UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
37712022
Article
Pandangan Guru Tadika terhadap Aspek Kemahiran Sosial dalam Kalangan Kanak-kanak: Satu Analisis Keperluan
Mohamad Albaree Abdul
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pandangan guru tadika terhadap aspek kemahiran sosial dalam kalangan kanak-kanak. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan yang melibatkan seramai 120 orang guru tadika di sekitar negeri Selangor. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah satu set borang soal selidik bagi menjawab objektif kajian berdasarkan dapatan kekerapan, peratusan, skor min dan sisihan piawai. Hasil kajian mendapati pandangan guru tadika terhadap kepentingan perkembangan kemahiran sosial untuk kanak-kanak menunjukkan bahawa purata keseluruhan item mencatatkan skor min 4.70 dan sisihan piawai 0.504. Ini memberi gambaran bahawa hampir keseluruhan 120 orang responden memilih sangat setuju dan menyokong tentang kepentingan perkembangan kemahiran sosial dalam kalangan kanak-kanak. Manakala, bagi hasil kajian berkenaan pandangan guru tadika terhadap tahap kemahiran sosial kanak-kanak dari aspek interaksi sosial, komunikasi, kerjasama dalam berpasukan, dan kemahiran .....

796 hits

37722022
Article
Latihan kod tangan bahasa isyarat sebagai program intervensi awal bagi murid kurang upaya pendegaran tahun 1 di Ipoh, Perak satu kajian kes
Muhammad Atif Jaafar
Kajian ini bertujuan untuk meninjau penguasaan Bahasa Isyarat Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM) bagi murid kurang upaya pendengaran melalui program intervensi awal. Kemahiran KTBM diperkenalkan seawal usia bagi memudahkan komunikasi murid-murid kurang upaya pendengaran. Kajin ini dikutip melalui pendekatan kajian kualitatif melalui temubual separa berstruktur kepada empat orang peserta iaitu ibubapa murid dan guru yang mengajar murid tersebut di Ipoh, Perak. Data dianalisis secara induktif dan bertema. Dapatan kajian dari temubual menunjukkan latihan kemahiran KTBM adalah dipilih adalah disebabkan beberapa faktor. Antara faktornya adalah sebagai medium utama dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, kod tangan ini mudah difahami dan senang digunakan. Ibubapa menyokong program intervensi awal dengan latihan kemahiran bahasa isyarat di jalankan di Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas dan bekalan bantuan alat pendengaran juga turut diberikan. Perbincangan kajian mendapati latihan lebih awal kem.....

527 hits

37732022
Article
Gaya kepimpinan transformasi prngurus taska dan tadika
Azila Alias
Kajian ini dijalankan untuk menentukan gaya kepimpinan pengurus TASKA dan TADIKA dalam daerah Tanjung Malim, Perak. Rekabentuk kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang melibatkan 10 orang guru TASKA dan TADIKA di daerah Mualim. Instrumen yang digunakan adalah berdasarkan pemerhatian dan temubual. Hasil kajian menunjukkan gaya kepimpinan pengurus yang kerap diamalkan di TASKA dan TADIKA tersebut ialah gaya Kepimpinan Transformasi. Tahap komitmen guru juga didapati berada pada tahap yang tinggi. Hasil dapatan kajian mencadangkan pengurus untuk mengamalkan gaya Kepimpinan Transformasi bagi meningkatkan tahap komitmen guru-guru. Kajian ini turut menyatakan beberapa cadangan kepada beberapa agensi dan pihak lain untuk tindakan dan kajian pada masa hadapan...

331 hits

37742022
Article
Youtube and Preschoolers: A Narrative Review of Literature
Foo, Mei Ting
This paper reviews the literature regarding preschoolers and YouTube watching. The narrative review examines studies published between 2010 and 2022. The main purpose of the narrative review is to understand the association between YouTube and preschoolers, four themes have been canvassed in this review which are: YouTube and preschoolers, YouTube content, parents and teachers’ perception and filtering and selecting YouTube content. Findings from the narrative review unveil the fact that preschoolers spend a lot of time watching YouTube and this is even more prevalent during the outbreak of the global pandemic Covid-19. Literature has indicated that preschoolers are exposed to inappropriate content, parents and teachers are aware of this situation and worry this might affects their children negatively. Undeniably, some YouTube videos bring positive impact to the preschoolers but the videos need to be selected properly to avoid inappropriate content. Literature has consistently reveal.....

