|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Latest addition to the database : |
| 951 | 2005 Thesis | The effectiveness of using authentic materials to teach vocabulary among lower secondary school students: a case study Carmal Teresa Aroney Pereira This study investigated the effectiveness of using authentic materials to teach vocabulary. Quantitative data were collected and analyzed by using the Statistical Package for Social Sciences (SPSS). The samples (N=60) comprised of two classes of Form Two students. The students in the experimental group were taught using authentic materials to learn vocabulary while the students in the control group were taught using the conventional method. The students were administered a pre-test to assess the initial vocabulary levels of the students and two weeks later a post-test to assess the vocabulary development. Data collected revealed that the students in the experimental group had higher achievement than the students in the control group. The difference between the two groups was statistically significant. This indicated that students acquired more vocabulary through exposure to authentic materials in the teaching of English. Thus it is recommended that various authentic materials be used d..... 243 hits |
| 952 | 2024 Article | Kesediaan pelajar dalam mendapatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah Atihirah Mohd Amin Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap stigma murid serta tahap kesediaan murid terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. Kajian ini dijalankan secara tinjauan dan maklumat diperolehi melalui soal selidik yang melibatkan 125 orang murid tingkatan empat dan lima di Sekolah Menengah Kebangsaan Naning, Melaka. Soal selidik yang digunakan ialah alat ukuran Self-stigma of seeking help Scale (SSOSH) dan Attitudes Toward Seeking Professional Psychological Help (ATSPPH). Hasil analisis Korelasi Pearson menunjukkan hubungan yang positif antara stigma murid dengan kesediaan pelajaran dalam mendapatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa stigma pelajar perlu diperbaiki bagi meningkatkan lagi kesediaan mereka dalam mendapatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
Kata kunci: stigma, kesediaan pelajar, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.. 198 hits |
| 953 | 2024 Article | Kesan modul kaunseling keusahawanan (mycounselorpreneur) terhadap minat, pengetahuan dan kemahiran keusahawanan dalam kalangan pelajar universiti awam Mohd. Noor Idris Kajian ini bertujuan untuk menilai kesan latihan kaunseling modul Mycounselorpreneur terhadap terhadap minat, pengetahuan, dan kemahiran keusahawanan. Kajian eksperimen ini menggunakan reka bentuk kajian kumpulan kawalan pra-uji pasca-uji dengan sampel 60 pelajar kaunseling dari Universiti Pendidikan Sultan Idris. Para pelajar dibahagikan kepada kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan menerusi pensampelan strata untuk memasti setiap kumpulan mempunyai jumlah yang sama bagi lelaki dan perempuan. Kumpulan rawatan menerima sebelas sesi latihan keusahawanan menggunakan modul My Counselorpreneur, manakala kumpulan kawalan tidak dijalankan apa apa aktiviti. Ujian pra dan ujian pasca melalui soal selidik dijalankan untuk mengukur minat, pengetahuan dan kemahiran keusahawanan pelajar. Analisis data dilakukan menggunakan Perisian Pakej untuk Sains Sosial (SPSS). Keputusan ujian t berpasangan menunjukkan peningkatan yang signifikan dalam pengetahuan, kemahiran, dan minat keusahawanan bagi kedua-du..... 240 hits |
