UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

Today's popular searches:
PENDIDIKAN pembangunan matematik Komunikasi Kurikulum
Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak kanak Negara Perpustakaan Tuanku Bainun Goh swee Choo PENDIDIKAN ISLAM

Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
26612023
final_year_project
Kajian kes peranan dan gerak korus dalam teater Asik
Ebby Endriana Ellyn Jumari
Korus sering dianggap sebagai sokongan dalam sesebuah persembahan. Peranan korus kurang diberi penekanan dalam persembahan teater. Korus dalam teater Asik berperanan sebagai narator dan luahan emosi watak utama. Kajian ini akan memperlihatkan peranan dan kepentingan korus sebagai peneraju naratif. Objektif kajian ini ialah untuk mengenalpasti peranan korus, menghubungkaitkan gerak dan dialog yang dipersembahkan oleh korus serta menganalisis gerak fizikal korus dalam teater Asik. Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan beberapa pendekatan seperti borang soal selidik, pemerhatian tontonan rakaman dan temu bual. Kajian ini berlandaskan kepada teori Meyerhold bagi mengkaji gerak-gerak korus melalui potkaz, posil dan tochka. Analisis kajian turut menyentuh beberapa aspek seperti hubungan gerak dan dialog serta formasi perlambangan. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa peranan korus merupakan narator, hubungkait gerak dengan dialog serta analisis gerak fizikal korus ialah ge.....

855 hits

26622023
final_year_project
Konsep pencahayaan dalam a Theatrical Audiovisual Earthshine
Nazlieya Tohiman
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti konsep pencahayaan yang digunakan dalam persembahan A Theatrical Audiovisual Earthshine yang dipentaskan di Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC) arahan Hoo Lee Ching bersama Tess Pang. Kajian ini akan menganalisis beberapa elemen yang digunakan dalam pementasan Earthshine, melihat nilai-nilai estetika yang digunapakai dalam pementasan Earthshine sama ada memberi impak kepada penonton, dan menganalisis konsep pencahayaan dengan konsep pengarahan dalam pementasan Earthshine selari. Pencahayaan dalam sesebuah persembahan amat penting dan tidak semua sedar akan perkara itu. Dalam penyelidikan ini, pengkaji membincangkan metodolgi kajian yang akan menerangkan tentang kaedah kajian, reka bentuk kajian, prosedur pengumpulan data dan sebagainya. Hasil dapatan kajian yang diperolehi perlulah menjawab setiap objektif dan persoalan kajian. Objektif kajian ini adalah untuk aspek pencahayaan yang mempengaruhi persembahan Earthshine, menjus.....

419 hits

26632023
final_year_project
Hubungan antara penggunaan media sosial dan tingkah laku agresif pelajar sekolah menengah di sebuah sekolah Daerah Muallim
Umi Aida Musa
Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji sejauh mana hubungan penggunaan media sosial terhadap tingkah laku agresif dalam kalangan pelajar sekolah menengah di sebuah sekolah daerah Muallim. Kajian ini melibatkan pelajar daripada tingkatan satu, dua, tiga dan empat sahaja yang dipilih secara rawak mudah. Jumlah pelajar yang terlibat seramai 335 orang pelajar di sekolah tersebut. Instrumen kajian yang akan dilakukan ialah set soalan soal selidik yang merangkumi dua jenis soal selidik iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A digunakan untuk mengkaji maklumat demografi yang berkaitan dengan latar belakang dan tahap masa penggunaan media sosial responden. Manakala Bahagian B pula melibatkan soalan daripada soal selidik tingkah laku agresif bagi mengukur tahap tingkah laku agresif dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Item-item soal selidik diukur dengan menggunakan skala likert. Data yang diperolehi akan diproses menggunakan Statiscal Package Sosial Science (S.....

