UPSI Digital Repository (UDRep)

Latest Additions

Recently added items to the database

1711
Abstract
Perception of online scamming is crucial for university students. At University M, undergraduate students are encountering online scams. This study investigates the opinions of University M undergraduates living in off-campus student housing. Multistage sampling is employed to create clusters and sub-clusters within the sample, and statistical methods such as frequency analysis, factor analysis, and descriptive statistics are utilized. Data analysis is conducted using the Statistical Package for Social Science (SPSS) and Excel. The sample comprises University M undergraduates residing in off-campus housing who completed a questionnaire, serving as the data source for this research. The study examines the awareness of online scamming among University M undergraduates in off-campus housing, identifies major factors contributing to online scamming, and explores effective ways to prevent it. The results indicate that the primary factors influencing students' experiences with scams are tech.....
Article Published 2024 333 hits Available
1712
Abstract
Perkembangan teknologi digital telah mewujudkan masyarakat berdasarkan media di mana ruang manusia tidak lagi terbatas kepada kapasiti fizikal semata-mata. Ini membuka lebih banyak peluang bagi sesiapa sahaja untuk menggunakan media sosial untuk tujuan jenayah atau melakukan tingkah laku devian secara dalam talian jika tiada kawalan seperti gangguan seksual, penyebaran berita palsu, kebocoran data dan maklumat peribadi, dan lain-lain. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji pengaplikasian konsep kawalan sosial dalam komuniti maya. Kajian ini menggunakan pendekatan analisis kandungan berdasarkan data sekunder sebagai prosedur pengumpulan data. Keputusan kajian menunjukkan bahawa komuniti maya menggunakan media sosial untuk beberapa tujuan seperti hiburan, sokongan sosial, komunikasi, mencari maklumat, menjalin hubungan sosial, dan lain-lain. Keputusan juga menunjukkan bahawa konsep kawalan sosial dapat dilihat dari segi formal, informal serta dapat mengekang tingkah laku devian dan jena.....
Article Published 2024 488 hits Available
1713
Abstract
Pelbagai dasar dan strategi telah diperkenalkan oleh kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah dalam kalangan rakyat Malaysia. Namun, isu ini masih belum dapat diselesaikan secara konklusif sehingga kini. Artikel ini membincangkan hasil kajian mengenai kesan multidimensi akibat ketidakmampuan untuk memiliki rumah dalam kalangan golongan berpendapatan sederhana bandar di negeri Pulau Pinang. Satu tinjauan secara kualitatif telah dijalankan melalui kaedah temu bual mendalam dengan 30 orang ketua isi rumah berpendapatan sederhana bandar di negeri ini. Data kajian dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik. Hasil kajian menunjukkan empat dimensi utama kesan ketidakmampuan untuk memiliki rumah dalam kalangan golongan yang dikaji iaitu kesan peribadi, geografi, kewangan dan fizikal. Implikasi kajian ini ialah keperluan untuk mengaplikasikan pendekatan multidimensi dan bersepadu dalam menganalisis masalah kemampuan pemilikan rumah supaya isu ini dapat diselesaikan secara efektif. Pendek.....
Article Published 2024 297 hits Available
1714
Abstract
Dunia kini menghadapi pelbagai cabaran alam sekitar. Tanah yang sihat, bekalan makanan bersih dan segar, dan air dan udara bersih hanyalah sebahagian daripada keperluan asas yang membolehkan manusia hidup. Namun dengan populasi yang semakin meningkat dan permintaan manusia terhadap sumber berharga bumi, pencemaran udara telah menjadi masalah berterusan di banyak negara di rantau Asia Tenggara, dan Malaysia adalah antara yang paling teruk terjejas. Oleh itu, memahami kesedaran tentang punca pencemaran udara adalah penting untuk memaklumkan pendekatan paling efektif kepada kerajaan untuk menangani masalah ini. Kajian ini membentangkan tinjauan keratan rentas yang dijalankan di Lembah Klang (iaitu Selangor dan Kuala Lumpur) untuk mengkaji persepsi dan pendapat penduduk Malaysia terhadap punca pencemaran udara iaitu pembakaran terbuka, pelepasan industri, pengangkutan, pertanian, dan asap rokok. Hasil kajian mendapati bahawa pembakaran terbuka, pelepasan industri, pengangkutan, pertanian, .....
Article Published 2024 1309 hits Available
1715
Abstract
Malaysia komited terhadap pendidikan inklusif yang berkualiti dan transformatif. Ini dijelaskan melalui lima inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang selaras dengan ‘Incheon Declaration Education 2030’, menegaskan tentang perlunya pendidikan inklusif dan pembangunan profesional berterusan guru yang berkualiti. Walaubagaimanapun, amalan inklusif didapati tidak konsisten lantaran wujudnya kepelbagaian dan kerumitan praktis, termasuk kepelbagaian etnik, budaya, bahasa, agama dan sistem persekolahan yang mempengaruhi promosi dan pelaksanaan pendidikan inklusif. Kajian ini menyelidiki perspektif guru tentang keperluan pembangunan profesional untuk pelaksanaan program pendidikan inklusif di sekolah rendah. Kajian ini menggunakan pengkaedahan kualitatif, dan data diperolehi dari lima buah sekolah: tiga dengan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan dua sekolah bukan PPKI. Seramai 25 guru termasuk pemimpin sekolah telah ditemubual secara individu dan 51 gu.....
Article Published 2024 684 hits Available