| 954 | 2024 Article | Hubungan amalan penjagaan diri dengan stres dalam kalangan kaunselor pelatih Nor Aliah Kassim Ong Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji hubungan antara amalan penjagaan diri dengan stres dalam kalangan kaunselor pelatih di empat buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia. Pendekatan kuantitatif melalui kajian korelasi digunakan bagi mengukur hubungan amalan penjagaan diri dengan stres dalam kalangan kaunselor pelatih. Seramai 135 orang kaunselor pelatih di peringkat Ijazah Sarjana Muda yang telah atau sedang menjalani latihan Praktikum dan Internship Kaunseling telah dipilih sebagai responden kajian. Self-Care Practices Survey (SCPS) (2011) dan Inventori Stres Pelajar (ISP, 2020) digunakan sebagai instrumen kajian. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap stres dalam kalangan kaunselor pelatih adalah sederhana. Antara amalan penjagaan diri, aspek rohani merupakan yang tertinggi diamalkan dengan min 4.16, manakala aspek fizikal adalah yang paling kurang diamalkan dengan min 3.56. Kajian turut mendap..... 332 hits |
| 955 | 2024 Article | Stres dalam kalangan kaunselor pelatih yang menjalani internship kaunseling di institusi pengajian tinggi Mohamad Hamizi Ramli Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti komponen internship kaunseling yang menjelaskan kepada situasi stres terhadap kaunselor pelatih yang menjalankan internship di institusi pengajian tinggi awam di Malaysia. Kajian ini telah dilaksanakan ke atas 157 orang responden bagi pengumpulan data deskriptif dan empat orang partisipan bagi data sokongan. Dapatan analisis deskriptif dan temubual mencadangkan bahawa terdapat empat komponen dalam perlaksanaan internship kaunseling sebagai penyumbang utama kepada stres dalam kalangan kaunselor pelatih iaitu perlaksanaan sesi kaunseling individu, perlaksanaan sesi kaunseling kelompok, pengurusan dan pentadbiran (pengurusan fail dan rekod; dan penulisan laporan) dan isu peribadi (kewangan). Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa lebih daripada separuh responden mengalami stres yang memerlukan kepada bantuan. Justeru, kajian ini mencadangkan penekanan terhadap aspek kesejahteraan mental dan penjagaan diri kaunselor pelatih, penyeliaan yang berkuali..... 393 hits |
| 956 | 2024 Article | Hubungan antara strategi daya tindak dengan stres dalam kalangan murid sekolah menengah Leela Mary Muniandy Kanak-kanak tidak terkecuali daripada stres dan daya tindak yang merupakan aspek penting dalam menghadapi cabaran hidup. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara strategi daya tindak terhadap stres dalam kalangan murid di tiga buah sekolah di utara tanah air. Kajian kuantitatif ini menggunakan kajian tinjauan dengan responden seramai 370 orang murid daripada tiga buah sekolah menengah di sebuah daerah di negeri Kedah. Data kajian dikumpul dengan menggunakan soal selidik Perceived Stres untuk mengukur tahap stres dan soal Selidik Brief Cope-28 untuk mengkaji strategi gaya daya tindak. Data kajian dianalisis menggunakan analisis statistik deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan tahap stres dan strategi daya tindak murid berada pada tahap sederhana. Selain itu, analisis korelasi menunjukkan terdapat hubungan signifikan antara strategi daya tindak dengan stres dalam kalangan murid di tiga buah sekolah di utara Malaysia. Implikasi dan perbincangan turut dib..... 268 hits |
| 957 | 2024 Article | Kesihatan mental, literasi bantuan dan kualiti hidup di kalangan penjaga warga emas di rumah Kuang, Chiew Sia Kajian ini bertujuan mengkaji tahap kesihatan mental, literasi bantuan dan kualiti hidup serta menilai hubungan antara kesihatan mental dengan literasi bantuan keluarga, hubungan antara kesihatan mental dengan kualiti hidup serta hubungan antara literasi bantuan dengan kualiti hidup di kalangan penjaga warga emas di rumah. Pendekatan kuantitatif reka bentuk tinjauan digunakan dalam kajian ini. Dengan itu, soal selidik disediakan dalam bentuk pautan Google Form dan diedarkan melalui aplikasi Whatsapps dan Facebook kepada responden yang terpilih melalui kaedah persampelan secara bertujuan dan sebanyak 153 sampel lengkap diterima. Sampel kajian terdiri daripada penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan penjaga warga emas dari seluruh Malaysia. Tiga jenis instrumen digunakan iaitu Kesihatan Umum-12, Singapore Caregiver Quality of Life Scale dan Literasi Bantuan. Data dianalisis dengan kaedah deskriptif dan inferensi. Analisis deskriptif menjelaskan bahawa penjaga warga emas di ruma..... 343 hits |