2038 hits

26642019
final_year_project
Pembangunan aplikasi mudah alih untuk topuk perwakilan data: JomKira
Wan Nur Aqilah W.Yusof
Aplikasi mudah alih JomKira merupakan aplikasi yang berfokuskan kepada topik Perwakilan Data. Aplikasi ini berfungsi sebagai kalkulator penukaran dan nota ringkas yang dikhaskan kepada pelajar sekolah menengah yang mengambil subjek Asas Sains Komputer. Objektif utama penyelidikan ini adalah untuk mengenalpasti keperluan dan rekabentuk aplikasi JomKira dan seterusnya membangunkan aplikasi JomKira. Metodologi pembangunan yang digunakan adalah adalah berasaskan model Air Terjun kerana fasa-fasanya yang sistematik dan teratur. Pengujian aplikasi dilakukan terhadap pelajar sekolah menengah yang berkaitan melalui pengedaran borang soal selidik secara atas talian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa aplikasi JomKira ini adalah mesra pengguna dan mencapai objektif pembangunan yang telah dinyatakan...

692 hits

26652018
final_year_project
Pengekalan elemen landskap laman Melayu tradisi Dalam Ingatan
Nazura Abd Rahim
Penyelidikan identiti landskap Melayu meliputi senibina lanskap yang berteraskan kepada fungsi dan budaya Melayu. Identiti landskap melayu terdiri daripada dua komponen penting iaitu tanaman dan perabot laman. Setiap komponen mempunyai nilai budaya dan kesenian tersendiri, mempamerkan simbol budaya Melayu yang wujud di dalamnya. Nilai Melayu yang tertakluk kepada kepercayaan, alam fikir dan budaya fikir masayarakat Melayu yang berkait rapat dengan adat dan budaya kehidupan Melayu. Ini ditunjukkan secara tersirat melalui aspek rekabentuk, kesenian, susunatur, simbol dan fungsi. Elemenelemen yang terdapat di persekitaran kawasan kediaman Melayu mempunyai nilai dan simbolisme yang tersirat yang dapat difahami dengan penghayatan terhadap maksud yang hendak disampaikan sama ada dari aspek budaya mahu pun fungsinya...

337 hits

26662018
final_year_project
Motion graphic HFMD Epidemic sebagai medium penyampai informasi menerusi media elektronik
Muhammad Fakhruddin Abdul Aziz
Inspirasi kajian ini tercetus apabila tularnya wabak penyakit berjangkit bermusim yang menyerang masyarakat kita sepeti SARS, H1N1 dan HFMD. HFMD berlaku disebabkan jangkitan virus Coxsackie pada sistem imunisasi badan. Ini sangat membimbangkan kerana wabak ini menyerang kanak-kanak yang berusia tujuh tahun ke bawah. HFMD Epidemic merupakan sejenis karya multimedia, motion graphic yang membawa maksud wabak penyakit tangan kaki dan mulut. Motion graphic terdiri daripada dua jenis perkataan iaitu motion dan graphic yang memberi erti pergerakan dan grafik. Motion graphic merupakan sebahagian daripada cabang multimedia. Oleh itu reka bentuk untuk menghasilkan motion graphic ini terdiri daripada teori-teori multimedia. Tujuan karya ini dihasilkan adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat umum dan khususnya ibu bapa tentang bahayanya wabak penyakit berjangkit HFMD. Di samping itu, pada era yang serba moden pada hari ini Malaysia telah mencapai pelbagai kejayaan dalam indus.....

393 hits

26672022
final_year_project
Pendidikan politik di Malaysia dan Korea Selatan: suatu perbandingan
Nur Hazirah Sudin
Hasil PRN Johor yang pertama kalinya membenarkan pengundi berusia 18 tahun mengundi, telah mendapat banyak maklum balas terhadap keperluan pendidikan politik kepada pengundi baharu kerana Undi 18 gagal memberi kesan ketara terhadap hasil pengundian di Johor. Pelaksanaan Undi 18 perlu disertakan dengan pendidikan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kesediaan anak muda untuk terlibat dengan demokrasi. Maka, kajian ini melihat perlunya pendidikan Politik untuk diterapkan dalam pendidikan persekolahan Malaysia dengan melihat kesesuaian pendidikan Politik di Korea Selatan untuk diaplikasikan di Malaysia. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dan kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah analisis kandungan. Hasil kajian mendapati bahawa Pendidikan politik di Malaysia telah diintegrasikan menerusi pendidikan tahap sekolah, pendidikan tahap universiti dan menerusi program. Pendidikan tahap sekolah merupakan pendidikan Sejarah, Sivik dan Pengajian Am. Pendidikan ta.....

