UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

Today's popular searches:
PENDIDIKAN matematik Komunikasi Kurikulum
model Abdul Halim Ali ghazali din modul Bahasa melayu

Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
26812021
article
Kesahan kandungan bagi soal selidik reka bentuk modul pembelajaran koperatif jenis padanan untuk kemahiran perbendaharaan kata Bahasa Indonesia kanak-kanak
Ratin Wahyu Juni Atma
Modul pembelajaran yang spesifik berkaitan kemahiran perbendaharaan kata Bahasa Indonesia yang sistematik adalah terhad. Kajian ini bertujuan mendapatkan kesahan kandungan bagi soal selidik reka bentuk modul pembelajaran koperatif jenis padanan untuk kemahiran perbendaharaan kata Bahasa Indonesia kanak-kanak. Kajian ini berbentuk kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan untuk mendapatkan pandangan pakar berkaitan kandungan reka bentuk modul pembelajaran tersebut, iaitu (i) komponen utama; dan (ii) elemen dalam komponen utama yang terdiri daripada objektif pembelajaran, standard pembelajaran, tema-tema pembelajaran, langkah-langkah pembelajaran, aktiviti pembelajaran dan penilaian pembelajaran. Sampel kajian terdiri daripada tiga orang pakar dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Analisis data menggunakan Content Validity Index (CVI), iaitu persetujuan pakar sebanyak 70% ke atas menunjukkan item-item mempunyai kesahan kandungan yang tinggi. Dapatan kajian menunjukkan reka bentu.....

475 hits

26822021
article
Isu dan trend Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pendidikan awal kanak-kanak
Norazly Nordin
Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information, Communication and Technology (ICT) dalam pendidikan telah banyak dibicarakan dalam kajian-kajian di seluruh dunia. Seiring peredaran masa, penggunaan ICT digunakan begitu meluas dalam semua peringkat pendidikan. Bermula dari peringkat awal kanak-kanak hingga ke peringkat tinggi. Pihak kerajaan sendiri telah mengeluarkan peruntukkan yang besar agar budaya pengintegrasian ICT dalam dilestarikan dalam pendidikan. Oleh yang demikian, peringkat pendidikan awal kanak-kanak juga seharusnya menyambut usaha murni ini merealisasikan hasrat kerajaan ini. Sehubungan dengan itu, para pendidik terlebih dahulu seharusnya peka akan isu-isu dan trend-trend terkini penggunaan ICT dalam pendidikan awal kanak-kanak bagi memastikan pengendalian dan penggunaan ICT dalam konteks pengajaran dan pembelajaran awal kanak-kanak menjadi lebih berkesan. Isu dan trend yang dibincangkan dalam artikel ini ialah kesihatan dan keselamatan kanak-kanak, infras.....

362 hits

26832020
final_year_project
Pengaruh kemahiran keusahawanan terhadap kecenderungan suri rumah untuk memulakan perniagaan
Numan Zafri Nor Zaidi
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji pengaruh kemahiran keusahawanan terhadap kecenderungan suri rumah untuk memulakan perniagaan. Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 89 orang. Kesemua responden yang dipilih adalah suri rumah yang berada di sekitar kawasan daerah Muallim. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif iaitu soal selidik. Analisis kajian ini menggunakan kaedah regrasi linear mudah. Hasil kajian menunjukkan pengaruh kemahiran keusahawanan mempunyai hubungan yang positif dan signifikan dengan kecenderungan suri rumah untuk memulakan perniagaan. Kajian ini juga ingin membuktikan bahawa kemahiran keusahawanan dapat mempengaruhi keinginan seseorang untuk memulakan perniagaan. Oleh itu, beberapa cadangan telah diberikan kepada pihak yang terlibat bagi menggalakkan setiap orang khususnya suri rumah untuk memulakan perniagaan...

