UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

Today's popular searches:
PENDIDIKAN matematik Komunikasi Kurikulum Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak kanak Negara
Ahmad Hashim model Abdul Halim Ali ghazali din

Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
26712021
article
Permuafakatan ibu bapa dan kejiranan untuk meningkatkan kualiti penyelenggaraan dan tahap keselamatan taman permainan di tadika swasta
Syed Lamsah Syed Chear
Kanak-kanak sering dikaitkan kepada peralatan permainan, dan taman permainan merupakan imej utama yang menonjolkan sesebuah tadika. Rutin harian di tadika membiarkan kanak-kanak bebas bermain sebagai proses sosialisasi dan untuk meransang tumbesaran fizikal yang seimbang. Garis Panduan Penubuhan Taska dan Tadika, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan 2012 serta akta-akta dan beberapa peraturan lain yang berkaitan pengoperasian tadika hanya memfokus kepada reka bentuk fizikal bangunan tadika, manakala peralatan permainan tidak diperhalusi. Objektif kajian ini adalah untuk menilai tahap kemampuan tadika swasta untuk menyelenggara peralatan dan taman permainan, anggapan nilai taman permainan, serta kesediaan ibu bapa dan kejiranan untuk bermuafakat. Data kajian diperolehi melalui borang soal selidik dan lawatan ke lokasi antara Ogos dan Oktober 2020 iaitu dalam tempoh pelaksanaan PKPP di seluruh negara. Lebih daripada 90 buah tadika telah dihubungi dan mendapat 60 maklum balas. Pote.....

321 hits

26722021
article
Penerapan kemahiran sosial terhadap kanak-kanak melalui aktiviti main peranan
Nur Diyanah Hasan
Kajian ini bertujuan mengkaji amalan aktiviti main peranan terhadap perkembangan kemahiran sosial kanakkanak berumur 4 tahun. Kajian ini mempunyai dua objektif iaitu untuk mengenal pasti amalan aktiviti main peranan terhadap perkembangan kemahiran sosial kanak-kanak berumur 4 tahun, dan mengetahui persepsi guru tentang amalan aktiviti main peranan terhadap perkembangan kemahiran sosial kanak-kanak berumur 4 tahun. Kajian ini melibatkan empat orang sampel dalam kalangan kanak-kanak perempuan berusia empat tahun, dan tiga orang sampel dalam kalangan guru tadika. Kajian ini dijalankan di sebuah tadika swasta yang terletak di bandar Melaka. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah senarai semak, temu bual dan rekod anekdot. Hasil daripada kajian ini, mendapati melalui amalan aktiviti main peranan berlaku penerapan kemahiran sosial terhadap kanak-kanak berumur 4 tahun. Kemahiran sosial tersebut adalah bekerjasama, berkomunikasi, persahabatan, kemahiran berkongsi peralatan deng.....

331 hits

26732020
final_year_project
The effect of e-WOM quality, quantity and source credibility on consumer online purchase intention towards cosmetics products among UPSI student
Chien, Chee Lin
This research aims to determine the effect of e-WOM quality, quantity and source credibility on consumer online purchase intention towards cosmetic products among Sultan Idris Education University (UPSI) student. A quantitative approached was used in this research. Self-administered questionnaire was used as an instrument to collect the data. A sample for this study consisted of 238 students, which selected using stratified sampling technique. The data were analysed using Multiple Regression Analysis. The findings showed that e-WOM quality, quantity and source credibility has a positive and significant effect on consumers’ online purchase intention. In conclusion, the quality, quantity and source credibility of e-WOM play an important roles to influence the customer intention to purchase online. In implication, online business should pay attention on the important role of e-WOM as to induce the consumer purchase intention. As for the customer, e-WOM could serve as the best.....

