UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
24812024
Final Year Project
Pembangunan Modul Pengajaran IQ-Nutri 5E bagi topik Nutrisi Sains Tingkatan 2 dan kebolehgunaannya dalam kalangan guru pelatih Sains UPSI
Elsya Ryenna Henry
Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk membangunkan Modul Pengajaran IQ-Nutri 5E bagi topik Nutrisi Sains Tingkatan 2 dan menilai kebolehgunaannya dalam kalangan guru pelatih Sains di UPSI berdasarkan empat sub konstruk iaitu kebergunaan, mudah diguna, mudah dipelajari dan juga kepuasan. Reka bentuk kajian ini ialah kajian Pembangunan dan dibangunkan berpandukan model ADDIE dengan pendekatan kuantitatif yang mempunyai lima fasa iaitu fasa analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan dan juga fasa penilaian. Terdapat dua instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini untuk menilai kesahan dan kebolehgunaan modul iaitu borang kesahan muka dan kandungan modul pengajaran IQ-Nutri 5E dan juga soal selidik kebolehgunaan modul pengajaran IQ-Nutri 5E. Seramai 113 orang guru pelatih dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains) dengan Kepujian daripada Semester 6 dan 7 yang terlibat dalam sampel sebenar kajian. Teknik persampelan yang digunakan adalah teknik pensampelan .....

872 hits

24822024
Final Year Project
Faktor dominan yang mempengaruhi pelajar sekolah menengah atas ke aliran Sains
Fatin Nurain Kamaruddin
Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti faktor dominan yang mempengaruhi pelajar sekolah menengah atas ke aliran Sains dan membandingkan min dan sisihan piawainya. Faktor-faktor yang dikaji adalah minat, ibu bapa, guru, rakan sebaya dan prestasi akademik. Reka bentuk kajian ini adalah kuantitatif dan dijalankan melalui kaedah kajian tinjauan. Populasi kajian merupakan pelajar Tingkatan Empat yang mengambil aliran Sains di dua buah sekolah Yayasan Islam Kelantan. Sampel untuk kajian ini melibatkan 100 orang pelajar Tingkatan Empat yang mengambil aliran Sains dan dipilih menggunakan teknik persampelan secara tidak rawak dan berkelompok. Instrumen kajian ini menggunakan borang soal selidik dan dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 27.0. Nilai S-CVI/Ave adalah 0.82 dan S-CVI/UA adalah 0.60 bagi mendapatkan darjah persetujuan antara dua orang pakar ke atas instrumen yang digunakan dan nilai kebolehpercayaan .....

503 hits

24832024
Final Year Project
Pembangunan dan kebolehgunaan Slaid Interaktif Homeo-Buddy berdasarkan pembelajaran berasaskan pembelajaran berasaskan permainan dalam subjek Biologi topik Homeostasis
Angel Poi Min
Kajian ini bertujuan untuk membina Slaid Interaktif Homeo-Buddy dan menilai tahap kebolehgunaan slaid terhadap pelajar tingkatan 4 yang mengambil subjek Biologi terhadap topik Homeostasis. Kaedah penyelidikan pembangunan dipilih dengan kaedah pendekatan kuantitatif untuk menjawab persoalan kajian. Terdapat dua set instrumen yang digunakan dalam kajian ini iaitu instrumen kesahan pakar yang mengandungi Kesahan Muka dan Slaid Interaktif Homeo-Buddy dan Kesahan Muka dan Kandungan Soal Selidik Kebolehgunaan Slaid Interaktif Homeo-Buddy. Responden yang terpilih diberikan akses untuk menggunakkan produk Homeo-Buddy dan seterusnya menilai kebolehgunaan produk ini. Instrumen soal selidik mempunyai tiga bahagian iaitu Kebergunaan, Kemudahan dan Kepuasan. Seramai 30 orang murid tingkatan 4 yang mengambil subjek Biologi telah dipilih secara rawak berkelompok untuk kajian rintis dan bagi kajian lapangan, seramai 60 orang murid tingkatan 4 yang mengambil subjek Biologi telah dipilih seb.....