510 hits

26842019
final_year_project
Hubungan sosial murid tingkatan empat berdasarkan etnik dan kesannya terhadap nilai moral di SMK Methodist ACS Sitiawan Perak
Nur Adilla Syazwana Hazuki
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan sosial dalam kalangan murid pelbagai etnik dan kesannya terhadap nilai moral murid. Sampel kajian terdiri daripada 131 orang murid tingkatan empat dari Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist ACS Sitiawan, Perak. Satu set soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada murid yang dikaji. Data telah dianlisis dengan menggunakan perisisan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) Version 22. Soal selidik mengandungi item-item berkaitan hubungan sosial dalam kalangan murid berdasarkan etnik, faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan persahabatan murid, faktor-faktor yang menghalang hubungan sosial dalam kalangan murid dan kesan hubungan sosial terhadap nilai moral murid. Berdasarkan hasil kajian, majoriti responden duduk berhampiran dengan rakan dari etnik sendiri di dalam bilik darjah. Selain itu, responden juga lebih gemar bergaul dengan rakan dari etnik yang sama berbanding etnik lain. Dalam konteks pembel.....

925 hits

26852020
final_year_project
The effects of self-efficacy, social support, experience and entrepreneurship education on students motivation in social entrepreneurship among undergraduates
Nur Athirah Norazman
This study aimed to investigate the factors that most contributing to the students' motivation toward social entrepreneurship among undergraduates. A total of 1220 students from fifteen selected public universities in Malaysia under the Entrepreneurial Act Us Program (Enactus) were involved in this research. This research focused on four factors that most contribute in students’ motivation toward social entrepreneurship which is self-efficacy, social support, experience and entrepreneurship education. A set of questionnaire was utilized to collect data. Descriptive statistics such as mean, frequency, standard deviation and percentages were used to identify the level of students’ motivation toward social entrepreneurship, self-efficacy, social support, experience and entrepreneurship education. Inferential statistics including simple linear regression and correlations were used to test the research hypotheses of the research. The results show that there is a significant e.....

604 hits

26862019
final_year_project
Kajian terhadap faktor persekitaran yang mempengaruhi tahap kemahiran sosial pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Panglima Bukit Gantang, Parit Buntar
Muhammad Badrul Amin Ahmad Fuad
Kajian ini dibuat untuk mengkaji faktor persekitaran yang mempengaruhi tahap kemahiran sosial pelajar tingkatan empat dan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Panglima Bukit Gantang, Parit Buntar, Perak. Responden kajian terdiri daripada 150 orang pelajar tingkatan empat dan lima SMK Panglima Bukit Gantang, Parit Buntar, Perak. Instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk soal selidik. Data yang diperoleh adalah merangkumi analisis deskriptif dan inferensi. Hasil dapatan kajian dianalisis menggunakan Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 23 baig mendapatkan frekuensi,peratusan, min, ujian – T, ANOVA, Korelasi Pearson dan Regresi linear pelbagai. Hasil daripada analisis deskriptif yang dilakukan menunjukkan bahawa tahap kemahiran sosial adalah pada tahap tinggi. Hasil ujian – T dan ANOVA menunjukkan perbezaan antara tahap kemahiran sosial dengan demografi. Hasil daripada analisis korelasi pearson menunjukkan terdapat hubungan positif antara faktor perseki.....

506 hits

26872023
final_year_project
Pembolehubah makroekonomi yang mempengaruhi kadar pengangguran di Malaysia
Nurliayana Ariesha Hamdan
Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti pembolehubah makroekonomi terpilih iaitu FDI, INF dan PO terhadap KP di Malaysia dari tahun 1986 sehingga tahun 2021. Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti pembolehubah makroekonomi terpilih yang mempengaruhi kadar pengangguran di Malaysia dari tahun 1986 sehingga tahun 2021. Bagi mencapai objektif, kajian ini menggunakan pendekatan ARDL bagi jangka masa panjang dan jangka masa pendek. Hasil dapatan kajian ini mendapati bahawa dalam jangka masa panjang, didapati bahawa hanya pelaburan langsung asing (FDI) dan kadar pertumbuhan penduduk (PO) yang mempunyai hubungan positif dan signifikan terhadap kadar pengnagguran (KP). Manakala, bagi kadar inflasi (INF) didapati bahawa mempunyai hubungan yang negatif dan signifikan terhadap kadar pengangguran. Bagi jangka masa pendek pula, didapati bahawa hanya kadar pertumbuhan penduduk (PO) mempunyai hubungan positif dan signifikan terhadap kadar pengangguran manakala.....