422 hits

26742020
final_year_project
Pengaruh platform media digital terhadap tahap kecerdasan emosi pelajar dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Anum, Merlimau, Melaka
Anis Atiqah Abdul Aziz
Kajian ini dijalankan untuk meninjau pengaruh platform media digital iaitu media sosial dan permainan video terhadap tahap kecerdasan emosi dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Anum, Merlimau, Melaka Kajian ini mengandungi dua objektif kajian iaitu mengenalpasti hubugan media sosial dan permainan video terhadap tahap kecerdasan emosi pelajar. Responden kajian terdiri daripada 278 orang pelajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Anum. Instrumen yang telah digunakan di dalam kajian ini adalah satu set soalan soal selidik. Soal selidik ini terbahagi kepada 3 bahagian, bahagian A adalah untuk mendapatkan maklumat latar belakang responden. Bahagian B dan C mengandungi item-item yang berkaitan dengan persoalan kajian. Data kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) Version 21 untuk mendapatkan min, kekerapan, peratusan dan korelasi pearson. Kajian rintis dijalankan untuk melihat kebolehpercayaan dan kesesuaian.....

634 hits

26752020
final_year_project
Trust and privacy concern toward repurchase intention in online shopping: evidence among students in higher education
Liow, Mei Yee
Kajian ini dijalankan untuk menguji faktor kepercayaan dan kebimbangan privasi pelajar yang mempengaruhi niat pembelian semula dalam pembelian atas talian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Dalam kajian ini, seramai 375 responden telah menjawab soal selidik dan data tersebut telah dikumpulkan. Teknik pensampelan bukan kebarangkalian telah digunakan untuk mengumpulkan data daripada responden yang mempunyai pengalaman pembelian atas talian. Data primer dan sekunder digunakan untuk memberikan data yang tepat dalam kajian. Bagi analisis data, aplikasi SPSS versi 21.0 digunakan untuk mendapatkan keputusan bagi analisis deskriptif, analisis ke atas dua sampel bebas, kolerasi dan regresi berganda dalam kajian ini. Bagi hasil kajian yang didapati, ia membuktikan bahawa terdapat kesan positif antara kepercayaan dan kebimbangan privasi pelajar UPSI terhadap pembelian semula melalui pembelian atas talian. Selain itu, kajian mendapati bahawa tidak mempunyai perbezaan atas fa.....

543 hits

26762019
final_year_project
Pematuhan etika perniagaan dan amalan tanggungjawab sosial dalam kalangan pengusaha kiosk Upsipreneur
Nur Alia Nabilah Kashfi
Kajian ini bertujuan mengenal pasti hubungan antara tahap pematuhan etika perniagaan dan amalan tanggungjawab sosial serta untuk mengenal pasti tahap pematuhan etika perniagaan dan amalan tanggungjawab sosial dalam kalangan pengusaha kiosk upsipreneur di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Responden bagi kajian ini terdiri daripada 57 orang pengusaha kiosk upsipreneur. Manakala, instrumen yang digunakan adalah berbentuk borang soal selidik ke atas pengusaha kiosk upsipreneur. Data ini dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Sosial Science (SPSS) versi 23.0 bagi mendapatkan skor min, sisihan piawai, peratusan dan ujian korelasi. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa secara keseluruhan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pematuhan etika perniagaan dan amalan tanggungjawab sosial dalam kalangan pengusaha kiosk upsipreneur. Namun penyelidikan ini perlu diperhalusi lagi dengan pelbagai kaedah untuk mengenal pasti hubungan bagi etika perniagaan dan.....

990 hits

26772019
final_year_project
Faktor pendorong yang mempengaruhi keinginan mahasiswa semester akhir di Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam menjalankan perniagaan atas talian
Nur Fatin Farhana Mustafa
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji faktor pendorong yang mempengaruhi keinginan mahasiswa semester akhir di Fakulti Pengurusan dan Ekonomi(FPE), Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI) dalam menjalankan perniagaan atas talian. Pendekatan kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan sampel melibatkan 113 orang mahasiswa semester akhir FPE, UPSI sebagai responden kajian. Sampel kajian dipilih dengan menggunakan teknik kaedah pensampelan rawak mudah. Pengutipan data dilakukan dengan menggunakan borang soal selidik dan disebarkan melalui atas talian menggunakan google form. Data kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) melibatkan analisis deskriptif (frekuensi, min, dan sisihan piawai) dan inferensi (ujian kolerasi pearson dan ujian t-test). Dapatan kajian menunjukkan faktor pendorong yang paling dominan dalam mempengaruhi keinginan mahasiswa semester akhir FPE, UPSI dalam menjalankan perniagaan atas talian ialah faktor minat dii.....