602 hits

24842024
Final Year Project
Development and evaluation of MamaXGenius maternal effect boardgame for undergraduates Biology students
Nur Ain Faiqah Zamri
Biology students at universities must learn about a variety of topics related to genetics.  Non-mendelian genetics, particularly the maternal effect, is one of the topics covered in genetics.  Maternal effect explained the influence of the mother's genetics onto  the  offspring’s  phenotype.   The  purpose  of  this  study  is  to  develop MamaXGenius card games as learning aids and to  investigate the perception of biology majors students on the use of MamaXGenius for the topic  Maternal Effect in Genetic. The ADDIE model had been utilised in the development stage. This study  involved 170 biology students that took the Genetic subject for Semester 3 to 7. The instruments  used in this study are questionnaires to evaluate the validity of MamaXGenius,  assess  the   validity  of  a perception questionnaire, and gauge perceptions through a four-point Likert scale.  For the validity of the MamaXGenius card game, two experts of secondary school teachers.....

510 hits

24852023
Article
Akal budi Orang Melayu menerusi cerita-cerita Rakyat
Tuan Siti Nurul Suhadah Tuan Adnan
Cerita rakyat merupakan salah satu kesusasteraan Melayu yang disampaikan oleh penduduk pribumi. Ia dikembangkan melalui penyampaian secara lisan daripada satu generasi ke generasi yang lain. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan bagi tujuan mengenal pasti dan menganalisis aspek akal budi menerusi cerita rakyat Melayu. Batasan kajian ini dihadkan kepada koleksi cerita rakyat dalam buku yang bertajuk Nilai-Nilai Murni dalam Naratif Lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan: Satu Penelitian Pengkaedahan Melayu oleh Mohd Firdaus Che Yaacob (2021). Maka, kajian ini menggunakan reka bentuk kajian yang berlandaskan kaedah kepustakaan dan analisis teks bagi memperoleh hasil yang lebih mampan. Kajian ini menggunakan Teori Pengkaedahan Melayu oleh Hashim Awang (1989) menerusi pengkaedahan alamiah bagi memperkukuhkan analisis kajian. Hasilnya, kajian ini mendapati adanya elemen akal budi dalam cerita rakyat Melayu yang diketengahkan. Kesannya, cerita rakyat sedikit sebanyak mempengaruhi gaya.....

647 hits

24862024
Final Year Project
Korelasi sikap dan pengetahuan dengan kesediaan guru pelatih ISMP Sains UPSI dalam latihan mengajar
Siti Nadirah Ibrahim
Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti korelasi sikap dan pengetahuan dengan kesediaan guru pelatih ISMP Sains UPSI dalam latihan mengajar. Kaedah kajian adalah penyelidikan kuantitatif iaitu tinjauan sampel dengan menggunakan instrumen soal selidik. Populasi dipilih dalam kalangan guru-guru pelatih ISMP Sains UPSI yang telah menjalani latihan mengajar. Kesahan soal selidik disahkan oleh dua orang pakar dan dianalisis menggunakan nilai Indeks Kesahan Kandungan, CVI. Ia menunjukkan kesahan kandungan yang sangat baik dan instrumen adalah memuaskan (0.95). Kajian rintis pula dilakukan kepada 30 orang guru pelatih serta dianalisis menggunakan kaedah prosedur Statistical Packages for the Social Sciences version 27.0 (SPSS versi 27.0). Didapati tahap kebolehpercayaan instrumen berada pada tahap amat baik dan item kajian diterima (0.927). Melalui analisis data bagi kajian sebenar yang melibatkan seramai 100 orang guru pelatih Sains UPSI, ketiga-tiga konstruk menunjukkan skor min.....

775 hits

24872024
Final Year Project
Tinjauan tahap persepsi pengetahuan Pedagogi dan kesediaan pengajaran guru Sains dalam mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Irdina Batrisyia Mohamad Zahir
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap persepsi pengetahuan pedagogi dan tahap kesediaan pengajaran guru Sains dalam aplikasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) serta perbezaan tahap pengetahuan pedagogi dan kesediaan pengajaran guru novis dan guru berpengalaman Sains dalam aplikasi KBAT. Pemilihan sampel kajian dipilih secara rawak dalam kalangan guru mata pelajaran Sains dari seluruh daerah Pulau Pinang dengan populasi (N= 892) manakala sampel (n = 265). Data soal selidik telah dianalisis secara deskriptif bagi mengetahui min, kekerapan, sisihan piawai dan peratusan bagi tahap persepsi pengetahuan pedagogi dan kesediaan pengajaran. Bagi menerangkan perbezaan tahap persepsi pengetahuan dan tahap kesediaan pengajaran antara guru novis dan guru berpengalaman, analisis secara inferensi telah dijalankan dengan menggunakan ujian-t. Hasil analisis menunjukkan responden kajian mempunyai tahap persepsi pengetahuan pedagogi (Min= 4.49, sisihan piawai =0.46) d.....

