UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
44812021
Thesis
Penggunaan Frog VLE dalam kalangan murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil luar negeri Melaka
Magala Subermaniam
Kajian bertujuan untuk mengenal pasti tahap penggunaan Frog VLE dalam kalangan murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil luar bandar negeri Melaka. Seramai 160 orang murid dipilih secara rawak berstrata dari 18 buah sekolah Tamil yang tidak mencapai indeks prestasi utama atau key performance indicator (KPI) terlibat dalam kajian. Kajian berbentuk kuantitatif ini menggunakan kaedah tinjauan. Instrumen kajian ialah soal selidik yang mengandungi empat konstruk iaitu sikap, kemahiran, penggunaan dan halangan. Soal selidik ini menggunakan lima skala likert. Data dianalisis secara statistik deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan, tahap sikap terhadap penggunaan Frog VLE adalah tinggi (M=4.52, SP=0.57), tahap kemahiran penggunaan Frog VLE adalah tinggi (M=4.11, SP=0.79), tahap penggunaan Frog VLE adalah sederhana (M=3.46, SP=1.04), tahap halangan yang dihadapi oleh murid menggunakan Frog VLE di sekolah adalah sederhana (M=2.75, SP=0.72) dan tahap halangan yang dihadapi ol.....

866 hits

44822022
Thesis
Amalan pengasingan sisa di punca di kawasan Majlis Perbandaran Segamat Johor
Yamuna Selvakumaran
Kajian ini bertujuan untuk melihat sikap masyarakat kawasan Majlis Perbandaran Segamat mengasingkan sisa pepejal mengikut amalan pengasingan sisa di punca. Seramai 377 orang responden yang menetap di sekitar bandar Segamat dipilih sebagai responden kajian. Data dikumpul menggunakan kaedah persampelan rawak mudah melalui borang soal selidik dan dianalisis menggunakan statistik deskriptif. Secara keseluruhannya, tahap pengetahuan masyarakat tentang amalan Pengasingan Sisa di Punca berada di tahap tinggi iaitu min=4.54 dan sisihan piawai=0.54, dan sikap masyarakat dalam pelaksanaan amalan pengasingan sisa di punca juga berada di tahap yang tinggi iaitu min=4.61 dan sisihan piawai=0.38 serta kesan amalan pengasingan sisa di punca terhadap kesejahteraan alam sekitar dan manusia juga berada di tahap yang tinggi iaitu min=4.57 dan sisihan piawai=0.36. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan masyarakat tentang amalan pengasingan sisa di .....

1735 hits

44832021
Thesis
Prinsip pengurusan sumber manusia dalam karya Thirukkural
Shoveena Priya Thiagu
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji prinsip pengurusan sumber manusia dalam karya Thirukkural. Kajian ini mempunyai tiga objektif iaitu, mengenal pasti prinsip pengurusan sumber manusia dalam karya Thirukkural, mengkategorikan kuplet-kuplet Thirukkural mengikut teori Henri Fayol dan mengupas penggunaan prinsip pengurusan sumber manusia dalam karya Thirukkural mengikut teori Henri Fayol. Kajian ini menggunakan teori Henri Fayol yang digagaskan oleh Henri Fayol. Pendekatan kualitatif berbentuk deskriptif telah digunakan dalam kajian ini. Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah berbentuk kaedah keperpustakaan. Analisis deskriptif memberikan gambaran mengenai prinsip pengurusan sumber manusia dalam karya Thirukkural mengikut teori Henri Fayol. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat empat prinsip pengurusan sumber manusia yang dikemukakan dalam teori Henri Fayol iaitu pembahagian kerja, seorang ketua bagi sesuatu organisasi, kesamarataan dan kesatuan adalah.....