920 hits

37752022
Article
Tahap kepuasan organisasi terhadap pencapaian kompetensi dalam kalangan guru pelatih kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)
Nor Syazwanie binti Mohamad Zamal
Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan yang dilakukan bagi mendapatkan maklum balas berkaitan “Tahap kepuasan organisasi terhadap pencapaian kompetensi dalam kalangan guru pelatih Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)”. Kajian dijalankan untuk pengkaji mendapat maklumbalas daripada organisasi tempat latihan praktikum guru pelatih KUIM sama ada adakah mereka menepati keperluan dan kehendak sistem pendidikan negara. Kajian ini melibatkan seramai 91 orang guru pembimbing di tempat pelajar semester enam KUIM menjalani latihan praktikum mereka yang melibatkan tadika-tadika kerajaan dan swasta di sekitar Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur. Kaedah kajian ini dikendalikan secara kaedah kuantitatif melalui penggunaan borang soal selidik. Dapatan kajian telah dianalisis menggunakan ‘Statistical Package for the Social Science’ (SPSS) versi 23.0. Hasil dapatan bagi objektif kajian pertama, dirumuskan pelatih KUIM mempunyai tahap yang tinggi dalam kesediaan untuk me.....

519 hits

37762022
Article
Pergerakan proses lukisan kanak-kanak dalam lakaran kasar seni visual
Norshahidah Binti Mohd Rafi
Kajian membincangkan bidang seni visual semakin berkembang pada bidang penyelidikan kanak-kanak merujuk kepada hasil lukisan kanak-kanak. Hasil lukisan kanak-kanak tersebut menghasilkan lakaran kasar yang mempunyai kaitan dengan pergerakan proses dalam seni visual. Isu meneliti perbandingan lukisan sebenar mempunyai persamaan dengan lukisan kanak-kanak melalui hasil lakaran kasar dalam proses lukisan. Kajian kemudian, menggunakan teori Park dan Kim melalui tiga proses aliran iaitu pemerhatian, imaginasi dan melukis dalam proses lukisan kanak-kanak. Proses analisis dilakukan bagi menganalisis lukisan kanak-kanak dengan lebih mendalam melalui kaedah analisis visual. Pengkaji telah melawat 8 buah tadika dan menjalankan aktiviti lukisan bersama-sama pelajar tadika. Soalan lukisan telah diberikan kepada kanak-kanak berkenaan kehidupan kanak-kanak dan hanya 3 orang pelajar dipilih berdasarkan empat soalan lukisan. Dapatan kajian meneliti penghasilan unsur-unsur seni yang telah digunakan oleh.....

455 hits

37772022
Article
Penggunaan lagu kanak-kanak dalam proses perkembangan kemahiran Bahasa Melayu di Tadika Swasta
Nurul Aida Aziz
Kajian ini bertujuan untuk melihat penggunaan lagu kanak-kanak dalam membantu proses perkembangan kemahiran Bahasa Melayu di tadika. Reka bentuk kajian ini menggunakan kaedah kajian kes. Sampel kajian ini terdiri daripada 3 orang guru Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang mengajar di tadika swasta di Daerah Besut, Terengganu. Kajian ini secara keseluruhannya menggunakan kaedah persoalan kajian yang ditetapkan iaitu kaedah proses penguasaan perkataan baru melalui penggunaan lagu kanak-kanak, kelebihan dan kesan penggunaan lagu kanak-kanak dalam membantu mengingat dan melatih menyebut perkataan dan tahap pengetahuan guru terhadap penggunaan lagu kanak-kanak melibatkan perkataan. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan lagu kanak-kanak dapat membantu guru dalam proses meningkatkan perkembangan kemahiran bahasa kanak-kanak tadika. Antaranya, pengetahuan guru terhadap penggunaan lagu kanak-kanak melibatkan perkataan mendapati pengaplikasian lagu kanak-kanak di dalam kelas dan juga pen.....

