adila Mohd Faudzi
Kajian ini dijalankan bagi membangunkan sebuah modul pembelajaran berasaskan projek pembinaan alat permainan idaman “Our Toys Kingdom' yang mengintegrasikan asas inovasi dan kreativiti dalam pendidikan awal kanak-kanak di bawah (i) tunjang komunikasi (bertutur untuk menyampaikan idea), (ii) tunjang kerohanian, sikap, dan nilai (kerjasama), (iii) tunjang perkembangan fizikal dan estetika (perkembangan motor halus dan meneroka pelbagai pergerakan, ekspresi kreatif, dan aplikasi seni) di dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) semakan 2017 bagi kanak-kanak berumur enam tahun. Tinjauan awal mendapati guru-guru prasekolah tidak menggabungkan kemahiran pemikiran kreatif dalam pengajaran mereka. Kemahiran guru yang terhad dalam melaksanakan pembelajaran berasaskan projek berlaku kerana kurang penghayatan dalam mentafsir kurikulum serta kurang pengetahuan dalam mengendalikan kaedah ini disebabkan kurangnya panduan yang jelas dalam dokumen KSPK itu sendiri. Pendekata.....

543 hits

[First] [Prev] Page 1 of 4 [ Next ] [ Last ]
Filter
thesis ... (234)
article ... (154)
monograph ... (22)
bulletin ... (15)
research_report ... (10)



Specific Period







Top 5 related keywords

+modul

+pembangunan +modul

+Teaching +module

+E +Modul

pembangunan+modul




Recently Access Item

No recently access item.


Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.