2257 hits

44842022
Thesis
Menilai pelaksanaan program nilam dalam kalangan guru Sekolah Menengah Daerah Muallim, Perak
Ahmad Nizamuddin Shah Mohamad
Kajian deskriptif ini bertujuan menilai pelaksanaan Program NILAM menggunakan empat dimensi penilaian Model Penilaian KIPP (KIPP) Sutfflebeam, iaitu dimensi konteks, proses, input dan produk. Pendekatan kuantitatif dengan kaedah tinjauan telah dijalankan dengan melibatkan l65 responden dari lima buah sekolah di Daerah Muallim, Perak. Analisis deskriptif dan inferens digunakan dalam menganalisis borang kaji selidik guru program Nilam. Dapatan kajian mendapati bahawa persepsi guru terhadap perlaksanaan program bagi kesemua dimensi penilaian adalah pada tahap yang tinggi dan menunjukkan pelaksanaan program nilai adalah baik (dimensi penilaian konteks (min= 4.16), input, (min = 3.83), proses (min =3.35) dan produk (min = 4.05). Bagi analisis regrasi pula, hubungan antara dimensi didapati sederhana bagi penilaian (i) dimensi konteks dengan input, r = 0.538, (ii) penilaian dimensi konteks dengan produk, r = 0.562, (iii) dimensi input dengan proses, r = 0.562, (iv) dimensi input d.....

1897 hits

44852007
Thesis
Faktor yang mempengaruhi penglibatan pelajar tingkatan 4 dalam pendidikan jasmani di SMK Sebuyau
Abu Bakar Tasah
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor yang mempengaruhi penglibatan dalam pendidikan  jasmani di Sekolah Menengah Sebuyau Sarawak. Subjek kajian pelajar terdiri daripada 180 orang pelajar tingkatan 4 SMK Sebuyau Sarawak. Untuk mengukur pembolehubah,  soal selidik yang berstruktur dengan menggunakan skala likert lima mata telah digunakan. Taburan  kekerapan dan min digunakan dalam analisis diskriptif dan inferensi (ujian -  t dan Korelasi  Pearson). Hasil kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara penglibatan  pelajar dalam pendidkan jasmani dengan faktor jantina dan aliran. Terdapat hubungan positif yang  sederhana (r= .620) antara faktor intrapersonal dan kokurikulwn dalam mempengaruhi penglibatan  pelajar. Dapatan kajian  ini juga  menunjukkan  tahap  penglibatan  pelajar  secara  keseluruhan   dalam pendidikan  jasmani  adalah  tinggi.  Antara  cadangan  kajian  ini adalah  agar  pihak  pengurusan  terns memberi.....

714 hits

44862021
Article
Pengamalan pemimpin pertengahan bagi meningkatkan kualiti guru dan pencapaian murid merujuk Standard Kualiti Pendidikan Malaysia gelombang 2
Rozali Din
Kajian tinjauan ini bertujuan untuk melihat 2 domain utama merujuk Standard Kualiti Pendidikan Malaysia gelombang 2, standard 3, khususnya dalam pengurusan mata pelajaran iaitu perancangan peningkatan kualti guru dan perancangan peningkatan pencapaian murid di daerah Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan, Perak, Malaysia. Dapatan kajian lepas, untuk membangunkan guru maka kita perlu membangunkan Pemimpin Pertengahan yang menjadi penghubung dengan Pengurusan Tertinggi di sekolah. Seramai 134 orang pemimpin pertengahan daripada 22 buah sekolah menengah dan rendah telah menjadi responden dalam kajian ini.Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif soal selidik . Data dikumpul menggunakan instrumen soal selidik. Dapatan keseluruhan skor min dan peratus menunjukkan pengamalan pemimpin pertengahan dalam mengurus program peningkatan kualiti guru dan mengurus program peningkatan pencapaian murid adalah pada Tahap Sederhana.Pencapaian skor keseluruhan yang tertinggi adalah pada domain menin.....

475 hits

44872021
Article
Leading teachers towards the needs of Pedagogical and Technological skills acquisition in the Next Generation Learning Spaces (NGLS)
Sanura Jaya
This study was conducted to develop Next Generation Learning Spaces (NGLS) in teachers’ pedagogical and technological tools. This is to explore new perspective in teachers’ pedagogical and technological leadership in secondary schools in Malaysia. Design and development research (DDR) approach as a research design in this study was conducted in three phases; need analysis phase, design and development phase and evaluation phase. The first phase is to identify the needs of having the NGLS pedagogical framework and managing teachers’ leadership in teachers’ pedagogical and technological tools in secondary school in Malaysia. A quantitative approach research design was conducted and the purposive sampling technique was applied to collect data from 260 samples. The overall findings of the first phase showed that the mean score for the learning spaces is the highest (mean = 4.023) followed with the teachers’ pedagogical strategies (mean =3.007). Technological tools are the lowest .....