482 hits

37782022
Article
Pengaruh persepsi visual dan koordinasi motor terhadap pengusaan kemahiran integrasi visual-motor dalam kalangan kanak-kanak prasekolah tadika kemas
Naufal Bin Nordin
Kemahiran integrasi visual-motor (VMI) berkait rapat dengan kemahiran menulis dan membaca seseorang kanak-kanak. Walau bagaimanapun, tidak diketahui sejauh mana kemahiran persepsi visual dan koordinasi motor mempengaruhi kemahiran VMI mereka. Objektif kajian keratan rentas ini adalah untuk mengukur dan menentukan hubungan di antara kemahiran VMI dengan skor persepsi visual dan skor koordinasi motor bagi satu sampel kanak-kanak prasekolah. Seramai 62 orang kanak-kanak berbangsa Melayu daripada Tadika KEMAS sekitar Kuala Lumpur (min umur 5.48±0.50 tahun) telah menyertai kajian ini. Skor VMI, persepsi visual dan koordinasi motor mereka diukur menggunakan ujian Beery-VMI edisi keenam dan dibandingkan dengan skor standard Amerika Syarikat (AS) (100±15) menggunakan ujian t satu sampel. Hubungan di antara ketiga-tiga skor ini ditentukan menggunakan ujian regresi berganda. Min skor VMI, persepsi visual, dan koordinasi motor adalah masing-masing 99.53±9.26, 101.74±13.40 dan 121.52±13.03. S.....

633 hits

37792022
Article
Pengaruh gaya keibubapaan terhadap penggunaan internet kanak-kanak
Nor Hamizah bt Ab Razak
Gaya keibubapaan yang diamalkan oleh ibubapa akan mempengaruhi tingkahlaku anak-anak selain membentuk personaliti dan juga sikap mereka. Tingkahlaku dan sikap ini juga akan diserlahkan oleh anak-anak ketika remaja dan dewasa kelak. Di era teknologi ini, penggunaan internet dan pelajar tidak dapat dapat dipisahkan. Kewujudan internet sangat membantu perkembangan pelajar dan membuka peluang untuk mengorak langkah jauh kehadapan dari segi pencapaian mahupun kerjaya. Namun, dalam masa yang sama sumber dan pengaruh internet yang tidak terkawal turut menjejaskan kesihatan mental pelajar. Oleh itu, adalah menjadi peranan ibu bapa untuk mendidik dan mengawal penggunaan internet dalam kalangan anak-anak melalui gaya keibubapaan yang tepat. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh gaya keibubapaan terhadap penggunaan internet dalam kalangan pelajar. Kajian ini adalah berbentuk tinjauan menggunakan kaedah persampelan rawak mudah yang melibatkan subjek kajian yang terdiri daripada 382.....

848 hits

37802022
Article
Kelastarian pendidikan berkualiti pembangunan modul pembelajaran pola berasaskan pembelajaran berbalik dengan penggunaan realiti terimbuh
Haliza Idris
Pendidikan berkualiti menjadi antara agenda penting di dalam Matlamat Pembangunan Mampan (SDG). Matlamat keempat di bawah pendidikan berkualiti menyatakan bahawa menjelang 2030, semua murid akan mendapat pendidikan awal di peringkat prasekolah yang berkualiti dan bersedia untuk memasuki pendidikan diperingkat sekolah rendah. Kaedah pengajaran dan pembelajaran murid kini mengalami perubahan selari dengan situasi fasa endamik yang berlaku di seluruh dunia. Namun usaha yang berterusan perlu dilaksanakan terutamanya dari aspek kaedah dan penggunaan bahan pengajaran. Dalam kajian ini, pembangunan sebuah modul yang mengintegrasikan teknologi realiti terimbuh bersama konsep pembelajaran berbalik melalui tajuk pola adalah satu usaha untuk mengurangkan jurang penguasaan murid di dalam matapelajaran Matematik Awal dan merangsang kreativiti murid. Kajian melibatkan 120 orang responden yang terdiri daripada pihak guru dan ibu bapa serta 25 orang murid dari TADIKA sekitar Petaling Jaya. Metodologi .....

448 hits

[ First ] [ Prev ] Page 378 of 1139 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.