1111 hits

26782023
final_year_project
Persediaan kualiti diri guru pelatih Pendidikan Islam Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Najah Abdul Rahim
Berdasarkan kajian lepas, terdapat isu guru pelatih kurang pengetahuan dan terlalu bergantung pada buku teks. Kebanyakan guru pelatih masih belum bersedia dalam menjalani Latihan Mengajar (LM). Terdapat juga guru pelatih yang melanggar tatasusila perguruan menunjukkan perilaku tidak baik. Antara objektif kajian ini adalah mengenal pasti keterampilan dan keperibadian Guru Pelatih Pendidikan Islam (GPPI) ketika menjalani LM di sekolah. Kedua adalah mengkaji keupayaan dan minat GPPI dalam menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran. Ketiga pula adalah menilai penguasaan GPPI dalam pengurusan pembelajaran. Antara kaedah penyelidikan yang digunakan dalam kajian adalah kuantitatif menggunakan instrument borang selidik, kemudian diedarkan responden kalangan GPPI semester 7 yang telah menjalani LM daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Seramai 82 GPPI yang mengisi borang soal selidik dan dapatan kajian dapat dikumpulkan. Hasil dapatan kajian bagi keterampilan dan keperibadian diri men.....

1367 hits

26792020
final_year_project
Factor influencing the intention to start-up online business among Malaysian students
Liew, Christine Wen Ting
The starting point of students to start an online business is because of the existence of the intention towards venturing new things. Start an online business is something common towards students who are interested to have extra income while pursuing their study. This study focus on to examine the influence of personal attributes and family support towards the intention to start-up online business among Sultan Idris Education University (UPSI) students. Theory of Planned Behaviour (TPB) are adopt in explaining the relationship between the variables. The data was collected using survey questionnaire towards 107 students in UPSI that was not involved in any business activity. The questionnaire validated can be used for further measurement of the intention to start-up online business. The Cronbach’s alpha was used to test the reliability of the questionnaire. Where multiple regression analysis has been used to test the relation of personal attributes and family support. The f.....

1251 hits

26802023
final_year_project
Pembangunan E-Modul Easy Learning Electric bagi topik Reka Bentuk Elektrik dalam subjek Reka Bentuk dan Teknologi tingkatan 2
Ahmad Nabil Mohd Saharum
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menambahbaik silibus pendidikan Kemahiran Hidup Bersepadu bersepadu (KHB) kepada subjek Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) di peringkat sekolah menengah pada tahun 2016. Salah satu topik yang dimasukkan adalah Reka Bentuk Elektrik untuk tingkatan dua. Topik ini merupakan salah satu topik yang agak susah untuk diajar oleh para guru di sekolah serta susah untuk murid fahami dengan pantas. Oleh hal yang demikian, pengkaji membangunkan sebuah modul iaitu E-Modul Easy Learning Electric bagi topik Reka Bentuk Elektrik dalam subjek Reka Bentuk dan Teknologi tingkatan 2. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti keperluan bahan bantu mengajar (BBM) bagi topik Reka Bentuk Elektrik dalam kalangan pelajar dan guru untuk mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi, membangunkan sebuah E-Modul Easy Learning Electric bagi topik Reka Bentuk Elektrik sebagai bahan rujukan bagi membantu pelajar Tingkatan 2 dalam menguasai topik elektrik dan menilai kesahan penggu.....

1679 hits

[ First ] [ Prev ] Page 268 of 959 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.