UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
64112020
Thesis
Sejarah pendidikan vernakular Cina zaman kolonial British di negeri Perak, 1900-1941
Phun, Lee Lee
Kajian ini bertujuan mengenal pasti sejarah pendidikan vernakular Cina pada zaman kolonial British di negeri Perak dari tahun 1900 sehingga 1941. Kajian ini merupakan kajian sejarah yang dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah analisis dokumen dan manuskrip. Sumber primer dan sekunder digunakan secara ekstensif. Antara sumber primer yang digunakan termasuklah rekod dan fail-fail kolonial British, Laporan Tahunan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Perak Gazette, fail-fail Pejabat Tanah Jajahan British, laporan tahunan dan fail-fail kerajaan kolonial British di Perak. Penggunaan sumber sekunder turut menguatkan hujah yang disampaikan dalam kajian ini termasuklah dalam bentuk buku, artikel, kertas kerja seminar, tesis, koleksi keratan akhbar dan majalah sekolah-sekolah Cina di negeri Perak. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kerajaan kolonial British telah menarik ramai kemasukan orang Cina ke negeri Perak terlibat dalam kegiatan dan aktiviti perlom.....

4554 hits

64122021
Article
An evaluation of the Course Experience Questionnaire in a Malaysian context for quality improvement in teaching and learning
Saputra, Eko
This study revealed the results of the validation of the Course Experience Questionnaire (CEQ) within the Bachelor degree students who undertook their undergraduate from a Western university with 50% of the classes conducted in Malaysia. The specific instrument has been used extensively in other contexts to investigate the teaching-learning environment in Higher Education Institutions (HEIs). A sample of 368 students from the HEIs participated in this study. The validity and reliability of the CEQ were investigated through exploratory factor analysis and Cronbach alpha coefficient. The overall course satisfaction was used as an external criterion in order to strengthen the instrument’s validity. The exploratory factor analysis identified four constructs reflecting good teaching, generic skills, appropriate assessment and clear goals and standards. The population of the research was limited and data was collected only from students of HEIs so the generalization of findings needs atten.....

923 hits

64132020
Thesis
Hubungan persekitaran keluarga dengan tingkah laku ponteng murid berkeperluan Pendidikan Khas masalah pembelajaran (MBPKMP)
Tree Nurhayaty Masrukin
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan persekitaran keluarga dengan tingkah laku ponteng murid berkeperluan pendidikan khas masalah pembelajaran (MBPKMP). Teori Maslow (Humanistik) dan Teori Bronfenbrenner (ekologi) digunakan dalam kajian ini untuk menerangkan konsep persekitaraan keluarga yang merangkumi aspek pendapatan keluarga, aksesibiliti dan sosialisasi keluarga. Kaedah tinjauan digunakan sebagai reka bentuk kajian. Kajian ini dijalankan di 16 buah sekolah rendah PPKI daripada dua daerah di Negeri Selangor. Populasi kajian terdiri daripada 143 pelajar MBPKMP dan sampel seramai 103 pelajar telah dipilih secara rawak. Salah seorang ibu bapa pelajar yang terlibat dalam kajian ini telah juga dipilih sebagai responden. Instrumen kajian terdiri daripada soal selidik yang telah disahkan oleh enam orang pakar bidang. Kebolehpercayaan instrumen telah diukur menggunakan pekali Cronbach Alpha, iaitu α = 0.94. Statistik deskriptif dan inferens seperti kekerapan, peratusan.....

2946 hits

64142021
Thesis
Pengaruh kepimpinan transformasional transaksional dan budaya organisasi terhadap pelan penggantian di Kementerian Pendidikan Malaysia
Vichetera Rajagani
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan dan pengaruh kepimpinan transformasional, kepimpinan transaksional dan budaya organisasi dalam kalangan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Kajian ini menggunakan Teori Rothwell, disokong dengan Teori Kepimpinan Bass dan Avolio serta Competing Value Framework (CVF) of Organizational Culture, Cameron dan Quinn. Dari segi metodologi kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Kajian ini melibatkan 260 responden kajian dari 21 Bahagian di KPM. Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferens iaitu analisis Korelasi, ANOVA dan Regresi Pelbagai. Kajian ini menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan dalam pelan penggantian berdasarkan faktor kelayakan akademik dan tempoh pengalaman kerja manakala wujud perbezaan dalam pelan penggantian berdasarkan faktor umur dengan nilai signifikan ujian Welch .003 (p < .05). .....