2011 hits

26682022
final_year_project
Implikasi perdamaian Kapit 1924 terhadap politik orang Iban di Sarawak sehingga tahun 1963
Fabian Jeffery
Kajian ini bertujuan untuk menilai implikasi perdamaian Kapit 1924 terhadap politik orang Iban sehingga t tahun 196 3. Fokus kajian ini ialah untuk melihat penglibatan orang Iban dalam politik selepas perdamaian Kapit dalam usaha Iban memperjuangkan survival politik orang Iban. Kajian ini menggunakan metadologi sejarah dengan menggunakan pendekatan kualitatif me mengandung i empat peringkat iaitu heuristik, kritik, pentafsiran dan penulisan sejarah. Sumber primer diperoleh daripada Arkib Negara Malaysia dan Pustaka Negeri Sarawak. Sumber sekunder pula terdiri daripada jurnal, buku, tesis yang diperoleh daripada atas talian d an perpustakaan di Malaysia. Sumber tersebut telah dinilai dan ditentukan ketulenan sumber dan kesahan maklumat. Fakta yang diperoleh ditafsir dan diolah dalam bentuk nafatif serta menekankan aspek sebab dan akibat. Hasil kajian ini mendapati perdaperdamaian Kapit ini diadakan untuk membina hubungan baik antara orang Iban dengan kaum lain. Kesimpulan dar.....

836 hits

26692022
final_year_project
Amalan Sogit dalam perkahwinan masyarakat Dusun di Daerah Kota Belud Sabah
Willima Oshwira Ensin
Amalan sogit merupakan amalan yang diwarisi oleh masyarakat Dusun di daerah Kota Belud Sabah sejak zaman dahulu lagi. Pelaksanaan amalan Sogit dalam perkahwinan yang rumit telah membebankan masyarakat Dusun. Sejajar dengan itu, maka kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti jenis-jenis dan menganalisis kaedah pelaksanaan amalan sogit dalam perkahwinan masyarakat Dusun serta menilai kewajaran amalan sogit tersebut. Kajian ini telah menggunakan reka bentuk penyelidikan kualitatif pendekatan fenomenologi dan temu bual separa berstruktur bersama tiga orang informan. Sampel kajian telah dipilih dengan menggunakan pensampelan bukan rawak jenis pensampelan bertujuan iaitu hanya yang berpengetahuan dan berpengalaman dalam amalan sogit dalam perkahwinan masyarakat Dusun. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat beberapa peraturan adat dalam masyarakat Dusun di daerah Kota Belud Sabah yang perlu dipatuhi oleh masyarakat Dusun terutamanya pasangan yang hendak berkahwin. Kaedah pelaks.....

2363 hits

26702022
final_year_project
Impak buli siber terhadap emosi mahasiswa UPSI
Azizul Azwadey Azib
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap dan jenis buli siber yang dihadapi oleh mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)), sejauhmanakah impak buli siber terhadap emosi mahasiswa UPSI serta apakah solusi dan langkah bagi mengatasi masalah buli siber. Sampel bagi kajian ini adalah seramai 200 orang yang dipilih dalam kalangan mahasiswa UPSI. Reka bentuk kajian ini adalah menggunakan kajian kuantitatif dengan menggunakan pendekatan tinjaun. Instrumen kajian yang digunakan ialah melalui pengedaran borang selidik dan data diperolehi dianalisis menggunakan statistik deskriptif. Hasil kajian ini mendapati impak buli siber yang dihadapi oleh mahasiswa berada pada tahap yang tinggi. Hasil kajian juga mendapati hanya terdapat beberapa kesan negatif dari aspek emosi mahasiswa akibat buli siber seperti menghadapi kesukaran untuk tidur di waktu malam dan trauma dengan orang sekeliling. Malah, keputusan hasil kajian juga, solusi dan langkah bagi mengatasi masalah buli si.....

1039 hits

[ First ] [ Prev ] Page 267 of 959 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.