895 hits

24882024
Final Year Project
Persepsi guru Sains Sekolah Menengah di daerah Muar terhadap pelaksanaan pembelajaran berasaskan projek (PjBL)
Nur Farhana Ayob
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi guru Sains sekolah menengah terhadap pelaksanaan pembelajaran berasaskan projek (PjBL) di daerah Muar. Pembelajaran berasaskan projek (PjBL) merupakan salah satu kaedah pengajaran abad ke- 21 yang dapat membantu guru mengajar mengikut keperluan murid. Kajian ini menggunakan rekabentuk kajian tinjauan dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Seramai 108 responden telah dipilih melalui kaedah persampelan rawak mudah terdiri daripada guru Sains yang mengajar di daerah Muar. Analisis deskriptif dilaporkan melalui nilai skor min dan sisihan piawai. Hasil dapatan mendapati persepsi guru Sains sekolah menengah terhadap pelaksanaan pembelajaran berasaskan projek (PjBL) mempunyai nilai min 4.53 (s.p : 0.380) manakala persepsi guru Sains sekolah menengah terhadap murid ketika pelaksanaan pembelajaran berasaskan projek (PjBL) memiliki min yang paling tinggi 4.91 (s.p : 0.182) dan min bagi persepsi guru Sains sekolah m.....

809 hits

24892024
Final Year Project
Pembangunan dan persepsi permainan Chembond-Ji bagi bidang pembelajaran Ikatan Kimia dalam kalangan pelajar Kimia tingkatan 4
Norazrina Md Ramin
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan permainan ChemBond-Ji sebagai bahan bantu mengajar bagi bidang pembelajaran Ikatan Kimia dan mengkaji persepsi pelajar terhadap reka bentuk, kebolehgunaan dan kepuasan. Reka bentuk kajian ini adalah merupakan kajian pembangunan menggunakan pendekatan kuantitatif melalui kaedah tinjauan. Proses pembangunan ChemBond-Ji adalah berdasarkan lima fasa dalam model ADDIE dan dibina menggunakan konsep permainan Jumanji. Responden melibatkan 80 orang pelajar Tingkatan 4 kelas aliran sains tulen di beberapa buah sekolah di daerah Seremban, Negeri Sembilan dipilih menggunakan teknik persampelan mudah. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah borang kesahan pakar dan soal selidik persepsi. Kesahan kandungan dan soal selidik ChemBond-Ji telah disemak oleh dua orang pensyarah Kimia dan memperoleh nilai peratusan masing-masing sebanyak 93.7% dan 91.7%. Data yang diperoleh dikumpul dan dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif untuk m.....

909 hits

24902023
Article
Tahap penguasaan kemahiran literasi menulis Bahasa Melayu dalam kalangan murid tahun satu
Chew, Fong Peng
Kemahiran literasi menulis merupakan suatu kemahiran asas yang perlu dipelajari dan dikuasai oleh semua murid di sekolah rendah. Jika kemahiran ini tidak dikuasai akan menyebabkan proses pembelajaran mereka terjejas. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengetahui tahap penguasaan kemahiran literasi menulis bahasa Melayu dalam kalangan murid tahun satu, membandingkan tahap penguasaan kemahiran literasi menulis bahasa Melayu antara murid-murid lelaki dan perempuan serta membandingkan tahap penguasaan kemahiran literasi menulis bahasa Melayu antara sekolah kebangsaan (SK), sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT). Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui ujian. Responden kajian ini terdiri daripada 105 orang murid SK, SJKC dan SJKT di sekitar daerah Segamat, Johor dipilih untuk menjawab ujian-tersebut. Kajian ini memfokuskan pada tahap penguasaan murid-murid dalam kemahiran menulis serta perbezaan tahap penguasaan kemahiran literasi den.....

830 hits

[ First ] [ Prev ] Page 249 of 1110 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.