1275 hits

64152021
Article
Low nickel, ceria zirconia-based micro-tubular solid oxide fuel cell: A study of composition and oxidation using hydrogen and methane fuel
Suriani binti Abu Bakar
The study examines the effect of using low nickel (Ni) with high ceria (CeO2) anode content towards the oxidation of H2 and CH4 fuel by evaluating the activation energy of the ohmic process and charge transfer process. Using a micro-tubular solid oxide fuel cell (MT-SOFC), the anodes are made up of 50% YSZ with varying NiO:CeO2 percentages from 0% NiO, 50% CeO2 to 50% NiO, 0% CeO2. The performance is measured based on maximum power density (MPD), electrochemical impedance spectroscopy (EIS) and activation energy, Ea of the ohmic (Rohm) and charge transfer (Rct) processes. We found that by lowering the Ni content to lower than 50% NiO, anode conductivity will drop by 7-fold. An anode containing 37.5% NiO, 12.5% CeO2 yield MPD of 41.1 and 2.9 mW cm−2 when tested on H2 and CH4 fuels thus have the lowest Ni content without an abrupt negative effect on the MPD and EIS. The significant effect of conductivity drops on MPD and EIS are observed to occur at 25% NiO, 25% CeO2 and lowe.....

1203 hits

64162021
Thesis
Analisis pengkritikan filem karya K.Balamurugan menggunakan teori Teksdealisme
Thasarathan Chandran
Kajian ini bertujuan untuk meneliti dan menjelaskan pengkritikan filem karya K.Balamurugan dengan menggunakan teori Teksdealisme. Kajian ini mempunyai empat objektif iaitu membincangkan prinsip „kehadiran‟, menganalisis prinsip „pelanggaran‟, menjelaskan prinsip „pengukuhan‟ dan membincangkan prinsip „individualisme‟ yang ditonjolkan oleh K.Balamurugan dalam proses penulisan pengkritikan berdasarkan teori Teksdealisme. Kajian ini menggunakan teori Teksdealisme yang digagaskan oleh sasterawan yang dikenali sebagai Mana Sikana. Pendekatan kualitatif berbentuk deskriptif telah digunakan dalam kajian ini. Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah berbentuk kaedah keperpustakaan. Analisis deskriptif memberi gambaran kepelbagaian pengkritikan filem karya K. Balamurugan berdasarkan empat prinsip yang dikemukakan dalam teori Teksdealisme. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat empat prinsip teori Teksdealisme iaitu prinsip kehadiran, prinsip pela.....

2031 hits

64172021
Thesis
Analisis penggunaan unsur simbolisme dalam puisi Sabak
Laura Seman
Setiap kaum mempunyai keunikan dan daya tarikannya tersendiri. Bagi kaum Iban pula, mereka mempunyai banyak puisi yang unik dan penuh dengan kesenian. Puisi dalam masyarakat Iban disebut sebagai leka main dan dipecahkan kepada tiga kategori utama, iaitu leka main pemerindang (puisi hiburan), leka main adat basa (puisi adat) dan leka main invokasyen (puisi invokasi). Sabak tergolong dalam puisi invokasi. Namun, ramai yang tidak memahami unsur simbolisme yang digunakan dalam sabak. Kajian ini dijalankan untuk menganalisis unsur simbolisme yang terdapat dalam teks sabak upacara ritual kematian kaum Iban suatu ketika dahulu sehingga pada hari ini. Imej arketaip yang terdapat dalam puisi sabak turut di kaji. Kajian ini juga turut melihat simbol yang melambangkan emosi dalam puisi sabak. Kajian ini menggunakan kajian kepustakaan, iaitu menganalisis sebahagian buku ‘sabak’ dari muka surat 1 hingga 7 dan juga kajian lapangan, iaitu temu bual dengan tukang sabak. Dua teori utama.....