| 958 | 2024 Article | The experience of orang asli students towards guidance and counseling services Nurin Jazlin Mohd Rushdi This study investigates the experiences of Orang Asli students with guidance and counseling services in an Orang Asli village school, focusing on their motivations, experiences, and challenges in accessing these services. The study has three main objectives: to identify the motivations that lead Orang Asli students to seek guidance and counseling services, to understand their experiences with these services, and to explore the challenges they face in accessing them. Using a qualitative, phenomenological approach, the study selected three upper secondary students through purposeful sampling. Data were collected through semi-structured interviews, and triangulation with multiple data sources was used to ensure validity and reliability. Analysis of the interviews identified themes related to external and internal motivations, emotions, thoughts, and behaviors, as well as external and internal challenges. The findings offer insights for stakeholders, including parents, the Ministry of Educ..... 258 hits |
| 959 | 2024 Article | Meneroka hubungan kekeluargaan dalam kalangan murid yang mencederakan diri tanpa niat bunuh diri di salah sebuah sekolah menengah daerah Kuala Langat Siti Hajar Aliyais Non-Suicidal Self-Injury (NSSI) merujuk kepada tindakan seseorang yang menyebabkan kecederaan pada diri sendiri tanpa niat untuk mengakhiri nyawa. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneroka pengalaman dan hubungan kekeluargaan dalam kalangan murid yang melakukan NSSI. Kaedah kajian ini dilakukan secara kualitatif kajian kes. Kajian ini melibatkan kaedah temu bual dengan tujuh orang peserta kajian yang pernah mengalami keinginan untuk melukai diri sendiri. Dalam kajian ini, data analisis menggunakan Model 3C Litchman. Dapatan kajian telah menghasilkan lapan tema utama berkaitan faktor mencederakan diri tanpa niat bunuh diri. Kajian ini juga menemukan bahawa setiap subjek kajian mempunyai cara tersendiri untuk menyelesaikan masalah ketika mereka merasa terfikir untuk melukai diri. Kajian ini sedikit sebanyak dapat menjadikan komuniti yang berada dalam bidang kaunseling khususnya di Malaysia lebih bersedia untuk menghadapi cabaran pada masa akan datang. Kefahaman ini penting bagi kaun..... 269 hits |
| 960 | 2024 Article | Pengaruh tret personaliti, sokongan ibu bapa dan efikasi-kendiri dalam membuat keputusan kerjaya terhadap jangkaan hasil kerjaya pelajar universiti Anis Fatima Savugathali Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh tret personaliti, sokongan ibu bapa, efikasi-kendiri dalam membuat keputusan kerjaya terhadap jangkaan hasil kerjaya pelajar universiti. Kajian ini melibatkan 765 orang responden yang terdiri daripada pelajar universiti tahun akhir. Terdapat empat instrumen kajian yang digunakan untuk mengukur pemboleh ubah iaitu International Personality Item Pool (IPIP), Skala sokongan ibu bapa, Efikasi-kendiri membuat keputusan kerjaya-ringkasan dan Career Decision Making Outcome Expectancies Scale. Dapatan kajian mendapati efikasi-kendiri dalam membuat keputusan kerjaya, tret personaliti Ekstraversi dan Keterbukaan adalah peramal yang signifikan dan menyumbang kepada jangkaan hasil kerjaya pelajar universiti. Implikasi daripada kajian ini menunjukkan bahawa tret personaliti, efikasi-kendiri dalam membuat keputusan kerjaya dan jangkaan hasil kerjaya dapat membantu pelajar tahun akhir untuk merancang kerjaya dengan lebih baik.
Kata kunci: tret perso..... 337 hits |
| [ First ] [ Prev ] | Page 96 of 1139 | [ Next ] [ Last ] |