1716
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk mendapatkan kesepakatan pakar terhadap keperluan mewujudkan modul Kurikulum Pendekatan Neoterik bagi subjek Pendidikan Moral berdasarkan pembelajaran berasaskan masalah. Dalam kajian ini, kaedah Fuzzy Delphi Methode (FDM) menggunakan tujuh skala likert digunakan bagi mengumpulkan 10 orang pakar dalam bidang Pendidikan Moral yang mempunyai pengalaman mengajar lebih 10 tahun. Borang soal selidik kajian mengandungi 14 item yang terkandung dalam reka bentuk dan pembangunan modul Kurikulum Pendekatan Neoterik bagi subjek Pendidikan Moral tahun satu. Dapatan kajian menunjukkan secara jelas bahawa kesemua item dalam elemen pendekatan pembelajaran berasaskan masalah adalah nilai Threshold (d) tidak melebihi 0.2, peratus kesepakatan pakar juga tidak kurang dari 75% dan nilai Defuzzyfication juga melepasi syarat yang ditetapkan. Implikasi kajian ini dilihat dari segi penilaian yang dinilai oleh pakar di mana modul ini boleh digunakan sebagai bahan bantu mengajar dalam.....
Article Published 2024 418 hits Available
1717
Abstract
The study discusses the merits and demerits of virtual learning among Malaysian secondary school students in the first term of the Covid 19 pandemic. This quantitative research was conducted through a semi-structured online survey using a random sample technique of 100 respondents. It revealed that the respondents of this study preferred face to face learning over virtual learning. Multiple obstacles and hiccups including technical and internet issues, sharing of device, limited data, time management, among others, geared to this affirmation. Virtual learning during the first term of the pandemic offered more demerits than merits as the disadvantages overshadowed the benefits of online learning experienced by these secondary school students. The finding implies that understanding the demerits of virtual learning can assist in reducing the issues raised as well as providing effective solutions in future. This study proposes that education stakeholders to be extra vigilant and proactive .....
Article Published 2024 370 hits Available
1718
Abstract
Kajian ini bertujuan mengenalpasti tahap pengetahuan dan kesediaan guru Sains terhadap teknik penyoalan berdasarkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Pengkaji telah memilih pendekatan kajian kuantitatif melalui kaedah tinjauan dalam menjalankan kajian ini. Bagi kajian ini, pemilihan sampel dilaksanakan secara rawak mudah melibatkan 196 orang guru Sains sekolah menengah di daerah Seberang Perai Selatan dan Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan soal selidik yang mengandungi skala Likert empat mata untuk mendapatkan nilai min dan sisihan piawai. Dapatan analisis deskriptif menunjukkan bahawa responden kajian mempunyai pengetahuan (min keseluruhan = 3.36, sisihan piawai = 0.51) dan kesediaan (min keseluruhan = 3.48, sisihan piawai = 0.47) yang tinggi terhadap teknik penyoalan berdasarkan KBAT. Hasil analisis inferensi yang melibatkan ujian korelasi Pearson menunjukkan bahawa terdapat satu hubungan positif yang kuat dan signifikan antara tahap penge.....
Final Year Project Published 2024 645 hits Available
1719
Abstract
The research project aims to develop an e-learning tool named 'CellSplit Insight' with strong validity and assess its usability for teaching cell division in Form 4 Biology. Using a quantitative approach, the tool was developed following the ADDIE model, and its usability was assessed using the USE questionnaire adapted from Lund (2001). The study employed simple random sampling to select 37 students for the pilot test and 77 students for the field test across schools in Malacca. Expert validity, pilot testing, and field testing were conducted to evaluate the tool's validity, reliability, and usability. Data analysis methods included the Content Validity Index (CVI) for expert validity, Cronbach's Alpha for pilot testing, and descriptive analysis (mean and standard deviation) for field testing. Results indicated high validity with a CVI value of 1.0. Usability scores were also favourable across all constructs: usefulness (mean: 3.7857, sd: 0.37547), ease of learning (mean: 3.7857, sd: .....
Final Year Project Published 2024 901 hits Available
1720
Abstract
Kajian ini bertujuan membangunkan dan menguji kebolehgunaan sebuah bahan bantu mengajar (BBM) iaitu model EpicEaters bagi topik nutrisi sains tingkatan dua. Objektif kajian ini adalah untuk membangunkan alat bantu mengajar berasaskan model bagi topik nutrisi dalam mata pelajaran sains tingkatan dua, menilai kesahan dan kebolehpercayaannya serta meninjau persepsi pelajar terhadap kebolehgunaan model EpicEaters bagi topik nutrisi dalam mata pelajaran sains tingkatan dua. Kajian ini menggunakan reka bentuk Kajian Pembangunan (Developmental Research Design) dengan melibatkan penggunaan model ADDIE. Sampel yang digunakan bagi kajian ini terdiri daripada 30 pelajar bagi kajian rintis dan 123 pelajar tingkatan dua bagi kajian sebenar, yang dipilih melalui kaedah pensampelan rawak mudah. Borang soal selidik pula digunakan sebagai instrumen untuk mendapatkan kesahan daripada pakar dan data persepsi pelajar terhadap kebolehgunaan model EpicEaters. Data dianalisis dengan menggunakan indeks kesaha.....
Final Year Project Published 2024 274 hits Available
Page 172 of 1221

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.