2031 hits

64182021
Article
Factors Influencing Malaysian Preschool Teachers Use of the English Language as a Medium of Instruction
Pauline Swee Choo Goh
This study investigated Malaysian preschool teachers’ self-efficacy and attitudes toward the use of the English language as a medium of instruction (EMI) and proposed a model of how different variables were related to their use of English in the classrooms. In order to obtain a broad picture of the nature and scope of preschool teachers’ use of EMI, a survey study was undertaken. The research instrument was a questionnaire that was distributed to randomly-selected preschool teachers throughout Malaysia. The process of modeling was based on the empirical data and a theoretical model that was constructed on the basis of the two theoretical aspects, that is self-efficacy and attitudes-behavior relation. The theoretical model served as a bridge between the abstractions from theory and the development of the model. The model suggested that strong self-efficacy influenced preschool teachers’ use of English to teach. In addition, the model also indicated that those preschool teachers wi.....

1743 hits

64192021
Thesis
Pembangunan dan penilaian modul mudah alih (e-PBM PI-Poli) untuk kursus pengajian Islam di Politeknik Malaysia
Ahmad Fkrudin Mohamed Yusoff
Kajian ini dijalankan untuk membangun dan menilai modul dalam talian untuk Kursus Pengajian Islam yang menggunakan pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah (e-PBM PI-Poli). Metodologi kajian yang digunakan adalah pendekatan penyelidikan reka bentuk dan pembangunan (DDR) tiga fasa yang diasaskan oleh Richey and Klein (2007). Fasa pertama merupakan analisis keperluan. Borang soal-selidik diedarkan kepada 297 orang pelajar dan 32 orang pensyarah Politeknik untuk mendapatkan pandangan terhadap keperluan pembangunan modul. Fasa kedua merupakan fasa mereka bentuk dan membangunkan kandungan modul menggunakan kaedah Fuzzy Delphi Method (FDM) untuk melihat persepakatan 17 orang pakar terhadap pembangunan elemen dalam modul dan Percentage Calculation Method (PCM) untuk melihat persepakatan 22 orang pakar terhadap kesahan elemen tersebut. Fasa ketiga merupakan fasa pelaksanaan dan penilaian modul melalui kaedah kuasi-eksperimen. Dapatan fasa pertama menunjukkan responden mempunyai k.....

4468 hits

64202021
Thesis
Hasil pengeluaran getah pada harga pasaran di negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB),1900-1941
Nor Hasrinah Mohd Sahi
Kajian ini memfokuskan kepada hasil pengeluaran getah pada harga pasaran di NegeriNegeri Melayu  Bersekutu (NNMB) yang bermula dari tahun 1900 sehingga 1941. Industri getah telah berhadapan dengan  faktor-faktor ketidakstabilan dalam pengeluaran getah pada harga pasaran yang turun naik. Sehingga  Perang Dunia Kedua, pasaran harga getah telah  menjadikan  komoditi  ini  sangat  penting  dalam   mempengaruhi  hasil pengeluaran dan pembukaan ladang-ladang getah di NNMB. Kajian ini menggunakan  kaedah kualitatif iaitu dengan membuat analisis terhadap dokumen-dokumen rasmi yang diperoleh di  Arkib Negara Malaysia seperti Colonial Office Record, Selangor Annual Report, Perak Annual Report,  Negeri Sembilan Annual Report, Pahang Annual Report, Annual Report of Federated Malay States dan  Colonial Reports on the Social and Economic Progress of the People of the Federated Malay States.  Dapatan kajian menunjukkan pada peringkat awal perkembangan industri getah adalah m.....

2246 hits

[ First ] [ Prev ] Page 642 of 1167 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.