390 hits

26882020
final_year_project
The effects of emotional intelligent (EI), creativity, moral obligation and empathy on students motivation in social entrepreneurship among undergraduates
Siti Nur Rafidah Hamid
This study aimed to investigate the factors that most contributing to the students' motivation towards social entrepreneurship among undergraduates. A total of 1220 students from 15 selected public universities in Malaysia under the Entrepreneurial Act Us Program (Enactus) were involved in this research. This research focused on four factors that most contribute in students’ motivation towards social entrepreneurship which is emotional intelligence, creativity, moral obligation and empathy. A set of questionnaire was utilized to collect data. Descriptive statistics such as mean, frequency, standard deviation and percentages were used to identify the level of students’ motivation towards social entrepreneurship, emotional intelligence, creativity, moral obligation and empathy. Inferential statistics including simple linear regression and correlations were used to test the research hypotheses of the research. The results show that there is a significant effect between depe.....

435 hits

26892023
final_year_project
Amalan Mudarris dalam kalangan Guru Pelatih Pendidikan Islam di Universiti Pendidikan Sultan Idris
Nur Farhana Annuar
Amalan Mudarris sentiasa relevan dalam meningkatkan kualiti personaliti seorang guru. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengenalpasti amalan Mudarris dalam kalangan Guru Pelatih (GP) Pendidikan Islam di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang yang menggunakan data kuantitatif sebagai data utama. Jenis instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik. Kajian ini juga menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS). Data analisis dalam kajian ini menggunakan analisis deskriptif dan inferensi. Analisis deskriptif menjelaskan data pada item di Bahagian B dan Bahagian C. Dengan menggunakan analisis deskriptif, kedua-dua bahagian ini menjelaskan kefahaman terhadap amalan Mudarris dan amalan Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) dalam kalangan GP Pendidikan Islam. Manakala data analisis inferensi pula menggunakan ujian kolerasi Pearson yang menerangkan pembolehubah bagi hubungan antara kefahaman terhadap amalan Mudarris deng.....

1327 hits

26902023
final_year_project
Pembangunan dan kebolehgunaan Kit Aplikasi Muatan Haba Tentu di dalam kalangan pelajar tingkatan 4
Nor Haifaa Nor’ain
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan kit aplikasi bagi subtopik muatanhabatentu di bawah topik haba dan mengkaji tahap kebolehgunaan Kit Aplikasi MuatanHaba Tentu di dalam kalangan pelajar tingkatan empat. Kajian ini adalah kajianrekabentuk pembangunan menggunakan model ADDIE dan dibangunkan berdasarkanteori Konstruktivisme. Seramai 36 responden dalam kalangan pelajar tingkatanempat diambil sebagai responden kajian melalui kaedah persampelan rawak mudahbagi mengkaji tahap kebolehgunaan kit aplikasi. Instrumen kajian yang digunakandalamkajian ini adalah borang penilaian kesahan pakar dan borang soal selidikkebolehgunaan Kit Aplikasi Muatan Haba Tentu dengan menggunakan skala Likert empat. Kaedah yang digunakan bagi menganalisis kesahan pakar adalahkaedahperatus persetujuan pakar. Pengkaji menggunakan perisian Statistical Package for theSocial Sciences (SPSS) bagi mendapatkan nilai pekali kebolehpercayaan CronbachAlpha manakala data bagi soal selidik kebolehgunaan dianalisis menggunak.....

617 hits

[ First ] [ Prev ] Page 269 of 959 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.