511 hits

44882007
Thesis
Prestasi kecergasan fizikal murid SMK Libaran dan SMK Muhibbah, Sandakan
Bodin Gitui
Tujuan kajian ini ialah untuk  mengenalpasti adakah terdapat perbezaan yang signifikan terhadap  komponen ujian kecergasan fizikal meliputi ujian bleep, push-up, trunk-Zif, curl-up dan BM!  berdasarkan tingkatan, jantina dan sekolah. Seramai 80 orang subjek yang dipilih secara rawak untuk  menjalani ujian kecergasan daripada 2 buah sekolah menengah di Sandakan iaitu SMK Libaran dan SMK  Muhibbah. Masing-masing seramai 20 orang yang terdiri daripada  murid lelaki dan murid perempuan  dari tingkatan l dan tingkatan 2, bagi setiap sekolah. Keseluruhan analisis statistik ujian  kecergasan fizikal dalam kajian ini dianalisis dengan menggunakan 't­ ies/'. Keputusan kajian  menunjukkan bahawa : (1) Ujian kecergasan  berdasarkan tingkatan mendapati ujian bleep tidak  terdapat perbezaan yang signifikan diantara murid tingkatan l dan murid tingkatan 2. Nilai [ (78) =  -1.35, _g = .I 8. Ujian push-up tingkatan 1 dan tingkatan 2, didapati tidak terdapat perbezaan yang  sign.....

779 hits

44892021
Article
Kepimpinan guru di Sekolah Kebangsaan Asli, Negeri Sembilan
Saraswathy Kullan
Tujuan utama kajian ini adalah untuk meninjau tahap kepimpinan guru dalam kalangan guru SK Asli, Negeri Sembilan. Instrumen soal selidik Teacher Leadership Self-Assessment (TLSA) telah digunakan untuk mengukur tahap kepimpinan guru. Rekabentuk kajian kuantitatif ini melibatkan seramai 50 orang responden yang telah dipilih secara rawak mudah. Capaian analisis I-CVI (0.83 hingga 1.00), S-CVI (0.97 hingga 1.00) dan Pekali Kappa (0.81 hingga 1.00) membuktikan instrumen dalam kajian ini mempunyai kesahan kandungan yang tinggi. Seterusnya, nilai alfa Cronbach, Cronbach’s Alpha if Item Deleted, Inter-Item Correlation dan Corrected Item-Total Correlation menjelaskan bahawa instrumen TLSA dalam kajian ini mempunyai kebolehpercayaan yang baik. Data soal selidik dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif. Hasil menunjukkan kepimpinan guru di sekolah-sekolah kajian berada pada tahap yang tinggi (min= 4.46, SP=0.42). Implikasinya, kepimpinan dalam kalangan guru perlu diutamakan kerana gur.....

867 hits

44902007
Thesis
Status Pelaksanaan pendidikan jasmani dan kesihatan di sekolah sekolah menengah daerah Kota Kinabalu, Sabah
Mohmad Jeofrey Yussin
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sejauh manakah tahap keberkesanan pelaksanaan pengajaran  PJK di sekolah-sekolah menengah daerah Kota Kinabalu, Sabah. Dalam menentukan tahap keberkesanan  pelaksanaan ini, peranan dan penglibatan guru, kurikulum dan kandungan pelajaran PJK, falsafah dan  objektif pelajaran PJK serta penggunaan masa pengajaran PJK dijadikan asas kajian. Kajian ini  dijalankan dengan menggunakan soal selidik yang dibentuk oleh Piscopo di empat belas (14) buah  sekolah menengah di daerah Kota Kinabalu, Sabah. Responden dalam kajian ini terdiri 80 orang guru,  yang mengajar PJK. Soal selidik digunakan bagi tujuan mengumpul data. Data dianalisis menggunakan  statistik diskriptif. Bagi mendapat kekerapan dan peratusan data diproses menggunakan perisian  SPSS. Keputusan menunjukkan bahawa tahap pelaksanaan pengajaran PJK di sekolah-sekolah berkenaan  adalah pada tahap yang "sederhana". Secara keseluruhannya implikasi dari kajian ini menunjukkan  t.....

1794 hits

[ First ] [ Prev ] Page 449 of 1118 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.